03 Disember, 2010
[hang nadim] Satu Peringatan..Jangan Hina Bangsa Sendiri....Akan Menerima Padah...Jangan Hilang Ketuanan Melayu.....Akan Kehilangan Bangsa
NGO serah memo kepada SultanM NEGERI
SHAH ALAM 3 Dis. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meminta campur tangan baginda berhubung cubaan menggadai dan menghapuskan perkataan Melayu oleh pihak tertentu.
Memorandum itu diserahkan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi kira-kira pukul 3.30 petang di Istana Kayangan di sini hari ini.
Turut mengiringi Hamizun kira-kira 300 ahli NGO antaranya daripada Majlis Belia Selangor (MBS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Memorandum lima muka surat itu turut mengandungi bantahan terhadap 30 penyelewengan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Hamizun ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya turut memohon pihak istana menasihati kerajaan negeri supaya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi negeri.
Ini kerana kata beliau, Anwar dilihat menjadi 'batu api' dan punca timbulnya ketidakpuasan hati dalam masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
"Anwar terbukti banyak memecahbelahkan orang Melayu dan perpaduan rakyat negeri Selangor selain menjadi dalang hingga wujudnya kebencian dan cemburu sesetengah pihak terhadap kemajuan dan perpaduan orang Melayu.
"Ketuanan Melayu langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kaum, malah ketuanan Melayu adalah melindungi hak raja-raja Melayu yang terbukti berjaya memelihara keharmonian kaum di negara ini sejak sekian lama," katanya.
Ujar Hamizun, 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan kerajaan PKR Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang Talam Corporation, merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah pula menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali tidak memikirkan tentang keselamatan negara kerana mahu menghapuskan ketuanan Melayu.
"Lupakah mereka teras negara ini adalah Melayu dan kenyataan seperti itu hanya membangkitkan rasa marah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu sangat menghormati bangsa lain dan kita berharap bangsa lain pun turut menghormati kita," katanya.
Pada perhimpunan tersebut, kumpulan yang berarak mengangkat sepanduk yang antara lain tertera ayat 'Jangan Cabar Ketuanan Melayu', 'Wan Azizah Jangan Jejak Bumi Selangor', 'Selamatkan Selangor Selamatkan Putrajaya' dan 'Ketuanan Melayu atau Ketuanan Anwar'.
Perhimpunan secara aman tersebut berakhir pada pukul 3.40 petang tanpa insiden yang tidak diingini dengan kawalan kira-kira 50 anggota polis
Bantah kenyataan Wan Azizah
KUANTAN 3 Dis. - Lebih 200 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman membantah tindakan segelintir pihak yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu dan menyalahgunakan ayat al-Quran untuk kepentingan politik.
Demonstrasi yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat.
Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.
Selain itu, ahli-ahli NGO terbabit mengedarkan risalah yang meminta masyarakat Islam mempertahankan kesucian ayat al-Quran dan ketuanan Melayu.
Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Mohd. Faiz Hashim berkata, pihaknya bersama NGO lain membantah keras usaha parti politik tertentu yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu semata-mata mahu mencapai agenda politik mereka.
Tegas beliau, tindakan segelintir ahli politik bukan Islam menggunakan ayat al-Quran untuk meraih sokongan masyarakat Islam tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu dihentikan segera.
"Kami kesal atas kenyataan berkaitan dengan ketuanan Melayu dan Perkasa akan mempertahankan demi kepentingan dan maruah orang Melayu.
"Begitu juga ahli parti pembangkang yang bukan beragama Islam menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan politik. Kami mahu mereka segera memohon maaf dan jangan lagi mengulangi perbuatan tersebut," katanya.
Sementara itu di MELAKA, kira-kira 200 umat Islam yang terdiri daripada ahli Perkasa negeri menyertai demonstrasi secara aman selepas solat Jumaat di perkarangan masjid negeri, Al-Azim Bukit Palah di sini, hari ini.
Demonstrasi secara aman yang berlangsung selama setengah jam itu turut disertai kira-kira 100 orang mewakili Persatuan Ketua Kampung dan Sidang negeri dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri.
