Oleh Siti Ruqaiyah Hashim
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditadbirkan oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim anak beranak baru-baru ini menampakkan pelbagai warna menarik keluarga ini. Bagi orang banyak, ia tidak lebih daripada pernyataan-pernyataan politik sebuah parti pembangkang yang amat bernafsu untuk menawan Putrajaya.
Tetapi kepada penganalisis politik-sosia-budaya ia mempamerkan kenyataan politik (bukan pernyataan politik atau political statements) yang amat menakutkan. Cetusan emosi, psikologi, dendam, marah dan crudities beyond comprehension yang terhambur menampakkan lebih banyak ciri emotif dan sentimen daripada kematangan dan kebijakan berpolitik dalam parti ini.
Kepada orang yang pernah menggunakan perkataan bahlul kepada orang lain, mungkin ketololan adalah perkataan paling tepat untuk mengungkap segalanya tentang PKR.
Daripada kata-kata yang memaparkan 'pendewaan' kepada seorang suami (jika itulah sebenarnya) atau pemameran cult peringkat tertinggi kepada seorang manusia adalah tidak menghairankan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya adalah anugerah Allah paling berharga untuk Malaysia.
Wan Azizah perlu menyedari bahawa hubungan suami-isteri antara beliau dan Anwar tidak memerlukan rasionalisasi dan apa juga yang dilakukan oleh suaminya perlu diterima, dimaafkan dan hidup berkeluarga perlu diteruskan dengan cara yang cukup sivil.
Pun begitu, sebagai pemimpin PKR beliau perlu berdiri di luar perkahwinan mereka dan menganalisis Anwar sebagai seorang pemimpin politik.
Wan Azizah perlu sedar beliau mempunyai tanggungjawab politik, sosial, budaya dan spiritual yang maha tinggi dalam menilai Anwar, kerana apa juga endorsement beliau kepada suaminya bukan sahaja akan dijawab di akhirat kelak tetapi boleh menjadi liabiliti politik yang tidak tergambar seriusnya kepada agama, bangsa dan negara ini.
Pembinaan dinasti politik tidak salah dari segi undang-undang negara mana pun tetapi ia sering kali tidak cukup telus dan beretika dan tidak lebih daripada satu lagi elemen 'realpolitik' sahaja (dari bahasa Jerman yang bermaksud realiti dalam politik).
Sebelum ini, PKR dan semua parti pembangkang sibuk menuding jari kepada Barisan Nasional dengan isu kronisme, nepotisme dan segala macam isme lagi tetapi tiba-tiba perkataan tersebut lenyap dan tidak kedengaran lagi dan adalah 'ok' dan tidak jijik jika parti dipimpin oleh kaum keluarga sendiri!
Hitler adalah contoh seorang cult figure paling klasik dalam sejarah dunia moden kerana kepetahan beliau berpidato dan berjaya mengaburi mata orang Jerman dengan meyakinkan mereka bahawa apa yang dikatakannya adalah betul belaka dan perlu dituruti dan tidak boleh dipersoalkan.
Walau pun mempunyai gaya hidup yang boleh dipersoalkan dan tidak mementingkan akhlak dan moral tinggi, Hitler pengamal otokrasi paling efisien memastikan jentera kerajaannya mempamerkan kehidupannya yang amat baik dan bermoral.
Beberapa tahun lalu The History Channel menayangkan filem tentang hari-hari akhir Hitler sebelum kejatuhan Berlin ke tangan tentera Rusia di dalam kubu bawah tanah di tengah-tengah bandar tersebut. Antara yang dipamerkan ialah hanya beberapa jam sebelum membunuh diri pemimpin The Third Reich ini berkahwin dengan Eva Braun perempuan simpanannya.
Semua pegawai tentera atasan dan orang di sekelilingnya mengetahui status hubungan Hitler dengan Eva tetapi semua itu diterima dan tidak dipersoalkan kerana dalam fasisme, kedudukan pemimpin adalah sebagai seorang bapa yang mengetahui segalanya dan tidak boleh dipersoalkan apa juga kata-kata dan perlakuannya.
