PEMBOHONGAN yang diatur dan di ulang-ulang boleh membuat orang mempercayainya sebagai sesuatu yang benar.
Joseph Paul Goebbels
SESEORANG itu memerlukan ingatan yang kuat untuk menjadi seorang pembohong
Corneille
RUGINYA seorang yang lancung apabila ia cuba jujur , ruginya seorang pembohong apabila cuba bercakap benar.
SIKSA yang diterima oleh seorang Pembohong , bukan dirinya tidak dipercayai, tetapi dia sendiri tidak mempercayai sesiapapun jua.
G.B.Shaw
SEMUA orang bodoh tahu bercakap benar, tetapi untuk menjadi pembohong memerlukan semacam pengtahuan
Samuel Batler
BOHONG adalah ibu dari segala sifat buruk manusia
Al Farabi
MAHKAMAH adalah tempat pembohong menguji kehandalannya
Lao Tzse
SEORANG pembohong tidak boleh di percayai, walaupun dia bercakap benar
Ciccero
APABILA usaha untuk meyakinkan sesuatu menemui jalan buntu dengan bercakap benar , maka bohong akan membuka jalan
Charlotte
SIAKAP senohong,gelama,ikan duri,banyak cakap banyak bohong,lama-lama jadi pencuri. Pepatah Melayu
Kenali orang ini
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Untuk mengenali orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila dia bercakap dia berbohong, dan apabila dia berjanji dia mungkiri, dan apabila dia diberi kepercayaan dia khianat dan tidak beramanah.” (Riwayat Bukhari)
Huraian
Hadis ini tercatat dalam kitab sahih Bukhari, bab 24, mengenai tanda-tanda orang munafik, bilangan hadis 25 dan kitab sahih Muslim pada bab iman, hadis bilangan 48.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa orang munafik itu dapat dikenali dengn beberapa tanda dan alamat, antaranya apabila bercakap tidak pernah benar dan apabila berjanji selalu mungkir, dan apabila diberi tugas dan tanggungjawab, dikhianatinya amanah tersebut. Demkianlah antara tanda-tanda sifat munafik dan bermuka-muka.
Pengajaran
1. Sifat munafik itu boleh dikenali.
2. Tiga tandanya yang besar.
3. Berdusta apabila bercakap.
4. Mungkir apabila berjanji.
5. Mengkhianati amanah apabila diserahkan sesuatu (tugas dan amanah) kepadanya.
6. Tiga sifat keji tersebut amat bertentangan dengan keimanan dan keikhlasan hati mukmin.
7. Apabila sifat keji tersebut lahir pada diri seseorang, maka keimanan akan keluar dari hatinya.
8. Keimanan dan nifak itu tidak akan bertemu pada satu masa dan tempat.
Kesimpulan
Sekiranya sifat keji tersebut didapati pada seseorang, maka dia dianggap tidak benar-benar beriman (munafik) sekalipun dia kelihatan bersembahyang atau berpuasa seperti orang Islam lainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.