Pages

Subscribe:

07 Disember, 2010

hang nadim] King: Don’t destroy unity just to please a few

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin called on Malaysians on Tuesday not to destroy the prevailing unity in the country just to fulfil the demands of a few extreme and greedy, selfish individuals.

"The nation's development plans will be hampered if the prevailing unity and harmony is not protected," the King said in conjunction with the national-level Ma'al Hijrah 1432 celebration at the Putrajaya International Convention Centre, here.

Tuanku Mizan said the country would be exposed to regression and destruction if the people were always suspicious of and fighting with each other.

"The people are jointly responsible for ensuring continued peace and prosperity in the country to be inherited by future generations."

The King said to achieve the desired level of unity was not easy, hence all parties must play their role and prove their sincerity in achieving that goal.

Tuanku Mizan said all the different races must understand and respect each other and have a give-and-take attitude for the sake of peace and harmony.

"As for the Muslims, they should help build the ummah and beloved country based on faith and solidarity. And learn from the Hijrah incident with realisation and resignation."

On the Hijrah incident (flight of Prophet Muhammad from Mecca to Medina), the King said it brought positive change and transformation to the attitudes and way of life of the Muslims, as well as showed the need for sacrifice and diligence to achieve success in this world and the hereafter.

"Muslims need to emulate the Muhajirin and Ansar who were willing to sacrifice their own interests for Islam.

"All these lessons will be lost in the annals of history if we continue to be lax and are only proud of the glory achieved by the ummah of yore while we ourselves have not changed to achieve success."

The King hoped Malaysians would continue to work at maintaining racial unity and for Muslims to imbibe this year's Ma'al Hijrah theme, "1Malaysia, 1Ummah".

Tuanku Mizan also suggested that all quarters, especially government agencies and the private sector, enhance programmes that promoted religious

Pertahan semangat perpaduan - Agong

PUTRAJAYA 7 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam mempertahan dan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang serta toleransi kaum sebagaimana yang ditunjukkan melalui peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Seri Paduka bertitah, peristiwa tersebut adalah detik bersejarah yang telah mengubah seluruh landskap kehidupan umat Islam ketika itu dengan semangat perpaduan jelas kelihatan dalam pelaksanaan Piagam Madinah di bawah teraju kepimpinan Nabi Muhammad.

Justeru, Seri Paduka memberikan ingatan supaya perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini tidak diruntuhkan hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.

"Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama.

"Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah.

"Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita," titah Seri Paduka.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Ma'al Hijrah 1432 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah '1Malaysia, 1Ummah' yang bertepatan dengan usaha kerajaan membina masyarakat bersatu padu berasaskan konsep 1Malaysia.

Tuanku Mizan bertitah, dalam Piagam Madinah, Rasulullah memberikan kebebasan beragama, hak asasi manusia, peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara serta hubungan dengan pihak luar.

Seri Paduka menambah, Piagam Madinah juga memperlihatkan sikap Islam dalam menjaga keharmonian dalam sesebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

''Sekali gus ia membuktikan ajaran Islam memang sesuai untuk persekitaran majmuk, meliputi kepelbagaian kaum, budaya dan agama dan ia juga selaras dengan sifat Islam sebagai agama pembawa rahmat kepada seluruh alam.

''Islam sentiasa mengajak dan menuntut umatnya berbuat baik dan berlaku adil terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira agama, kaum dan kedudukan dalam masyarakat," titah Seri Paduka.

Seri Paduka juga berharap usaha murni dapat diteruskan dengan memberikan pengisian sambutan Maal Hijrah yang lebih bermakna dan mampu memberikan impak positif ke arah pembangunan ummah dan keharmonian kaum di negara ini.

''Kehidupan umat manusia sebelum kedatangan Islam telah melalui satu fasa yang kelam dan suram. Namun dengan kedatangan Islam, ia telah membawa suatu perubahan dan sinar baru kehidupan manusia.

''Islam sebagai agama penyatuan telah merubah kehidupan jahiliah yang berpecah belah menjadi umat bersatu padu dan saling bantu membantu.