Hitler didewakan sebegitu rupa dan kata-kata Wan Azizah dalam ucapannya baru-baru ini mungkin menyebabkan ramai orang merasakan peluh sejuk mula mengalir dari tulang belakang mereka.
Cult leadership sedang mengambil tempat di dalam PKR rasanya dan jika ini yang berlaku parti ini semakin hampir kepada otokrasi dan bukannya demokrasi seperti yang dilaung-laungkan selama ini.
The Economist majalah antarabangsa tersohor dan antara yang paling berpengaruh di dunia sudah pun mengesahkan pendapat bahawa demokrasi tidak wujud lagi di dalam PKR.
Beberapa bulan lalu, Anwar sibuk menyelar negara-negara besar yang pernah menjadi sekutu kuatnya seperti Amerika Syarikat dan Britain kerana situasi hari ini sudah berubah.
Suatu ketika dulu Anwar menerima simpati paling istimewa daripada pemimpin Parti Demokrat Amerika Syarikat tetapi seperti kata pepatah Inggeris 'kita hanya boleh berbohong pada satu ketika atau kepada seseorang tetapi kita tidak boleh berbohong setiap masa dan kepada setiap orang.' Anwar semakin kecil pengaruhnya di luar negara dan semakin terpinggir kerana 'warna' sebenarnya semakin kelihatan.
Sekutu beliau selama ini melihat Anwar sebagai mangsa yang perlu diberi bantuan tetapi apabila segala idealismenya dihancurkan oleh realpolitik beliau sendiri, lalang sehelai bukanlah tempat terbaik untuk berlindung diri. Beliau sudah lama melanggar perkara-perkara prinsip yang dipegangnya selama ini demi menawan Putrjaya.
Dan ini adalah kesilapan besar dan segala tindak-tanduknya lebih memperlihatkan beliau seorang desperado politik yang mengamalkan membujur lalu melintang patah untuk berkuasa.
Mempertikai Ketuanan Melayu dan Institusi Kesultanan Melayu yang telah meletakkan beliau sebagai seorang yang terpelajar dan pemimpin politik yang cukup memukau suatu ketika dahulu mungkin kesilapan terbesar pemimpin de facto PKR ini.
Apabila seorang desperado yang memimpin sebuah parti politik yang sedang diapit dan juga dihimpit oleh pemimpin lain yang mengamalkan kesongsangan (Malaysian Malaysia dan republikan) apa-apa saja boleh dijanjikan dan diuar-uarkan untuk mendapatkan kuasa dan mengesahkan legitimasi mereka sebagai pembela rakyat.
Saya kurang pasti Anwar Ibrahim telah cukup belajar daripada semua pemimpin Melayu sebelum ini bahawa ada 'peraturan tidak bertulis' dalam politik Malaysia bahawa sesiapa juga yang membelakangkan agenda Melayu dan memperlekeh kedaulatan Melayu (bukan Ketuanan Melayu) sedang menempah jalan menghancurkan diri sendiri.
Kehadiran majoriti senyap yang amat dirasakan tetapi tidak kelihatan jangan diambil mudah oleh sesiapa pun dan perkiraan ke mana wang pembayar cukai dibelanjakan bukanlah satu-satunya isu yang perlu diambil kira.
Apalagi dengan 'crudities beyond comprehension'' yang semakin memperlihatkan ketidak-warasan mempergunakan agama dan al-Quran dengan sewenang-wenangnya termasuk oleh orang bukan Islam menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang semakin tidak berprinsip, tidak beretika dan jauh daripada idealisme yang mereka laung dan perjuangkan selama ini.
Dan Barisan Nasional menjadi semakin menarik, elegan dan waras serta realistik dalam berpolitik yang mempamerkan kematangan dan 'refinement' yang tidak sedikit.
Saya yakin senario sosio-ekonomi-politik sekarang dan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin banyak berubah dan PKR serta parti pembangkang semakin terdesak untuk meraih kuasa dan mengekalkan momentum mereka. Tetapi sesiapa pun boleh melihat bahawa politik membujur lalu melintang patah ini akan memakan diri orang yang mengamalkannya. Masa akan membuktikan segala-galanya.