Demonstrasi itu diketuai Yang Dipertua Perkasa negeri, Rahim Othman bertujuan membantah kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mahu meneruskan konsep ketuanan Melayu.
"Sememangnya ketuanan Melayu tidak disebut dalam Perlembagaan tetapi konsep ketuanan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah ketuanan Raja Berperlembagaan.
"Jadi bila kita pertikai ketuanan Melayu, ini bermakna kita pertikai Raja Berperlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita.
Selain membantah perkara tersebut, demontrasi tersebut bertujuan melahirkan bantahan mereka terhadap isu membaca terjemahan ayat al-Quran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan.
Sambil berkumpul, mereka merentangkan sepanduk dan papan tanda tertera 'Wan Azizah Jangan Cabar Orang Melayu', 'Jangan Lacurkan Al-Quran' dan 'Daulat Tuanku'.
Sebelum bersurai, Rahim dengan diiringi beberapa anggota Perkasa negeri membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Azizah mengenai isu ketuanan Melayu di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Hukum pihak hina Melayu
SUNGAI PETANI 3 Dis. - Beberapa pertubuhan Melayu hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan konco-konconya kerana menghina orang Melayu dan agama Islam.
Kira-kira 100 penduduk yang menyertai perhimpunan itu di hadapan kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini mendesak Wan Azizah dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Antara yang terlibat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Persatuan Kerabat Diraja Kedah dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Syed Mansor berkata, perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu bukan saja mendesak tindakan dikenakan ke atas Wan Azizah, tetapi juga sebagai peringatan kepada semua rakyat agar tidak mempertikaikan konsep 'ketuanan Melayu'.
Beliau berkata, sudah sampai masanya bagi kerajaan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Hasutan dan ISA kepada mereka yang terus menimbulkan kegusaran terhadap orang Melayu.
"Kerajaan usah lagi berlembut dengan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Mereka yang terus membelakangi hak dan keistimewaan orang Melayu perlu mendapat penghukuman dengan cara diusir atau dikenakan ISA," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menggesa istana menarik balik pingat dan darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada orang Melayu yang mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan kaum sendiri.
"Tindakan mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu membawa maksud mereka menderhaka. Jika pada zaman dahulu orang menderhaka kepada raja dihukum bunuh," katanya.
Tutup laman web langgar peraturan
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertindak menutup sebarang laman web yang berpangkalan di negara ini jika didapati menyalahgunakan kemudahan Internet tersebut.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyalahgunaan itu termasuk berbentuk penipuan, jenayah pelaburan, judi, pemalsuan berita serta umpanan menjadi keldai dadah melalui pelbagai saluran seperti Facebook, Twitter dan e-mel.
Menurutnya, penutupan laman web tersebut boleh dilakukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terutama apabila ia didapati disalah guna, berunsur jenayah serta menyalahi undang-undang negara.
"Tindakan menutup sesuatu laman web berkaitan salah guna atau jenayah boleh dilakukan dengan kelulusan Peguam Negara.
''Namun laporan harus dibuat kepada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (FKKMM) dan alamat maya laman web berkenaan berpangkalan di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Unisel benarkan pelajar sertai demonstrasi
SHAH ALAM 3 Dis. - Universiti Industri Selangor (Unisel) akan membenarkan para pelajarnya menyertai demonstrasi anjuran kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Ahad ini.
Keputusan itu dinyatakan oleh Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Rosti Saruwono yang menyifatkan penglibatan golongan itu di dalam perarakan tersebut adalah satu usaha yang amat penting bagi memantapkan idealisme di kalangan pelajar universiti.
Beliau berkata, para pelajar Unisel adalah terdiri daripada golongan dewasa yang boleh melahirkan fikiran serta pendapat sendiri dalam sesuatu isu dan penyertaan mereka dalam demonstrasi tersebut adalah untuk kebaikan pelajar itu sendiri pada masa depan.