Titah Seri Paduka, kedatangan Islam dengan membawa akhlak yang murni telah melenyapkan permusuhan dan sengketa di antara mereka.

Sambil menyifatkan usaha mencapai perpaduan bukan suatu perkara yang mudah, Tuanku Mizan mahu semua pihak memainkan peranan dan membuktikan keikhlasan selain semua kaum perlu saling memahami, menghormati dan bertolak ansur demi keharmonian.

''Bagi umat Islam, binalah ummah dan negara tercinta atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah," titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Tuanku Mizan mengingatkan bahawa peristiwa hijrah telah membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam sekali gus menggambarkan betapa perlunya pengorbanan dan kegigihan untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat sebagaimana ditunjukkan oleh golongan Ansar dan Muhajirin.

''Bagaimanapun, semua pengajaran itu akan tinggal dalam lipatan sejarah sekiranya kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan," titah Seri Paduka.

Pertikai hak istimewa derhaka

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 7 Dis. - Orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah, raja-raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisinya bahkan turut bertanggungjawab kepada agama dan bangsa.

Justeru tegas baginda, menjadi tanggungjawab raja-raja Melayu bersama umat Islam dan orang Melayu untuk terus mempertahankan hak dan keistimewaan mereka daripada sebarang usaha menghakisnya.

''Sebarang suara mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di bumi ini, adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

''Jika ada kalangan orang Melayu yang melakukannya, mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan kepada bangsa dan telah derhaka kepada bangsa sendiri," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Negeri Perak di Kolej Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Sultan Perak juga mengingatkan umat Islam dan orang Melayu tidak terburu-buru mengambil sesuatu tindakan kerana dibimbangi akan merugikan masa depan dan generasi mereka sendiri.

''Amat malang kepada agama dan bangsa, apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah.

''Jika ini dibiarkan, tiada maknanya lagi apabila bangsa kemudian hari menghadapi kesesalan kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan," titah baginda.

Tegas Sultan Azlan, keistimewaan yang dinikmati oleh umat Islam dan orang Melayu hari ini bukannya ibarat ''pipis datang melayang atau bulat datang menggolek'' sebaliknya mempunyai kisah perjuangan yang panjang.

''Keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan dari segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelosok Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan.

''Pencapaian tersebut melambangkan manifestasi satu perjuangan asas yang kudus lagi suci, meletakkan Islam pada martabat yang tinggi dan melindungi umat Islam daripada sebarang usaha pemesongan," titahnya.

Baginda menekankan betapa perlunya masyarakat Melayu insaf bahawa sesuatu keistimewaan itu tidak mungkin kekal selamanya apatah lagi jika mereka gagal menghargainya.

Dalam titahnya, baginda memberi contoh penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah yang akhirnya memberi satu dimensi baru dalam penyusunan peradaban manusia berlandaskan nilai-nilai yang diredai.

''Nyatalah, peristiwa hijrah telah mencetuskan satu perubahan penting kepada umat Islam. Peristiwa hijrah merakamkan berlakunya transformasi.

''Hijrah adalah titik peralihan membolehkan umat Islam membuktikan kejayaan merealisasikan prinsip-prinsip utama Islam sehingga ummah berjaya membina tamadun agung serta mencipta sejarah besar," titah baginda.

Maka itu, titah baginda, sambutan Maal Hijrah hendaklah dipenuhi dengan peringatan agar ummah dapat bermuhasabah diri untuk tidak mengulangi setiap kesilapan sebaliknya bertawaduk dan mencari keredaan Allah.

Henti pertikai hak orang Melayu - Sultan Pahang

KUANTAN 7 Dis. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Titah baginda, meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri namun hak-hak kaum lain tetap terpelihara.

"Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam Perlembagaan hak-hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.

"Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu melahirkan rasa sedih dengan perbuatan mencuit hak orang Melayu yang kian ketara terutama di kalangan orang politik untuk mencari undi.

Polemik mengenai perkara itu muncul selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini berikrar untuk tidak meneruskan agenda Ketuanan Melayu jika pembangkang menguasai kerajaan kelak.