PENULIS ialah ahli Persatuan Penulis Selangor - Kerabat Gapena
Guan Eng tidak layak ukur kerakyatan seseorang
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Beberapa bekas pemimpin pembangkang menyelar kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan menyifatkan cauvinis DAP itu tidak layak untuk mengukur taraf kerakyatan seseorang kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan.
Malah, mereka turut menggesa agar parti DAP yang dianggap sebagai 'raja perkauman' dan diktator itu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana menghormati Singapura berbanding Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu.
Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Noor, tindakan Guan Eng mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan hak orang Melayu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah anti Melayu.
Tegasnya, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengharamkan DAP dengan serta-merta kerana parti itu melalui Guan Eng, secara terbuka memperlihatkan kebencian dan penentangan terhadap segala usaha untuk membela orang Melayu.
"DAP bukan sahaja parti yang anti Melayu tetapi anti Perlembagaan. Kerajaan perlu mengharamkan DAP kerana cauvinis-cauvinis yang ada dalam parti ini sepanjang masa sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.
Selain itu, Guan Eng juga melabelkan Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja, serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Guan Eng tidak layak untuk menilai dan mempersoalkan kerakyatan pihak lain kerana dakwanya, seluruh ahli parti DAP 'menyembah' Singapura, dengan harapan Melaysia juga akan menjadi sebuah republik.
"Apakah layak Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP hendak mempersoalkan kerakyatan orang lain sedangkan, mereka sendiri berjuang untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sebagaimana Singapura.
"Inilah kenyataan paling bodoh. Kalau dia tidak suka dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikaikan pihak yang mempertahankan hak serta kedudukan orang Melayu, Guan Eng boleh keluar daripada Malaysia, carilah negara yang sesuai dengannya," jelas beliau.
Mengenai kecaman Guan Eng terhadap pihak yang meraikan 13 Mei pula, Zahrain berkata, DAP sebenarnya takut fakta sebenar, iaitu cacian dan penghinaan bapanya, Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu sehingga mencetuskan tragedi berdarah itu, diketahui umum.
Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip pula mencabar pemimpin Pas dan orang-orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kenyataan Guan Eng itu.
Katanya, Pas dan orang-orang Melayu dalam PKR yang sejak sekian lama menjadi kuda tunggangan DAP perlu menyatakan sokongan kerana kenyataan Guan Eng itu dibuat semasa konvensyen pembangkang berlangsung.
"Pemimpin-pemimpin Pas dan orang Melayu dalam PKR perlu nyatakan pendirian mereka, kalau benar mereka anak jantan. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu nyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap penghinaan Guan Eng ini.
"Anwar Ibrahim memang sudah kita akui akan menyokong apa sahaja kenyataan DAP kerana kita percaya ada sesuatu yang menyebabkan Anwar terlalu 'takut' kepada mereka, bukti itu kalau didedahkan akan membunuh terus karier politiknya," ujarnya
Kebiadaban Guan Eng
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
JIKA ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.
Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.
Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.
Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.
Persoalannya baik sangatkah insan bernama Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?
Jawatan itu disandangnya selepas DAP menguasai kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sudah tentunya sedikit sebanyak datang daripada sokongan pengundi Melayu.
Tetapi apa orang Melayu Pulau Pinang dapat apabila Guan Eng yang kononnya menggambarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia tulen dan ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah?
Orang Melayu tidak mendapat apa-apa malahan ditindas, satu demi satu satu perkampungan mereka dilenyapkan di bumi Pulau Pinang atas nama pembangunan.
Perarakan Maulidur Nabi pula dihalang dan peniaga Melayu dicegah berniaga di Komtar di bulan Ramadan, apakah ini pemimpin yang tidak rasis dan mengutamakan semua kaum?
Dalam hujahnya, Guan Eng mendakwa BN mengamalkan diskriminasi kaum, menganiayai orang lain serta merendahkan martabat orang lain juga boleh dianggap rakyat 'Malaysia celup'.
