Pages

Subscribe:

28 Oktober, 2010

[ hang nadim] Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 bermula





HANOI 28 Okt. - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 dan Sidang Kemuncak Berkaitan membuka tirainya hari ini dengan satu gagasan untuk mencari kaedah paling berkesan mempercepatkan kewujudan Komuniti ASEAN, mempertingkatkan hubungan luar dan memperkukuhkan peranan dan kedudukan pertubuhan serantau itu.

Langkah ini bertujuan memastikan keamanan, keselamatan dan pembangunan di rantau ini berkekalan di samping mengambil langkah-langkah berkesan dalam menangani cabaran global.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tang Dung menggariskan lima strategi penting yang perlu diambil oleh negara-negara anggota ASEAN bagi memastikan pertubuhan itu menjadi tunjang kepada keamanan sejagat.

Berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini, beliau berkata, tugas utama anggota ASEAN ialah mengenal pasti dan mengambil langkah berkesan mempercepatkan pelaksanaan program dan cadangan pembentukan Komuniti ASEAN.

''Kita juga perlu mempertingkatkan keberkesanan operasi ASEAN selain memperkemaskan koordinasi antara agensi, pergerakan tenaga dan penyatuan perjanjian serantau dalam program pembangunan," ujarnya di hadapan para pemimpin dan perwakilan 10 buah negara ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia pada persidangan tiga hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kebangsaan ini.

Menurut Tang Dung lagi, strategi kedua ialah mempertingkatkan hubungan luar ASEAN melalui pelan dan kaedah konkrit bagi menyokong matlamat pembinaan Komuniti ASEAN.

''Ia boleh dicapai melalui hubungan erat dengan rakan-rakan dialog di peringkat tinggi secara lebih menyeluruh dan berkesan," katanya.

Menurutnya, pelaksanaan perjanjian yang berkesan antara ASEAN dan rakan dialog khususnya di bidang ekonomi dan kerjasama perdagangan amat penting dalam menghadapi cabaran global.

Strategi ketiga pula, katanya ialah menjadikan ASEAN sebagai tunjang kepada arkitektur serantau dengan saling membantu antara negara-negara anggota bagi mewujudkan keamanan, keselamatan dan pembangunan mampan.

Tang Dung berkata, strategi seterusnya ialah mempertingkatkan peranan pertubuhan serantau itu sebagai badan penting dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

''Kita perlu memperbanyakkan dialog dan kerjasama mengenai isu keselamatan politik bagi memperteguhkan persefahaman bersama dan keyakinan antara negara anggota," katanya. - Utusan

Strategi terakhir yang perlu diambil oleh ASEAN ialah ia perlu bertindak dan bertanggungjawab sebagai masyarakat antarabangsa terhadap krisis ekonomi, perubahan iklim, bencana alam, wabak penyakit dan lain-lain lagi. - Utusan
Friday October 29, 2010

Asean leaders commit to better connectivity
By MAZWIN NIK ANIS
mazwin@thestar.com.my

HANOI: Leaders at the 17th Asean Summit have adopted the Asean Connectivity masterplan, which will pave the way for better connectivity within the bloc.

The masterplan will see Asean members take on concerted efforts to improve links in the region to help achieve its goal of becoming an economic community by 2015.

With the adoption of the masterplan by leaders from Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Cambodia, Myanmar, Brunei, Singapore and Laos, the region is expected to see better infrastructure, people-to-people relations and improvement in trade and investment, tourism and education.
The adoption of the Asean Connectivity masterplan was one of the highlights of this regional summit, which also saw leaders committing to the Asean Leaders Statement on Human Re­­sources and Skills Development for Economic Recovery and Sustainable Growth, and the Hanoi Declaration on the Enhancement of Welfare Development of Asean Women and Children.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak pledged Malaysia’s full commitment and support to the implementation of the masterplan on Asean connectivity, adding there was also a need to mobilise the required financial resources for its effective implementation.

“Asean must also exert all efforts in implementing over 635 action lines in all three Asean Community blueprints if it is to achieve the common vision and aspiration of realising the Asean Community goal by 2015,”
he said.

At the opening ceremony, Vietnamese Prime Minister Nguyen Tan Dung said the adoption of the masterplan and the establishment of the Asean Infrastructure Fund would strongly support regional integration and create the platform for connectivity in a wider regional of East Asia.

Asean, he added, also needed to further strengthen its external relations to support the goal of building the Asean Community and undertake comprehensive measures to ensure Asean centrality in an evolving regional architecture.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.