Sultan Ahmad dalam titahnya sebelum itu menegaskan, baginda mahu kejayaan cemerlang yang dicapai secara individu diterjemahkan menjadi kegemilangan ummah secara keseluruhannya agar ia dapat dikongsi bersama.

Titah baginda, pada masa ini, ramai individu Islam yang mencapai kejayaan secara peribadi dalam bidang pengetahuan, pembinaan dan perniagaan.

"Justeru, saya mahu melihat kejayaan secara individu itu diterjemah kan kepada kegemilangan ummah secara keseluruhannya," titahnya.

Baginda turut menyeru supaya tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah diterjemahkan ke dalam kehidupan realiti dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.

Tema itu juga, titah baginda, merupakan satu harapan agar semua rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik dan agama.

"Untuk itu, saya menyeru semua pihak supaya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai satu warga Malaysia dengan mengambil tindakan berdasarkan kepentingan semua etnik dalam negara," titah baginda.

Zeti wanita pertama Tokoh Maal Hijrah













Ambil pengajaran dan hikmah peristiwa Hijrah
SEMALAM umat Islam menyambut Maal Hijrah dengan penuh kesyukuran kerana bumi bertuah ini masih menjadi bumi yang dilimpahi pelbagai nikmat daripada-Nya.

Limpahan rezeki yang tidak pernah putus dan ketenteraman hidup yang begitu selamat yang mengelilingi kita hari sudah tentulah mahu dipertingkatkan dari setahun ke setahun.

Untuk itu, umat Islam perlulah sanggup berkorban dan berusaha ke arah mencipta satu dunia kehidupan yang lebih baik melalui penghijrahan.

Maksud hijrah bukan setakat penghijrahan fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar. Penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang berlaku ribuan tahun lalu bukan sekadar penghijrahan fizikal yang menyaksikan Nabi Muhammad SAW berjaya menjejakkan kakinya di bumi Madinah pada 16 Rabiulawal, bersamaan 20 September 622 Masihi.

Ia lebih daripada itu kerana dengan penghijrahan itu, maka agama Islam dapat disebarluaskan dengan lebih pantas sehingga semua negara di muka bumi kini mempunyai penduduk beragama Islam. Itulah hasil syiar Islam yang sebelum itu seperti tersekat di kota Mekah. Jika diteliti, peristiwa ini merupakan strategi Rasulullah SAW untuk menyelamat dan memperkukuh kedudukan Islam yang akhirnya menyaksikan penyebaran Islam tersebar ke seluruh dunia.

Banyak perkara dan pengajaran yang boleh kita kutip daripada peristiwa hijrah tersebut. Umat Islam juga mesti patut mengambil pengajaran dan hikmah dari peristiwa besar ini. Antara pengajaran daripada peristiwa ini adalah kita mesti sanggup berhijrah untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar.

Ini bermakna tahun-tahun akan datang mestilah menyaksikan kita meraih kejayaan rohani dan jasmani yang lebih besar. Jika untuk duniawi, kejayaan yang dimahukan adalah dalam bidang-bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kerjaya dan lain-lain. Bagi yang gagal mencapai apa yang dihajati pada tahun hijrah yang lalu, maka bermula 1 Muharam 1432H, sematkan tekad dan azam untuk mencapainya. Namun, azam sahaja tidak memadai jika tidak disulami dengan kerja keras dan usaha. Tanpa usaha tentulah tidak ada kejayaan.

Dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, apa yang kita harapkan daripada peristiwa hijrah itu adalah kekuatan azam dan usaha yang berhasil. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Untuk bekalan akhirat pula, kejayaan yang mahu dicapai tentulah melibatkan soal-soal pembentukan akidah dan moral yang lebih baik, selain menambah amal ibadat sama ada yang wajib, sunat mahupun yang harus. Kikis dan buang sikap fitnah yang nampaknya semakin berleluasa dalam masyarakat Islam hari ini. Fitnah semakin membimbangkan sehingga masyarakat sukar membuat keputusan tentang yang mana boleh dipercayai dan sebaliknya.