Tetapi apakah Guan Eng, rakyat Malaysia tulen apabila mengusir penduduk kaum India di Kampung Buah Pala dan menghalau penduduk Melayu di Kampung Genting semata-mata untuk membina sebuah cawangan universiti.
Adil sangatkah Guan Eng apabila membuat fitnah kepada seorang pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus dengan menuduh pegawai itu lidah biawak, tidak kompeten, tidak profesional.
Hakikatnya, serangan terbaru Guan Eng kepada orang Melayu dan institusi Melayu adalah langkah terdesak beliau selepas berasa tertekan kerana pendedahan bertubi-tubi oleh media arus Perdana Menteri terutamanya Utusan Malaysia terhadap kepincangan dan betapa rasisnya pemerintahan beliau di Pulau Pinang.
Tetapi Guan Eng tidak mahu mengaku semua itu, sebaliknya menganggap apa sahaja yang didedahkan adalah usaha terancang bagi menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.
Guan Eng sengaja ingin mengabui mata rakyat kononnya Utusan Malaysia akhbar yang ekstrem dan BN hanya tahu memperalatkan agama, bangsa dan raja.
Beliau sebenarnya sudah tidak mampu lagi mengepung kelemahan kepimpinannya dan sekali gus membuktikan sama ada beliau, DAP mahu pun pakatan pembangkang tidaklah sebaik mana.
Tindakan beliau menganggap BN memperalatkan agama, bangsa dan raja boleh disifatkan satu perbuatan biadab. Ia kerana tindakan itu menggambarkan seolah-olah raja-raja Melayu boleh diperbodohkan sehingga dapat diperalatkan oleh BN.
Kalaulah BN mengamalkan rasis sudah lama negara ini akan kacau-bilau kerana di dalam BN terdapat komponen pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum.
Guan Eng sebenarnya ingin menyerang UMNO dalam soal itu tetapi sengaja bersandiwara dengan menyebut BN. Bagi Guan Eng selagi UMNO wujud dan Utusan Malaysia masih ada maka selagi itulah agenda tersirat DAP untuk mengugat apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu akan terhalang.
Oleh itu Guan Eng menggunakan hujah berlapik dengan meminta rakyat menolak BN dengan memberikan alasan-alasan tersebut.
Memang benar dalam pakatan pembangkang ada PKR dan Pas yang diterajui oleh orang Melayu tetapi mereka hanya pak turut dan sanggup menggadaikan segala-gala demi meraih kuasa politik.
Tidak semua orang Melayu boleh diperbodohkan oleh permainan licik politik DAP yang sampai kiamat pun tetap dianggap sebuah parti cauvinis! Ini hakikat yang harus diterima oleh Guan Eng.
Beliau jangan terlalu bangga dan taksub untuk beranggapan bahawa kepimpinannya paling sempurna dan pakatan pembangkang paling baik.
Pendedahan demi pendedahan berhubung kepincangan memimpin Pulau Pinang dan tindak-tanduknya sebagai ahli politik sudah memaparkan bahawa anak kepada Lim Kit Siang ini bagaikan kaduk naik junjung, baru memerintah sebuah negeri sudah mahu mengamalkan sikap 'beraja di mata bersultan di hati.'
Seharusnya kebiadaban terbaru Guan Eng membuat dakwaan yang tidak berasas yang secara tersiratnya menyindir kemuliaan institusi Melayu perlu menyedarkan orang Melayu siapa sebenarnya Guan Eng dan apa mainan politik sebenar DAP jika mereka memperolehi kuasa memerintah negara ini.
Buat masa ini, orang Melayu tidak harus bergantung harap kepada pemimpin Melayu di dalam PKR mahupun Pas, sudah jelas mereka sendiri pun tidak berani hendak menegur keceluparan DAP dan Guan Eng.
Sebab itulah Guan Eng mahupun DAP tanpa segan silu atau rasa bersalah menyerang institusi Melayu dan melakukan tindakan menyinggung orang Melayu.
Bagi Guan Eng, beliau amat memahami pemimpin Melayu di dalam kedua-dua parti itu tidak akan menyanggah apa juga yang beliau kata.
