Pages

Subscribe:

02 November, 2010

[hang nadim] Malaysia can be Muslim 'thought leader' -- Clinton

سبحان الله ,,,, والحمدلله على نعمة الإسلام =)

CLINTON berbual dengan Muhyiddin ketika mengunjungi Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.


























KUALA LUMPUR: US Secretary of State Hillary Clinton said on Tuesday that Muslim-majority Malaysia can be a global “thought leader”, praising the multicultural nation’s efforts to avoid religious rifts.

On a visit to cultivate ties with the moderate country, Clinton told an Islamic university forum in Kuala Lumpur that Malaysia can be influential among both the world’s Muslims and the broader international community.

“Malaysia, both by geography, (its) dynamism, the role that Islam plays, which is a role that is not divisive as it is in some parts of the world, has a real opportunity to be a thought leader in a number of significant areas,” she said.

She lauded Malaysia’s “creative approach” to Islamic finance and noted the presence of civil society group “Sisters in Islam”, which she said promotes the role of women within Islamic traditions.

Malaysia’s population is dominated by Muslim Malays, living alongside large ethnic Chinese and Indian communities. After serious ethnic violence in 1969, great efforts have been made to avoid a repeat of the bloodshed.

The chief US diplomat praised the Southeast Asian country’s efforts to boost the economy while protecting the environment and “creative ways’ to deal with deforestation.

Clinton made the remarks at the International Institute for Islamic Thought and Civilisation, where she fielded questions about US foreign policy in a programme broadcast on Malaysian television.

When he took office in January 2009, President Barack Obama vowed to get US relations with the Muslim world on a fresh footing after the previous administration of George W. Bush.

Clinton also told students that the United States was working hard for a solution to the Palestinian-Israeli conflict, in response to an audience member’s comment that Muslims were frustrated with a sense that America was pro-Israel.

She said the United States was equally supportive of the Palestinians and Israelis, backing a secure Israel living alongside a Palestinian state.

“It is important for a country like Malaysia to support Palestinians in their statebuilding,” she added.

Later, Clinton held talks with Malaysian Foreign Minister Anifah Aman. She was also due to meet Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who is standing in for Prime Minister Najib Razak, who has chickenpox.

She also met Malaysian women leaders, including top bankers.

Malaysia has positioned itself as a centre for Islamic finance, a booming trillion-dollar industry which follows religious laws prohibiting the payment and collection of interest.

Malaysia is the fifth stop on an Asia tour that has taken Clinton to Guam, Vietnam, China and Cambodia. She is still to visit Papua New Guinea, New Zealand, Australia and American Samoa.

“Few countries have come as far in terms of our bilateral relationship as the one between the United States and Malaysia,” Clinton’s top diplomat for Asia, Kurt Campbell, said before the tour began.

He cited “enormous progress on a range of issues — (nuclear) proliferation issues, political coordination and strategic dialogue.”

Malaysia is also important as a member of the Association of Southeast Asian Nations, an organisation the Obama administration is trying to re-engage with after blaming the Bush administration for ignoring it.

Relations with Washington were rocky when Malaysia was led by Mahathir Mohamad, who was known for his strident criticism of the West during his two-decade rule, which ended in 2003.

The United States sometimes riled Malaysia with calls to expand democratic freedoms. -- AFP

Read more: Malaysia can be Muslim 'thought leader' -- Clinton http://www.nst.com.my/nst/articles/MalaysiacanbeMuslim_thoughtleader_--Clinton/Article/#ixzz14AU6DIlQ

Malaysia 'aset' penting Amerika Syarikat

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

KALI terakhir Malaysia menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) ialah pada pertengahan 1960-an menerusi kehadiran Lyndon Johnson. Sejak itu, ketua negara AS tidak lagi singgah di Malaysia meskipun acap kali melintasi ruang udara negara ini untuk ke negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Begitupun, ia tidak bermakna Malaysia bukanlah negara penting dalam hubungan bilateral negara kuasa dunia tersebut dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Hakikatnya, Washington dan Kuala Lumpur (KL) mempunyai hubungan dua hala yang sudah pun melepasi usia lima dekad yang disambut kira-kira tiga tahun lalu. Meskipun hubungan itu mengalami pasang surut kerana beberapa isu sama ada bersifat domestik atau antarabangsa, kedua-dua pihak sebenarnya mengakui saling memerlukan sama ada dari sudut hubungan strategik, ekonomi mahupun keselamatan. April lalu, hubungan Washington-KL memasuki fasa baru lewat pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden AS, Barack Obama.