Itu semua berlaku kerana budaya politik yang menghalalkan apa saja semakin bermaharajalela, asalkan matlamat dicapai walaupun terpaksa menabur fitnah. Walaupun menyedari fitnah adalah salah satu dosa besar di dalam Islam, namun itu semua tidak dipedulikan kerana terlalu terdesak dan taksub terhadap perjuangan parti yang sempit.

Maka, berhijrah daripada suka bercakap bohong dengan menabur fitnah kepada hijrah menjadi insan yang bercakap benar dan ikhlas perlu dilakukan sekarang demi keselamatan negara tercinta.

Hijrah juga boleh menjadi titik perubahan yang penting dalam masyarakat Islam kerana permulaan tahun itu menjadi penentu kepada survival umat Islam buat selamanya.

Banyak perkara dan pengajaran yang boleh dikutip daripada peristiwa hijrah. Justeru, umat Islam patut mengambil pengajaran dan hikmah dari peristiwa besar ini. Jika diteliti, peristiwa ini merupakan strategi Rasulullah SAW untuk menyelamat dan memperkukuh kedudukan Islam yang akhirnya menyaksikan penyebaran Islam tersebar ke seluruh dunia.

Peristiwa Hijrah juga membuktikan bahawa Rasulullah SAW berjaya meletakkan asas-asas utama dalam perkara berkaitan politik dan pemerintahan, menegakkan hak-hak rakyat dan hak-hak asasi manusia, mengatur sistem ekonomi dan sosial serta hubungan diplomatik dengan negara luar berasaskan ajaran Islam.

Kesemua itu perlu dicontohi oleh pemimpin zaman sekarang. Jadikan Rasulullah SAW sebagai idola dalam mentadbir negara ini, sama ada di peringkat kampung, daerah, wilayah, negeri mahupun nasional.

Di antara pengajaran yang perlu difahami dari peristiwa hijrah itu ialah perlunya kita memiliki misi dan visi dalam sesuatu perjuangan. Kita juga perlu memahami secara realistik tentang cabaran dan tentangan yang dihadapi dari pihak musuh supaya kita dapat menyediakan rangka strategi dan bertindak yang berkesan.

Ambil juga iktibar daripada tokoh-tokoh atau pemimpin-pemimpin Islam yang menjadi pemain utama dalam menjayakan rangka strategi yang dirancang. Contohilah kepimpinan mereka, nescaya selamat negara ini selamanya.

Personaliti luhur dakwah sebar keindahan Islam
Oleh Abdullah Md Zain
2010/12/08
Keutuhan perpaduan masyarakat berbilang kaum, agama petunjuk kemajuan negara
TARIKH 1 Muharam semalam adalah hari bersejarah bagi umat Islam. Pada tarikh keramat inilah bermula perubahan besar dari segi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam selanjutnya sehingga hari ini. Ia juga lebih dikenali dengan Maal Hijrah.

Oleh itu, peristiwa hijrah terus dikenang dan diingati hingga hari ini kerana dengan sebab peristiwa inilah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia dan melahirkan masyarakat ideal yang amat dikagumi bukan saja pada zamannya, malah hingga hari ini serta Islam dapat menguasai dua pertiga dunia.

Pengertian hijrah dari segi istilah adalah perpindahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Bagaimanapun, pengertian hijrah yang lebih umum boleh dipraktikkan dengan perubahan suatu sikap yang kurang baik (negatif kepada yang lebih baik (positif). Hal ini kerana Rasulullah pernah berpesan bahawa tiada lagi hijrah selepas ini.

Hijrah pada dasarnya bukan menyelamatkan diri daripada maut, seperti propaganda orientalis Barat. Sebaliknya, ia adalah Taabudiyyah kepada perintah Allah untuk berhijrah, di samping memelihara dan mempertahankan akidah dari suatu kawasan yang penuh dengan kezaliman kepada suatu kawasan lebih selamat. Natijahnya, penyebaran Islam mula disebarkan secara terang-terangan dan tertubuhnya sebuah negara Islam yang mempunyai sistem pengurusan Islam yang lebih sistematik.

