13 Oktober, 2010
[ hang nadim] PKR MENUNGGU HARI PENGKEBUMIAN...???
Lagi laporan polis terhadap Anwar
Oleh NOR SEDEK ISMAIL dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 13 Okt. - Seorang lagi bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis hari ini, atas dakwaan beliau telah dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008.
Mohd. Rasid Mohd. Rosdi, 31, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai ada kaitan dengan kes liwat membabitkan Anwar dengan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dia turut membuat akuan bersumpah untuk menarik balik akuan terdahulu yang menceritakan hubungannya dengan Anwar dan bagaimana ia disediakan oleh peguam Anwar.
Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman, 25, membuat laporan polis berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya berkaitan kes itu dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd. Rasid dalam akuan bersumpah itu yang diedarkan kepada media mendakwa mengenali Anwar ketika menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh pada 2001 selama setahun atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Semasa di dalam penjara, dia mendakwa, telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur.
Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel hendak dikunci.
''Selepas keluar dari penjara, atas cadangan Anwar saya diberikan kerja sebagai penghantar surat di pejabat peguam beliau, Sankara Nair selama setahun. Selepas Anwar dibebaskan pada 2004, saya dipanggil untuk bekerja dengan beliau sendiri sebagai pembantu di kediamannya di Bukit Damansara.
''Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,'' dakwanya dalam akuan bersumpah itu.
Mohd. Rasid mendakwa, tugasnya ketika itu adalah sebagai pembantu am yang melakukan pelbagai tugas yang diamanahkan oleh Anwar.
Dakwanya, ketika bertugas sebagai pembantu am Anwar, beliau mengenai Mohd. Saiful Bukhari dan beberapa staf lain seperti Muhamad Rahimi dan Ibrahim Yaacob.
Dalam akuan bersumpah itu, Mohd. Rasid mendakwa, dia mendapat panggilan telefon daripada peguam Anwar, Saiful Izham Ramli pada malam 28 Jun 2008 tetapi tidak dijawab.
''Kemudian saya menerima panggilan daripada Anwar sendiri serta meminta saya datang ke Hotel Quality, Shah Alam. Saya pergi ke sana dihantar oleh isteri dan anak. Apabila sampai di hotel, saya melihat ramai penyokong PKR termasuk pemimpin-pemimpin parti berada di lobi.
''Dari situ, ada penyokong PKR memberitahu saya bahawa Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat oleh Anwar. Saya memperkenalkan diri dan dibawa ke lif oleh beberapa orang yang saya tidak kenali dan dibawa naik ke tingkat atas,'' dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid lagi, dia turut melihat hampir 20 pemimpin parti termasuk Anwar, pengawal peribadi, peguamnya dan beberapa individu tidak dikenali.
''Saya melihat peguam Latheefa Koya sedang sibuk menyediakan satu dokumen yang saya tidak tahu apa sebenarnya. Saya bertemu dengan Anwar dan bertanyakan apa yang sedang berlaku. Anwar menceritakan kepada saya bahawa Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat.
''Anwar menyuruh salah seorang staf yang saya tidak ingat siapa, menyediakan saya sebuah bilik di hotel dan memesan kepada staf tersebut untuk mengelakkan saya daripada bertembung dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Saya telah memanggil isteri dan anak ketika itu yang sedang menunggu di dalam kereta untuk naik ke bilik bersama dengan saya,'' dakwanya.
Bagaimanapun, jelas Mohd. Rasid, dia tidak dapat tidur kerana beberapa kali dipanggil oleh peguam Anwar iaitu Latheefa dan R.Sivarasa.
''Pada keesokannya, saya dipindahkan ke sebuah bilik bersebelahan dengan bilik di mana seorang lagi rakan saya, Muhamad Rahimi ditahan. Isteri dan anak saya dibenarkan pulang ke rumah tetapi saya diarahkan untuk berada di bilik tersebut. Saya tidak dibenarkan ke mana-mana ataupun kembali ke rumah saya.
''Ketika saya sedang berbual dengan Muhamad Rahimi di biliknya, dua orang lelaki masuk ke bilik dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka menyerangnya. Ketika cuba meleraikan, salah seorang daripada pengawal peribadi Anwar telah menghalang dan kemudian menolak serta menengking saya.
