Pages

Subscribe:

02 Disember, 2010

[hang nadim] UDA pinggir Melayu.....Melayu oh Melayu....

Lagi dakwa UDA pinggir Melayu

BUKIT MERTAJAM 2 Dis. - Pihak pengurusan UDA Holdings Berhad (UDA) didakwa mengenakan syarat yang terlalu ketat sehingga menyukarkan peniaga kecil Melayu untuk berniaga di premis kendalian syarikat tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, syarat- syarat ketat yang dikenakan termasuk sewa tapak perniagaan yang terlalu mahal menyebabkan ramai peniaga berasa dipinggirkan oleh syarikat pembangunan hartanah itu.

''Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku kerana antara matlamat utama penubuhan UDA sendiri adalah untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera terutama di kawasan bandar.

''Tapi keadaan menjadi sebaliknya apabila premis kendalian mereka seolah-olah didominasi oleh kaum bukan bumiputera yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dari segi kewangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan di premis UDA mendakwa ditindas oleh pihak pengurusan syarikat tersebut.

Laporan itu memetik kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa ramai peniaga Melayu mengadu mereka dianaktirikan termasuk dikenakan kadar sewa yang tidak munasabah.

Lebih parah, katanya, kebanyakan ruang niaga di pusat beli-belah kepunyaan UDA juga dikuasai bukan sahaja oleh kaum lain tetapi juga warga asing.

Musa berkata, teguran Syed Hassan itu ada asasnya jika melihat realiti yang berlaku di pusat-pusat perniagaan yang dimiliki UDA terutama di lokasi-lokasi strategik.

Beliau memberi contoh tapak-tapak perniagaan di Kompleks Summit di sini yang lebih dikuasai peniaga bukan bumiputera sedangkan pihaknya difahamkan UDA merupakan pemilik tanah kompleks tersebut.

''Kadar sewa yang mahal menyebabkan peniaga kecil bumiputera tidak mampu berniaga di situ, takkan UDA tidak boleh memainkan peranan langsung dalam membaiki keadaan ini," tegasnya.

Beliau menambah, UDA tidak sepatutnya terlalu menumpukan keperluan korporatnya sehingga meminggirkan tanggungjawab sosialnya bagi memajukan agenda bumiputera.

''Kita tidak mahu usahawan bumiputera terlepas peluang merasai pertubuhan ekonomi yang sedang pesat berlaku di kawasan bandar, atas dasar inilah kerajaan menubuhkan UDA untuk melaksanakan tanggungjawab itu," katanya.

Penjelasan UDA Holdings

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Pihak pengurusan UDA Holdings Berhad (UDA) hari ini menafikan dakwaan bahawa peniaga bumiputera yang menyewa ruang niaga dan tapak promosinya dianaktirikan.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporatnya, Abd Rashid Atan berkata, pihak UDA sentiasa memberi keutamaan kepada penyewa bumiputera di mana-mana premis perniagaannya dengan purata peratusan penyewaan kepada bumiputera adalah sekitar 64 peratus.

Katanya, UDA juga telah menyewakan ruang niaga dan tapak-tapak promosinya di bawah harga pasaran berbanding kompleks atau ruang perniagaan yang berdekatan dengannya.

"Selain itu, kadar diskaun sewa yang diberikan kepada penyewa bumiputera di premis-premis UDA adalah lebih tinggi dari penyewa bukan bumiputera.

"Oleh itu tidak timbul isu penyewa bumiputera dianaktirikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd. Rashid memberitahu, dengan pemberian sewa yang murah, UDA dapat membantu peniaga bumiputera berniaga di kawasan perniagaan yang berprestij.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kadar sewa yang yang rendah, ada segelintir penyewa yang mengambil kesempatan dengan keuntungan segera melalui penyewaan semula kepada pihak ketiga pada kadar yang tinggi.

"Berdasarkan polisi, UDA tidak pernah menyewakan mana-mana premis perniagaan kepada warga asing. Oleh itu, dakwaan pihak UDA menyewakan kepada warga asing adalah tidak benar," ujar beliau.

Jelas Abd. Rashid, pemantauan sentiasa dibuat dan tindakan menamatkan penyewaan bagi kes seperti di atas juga kerap diambil.

"Namun, perkara ini sukar dibendung kerana penyewa ketiga tidak memberi kerjasama. Aduan kepada pihak UDA atau pihak luar hanya dibuat apabila terdapat masalah antara mereka," katanya.

Mengenai kadar sewa tinggi di musim promosi pula, Abd. Rashid berkata, ia dikenakan oleh penganjur promosi yang dilantik oleh pihak UDA.

Katanya, pihak UDA bagaimanapun telah berbincang dengan penganjur promosi dan pihak tersebut telah bersetuju mengurangkan sewa tersebut pada kadar yang lebih rendah.

"Kami juga sentiasa mengalu-alukan sekiranya pihak Perkasa ingin berbincang mengenai isu-isu seperti di atas di samping membantu kami membanteras pihak yang suka mengambil kesempatan terhadap usaha kami membantu peniaga bumiputera," katanya lagi

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG sudah menjangkakan cadangan Anwar Ibrahim mengenai pelantikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 menyebabkan pendirian pemimpin Pas jadi tidak keruan.

Lihatlah kenyataan beberapa pemimpin tertinggi Pas yang bertentangan antara satu sama lain.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata tidak tahu-menahu. Timbalannya, Nasharudin Mat Isa tegaskan tidak pernah membincangkan pelantikan Penasihat DAP itu.

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat kata beliau tidak mempunyai masalah dengan pelantikan Kit Siang ke jawatan itu.

Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib tidak setuju, tapi timbalannya, Ahmad Yaakob pula bersetuju.

Jadi cadangan Penasihat PKR itu sudah hampir mencairkan impian Pas untuk tegakkan negara Islam.

Bagaimana Pas hendak berjuang tegakkan Islam kalau orang yang duduk kerusi PM dan TPM diragui keikhlasan dan semangat menjulang undang-undang Islam.

Awang nasihatkan kepada ahli dan penyokong Pas jangan percaya ‘gelembong’ Anwar itu. Percayalah pengumuman itu satu lagi retorik daripada Anwar.

Awang lihat ini cara Anwar mengalih perhatian daripada kemelut dalaman PKR.

Awang – Menung fikirkan Melayu

Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya

NEGARA

Pilihan raya umum boleh jadi awal
















NAJIB (kiri) bersalaman dengan para pemimpin kanan partii politik Asia pada ICAPP 2010 di Phnom Penh semalam.

PHNOM PENH - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih.

Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.

"Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat.

"Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini semalam.

Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata, BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.