28 Oktober, 2010
[hng nadim] Halau Melayu secara terancang?
PULAU PINANG 28 Okt. - Trend kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil-alih tanah didiami orang Melayu khususnya di bahagian pulau atas alasan kegunaan awam dibimbangi sebagai strategi untuk menghalau mereka secara terancang.
Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan berkata, beliau khuatir tanah yang diambil itu nanti dijual kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit.
Menurutnya, senario tersebut boleh dilihat sejak kebelakangan ini yang mana banyak pemaju semakin berani mengambil tanah-tanah milik rakyat khususnya yang didiami orang Melayu untuk dibangunkan.
"Adalah menjadi kebimbangan strategi pengambilan tanah atas alasan kegunaan awam atau pendidikan, tetapi akhirnya tanah tersebut dijual kepada pemaju perumahan dan dibangunkan dengan projek berharga jutaan ringgit pula.
"Inilah perancangan bagaimana mereka mahu menghalau orang Melayu dari bahagian pulau," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan kepada Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini hari ini.
Pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-16 baru-baru ini, wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad membangkitkan isu tindakan kerajaan negeri yang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Muhamad Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong mahu Kerajaan Pusat memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan 'membuka' kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
Antaranya pengambilan tanah di beberapa kawasan seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti dari Singapura.
Selain itu, pembelian tanah-tanah orang Melayu di Seberang Perai dan Kepala Batas dengan keluasan kecil tetapi di banyak tempat.
"Lihat saja di Kepala Batas di mana pemaju swasta membina projek perumahan dalam skala kecil, kurang 40 buah
Zul Noordin dedah perjanjian rahsia DAP, PKR
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP begitu rapat sehingga wujud satu perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara kedua-dua parti itu yang tidak diketahui oleh Pas.
Perkara itu didedahkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim/Bandar Baharu) yang berkata, melalui perjanjian rahsia itu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.
“Sebenarnya di antara kepimpinan DAP dan PKR, yang membuatkan mereka jadi rapat sebab adanya perjanjian sulit yang Pas sendiri tidak tahu.
“Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.
Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang.
Zulkifli bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu kerana masa perbahasannya sudah tamat.
Orang muda buta sejarah!
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.
Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.
Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah
PERINGATAN
Hati hang nadim teguris apabila tanah di daerah Seberang Prai utara hak orang Melayu tanah Nenek Moyang mereka telah jatuh ketangan orang lain dek kerakusan Brooker Melayu mengaut keuntungan, Hari ini bila kita lawati kawasan Bumbung Lima bangunan-bangunan sarang burong Walid...dibangunkan.dengan banyaknya...tapak tanah orang Melayu terjual....Mana PAS.....Mana Umno....masih bertelingkah kuasa...perjuangan Agama....tolong selamatkan tanah nenek Moyang.....RM130 Ribu..... 0.5 ekar Awang tertipu....brooker larikan wang dan menghilangkan diri....mana siapa yang membela Awang.....Sawah Awang Hilang Duit Awang Hilang....Brooker adalah Sahabat Sebangsa Awang...Awang merempat di Pekan Penaga........betapa pilunya hati ini...minta keris,UMNO,PEKIDA....PUTERA....PERKASA MEMBELI TANAH-TANAH YANG HENDAK DI JUAL OLEH ORANG MELAYU DENGAN HARGA YANG SAMA ,BINA SESUATU UNTUK PERSATUAN......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.