''Dari situ, saya dapat merasakan bahawa saya dan Muhamad Rahimi berada di dalam keadaan tidak selamat dan sedar bahawa saya perlu akur dengan apa jua permintaan mereka demi keselamatan saya, Muhamad Rahimi dan juga keluarga,'' dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid, sepanjang empat atau lima hari di hotel tersebut, dia dikawal oleh dua lelaki yang tidak dikenali daripada Angkatan Muda PKR Negeri Sembilan.
''Demi keselamatan, saya memberikan sepenuh kerjasama kepada mereka. Beberapa hari kemudian, saya dan Muhamad Rahimi dibenarkan pulang tetapi sebelumnya, kami dikehendaki mengikut Latheefa ke sebuah pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Petaling Jaya dan diminta menandatangani satu dokumen akuan bersumpah yang saya sendiri tidak memahami apakah sebenarnya isi kandungan dan tujuan dokumen tersebut.
''Akuan bersumpah tersebut tidak pernah dikarang oleh saya malah Latheefa sendiri tidak menceritakan kepada saya apa sebenarnya dokumen tersebut serta tujuannya. Apabila melihat sepintas lalu, saya mendapati akuan bersumpah tersebut disediakan untuk menceritakan bahawa Anwar tidak pernah melakukan gangguan seksual kepada mana-mana stafnya termasuk saya,'' dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid, walaupun tidak faham sepenuhnya dan tidak setuju dengan apa kandungan dokumen itu, dengan berat hati dia tetap menurunkan tandatangan.
''Ini kerana saya memikirkan perkara-perkara buruk yang boleh terjadi kepada saya dan keluarga jika tidak bekerjasama dengan mereka. Saya juga tidak mahu mereka menggunakan latar belakang saya untuk mengaibkan saya dan keluarga jika enggan bekerjasama.
''Lebih-lebih lagi saya diarahkan agar tidak bekerja dan juga agar tidak menonjolkan diri sehingga perbicaraan Anwar tamat," dakwanya.
Mohd. Rasid berkata, dia telah menanggung satu perasaan tidak selamat dan takut kerana berasakan akan dikenakan hukuman jika menarik balik akuan bersumpah itu.
"Setelah melihat Muhamad Rahimi membuat laporan polis untuk menarik balik akuan bersumpahnya, timbul rasa keinsafan dalam diri dan sedikit keberanian untuk saya memperbetulkan kesilapan dahulu,'' jelasnya.
Katanya, akuan bersumpah untuk menarik balik akuan bersumpah terdahulu dibuat dan disebut olehnya dalam keadaan sedar dan memahami isi kandungannya.
''Saya dibantu seorang rakan sebagai penaip dan semasa menyediakan akuan ini, saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau dipaksa.
''Saya membuat akuan bersumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa- apa yang tersebut di dalamnya adalah benar menurut Akta Akuan Berkanun 1960,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh Mohd. Rasid
Anwar kemaruk jadi Perdana Menteri - Zahid
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mampu menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Indonesia dengan segera jika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau seorang yang kemaruk kuasa selain cuba untuk mengalih isu.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar kini tertekan kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri semakin kelam selepas beberapa siri pendedahan menelanjangkan dirinya termasuk yang terbaru, pengakuan Muhamad Rahimi Osman.
Menurutnya, Ketua Pembangkang itu cuba untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pendedahan bekas setiausaha sulitnya itu.
"Anwar sepatutnya malu pada diri sendiri sebelum bercakap besar kerana masalah dalaman PKR sendiri pun gagal ditangani.
"Macam mana pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan isu parti sendiri boleh mendabik dada kononnya berupaya menyelesaikan pertikaian yang lebih rumit membabitkan dua negara dalam masa yang singkat. Dakwaan ini sangat melucukan," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Zahid mengulas dakwaan Anwar kononnya beliau hanya memerlukan beberapa minggu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia jika menjadi Perdana Menteri, semasa diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia, TVOne di Jakarta semalam.
Dalam wawancara itu juga, Anwar secara angkuh memberitahu, tujuannya ke Indonesia buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi serta menghina negara tersebut, melainkan di kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong sahaja.
Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Anwar tersilap jika berasakan rakyat di kedua-dua negara mudah termakan 'gula-gula' terbarunya itu kerana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun, pertikaian antara Malaysia, Indonesia sering timbul dan tidak dapat diselesaikan olehnya.