Semua ini boleh dianggap satu petaka kepada orang Melayu di Pulau Pinang yang boleh dianggap sudah terpedaya dengan janji- janji manis Gua Eng ketika kempen pilihan raya umum lalu.
Orang Melayu perlu sedar bahawa masanya sudah tiba untuk mereka menolak DAP secara total. Kebiadapan dan penghinaan yang dilakukan oleh Guan Eng tidak harus dibiarkan kerana ia sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dimaafkan atas apa alasan sekali pun
Jangan jadikan Parlimen safari politik
SEKIAN banyak perjuangan politik oleh pemimpin-pemimpin dengan pelbagai strategi menjatuhkan kawan dan lawan, mengapa Parlimen sebagai tempat peraturan hidup bermasyarakat dideraf, dibahas dan diluluskan menjadi seperti safari.
Ada yang memandang situasi mengangkat sepanduk yang berlaku di dalam Dewan Parlimen sebagai bukti bahawa inilah mentor bakal pemimpin yang akan mewarnai pemerintahan negara pada masa depan.
Jika pemimpin mengajar rakyat berdemonstrasi setiap kali tidak puas hati akan sesuatu perkara maka kita akan menjadikan sistem demokrasi sebagai pertaruhan. Rakyat turut melihat Parlimen dijadikan mahkamah tidak rasmi sedangkan peranannya adalah sebagai venue menggubal undang-undang.
Apabila Ahli Parlimen diletakkan di dalam satu tempat yang mulia untuk membuat undang-undang dijadikan mereka perlu melupakan agenda peribadi dan menumpukan kepada soal membela nasib dan kebajikan rakyat yang memilih mereka.
Masa untuk kempen politik peribadi dan kempen 'enau dalam belukar' sudah habis selepas keputusan pengundian Pilihan Raya Umum 2008 dikeluarkan. Rakyat yang mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah mengikut manifesto yang mereka janjikan masih ternanti-nanti ianya dipenuhi seperti janji yang dibuat semasa PRU-12.
Apa yang dapat dilihat pakatan pembangkang hari ini bukan sahaja menonjolkan belang sebenar mereka yang tidak menghormati undang-undang malahan membawa budaya politik jalanan ke dalam Dewan Rakyat, dan mencatat sejarah tragis demokrasi berparlimen di Malaysia.
Gara-gara usaha terakhir untuk mempertahankan Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada digantung selama enam bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, ekoran tuduhan melulu beliau mengenai gagasan 1Malaysia dan APCO.
Gelagat demonstrasi jalanan dipamerkan tanpa silu cukup menyedihkan , tidak cukup dengan membawa sepanduk, ahli-ahli Parlimen pembangkang turut menjeritkan perkataan 'Apco', 'reformasi', 'zalim' dan 'booo' berulang-kali, piil mereka yang buruk ini dilihat seakan menghina sebahagian institusi demokrasi yang membawa mereka dari jalanan ke dewan berhawa dingin bagi mengubah nasib rakyat yang memangkah mereka dengan dakwat hitam semasa PRU yang lalu.
Apakah isu Apco, reformasi dan kezaliman terhadap seseorang individu ada kait-mengait dengan kepentingan rakyat marhaen di kampung dan di bandar.
Apakah isu itu semua akan menjadikan rakyat turut terangsang untuk berbuat perkara yang sama, sedangkan setiap pemimpin sepatutnya berhadapan dengan segala cabaran secara kendiri dan bukannya menyebarkan virus ketidakpuasan hati bak jalak berkokok siang ekor dipenuhi najis sendiri.
Seorang pemimpin bukan hanya diperkuatkan oleh rakyat yang dipimpin tetapi oleh kekuatan rohani dan jasmani kurniaan ilahi, ibarat kepala lokomotif yang menunda puluhan gerabak. Jika kepala gerabak masih tidak tahu hala tujunya ke mana, maka gerabak yang di belakang pula yang akan menjadi X-factor untuk ia tergelincir dari landasan.
