Pages

Subscribe:

01 November, 2010

[hang nadim] GADAI NYAWA DEMI ISTERI.....






















Chef Raman selamat dikebumi

ALOR GAJAH: Lebih 200 sahabat handai dan rakan setugas dari Adabi Consumer Industries Sdn Bhd menziarahi jenazah Allahyarham Chef Raman Abu Samah@Majid yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak, di sini, semalam.

Allahyarham Chef Raman, 53, atau lebih dikenali sebagai Chef Raman Adabi, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi rakannya di Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 6.30 pagi semalam iaitu sehari selepas dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, kira-kira dua bulan lalu.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh, disembahyangkan di Surau Kampung Kelemak Dalam berdekatan kediaman ibunya di kampung itu sebelum dikebumikan selepas solat Zuhur semalam. Bekas isterinya, Azamimi Ali, 38, berkata, kesihatan Allahyarham menjadi tidak menentu sejak dua bulan lalu dan kerap mendapatkan rawatan di HTJ.

“Sebelum kematiannya, saya dan anak-anak dan anggota keluarga terdekat sempat memohon maaf begitu juga beliau yang turut memohon maaf daripada kami.

“Saya sedih kerana anak-anak tidak berada di sisinya kerana menghadiri persekolahan dan program motivasi di Gombak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.