"Kenapa tidak selesaikan masalah ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang sangat berkuasa, bahkan pernah memangku jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu? Dakwaan ini tidak lebih cubaan untuk menangguk di air keruh," ujarnya.
Mengenai tindakan 'menyerang' Utusan Malaysia di Indonesia, beliau berkata, itulah demokrasi yang diperjuangkan Anwar iaitu sistem demokrasi mesti berpihak kepadanya sahaja.
dan mana-mana media yang cuba mendedahkan kepincangan terutama dalam PKR akan dianggap sebagai musuh.
Katanya, Anwar seorang ahli politik yang mudah lupa kerana akhbar yang dianggap sebagai musuh itulah suatu masa dahulu membantu cita-cita politiknya sehingga membolehkan beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri.
"Prinsip demokrasi bagi Anwar adalah kepincangan beliau, PKR dan pembangkang tidak boleh didedah. Bagi Anwar hanya beliau seorang boleh menyerang, menuduh dan melemparkan fitnah, sebab itu beliau marah apabila Utusan Malaysia membuka mata rakyat untuk mengenali siapa sebenarnya Anwar," katanya.
PKR: Bantahan di 64 cabang
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Jawatankuasa pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima lima lagi bantahan daripada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan perjalanan mesyuarat cabang yang diadakan baru-baru ini.
Difahamkan, bantahan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima oleh jawatankuasa tersebut sehingga kini melibatkan 64 cabang.
Ia satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang telah mengadakan pemilihan mereka sebelum ini.
Bantahan terbaru diterima daripada lima cabang iaitu Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.
Bantahan Cabang Kuala Selangor dikatakan membabitkan kertas undi apabila jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dicetak sebagai Naib Ketua Cabang.
Bagi Cabang Pandan pula, ahli menuntut supaya pemilihan diadakan semula berhubung keputusan bagi jawatan ketua cabang tersebut kerana jumlah undi yang diterima adalah sama.
Pada pemilihan lalu, dua calon yang bertanding iaitu Zakaria Rahim dan Nik Md. Zin Mohamad masing-masing mendapat 105 undi.
Di Hulu Selangor, ketua cabang itu, Nazar Yatim tidak berpuas hati dengan arahan pusat supaya pemilihan diadakan semula ekoran undi diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi.
Manakala di Kota Raja, calon ketua cabang, K. S. Kottapan tidak berpuas hati kerana pengiraan undi cabang tersebut dilakukan di ibu pejabat PKR tanpa kehadirannya.
Zaid makin tersepit atas mainan Anwar-Azmin
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dilihat tidak mempunyai banyak pilihan selain bertanding jawatan presiden.
Ia berikutan perancangannya sebelum ini untuk berkompromi dengan Nurul Izzah Anwar tidak kesampaian.
Ini kerana, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal memenuhi syarat ditetapkan perlembagaan parti iaitu sekurang-kurangnya memperoleh dua pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan nombor dua.
Nurul Izzah hanya memperoleh satu pencalonan daripada cabang Keningau, Sabah.
Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Zaid kini seolah-olah terperangkap dalam permainan politik serampang dua mata pakatan Anwar-Azmin.
Beliau berkata, pakatan Anwar-Azmin akan melalui apa cara sekali pun mahu mengekalkan dominasi pimpinan '3A' dalam PKR dan pada masa sama membunuh politik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, katanya, Zaid masih mempunyai pilihan iaitu dengan membentuk 'gandingan' baru bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan pendirian turut bertanding jawatan timbalan presiden kerana sudah menjadi 'rahsia umum' bahawa, musuh politik mereka berdua ialah Azmin.
"Sebenarnya, perancangan Zaid berkompromi dengan Nurul Izzah sudah cukup cantik dan merupakan strategi politik bijak, malangnya Nurul Izzah pula yang tidak cukup pencalonan.
"Saya tidak pasti sama ada wujud tangan ghaib dalam isu ini tetapi sekiranya menjadi kenyataan (layak), Azmin sudah pasti tertekan.
"Kini, langkah terbaik untuk Zaid adalah meneruskan kompromi itu dengan Khalid dan saya percaya pendekatan ini lebih mudah kerana musuh mereka adalah Azmin. Bagi tujuan itu Zaid perlu bertanding jawatan presiden dan memberi laluan kepada Khalid menentang Azmin bagi jawatan nombor dua," katanya.
