Dokumen tepis fitnah 1Malaysia
Oleh Zanariah Abd Mutalib
2010/12/24
KUALA LUMPUR: Pendedahan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1Malaysia tiada kaitan dengan One Israel adalah tindakan telus kerajaan bagi menepis fitnah berterusan dilemparkan pembangkang.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata melalui pendedahan itu, rakyat boleh melihat keputusan dibuat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan selepas mengaitkan 1Malaysia dan One Israel adalah tepat dan berdasarkan bukti. Kerajaan terpaksa mendedahkan dokumen itu kerana wujudnya manipulasi berlebihan di kalangan pembangkang berhubung isu itu yang menyebabkan rakyat menjadi keliru, siapa yang benar. Tindakan Anwar yang mendakwa beliau tidak diberi peluang membela diri dan menimbulkan kekecohan dalam Parlimen Khamis lalu adalah tindakan terancang yang terdesak kerana sedar beliau tiada bukti dan sudah mula hilang sokongan, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan dua dokumen termasuk surat daripada Apco Worldwide (APCO) yang menafikan pembabitan syarikat itu dalam One Israel dan konsep 1Malaysia serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen One Israel, Robert M Shrum yang menafikan pembabitan APCO dalam kempen berkenaan.
Minggu lalu, Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong dengan mendakwa APCO menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep One Israel yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussein, berkata pemimpin pembangkang sering mendakwa rakyat tidak percaya dengan kerajaan, sedangkan rakyat bijak menilai dan akan menyokong pihak yang benar.
Pemimpin pembangkang sebenarnya mempunyai sindrom tidak percaya kerana terlalu fanatik dengan Anwar. Rakyat mesti menolak pemimpin seperti ini yang menganggap mereka saja yang betul, katanya.
Felo Kanan Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzamudin Sulaiman, berkata pembangkang sengaja mengambil kesempatan mengeksploitasi isu APCO kerana tahu rakyat tidak jelas mengenainya.
Pembangkang akan terus putar belit isu: TPM
2010/12/24
LAWAS: Pembangkang tidak akan menerima penjelasan kerajaan berhubung isu Apco Worlwide (APCO), sebaliknya akan terus memutarbelitkan isu berkenaan termasuk terus mendakwa konsep 1Malaysia diciplak dari konsep One Israel.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebelum ini pembangkang sememangnya memutarbelitkan isu berkenaan sehingga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipanggil Jawatankuasa Hak dan Kebebesan Parlimen namun gagal menghadirinya.
Katanya, sepanjang tempoh itu, Anwar memberi pelbagai dolak-dalik dan tidak sanggup bersemuka dengan jawatankuasa berkenaan sehingga menyebabkan digantung dari Dewan Rakyat baru-baru ini. "Kenyataan kerajaan menafikan pembabitan APCO dalam konsep 1Malaysia mempunyai asas dan rakyat seharusnya menerima penjelasan itu serta tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang. Pembangkang tidak rasional kerana jika kita jelaskan, mereka tidak akan terima... itu memang sikap pembangkang. Kita tidak peduli sikap mereka, tetapi yang penting rakyat perlu faham dengan penjelasan kita," katanya selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Lawas, di sini semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, kelmarin, mendedahkan dua dokumen termasuk kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen One Israel pada 1999, Robert M Shrum, yang menafikan pembabitan firma itu dengan konsep dilaksanakan Israel.
Terdahulu, Muhyiddin bersama lebih 1,000 penduduk menghadiri Majlis Sarapan Pagi Bersama Rakyat Limbang di Pasar Tamu Limbang sebelum meninjau Program Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran di Dataran Limbang.
Beliau kemudian melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Awat-Awat dan mengumumkan sekolah berkenaan dipindahkan ke lokasi baru membabitkan kos RM15 juta berikutan lokasinya tidak sesuai.
Mengulas mengenai tindakan kerajaan Selangor tidak membenarkan penggunaan logo 1Malaysia di negeri itu, Muhyiddin berkata, pembangkang ketakutan dengan konsep berkenaan sehingga terpaksa menghalang ia dipamerkan kepada orang ramai.