Perintah hijrah sebenarnya bukan hanya pada Nabi Muhammad, tetapi perintah mengikut keadaan zaman berkenaan demi menyelamatkan akidah. Matlamat hijrah juga tercapai apabila sahabat menyahut seruan hijrah itu dengan hati tulus ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran wang.

Malah harta kekayaan dimiliki, anak, isteri dan keluarga turut ditinggalkan demi mengejar yang satu Mardhatillah (keredaan Allah). Atas dasar hijrah yang dilakukan dengan niat ikhlas ini maka natijahnya melahirkan umat yang bersatu padu dan dapat menubuhkan sebuah negara berpaksikan kepada akidah yang satu.
Pada awalnya, penyebaran dakwah di Makkah mendapat tentangan amat hebat kerana masyarakat Islam pada ketika itu terlalu minoriti sehingga dakwah terpaksa dilakukan secara senyap kerana jika perkhabaran keIslaman seseorang itu diketahui pembesar Quraisy, maka mereka pasti akan diseksa sekejam-kejamnya. Tetapi selepas hijrah ke Madinah, kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, suku Aus dan Hazraj yang sering bertelingkah disatukan hanya melalui akidah yang satu dan masjid dijadikan tempat pertemuan.

Masjid adalah agenda pertama dirancang dan dilaksanakan pembinaannya. Ia adalah asas penting kepada penyatuan dan pembangunan ummah yang cemerlang lagi ideal. Manusia yang dibekalkan dengan konsep akidah yang mantap akan menjadi manusia berkeperibadian tinggi, ini jelas dilihat daripada kalangan generasi sahabat.

Pembinaan masjid dilakukan kerana ia langkah pertama menyatukan kabilah Arab. Di masjid ini juga boleh dijadikan sebagai tempat kebajikan, perniagaan, keramaian, sosial dan lain-lain untuk dimanfaatkan umat Islam.

Kesan didirikan masjid ini, maka Rasulullah dapat mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di bawah satu negara. Kesan persaudaraan ini wujud kesatuan yang utuh dan mengenepikan semangat assabiyah (kabilah atau puak) yang kuat di kalangan bangsa Arab ketika itu. Persaudaraan ini lebih kuat dan kukuh ikatannya seperti firman Allah mafhumnya: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” (Surah al-Hujrat: 10).

Rentetan daripada persaudaraan yang dijalin dan untuk terus mengukuhkan perhubungan, Rasulullah menyampaikan beberapa tuntutan kewajipan perlu ditunaikan setiap Muslim dalam menjaga hak seorang Muslim terhadap saudara dan jiran.

Antara tuntutan kewajipan itu ialah memberi salam apabila bertemu, memberi nasihat apabila diminta, memenuhi jemputan apabila diundang, menziarahi apabila dia sakit, memberi pertolongan apabila dia dalam kesusahan dan menziarahi jenazah hingga ke kubur apabila dia meninggal dunia.

Di sini, dapat kita ketahui kecemerlangan sesebuah negara itu atau sesuatu bangsa bergantung kepada kecemerlangan perpaduan masyarakat. Perpaduan masyarakat itu pula terbentuk daripada kecemerlangan individu, keluarga, komuniti kecil hingga akhirnya menghasilkan kecemerlangan ummah. Islam memandang kecemerlangan bukan saja dari segi fizikal, malah merangkumi kecemerlangan jasmani (fizikal), akli (intelektual) dan rohani (spiritual).

Oleh itu, sebagai individu Muslim, hijrah yang patut kita lalui adalah melakukan perubahan sikap negatif (mazmumah) kepada positif (mahmudah). Dakwah yang kita laksanakan tidak sampai kepada masyarakat bukan Islam adalah kerana individu Muslim itu sendiri tidak mempunyai keperibadian luhur.

Ini menyebabkan masyarakat bukan Islam takut untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Mujahadah perlu dilakukan dalam diri setiap individu Muslim tanpa mengenal erti penat untuk menghapus atau mengosongkan sifat mazmumah daripada dalam diri dan terus digantikan pengisiannya dengan sifat mahmudah melalui tazkiyyatun nafsi.