Beliau dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas pengesahan Anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Wong Hoy Cheong bahawa Nurul Izzah tidak layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana hanya memperoleh satu pencalonan walaupun sebelum ini dilaporkan sudah mendapat tiga pencalonan.
Sebelum ini, Zaid memberitahu, beliau bersedia memberi laluan malah, akan 'bekerja' bagi memastikan kemenangan Nurul Izzah jika, Ahli Parlimen Lembah Pantai berhasrat untuk bertanding timbalan presiden kerana dakwanya, anak pengasas PKR itu mempunyai kemampuan untuk mentransformasi parti tersebut.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, sekarang adalah masa terbaik Zaid menjayakan hasrat dan cita-citanya melakukan perubahan dalam PKR terutama membuktikan kepada ahli akar umbi bahawa jawatan presiden yang disandang Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bukan sekadar boneka seperti yang berlaku kini.
"Zaid membawa imej berbeza kerana beliau seorang yang berprinsip di samping lantang mengkritik dasar dan gaya politik PKR yang dilihat semakin jauh tersasar. Jadi beliau harus mengambil tanggungjawab bertanding presiden, ini bukan soal tidak menghormati Wan Azizah tetapi Zaid perlu buktikan bahawa presiden bukan boneka.
"Memang diakui ranjau yang terpaksa dihadapi beliau cukup hebat kerana dalam PKR, kata pemutus terletak pada tangan Anwar dan bukannya Wan Azizah.
"Tapi saya percaya tidak sedikit mereka yang sudah muak dengan Anwar dan Azmin, kelompok ini akan memberi sokongan kepada Zaid, jadi dia perlu mengambil peluang ini," katanya.
Mengenai peluang Zaid untuk menang jika beliau bertanding jawatan presiden, Anuar berkata, peluang itu terlalu tipis namun menegaskan, ia bukan isu kerana Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu belum tentu berjaya bagi jawatan
Zaid makin tersepit atas mainan Anwar-Azmin
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dilihat tidak mempunyai banyak pilihan selain bertanding jawatan presiden.
Ia berikutan perancangannya sebelum ini untuk berkompromi dengan Nurul Izzah Anwar tidak kesampaian.
Ini kerana, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal memenuhi syarat ditetapkan perlembagaan parti iaitu sekurang-kurangnya memperoleh dua pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan nombor dua.
Nurul Izzah hanya memperoleh satu pencalonan daripada cabang Keningau, Sabah.
Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Zaid kini seolah-olah terperangkap dalam permainan politik serampang dua mata pakatan Anwar-Azmin.
Beliau berkata, pakatan Anwar-Azmin akan melalui apa cara sekali pun mahu mengekalkan dominasi pimpinan '3A' dalam PKR dan pada masa sama membunuh politik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, katanya, Zaid masih mempunyai pilihan iaitu dengan membentuk 'gandingan' baru bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan pendirian turut bertanding jawatan timbalan presiden kerana sudah menjadi 'rahsia umum' bahawa, musuh politik mereka berdua ialah Azmin.
"Sebenarnya, perancangan Zaid berkompromi dengan Nurul Izzah sudah cukup cantik dan merupakan strategi politik bijak, malangnya Nurul Izzah pula yang tidak cukup pencalonan.
"Saya tidak pasti sama ada wujud tangan ghaib dalam isu ini tetapi sekiranya menjadi kenyataan (layak), Azmin sudah pasti tertekan.
"Kini, langkah terbaik untuk Zaid adalah meneruskan kompromi itu dengan Khalid dan saya percaya pendekatan ini lebih mudah kerana musuh mereka adalah Azmin. Bagi tujuan itu Zaid perlu bertanding jawatan presiden dan memberi laluan kepada Khalid menentang Azmin bagi jawatan
Wednesday October 13, 2010
PKR veep denies being Anwar loyalist
PETALING JAYA: As the race for the PKR deputy presidency heats up, contender Azmin Ali wants to dispel the notion that he is a “yes-man” to party boss Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Stressing that he was committed to the reform agenda, Azmin said his detractors had been fuelling the allegations to discredit him.
“I am certainly not a slavish follower of Anwar. We have had differences of opinion on certain matters and heated arguments, too.
“But all that will never diminish my respect for Anwar as our leader. I am also a party loyalist,’’ said Azmin, who is also party vice-president.