Ia merupakan pertemuan empat mata julung-julung kalinya antara dua ketua negara itu dan berlangsung di luar kerangka Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang diadakan di Washington, AS. Pada kesempatan kira-kira 40 minit itu, kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai Model Baru Ekonomi (MBE) serta bagaimana pelabur dari AS boleh mendapat manfaat daripadanya.

Turut disentuh ialah peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam pembangunan semula Afghanistan serta perhatian yang boleh ditunjukkan negara terhadap pembangunan kuasa nuklear Iran. Intipati perbincangan itu sudah semestinya bakal diperkukuhkan lagi menerusi kunjungan Setiausaha Negara AS, Hillary yang kini berada di ibu negara.

Ini merupakan kunjungan sulung Hillary ke Malaysia yang tiba bersama lima pegawai kanan Jabatan Negara AS yang lain. Di pihak Malaysia, kehadiran Hillary merupakan satu bentuk sokongan yang dizahirkan oleh negara kuasa besar itu dari sudut politik, ekonomi dan strategik. AS pasti menyedari bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Najib ketika ini semakin melakar nama sebagai negara dunia ketiga yang penting.

AS juga melihat Malaysia sebagai 'aset' apabila sering diberi laluan menjadi mediator antarabangsa, selain mengetuai beberapa pertubuhan besar seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Malaysia juga acap kali ke depan dalam beberapa mesyuarat antarabangsa, pertubuhan serantau dan global, aktif dalam misi antarabangsa dan berpengaruh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara Islam yang sederhana. Perkara ini disedari oleh AS dan ia memberi kelebihan kepada negara itu dalam merencana agenda hubungan luar Washington.

Bagi pemerhati politik antarabangsa, Mohd. Faisol Keling, keperluan AS terhadap Malaysia itu adalah selari dengan dasar Obama yang cuba merapatkan hubungan, persepsi dan jurang yang wujud antara dunia Islam dengan negara Barat. Obama terpaksa "memulihkan" imej AS yang tercalar akibat dasar yang dijalankan oleh Presiden George W. Bush yang menyebabkan wujudnya ketidakyakinan negara dunia terhadap AS.

''Di sini, Malaysia menjadi "pilihan strategik" AS untuk mewujudkan hubungan yang rapat sekali gus memulihkan "kepercayaan dan keyakinan" negara dunia lain khususnya dunia ketiga dan membangun untuk beralih kepada AS," katanya.

Mohd. Faisol yang juga pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) menambah, peranan Malaysia semakin penting bagi AS melihat kepada ketidaktentuan senario antarabangsa di rantau ini sejak kebelakangan ini.

Rantau ini berdepan dengan kemungkinan konflik yang cukup besar seperti kemunculan kuasa agresif Korea Utara dan China, ketegangan hubungan antara China-Jepun dan masalah dalam hubungan kuasa besar India dan China.

Krisis-krisis lain yang tidak kurang mengganggu tumpuan AS termasuk risiko konflik bersenjata Korea Utara- Korea Selatan dan Jepun. Isu lain termasuk "turun naik" krisis China-Taiwan, dominasi China di Laut China Selatan dan perebutan pulau melibatkan China dan negara Asia Tenggara.

Isu-isu ini meletakkan rantau Asia Pasifik dalam risiko mampu berkonflik pada bila-bila masa dan ia secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan AS di rantau Asia Pasifik.

Dalam masa yang sama, tindakan Rusia yang semakin giat memperluaskan pengaruh di Asia Pasifik sejak era Vladimir Putin telah memberikan tekanan kepada AS untuk memperkukuhkan pengaruhnya di rantau ini. ''Malaysia yang mempunyai hubungan baik dengan negara Asia Pasifik dan berpengaruh dalam agenda keamanan serantau boleh memberi kelebihan kepada AS dalam menangani isu-isu ini," kata beliau.