Apabila seseorang individu mencapai kecemerlangan rohani, mudahlah dia mendapatkan kecemerlangan fizikal dan mental. Kerana perkara yang paling penting adalah mencapai kecemerlangan spiritual.

Jika seseorang itu mencapai kecemerlangan mental, tetapi tidak mempunyai kecemerlangan spiritual maka itulah yang menghasilkan intelektual yang menipu, rasuah, jenayah siber, mencuri wang dalam akaun dan pelbagai jenayah lain.

Oleh itu, sebagai Muslim kita perlu menunjukkan contoh terbaik kerana Islam itu sudah meliputi semua aspek kehidupan. Dengan mempunyai personaliti yang baik, ia akan menjadi medan dakwah dalam menyebarkan keindahan Islam itu sendiri.

Dengan kehadiran Hijrah 1432 marilah kita sama-sama menyahut seruan hijrah dengan mengubah sikap kita ke arah lebih baik dan akan menjadikan kita seorang Muslim yang cemerlang.

Penulis ialah Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri

Perpecahan: Jangan ulangi kesilapan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahi Rahmani Rahim
Segala puji milik Allah Subhanahu Wata'ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kebesaran limpah rahmat dari-Nya juga, Beta berada dalam keafiatan dapat berangkat untuk menyempurnakan perasmian Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 1432 Hijrah.

Penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam dari Mekah ke Madinah memberi satu dimensi baru dalam penyusunan peradaban manusia. Peristiwa Hijrah adalah titik yang telah memperhebatkan kegiatan penyebaran Islam setelah sebuah pemerintahan berlandaskan Islam berjaya dibentuk. Penghijrahan Baginda mencetuskan nilai-nilai persaudaraan yang amat tinggi dalam erti satu agama dan satu kepercayaan; berjaya mewujudkan perpaduan yang ampuh sehingga Islam menjadi satu kuasa yang disegani dan dihormati serta turut membuktikan bahawa agama Islam memegang kepada prinsip menghormati dan dihormati dalam pergaulan masyarakat yang berbilang kaum dan berlainan agama.

Nyatalah, peristiwa Hijrah telah mencetuskan satu perubahan penting kepada Islam dan umat Islam. Peristiwa Hijrah merakamkan berlakunya transformasi. Hijrah adalah titik peralihan membolehkan umat Islam membuktikan kejayaan merealisasikan prinsip-prinsip utama risalah yang dibawa oleh Islam hingga ummah berjaya membina tamadun agung serta mencipta sejarah besar.

Lalu peristiwa Hijrah yang merupakan detik penting dalam sejarah Islam dijadikan peristiwa yang diberikan peringatan dan disambut secara rasmi di negara ini. Memperingati peristiwa Hijrah diiktiraf sebagai salah satu acara rasmi negara. Pengiktirafan tersebut adalah selaras dengan status keutamaan agama Islam yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Islam adalah agama yang telah berakar kukuh di bumi Malaysia. Pelbagai pihak berperanan penting dan berjasa besar terhadap penduduk pribumi di negara ini, hingga Islam dan Melayu itu menjadi sinonim. Islam disebar, dianuti, dihayati dan dikembangkan melalui peranan para ulama, para pedagang, para pembesar negeri hatta peranan yang dipenuhi oleh Raja Melayu.

Penerimaan Islam oleh Sultan Melaka merupakan satu titik penghijrahan yang amat penting dari segi pegangan akidah, pegangan spiritual dan pegangan moral dalam kalangan penduduk di bumi ini. Penerimaan Islam oleh Raja-Raja Melayu dan peranan istana dalam usaha mengembangkan Islam telah mempengaruhi prinsip beraja, prinsip berkerajaan dan prinsip beragama di negara ini untuk sekian lamanya.