"Para pelajar kita (Unisel) adalah orang dewasa dan kita galakkan mereka berfikiran secara dewasa. Kita mahu pelajar kita mengambil berat isu sejagat.
"Saya rasa penglibatan mereka dalam perarakan ini (serah memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong) dan isu-isu yang lain adalah digalakkan sebagai tanda mereka prihatin untuk melakukan sesuatu demi kebaikan am," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lagi kisah Anwar
Kebetulan atau dirancang? Pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang sudah menjangkakan kekalahan PKR di Hulu Selangor terus menghilangkan diri ke Oslo, Norway. Kerap terjadi apabila ada peristiwa yang tidak menguntungkan PKR, Anwar terbang ke luar.
Beliau dilaporkan menghadiri Forum Kebebasan Oslo yang menghimpunkan aktivis yang dianggap memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi di negara masing-masing. Awang tidak pasti apakah sumbangan Anwar dalam konteks Malaysia.
Menurut laman web forum berkenaan, sumbangan Anwar paling menonjol adalah dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian di Malaysia.
'Perjuangan' Anwar itu mendapat liputan meluas media antarabangsa. Sememangnya Anwar sejak sedekad lalu bekerja keras untuk menonjolkan imej sebagai ikon antarabangsa dan disayangi media asing, lebih-lebih lagi sejak kes liwat pertamanya.
Kini Anwar yang menghadapi satu lagi dakwaan kes liwat dan perkembangan politik yang tidak memihak kepada beliau, memperhebatkan lagi penampilannya di arena antarabangsa.
Di luar negara, beliau menggambarkan imejnya bersih bersih moral dan berintegriti. Seperti biasa juga, beliau meraih simpati dunia bagi menyelamatkannya yang berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan atas kesalahan meliwat.
Turut menarik perhatian Awang, beberapa aktivis yang mencetuskan kontroversi di negara masing-masing termasuk yang menentang pemerintahan Islam menjadi ahli panel forum. Awang boleh baca agenda yang tersirat di sebalik forum seperti itu.
Sebagai maklumat latar, Forum Kebebasan Oslo tanpa dicanangkan, juga memperjuangkan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Tetapi Awang tidak teruja hal tersebut. Yang menjadi persoalan mengapa Anwar ghairah menjual imejnya di luar negara selain memburukkan Malaysia. Apakah beliau sedang melakukan persiapan tertentu?
Awang tidak fikir Anwar akan mengikut jejak langkah sahabatnya, Raja Petra Kamaruddin lari meninggalkan negara kerana ia akan menjatuhkan lagi reputasi beliau. Namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Selain mempercaturkan campur tangan asing membantunya, Anwar memerlukan platform baru di luar negara jika keadaan mendesak. Beliau mampu berbuat apa sahaja sebagaimana pendedahan puluhan pemimpin PKR yang telah meninggalkannya.
Apabila orang Melayu tak mengaku Melayu
Saranan Salleh
ADA segelintir orang Melayu sudah malu mengaku diri mereka orang Melayu, kata Sultan Selangor. Baginda telah menyampaikan titah mengenai keadaan orang Melayu pada hari yang tepat masanya dan wajar difikirkan oleh orang Melayu.
Sudah nampak orang Melayu yang inginkan sokongan bukan Melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa Melayu itu tidak penting.
Tujuan mereka tentulah berbau politik. Dalam kucar-kacir yang berlaku dalam arena politik kumpulan atau individu yang tidak faham mentadbir hari ini, kita tentulah tidak hairan kerana mereka yang menjadi pengikut begitu taksub sehingga sanggup melihat satu-satunya benteng orang Melayu, iaitu agama Islam dipermainkan dengan diberikan terjemahan yang lain dan orang Melayu yang berada di situ tidak ada yang berani bersuara.
Begitulah hinanya orang Melayu diletakkan oleh orang lain dan kita sendiri tidak berani mengatakan apa-apa. Sebab apa...,sebab takut nanti hilang sokongan bangsa lain kepada parti politik kita. Tidak cukup penghinaan yang begitu, kita sendiri mengatakan Ketuanan Melayu tidak penting. Apa-apa dasar yang memberikan pertolongan kepada orang Melayu tidak penting, kerana orang Melayu hari ini sudah tidak perlukan bantuan itu semua.