Dalam konteks politik dalam negara pula, Malaysia dan AS berdepan dengan senario hampir serupa iaitu negara yang berada dalam kepimpinan baru. Najib dan Obama masing-masing berada pada penggal pertama pemerintahan dan menerajui negara dalam selang tempoh yang tidak lama.

Kedua-duanya juga membawa misi perubahan yang besar sama ada memulihkan imej negara di kalangan rakyat sendiri serta masyarakat antarabangsa. Begitupun tambah Mohd. Faisol, keyakinan AS terhadap politik dalaman Malaysia dapat dilihat apabila Obama tidak campur tangan seperti mana pada tahun 1998.

Ketika itu, Malaysia didakwa dan dipromosikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengamalkan penindasan terhadap pemimpin politik seperti yang berlaku di Myanmar dan melanggar hak asasi manusia.

Obama dan Najib juga mengambil alih pentadbiran ketika kedua-dua negara berdepan krisis ekonomi yang buruk. Menariknya, pentadbiran Obama menjadikan pendekatan Najib sebagai salah satu alternatif dalam proses pemulihan ekonomi negara berkenaan. Pendekatan yang dimaksudkan ialah pakej rangsangan ekonomi iaitu strategi menyalur masuk kewangan ke dalam sistem pasaran.

Kejayaan Malaysia berdepan kegawatan ekonomi pada 1997 dan pakej rangsangan ekonomi Najib telah meningkatkan keyakinan AS terhadap kemampuan pembangunan ekonomi Malaysia. Tidak hairan, Malaysia turut disenaraikan oleh AS sebagai salah sebuah negara dalam Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP).

Ia merupakan perjanjian rundingan perdagangan dalam membentuk rakan kerjasama AS di rantau Asia Pasifik dan dipersetujui pada 6 Oktober lalu.

Dalam masa yang sama, tambah Mohd. Faisol, AS dan Malaysia turut membuka kembali usaha mewujudkan perdagangan bebas antara kedua negara.

Usaha itu terhenti kerana ingin memberi peluang kedua-dua pihak mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam perjanjian sedia ada. Apa yang pasti sehingga 2006, Malaysia merupakan negara rakan dagang ke-10 terbesar AS dan antara negara utama dari kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai hubungan perdagangan yang besar dengan AS

Clinton kagum
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/11/03
Setiausaha Negara AS yakin KL peneraju pemikiran dunia Islam

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yakin Malaysia mampu menjadi peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang yang signifikan kepada dunia Islam dan global.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, berkata pencapaian Malaysia yang menunjukkan model holistik abad ke-21, mempunyai pengaruh tersendiri dan sering menjadi rujukan sebagai negara yang menggunakan pendekatan kreatif dalam menangani isu serta menyelesaikan masalah, termasuk aspek pemuliharaan alam sekitar dan melindungi spesies haiwan terancam. “Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan kedudukan geografi serta peranan umat Islam yang tidak memecah belah, memiliki peluang sebenar menjadi peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang.

“Berdasarkan perbincangan dengan pegawai rasmi kerajaan negara dan pemerhatian saya, Malaysia dalam isu tertentu berpeluang menjadi kreatif, berfikir di luar kotak dan muncul untuk menangani masalah yang boleh menjadi perhatian dunia.

“Saya amat kagum dengan apa yang dilihat serta dengar (mengenai Malaysia) dan berharap hubungan serta kerjasama kedua-dua negara akan lebih kukuh dan luas,” katanya pada program Perbualan Bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), di sini semalam.

Dewan Istac padat dengan kehadiran kira-kira 500 jemputan khas termasuk pemimpin, pelajar institusi pengajian tinggi dan wakil NGO. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Program soal jawab sejam dikendalikan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, bersama dua pengacara TV3, iaitu Norzie Pa’ Wan Chik dan Ally Iskandar.

Clinton yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, berkata Datuk Seri Najib Razak juga menonjol sebagai antara pemain utama di pentas antarabangsa dan berkesempatan berbual dengan Perdana Menteri yang sedang berehat kerana menghidap penyakit cacar semalam bagi membincangkan hubungan dua hala, perdagangan dan peranan Malaysia dalam isu global.