Azmin said this in response to allegations that he was riding on Anwar’s popularity and support.
Azmin, who is said to have Anwar’s blessing, has clinched nominations from 102 divisions, followed by Datuk Zaid Ibrahim (38), Mustafa Kamil Ayub (17), Tian Chua (five), Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (four) and party president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (three).
“The nomination trend reflects the grassroots’ aspirations.
“By implementing the direct election system, the party has given the grassroots the power to select leaders of their choice.
“And, generally the trend shows that the grassroots tend to vote in candidates who have proven their loyalty to the party and are committed to the reform agenda,” he said, adding that the grassroots wanted leaders who were tried, tested, committed and loyal to the cause.
Lagi bekas pekerja Anwar dakwa dipaksa bersumpah
Oleh Wan Jailani Razak dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my
2010/10/13
SHAH ALAM: Seorang lagi bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Rasid Mohd Rosdi, mendakwa dipaksa menandatangani satu Akuan Bersumpah (SD) dipercayai ada kaitan dengan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, pada 2008.
Mohd Rasid, 31, yang pernah bekerja sebagai pembantu am di kediaman dan pejabat Anwar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Laporan itu dibuat genap seminggu selepas bekas pembantu khas Anwar, Muhamad Rahimi Osman, 25, membuat laporan hampir sama di IPD Klang Selatan.
Mohd Rasid yang mendakwa mengenali Anwar ketika dalam penjara, berkata dia diminta datang ke Hotel Quality di sini pada malam 28 Jun 2008 selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar.
Di hotel itu, katanya, dia ditahan beberapa hari dan dikawal 24 jam bersama Muhamad Rahimi.
“Saya hanya dibenarkan pulang selepas Latheefa Koya (peguam) meminta saya menurunkan tandatangan ke atas satu SD yang disediakannya. Saya tidak pernah mengarang atau membuat SD itu.
“Saya tidak bersetuju dengan kandungan SD itu. Latheefa tidak pernah menceritakan mengenainya dan saya tidak memahaminya seratus peratus. Malah, saya tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.
“Latheefa sepatutnya tahu saya bekas banduan dan tidak berpelajaran tinggi. Latheefa seharusnya menceritakan apa sebenarnya SD, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya berasa ditipu,” katanya dalam satu kenyataan media yang di e-mel kepada pemberita.
Mohd Rasid mendakwa terpaksa menurunkan tandatangan ke atas SD seperti diminta Latheefa Koya kerana risau keselamatan diri dan keluarganya.
“Hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan tidak tenteram kerana memikirkan SD itu. Saya sangat tertekan dan terpaksa menerima kaunseling.
“Saya mulai berasa tenteram selepas beberapa sesi kaunseling. Selepas melihat Muhamad Rahimi membuat laporan polis minggu lalu, saya mula berani dan yakin untuk berbuat perkara sama bagi memperbetulkan kesilapan,” katanya.
Mohd Rasid berkata, dia sudah membuat satu SD baru bagi menceritakan perkara sebenar, tetapi enggan mendedahkannya kerana bimbang boleh mengganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, mengesahkan menerima laporan polis itu tengah hari semalam.
“Kes ini akan dirujuk kepada Bukit Aman kerana laporan ini membabitkan perkara hampir sama dengan siasatan kes minggu lalu (laporan polis oleh Muhamad Rahimi) yang juga disiasat Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi.
Muhamad Rahimi dalam laporan polis pada 6 Oktober lalu mendakwa dipaksa menandatangani dua SD pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar dengan Mohd Saiful Bukhari
Saudara Anuar hentikan segala kerja-kerja Pembohongan kembalilah kejalan Allah penggang kata Perjuangan Anda semasa dalam Abim Demi Agama ,Bangsa dan Negara
Tetapi mana itu semua....Anda bertanggung Jawab jika bangsa Anda Jatuh dan Negara anda Huru Hara......Pembohong Adalah Tanda-Tanda Munafik....lagi banyak anda berbohong lagi banyak rahsia pembohongan Anda Terbongkar......Hadir di mahkamah
buktikan....kebenaraan anda....kenapa takut.....dimana rukun Iman.....??pendedahan akan berterusan.....jika anda menambah pembohongan.......ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT
BOHONG adalah ibu dari segala sifat buruk manusia Al Farabi
MAHKAMAH adalah tempat pembohong menguji kehandalannya
Lao Tzse
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.