LAWAS: The move by the Selangor government to ban the 1Malaysia logo on billboards is cowardly, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday.
He said the state government feared the concept because of its growing popularity.
"Our prime minister (Datuk Seri Najib Razak) introduced it with the noble intention of strengthening unity and cooperation among the people.
"It should not be linked with politics but they (Selangor government) fear Najib," Muhyiddin said after attending a meet-the-people session at the Lawas indoor stadium here.
"The iconic 1Malaysia concept has a growing influence on the people, who are starting to understand and embrace it. They (the state government) are cowards."
State Housing and Local Government Committee chairman Ronnie Liu had said the ban was necessary as it contravened local by-laws.
He said this was because the 1Malaysia advertisements were a political message of the Barisan Nasional and that the local government by-laws in Selangor prohibited political symbols from being used on billboards.
In Kuala Lumpur, Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon expressed his shock and disappointment over the the ban.
"They have gone against their promise on freedom of information, among others. This also shows that they are afraid of the 1Malaysia concept," he said at a press conference after giving away prizes for the Mahua short stories translation competition.
Koh, who is also Gerakan president, said the 1Malaysia concept was aimed at building unity and solidarity among the races.
"This should not be seen from a narrow political view of point. I am disappointed with them."
MCA non-governmental organisation liaison bureau chief Datuk Ti Lian Ker said the move by the Selangor government was appalling.
"What sort of ketuanan rakyat is being displayed when the state exco's order reflects intolerance?
"Pakatan should act in the interest of the people and not restrict, demarcate or divide people further, especially when it comes to nation building."
Read more: DPM: 1Malaysia logo ban a cowardly move http://www.nst.com.my/nst/articles/6bilx/Article#ixzz18yrLJ1wl
Impian Anwar tidak mengenali batas
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pendirian dan angan-angan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipersoalkan kerana ia bukan sahaja tidak mengenali batas malah melangkaui norma-norma kehidupan manusia biasa.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, agenda dan perjuangan ‘ala bintang filem’ ketua pembangkang itu hanyalah untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan rakyat tidak kira agama atau kaum.
“Agama dan kaumnya sendiri pun sanggup digadai dan dijaja demi usaha menegakkan benang yang basah tetapi apakah rakyat kita terutamanya orang Melayu ini bodoh?
“Apakah kita sudah lupa akan pembohongan 16 September? kini, mata rakyat cuba dikaburi lagi dengan edisi terbaru janji reformasi 100 hari sedangkan mereka yang sebenarnya memperjuangkan reformasi di dalam PKR telah pun meninggalkan parti itu.
“Sebelum bersorak mendabik dada dengan harapan untuk membohongi rakyat menerusi reformasi 100 hari saya rasa pembohongan 16 September harus diperjelaskan terlebih dahulu,” katanya dalam blognya di http://zahrainmp.blogspot.com/.
Beliau mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
Zahrain berkata, hari ini genap 818 hari sejak 16 September 2008 berlalu, tetapi Anwar tanpa perasaan malu masih meneruskan pembohongan dan yang peliknya masih ada yang mempercayai pembohongan dilakukannya itu.
“Apakah rakyat kita begitu cetek pemikiran sehingga masih tidak dapat membezakan antara pendusta dan pemimpin? Saya yakin 100 hari adalah sama dengan 818 hari mengikut perkiraan pakatan pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, edisi terbaru janji Anwar dan sekutu cauvinisnya iaitu DAP untuk melaksanakan program 100 hari itu begitu sedap didengar oleh penyokong dan ahli mereka.
Menurutnya, walaupun bunyi dan isinya sama dengan janji dan manifesto Pilihan Raya Umum lalu yang masih belum ditunaikan, pembohongan itu tidak langsung dipersoalkan penyokong dan ahli pakatan tersebut.
“Pas semacam kaku dalam pakatan pembangkang walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayangkan kegusaran berhubung kelangsungan pakatan itu sebagai satu pakatan yang bermakna,” katanya.