Tidak mengapalah kalau keadaan menunjukkan yang kita ini jauh tinggal di belakang bangsa lain. Tidak mengapalah kalau keadaan ketidaksamaan ini berlanjutan sampai bila-bila demi kepentingan politik kita. Berkaitan dengan keadaan ada segelintir orang Melayu yang berasa segan diri mereka dikenali sebagai orang Melayu, kita juga berasa sedih apabila ramai dalam kalangan orang Melayu tidak pandai menggunakan bahasa Melayu.
Lihat saja persidangan akhbar syarikat-syarikat milik kerajaan yang diketuai orang Melayu. Boleh dikatakan tidak pernah berjalan dalam bahasa Melayu. Maklumlah ketua-ketua eksekutif kita terlatih di luar negara dan penguasaan bahasa Melayu mereka lemah sekali. Lagi pun, lebih mudah menggunakan bahasa Inggeris, sebab ada wartawan-wartawan yang datang pun tak faham bahasa Melayu, tambahan lagi ada perkataan seperti Quantitative Easing yang susah hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Tetapi siswa dan siswazah kita kena belajar di universiti kita dalam bahasa Melayu. Tak mengapalah kalau rakan mereka di universiti swasta belajar dalam bahasa Inggeris. Jadi, kalau mereka dari universiti awam ini mencari kerja di sektor swasta, mereka akan bersaing dengan siswa lulusan dari universiti swasta. Tidak mengapa jika mereka diketepikan kerana mereka boleh jadi petani moden.
Sesiapa yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu pada hari ini boleh dianggap ketinggalan zaman kerana yang penting hari ini adalah merit. Penjawat awam pun ramai yang enggan mengetengahkan hak dan kepentingan orang Melayu. Sebab itulah, jumlah rungutan kepada Biro Pengaduan Awam tentang penjawat awam yang angkuh bertambah lagi.
Keadaan semasa menunjukkan bukan saja jurang antara orang Melayu dengan bangsa lain masih luas tetapi jurang sesama orang Melayu sendiri semakin meluas. Ertinya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ketidakseimbangan antara negeri-negeri juga masih luas. Tetapi itu semua tidak penting kerana sesiapa yang tidak mampu bersaing dalam zaman liberalisasi dan globalisasi hari ini, mereka akan ketinggalan.
Lagi pun, di negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, ramai rakyatnya yang merempat. Di India dan Indonesia misalnya, ramai yang masih tidur di bawah jambatan dan di ruang hadapan hotel-hotel. Jadi, apa hendak hairan kalau ada orang Melayu yang masih tinggal dalam rumah seperti reban ayam atau reban kambing.
Sekurang-kurangnya, mereka tidak tinggal di bawah jambatan atau di hadapan hotel Hilton atau Shangri-la.
Kalau sudah orang Melayu sendiri tidak mengaku diri mereka orang Melayu, elok sangatlah dilaksanakan cadangan yang dibuat oleh seseorang Melayu dahulu iaitu di bawah ruangan bangsa dalam kad pengenalan, letak sahaja perkataan Malaysia, bukan perkataan Melayu. Senang bukan?. Cuma orang-orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak setuju, sebab dia mengira Melayu dahulu, rakyat Malaysia di tempat kedua.
Apalah nak jadi dengan orang Melayu yang tak mengaku diri mereka orang Melayu? Kita letakkan saja mereka di sebelah kerana dalam alif ba ta, sekali ba itu bangsa dan kalau sudah tak mahu mengaku bangsa biarkan sajalah. Tidak hairanlah kalau perkara yang lain-lain berkaitan dengan bangsa pun tidak penting lagi bagi mereka seperti budaya, agama dan penggunaan bahasa Melayu.