Beliau turut memuji sistem kewangan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang disifatkannya sebagai amat berpengaruh dan penting, selain peranan berkesan NGO di negara ini memperjuangkan hak wanita.

Clinton juga berkata, AS akan mempertingkat kerjasama pendidikan dengan Malaysia, termasuk mereka cipta program untuk memenuhi keperluan pelajar di negara ini, membantu pengajaran bahasa Inggeris di luar bandar serta pertukaran dalam bidang sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan.

Sementara itu, beliau melahirkan sokongan terhadap pentadbiran Presiden Barack Obama, selain menegaskan AS komited membantu negara Islam yang dilanda bencana alam, bahkan menjadi penyalur bantuan kemanusiaan paling besar kepada Pakistan yang dilanda banjir terburuk.

Mengenai krisis Palestin-Israel, Clinton berkata, negaranya menyokong kewujudan Israel serta pembentukan negara Palestin, sekali gus mahu kemelut itu diselesaikan secara damai di meja perundingan.

“Salah satu sasaran saya ialah mencegah serta mengelakkan konflik antara Islam dan negara Barat. Saya amat komited terhadap usaha ini dan berpendapat kedua-dua pihak perlu lebih saling memahami serta menghormati,” katanya.



AS sokong falsafah kesederhanaan
Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/11/03

Clinton akui saranan Najib mampu banteras golongan pelampau agama

PUTRAJAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton semalam menyatakan sokongan kepada falsafah Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya berupaya membanteras golongan pelampau terutama terhadap agama.

Beliau berkata, ini kerana sejarah membuktikan semua agama mempunyai golongan pelampau yang boleh mencetuskan konflik walaupun tidak berupaya menggugat kestabilan, keamanan dan demokrasi. "AS menyokong sepenuhnya seruan Perdana Menteri untuk memupuk kesederhanaan dalam agama (kerana) kita tahu golongan pelampau berada dalam mana-mana agama seperti yang dibuktikan sejarah. Malangnya, ekstremis bukanlah laluan untuk membina kestabilan, keamanan atau demokrasi, ia hanya menyebabkan konflik dan hati yang keras," katanya pada sidang media bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, di Wisma Putra, semalam.

Terdahulu Clinton mengadakan perbincangan dua hala dengan Anifah kira-kira sejam yang mencakupi pelbagai bidang kepentingan bersama seperti nuklear, pendidikan, perdagangan serta isu Afghanistan.

Beliau berkata, AS amat mengalu-alukan seruan Perdana Menteri dan akan terus memberi sokongan termasuk kepada pemimpin negara lain yang menyambutnya untuk menggalakkan dialog antara kepercayaan.

Pada majlis berasingan di Pejabat Perdana Menteri, Clinton mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan AS berkaitan sains dan teknologi serta antara kerajaan dan Pratt and Whitney berkaitan pembekalan enjin pesawat A330 milik Penerbangan Malaysia (MAS).
Satu lagi ialah memorandum perjanjian kerjasama dan lesen antara Academic Medical Center Sdn Bhd dengan Universiti John Hopkins Medicine International, berkaitan penubuhan universiti dan hospital di negara ini.

"Jika kita berhasrat meningkatkan hubungan di kalangan penduduk, kita akan melebarkan hubungan dengan bahagian lain di dunia dan secara khasnya kami komited untuk mengukuhkan hubungan antara penduduk Malaysia dan AS," katanya.

Clinton juga berkata, hubungan AS-Malaysia sudah sekian lama terjalin berdasarkan nilai bersama termasuk menghormati kepelbagaian budaya, majmuk, toleransi beragama selain menjadi rakan kongsi perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata, AS juga berminat dengan visi Najib untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris di negara ini dan pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk menggandakan usaha membolehkan rakyat Malaysia mendapat pendidikan bahasa itu menerusi program yang berkualiti.

Anifah pula berkata, kunjungan Clinton ke Malaysia adalah yang pertama oleh Ahli Kongres AS sejak 1995 dan ia memperkukuhkan hubungan antara Najib dan Presiden Barack Obama.

"AS penting kepada Malaysia, pada 2009 AS adalah rakan dagang ketiga terbesar dan antara 2004 hingga 2009, ia negara kedua terbesar dari segi pelaburan di sini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.