Islam selanjutnya mempengaruhi hala tuju dan menjadi asas serta prinsip pemerintahan yang diamalkan oleh Raja-Raja Melayu. Kemudahan-kemudahan untuk mengamalkan dan menyebarkan Islam mendapat naungan penuh Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Agama Negeri. Tanggungjawab memberi payung naungan kepada agama Islam dan kepada umat Islam tidak pernah disisihkan oleh Raja-Raja Melayu. Ketika sembilan Raja Melayu memberi perkenan menurunkan tandatangan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan pada 5 Ogos 1957, salah satu dari tujuh wasiat Raja Melayu adalah mengisytiharkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Keistimewaan yang dinikmati oleh umat Islam ini bukannya pipis datang melayang atau bulat datang menggolek. Keistimewaan status agama Islam di bumi ini mempunyai sejarah yang lama. Ketahanan umat Islam untuk tidak mudah dipesongkan dari akidah Islam adalah kerana telah dibina mekanisme-mekanisme secara perundangan untuk melindungi umat Islam dari dapat dipengaruhi oleh sebarang usaha dakyah. Sedarlah! Bahawa segala keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil dari pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara.

Keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan dari segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelosok Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan di dalam Perlembagaan Negara. Pencapaian tersebut melambangkan manifestasi satu perjuangan asas yang kudus lagi suci, meletakkan Islam pada martabat yang tinggi dan melindungi umat Islam dari sebarang usaha pemesongan. Demikian tahap kejayaan perjuangan yang dapat dicapai melalui perpaduan ummah; perpaduan yang tidak dipisahkan oleh sempadan negeri, ideologi, profesion, disiplin pengajian atau status sosial mahupun status ekonomi.

Ummah bersatu atas nama agama - ummah berpadu atas kalam Islam; Raja dijunjung rakyat dilindung. Insaflah, bahawa sesuatu keistimewaan tidak mungkin kekal selamanya apatah lagi jika umat Islam sendiri gagal menghargainya. Keistimewaan akan hanya dapat dikekalkan jika keistimewaan itu terus dipelihara dengan prinsip dan asas perjuangan yang bersandarkan kepada sejarah bumi yang dipijak dan salah silah langit yang sedang dijunjung.

Wasiat Raja-Raja Melayu adalah sebahagian dari perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka. Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisi takhta pemerintahan, tetapi turut mewarisi tanggungjawab kepada agama dan bangsa, memastikan wasiat tersebut terus dijunjung. Adalah menjadi tanggungjawab Raja-Raja Melayu bersama umat Islam dan orang Melayu di bumi ini, untuk terus mempertahankan segala hak dan keistimewaan Islam dan orang Melayu dari sebarang usaha mahu menghakisnya.

Sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di bumi ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Jika ada dalam kalangan orang Melayu yang melakukannya, mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan kepada bangsanya dan telah derhaka kepada bangsanya sendiri. Umat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit; takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air.

Amat malang kepada agama dan bangsa, apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah. Jika ini dibiarkan, tidak ada maknanya lagi apabila bangsa di kemudian hari menghadapi sesal kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.

Barang dijauhkan Ilahi dari berlaku. Oleh itu, wajib dijadikan pengajaran dari peristiwa kejatuhan empayar dan sejarah keruntuhan pemerintahan Islam begitu juga kisah-kisah ketewasan tentera Islam di dalam pelbagai peperangan. Belajarlah dari nasib malang yang telah menimpa umat terdahulu akibat dari perpecahan.

Sambutan Maal Hijrah hendaklah dipenuhi dengan peringatan, agar ummah dapat bermuhasabah untuk tidak mengulangi kesilapan, agar ummah dapat bertawaduk untuk merendahkan ego diri, lalu sama-sama memohon Nur Ilahi mencari jalan yang diredai. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala terus melimpahkan Beta dan rakyat Beta dengan segala petunjuk dan panduan untuk terus dapat melaksanakan yang terbaik demi masa hadapan umat Islam dan agama Islam di negara ini.

Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim, Beta dengan ini melancarkan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak Darul Ridzuan 1432 Hijrah.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Hang Nadim
Salam Maal Hijrah dan fikirkan satu Ummah satu Perpaduan.....Bina Agama dan Bangsa yang maju....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.