Mudah bagi kita untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu tanpa mereka yang tidak mahu mengaku orang Melayu ini mengganggu kita dari semasa kesemasa
Kit Siang: Penjelasan Harun Taib
KUALA TERENGGANU 3 Dis. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya layak menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pelantikannya diputuskan hasil pemuafakatan semua parti dalam pakatan pembangkang.
Justeru Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, sesiapa sahaja termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak membuat ketetapan itu jika tiada kesepakatan dibuat dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu.
"Sesiapa saja termasuk beliau (Anwar) tidak berhak isytiharkan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika kita (pakatan pembangkang) menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Lainlah jika sudah ada muafakat dan semua parti dalam pakatan pembangkang bersetuju untuk lantik beliau (Kit Siang) jadi Timbalan Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pendiriannya sebelum ini yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menamakan pemimpin DAP itu sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mentadbir negara.
Harun tetap dengan pendiriannya berhubung isu itu walaupun bercanggah pendapat dengan Timba lannya, Datuk Ahmad Yaakob yang bersetuju Kit Siang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin semua parti dalam pakatan pembangkang termasuk Pas akan dapat menerima pelantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pelantikannya mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan itu.
Malah, beliau juga percaya Kit Siang mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap berdasarkan prinsip pemerintahan Islam sekiranya pemimpin DAP itu diberi mandat menjadi pemimpin nombor dua negara kelak
remark not made public yet
By LEE YUK PENG
yukpeng@thestar.com.my
PETALING JAYA: The case of Datuk Seri Anwar Ibrahim, who alleged that the 1Malaysia concept was linked to One Israel via Apco Worldwide, has been decided – but it will not be revealed just yet.
The decision of the Parliamentary Rights and Privileges Committee, which met at the Parliament House yesterday, concerning the Opposition leader, would not be made public until the case was tabled at the Dewan Rakyat, committee chairman Tan Sri Pandikar Amin Mulia, who is also Dewan Speaker, said.
It has been widely speculated that Anwar would be suspended from Parliament over his accusations made during the parliamentary debate in March.
The committee will meet on Wednesday to finalise details of the report to be tabled in the Dewan.
Earlier, during a press conference held at PKR headquarters yesterday, Karpal Singh (DAP–Bukit Gelugur) and R. Sivarasa (PKR– Subang) announced that they withdrew as committee members.
They left the meeting after another committee member, Datuk Razali Ibrahim (BN–Muar), tabled a motion to proceed with the hearing without calling for witnesses, on grounds that Anwar had made the accusations in the House.
The motion was supported by Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN–Alor Gajah), another committee member.
Other members included Nancy Shukri (BN –Batang Sadong) and deputy speaker Datuk Ronald Kiandee.
Karpal said both he and Sivarasa were surprised to see a report by Apco dated Aug 19 over the matter and did not want to associate themselves with the committee after the motion was approved.
“This has deprived Anwar of putting in his side of the story,’’ he said.
Sivarasa described the twist of events as “outrageous”.
Anwar said he had prepared documents and agreements to show as proof to the committee.
Sivarasa said before the Dewan approved the motion of referring Anwar to the Rights and Privileges Committee, Pandikar Amin had assured all parties that the committee would conduct an inquiry and call witnesses.
On June 9, the committee’s meeting ended abruptly as Anwar wanted to have legal representation.
Pandikar Amin had disagreed.
Earlier, on April 22, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abd Aziz tabled a motion to bring Anwar before the committee for claiming that the 1Malaysia concept was linked to One Israel via Apco Worldwide
Nukilan Hang Nadim
Jika Kamu menghina orang Melayu Kamu menghina Islam....Kerana Tafsiran Melayu dalam Perlembagaan malaysia Melayu Ialah: Mereka yang Beragama Islam ......bertutur dalam bahasa Melayu dan Mengamalkan Adat Istiadat Melayu.....Sedaq ...Fikiaq dan Insaf....
Marilah kita berfikir tentang keamanan kerana keamanan tidak dapat di nilai dengan apa jua.....kerana nikmat keamanan adalah kehendak Islam....
JANGAN PERTIKAI KETUANAN MELAYU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.