Pasca PRU 12 rakyat yang menjadi pemilih bertauliah Kerajaan terus menjadi pemerhati dan pengkritik yang setia kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama ada di kedai kopi dan di dunia siber.
Tingkah laku pemimpin, semuanya tidak lepas dari pandangan rakyat yang sudah terdedah dengan pendidikan dan teknologi ICT malahan mereka sudah matang menilai mana kaca permata dan mana caca marba.
Pendedahan Wikileaks sudah pasti turut menjadi penilaian rakyat dan ini yang membuatkan semua pihak panas punggung hingga tempat semulia Dewan Rakyat menjadi seperti safari demokrasi dengan isu tidak relevan dibangkitkan.
Hormatilah Dewan Rakyat kerana di situlah mandat sebagai wakil rakyat diberi kepada semua ahlinya. Soal individu yang tidak puas hati dengan perkara yang melibatkan dirinya sendiri tidak perlu dipolitikkan oleh sesiapa, malahan mengheret Suhakam bukan suatu tindakan yang tepat lagi bermanfaat untuk rakyat yang mengharapkan dewan yang mulia dijadikan wadah membela mereka.
Balik-balik ia digunakan untuk membela individu, adakah perjuangan sebagai Ahli Parlimen hanya untuk seorang dua sahaja dan bukan untuk 30 juta penduduk Negara ini. Tahniah Tan Sri Datuk Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia kerana sesungguhnya Tan Sri telah menjaga Dewan itu sesempurna mungkin dari pihak yang menganggap mereka hanya pembangkang dan bukan ahli dewan yang mulia itu.
ABDUL RAZAK IDRIS
Banting, Selangor
Jittery Pakatan's hazy agenda
FIRST, it was the Common Policy Framework (CPF), a document detailing Pakatan Rakyat's ambitious plan to transform Malaysia.
Now there is the Pakatan Agenda, a document which unveils specifics, including reform programmes to be implemented within 100 days of receiving the people's mandate to govern. In short, the loose opposition pact is making more promises to the people despite not being able to make good the pledges of the 2008 general election.
The 100-day programme includes abolishing the Internal Security Act, reducing subsidies for the private sector, dissolving Felda Plantations Bhd to redistribute its land to second and third generation of Felda settlers, a RM500 increment in salary for teachers and increasing oil royalty by 20 per cent for Sabah, Sarawak, Terengganu and Kelantan.
A glance at the contents of the "orange book" revealed that it is a manifesto of sorts for the 13th general election and also an expansion of the CPF that was adopted by the coalition at the first Pakatan convention in Shah Alam, Selangor.
The new document is no doubt intended to drum up support for the three-party pact, which hopes to take over the Federal Government after the next general election.
Why is there a need for a manifesto when the date for the next national poll has not been announced?
A joke among delegates at the convention held at Dewan Mellenium on mainland Penang where the document was released, was that the coalition couldn't wait a second longer to take over Putrajaya. This better be a joke. Impatience can backfire.
Now, could signs of a slide in public confidence in Pakatan's ability to rule be the reason behind the release of the document?
Pakatan leaders are a little worried that the coalition would be unprepared in the event of a snap election. Although the current parliamentary term is due to end in May 2013, predictions are pointing to an early date, as early as the first quarter of next year. They realise that the public, although aware of Pakatan's commitment in CPF, are still unclear of the reforms that the coalition wants to undertake and how these reforms would be implemented if it comes to power.
Behind closed doors, Pakatan leaders admit that their failure to explain had raised doubts over the coalition's capability to rule.
The opposition's non-traditional supporters, who voted for candidates of Parti Keadilan Rakyat, Pas and DAP in 2008, had for some time been asking whether the coalition could be trusted to rule at the federal level.
These fence-sitters do not think Pakatan, in its present form, is anywhere near to being an alternative to Barisan Nasional.
Pakatan can make 1001 promises to the electorate, when the time comes, Malaysia's discerning voters will not be generous with their votes if the coalition fails to walk the talk.
Read more: Jittery Pakatan's hazy agenda http://www.nst.com.my/nst/articles/4dah/Article#ixzz18bV5ry9E
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.