Beliau berkata, mungkin pemimpin Pas akur dan telah sedar akan pembohongan bertopengkan ‘reformasi’ dalam pakatan pembangkang, namun apakah nasib ribuan penyokong parti Islam itu yang kini terpinga-pinga di akar umbi.
“Apakah ahli dan penyokong pakatan pembangkang begitu taksub atau memang telah hilang kebolehan berfikir secara waras?.
“Mungkin pemimpin DAP amat berpuas hati dan memang telah lama mengharapkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam tetapi apa pula alasan pemimpin Pas dan pengikut tegar PKR,” katanya.
Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas
PASIR MAS 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan itu dibuat berikutan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.
Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.
"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.
"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kepada 527 Pelajar 5A UPSR 2010 dan Kesyukuran Parlimen Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim II di sini hari ini.
Kesemua pelajar cemerlang terbabit menerima hadiah berupa wang tunai RM100, beg sekolah dan sijil penghargaan daripada beliau.
Sebelum ini, akhbar melaporkan biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya terbatas, Nik Abdul Aziz tetap bertegas untuk tidak melepas jawatan itu.
Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata mentadbir sebuah negeri bukanlah menggunakan tubuh badan tetapi fikiran, justeru tugasnya adalah memberi idea kepada orang bawahannya mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.
Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.
Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.
"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya.
Tambah beliau, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.
"Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.
"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya
Selangor bans ads that bear 1Malaysia logo
BANTING: The Selangor government has banned all symbols and logos related to the 1Malaysia concept from being used in advertisements.
The state executive council passed a ruling that 1Malaysia was political in nature and as such, its symbols were not allowed in advertisements which require permission from local councils.
State executive councilor in charge of local government Ronnie Liu said the ruling was passed after the executive council deliberated on the issue.
He said local government by-laws did not allow advertisements that were political.
"Such advertisements are only allowed during election time. We don't want to create uneasiness among the public. Some people may even get upset when they see such symbols," he said yesterday when responding to a demonstration here where about 50 people protested against the district council for trying to enforce the rule.
Liu said Barisan Nasional was using the 1Malaysia logo as a political symbol.
The protest in front of a convenience shop that carried a 1Malaysia symbol on its signboard was carried out by the business owner and members of several political parties.
Businessman K. Thiagarajan, 26, said he was slapped with a notice last week to remove the symbol in seven days.
He said it was unfair for the district council to issue the notice as the signboard was approved just three months ago by the council.
He later submitted a memorandum on the issue to council president Abdul Razak Jaafar.
Selangor MIC Youth chief Shanker Raj said the ruling was nonsense.
"Why the sudden new ruling? The state government should not confuse business and politics. This shop owner is merely trying to use the 1Malaysia logo to attract customers."
Razak said the council was only following orders from the state government and that the ruling applied to businesses.
Read more: Selangor bans ads that bear 1Malaysia logo http://www.nst.com.my/nst/articles/7eal/Article#ixzz18ytPR4Hs
Nukilan hati hang nadim
Pemimpin yang perjuangkan kepentingan Diri dan memecah belahkan perpaduan dan meghuruharakan negara kerana kepentingan Politik dan diri pernahkah mereka berfikir
Perajurit dan pahlawan Melayu berjuang demi kedaulatan negara mati untuk negara bukan
macam pemimpin yang cuba menghuharakan negara....kenapa tidak memikirkan kepentingan
keamanan negara....Beratus tahun satu bangsa mentamadunkan bangsanya megapa kita harus merobohkan tamadun dalam masa yang terdekad Untuk Azizah nasihatlah Anuar supaya Tidak membuat Bohong sepanjang hayat....hentikanlah.....Khalid...jangan melatah Ingat Anda Cemerlang di Suatu masa dan mendapat kepujian dari Bangsa kamu tetapi kini kamu melupuskan kecemerlangan kamu dengan membuat kerja yang akan melupuskan kecemerlangan kamu di masa lampau....Anuar...Khalid....Azmin Fikir dan Insaf..Kembali kepangkal jalan (Azizah fikirlah Nasihat Anuar....)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.