Pages

Subscribe:

27 Disember, 2010

[hang nadim] Tutup stadium angkara peminat.....




























Pekung laser Indonesia terdedah

SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tutup stadium angkara peminat
















Daripada WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

JAKARTA - Bimbang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 dipindahkan ke venue lain, pihak pengurusan Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di sini semalam bertindak mengkuarantin stadium itu dengan menutupnya selama dua hari bermula semalam.

Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Kompleks Sukan GBK, M. Nigara berkata, larangan itu turut melibatkan sesi latihan skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia yang sepatutnya dijadualkan hari ini.

"Sesi latihan bagi menguji padang yang lazimnya diadakan sehari sebelum perlawanan terpaksa dibatalkan.

"Ia bagi membolehkan proses baik pulih rumput yang rosak teruk akibat dipijak dan dirosakkan para penyokong yang merusuh ketika pembelian tiket semalam (kelmarin).

"Kami akan melakukan kerja-kerja membaik pulih secepat mungkin bagi memastikan ia dapat memenuhi tahap piawaian untuk melangsungkan final kedua Rabu ini (esok)," kata Nigara semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Indonesians take notice as Malaysia roll into Jakarta
ERIC SAMUEL reports from Jakarta Photos by GLENN GUAN

NATIONAL coach K. Rajagopal, now fondly known as ‘King Raja’, is not only a celebrity at home but also in Indonesia.

The former international is called ‘Pak Raja’ by the Indonesian media and has been enjoying celebrity status since Malaysia made waves to enter the final of the Asean Football Federation (AFF) championship.

On Sunday night, Rajagopal and his boys put a hand on the Suzuki Cup after beating Indonesia 3-0 in the first-leg final at the National Stadium in Bukit Jalil.

The team took the earliest flight out of Kuala Lumpur (9.10am) for Jakarta yesterday for the second-leg final tomorrow.

The coach and players were given a heroes welcome on board flight MH711.

The flight captain made the announcement that the Malaysian team was on board and they wished them success in their mission to succeed in the tournament, which they have never won since its inception in 1996.

Rajagopal as cool he can be was still cautious of the remaining 90 minutes.

“We are reaching a climax in the tournament and don’t want to ruin it. We will stay focused and get what is required in the second-leg to win the Suzuki Cup,” he said.

“Of course, we don’t plan to sit on the three goals and let them come at us to score.”

Some of the Malaysian passengers on board also congratulated Rajagopal and his boys for their heroics to down Indonesia, who had earlier thrashed them 5-1 in the group stage.

The players looked exhausted and most of them slept on the more than two-hour journey.

On arrival at the Soekarno-Hatta Airport in Jakarta, the team were greeted by a small band of Malaysian supporters (students) with the “Jalur Gemilang” and several banners.

“Can you imagine what football can do to someone?” said Rajagopal, who was being photographed by Indonesians.

The players had not had enough rest but yet they were sporting to granted interviews by the media and also obliged well-wishers, who wanted to be photographed with them.

The team will get a deserved rest before they get down to serious business in their final workout today.

Ramai lepas geram dalam Twitter

KUALA LUMPUR - Sebilangan warga Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan mereka, telah membuat tuduhan di Twitter bahawa Malaysia meraih kemenangan secara tidak adil selepas penyokong di Kuala Lumpur mengganggu pemain Indonesia dengan menggunakan sinaran laser.

Sekurang-kurangnya empat daripada 10 ayat dan frasa utama yang digunakan itu mengecam Malaysia sejurus selepas pasukan tuan rumah mengalahkan Indonesia 3-0 pada final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin.

Dalam masa sejam, perkataan seperti 'malaysiacheatlaser' (malaysiatipulaser) menduduki tangga pertama carta topik Twitter.

Perkataan lain yang digunakan adalah 'Use Laser' (guna laser, 'Curang' (tipu) dan juga 'Support Garuda' (sokong Garuda) yang merujuk kepada skuad Indonesia

Polis tahan lima penonton final Piala Suzuki AFF

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Meskipun telah diberi amaran sebelum ini, masih terdapat segelintir penyokong degil yang cuba melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak keselamatan ketika menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Buktinya, polis telah menahan lima penyokong bola sepak yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan sepanjang perlawanan akhir itu.

Kelima-lima lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit ditahan secara berasingan sejak petang semalam sehingga tamat perlawanan itu kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah dalam laman sosial Facebook beliau memberitahu, kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan seperti memanjat pagar, menghalang tugas penjawat awam, mabuk, memiliki mercun, membaling botol ke arah penonton lain dan menyalakan bunga api berwarna.

"Polis berjaya menahan penyokong daripada kedua-dua belah pasukan yang membakar mercun dan bunga api sepanjang perlawanan tersebut.

"Bagaimanapun, penyokong yang mengganggu permainan dengan menghalakan laser ke muka pemain pula terlepas daripada ditangkap," katanya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci identiti penyokong terbabit sama ada ia membabitkan penyokong Malaysia atau Indonesia.

Dalam perlawanan yang dihadiri kira-kira 85,000 penyokong daripada kedua-dua belah pasukan malam tadi, Malaysia menundukkan Indonesia 3-0.

Zulkifli memberitahu, walaupun individu yang bermain laser terlepas daripada ditahan namun polis akan melakukan pengawasan lebih ketat jika terdapat perlawanan seumpama itu selepas ini.

"Semua kesalahan disebut yang dilakukan oleh penyokong adalah serius dan polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang terlibat selepas ini.

"Mujurlah dalam perlawanan malam tadi, permainan tidak dihentikan terus akibat tindakan individu yang bermain laser, mercun dan bunga api," katanya.

Beliau dalam laman sosialnya turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di tanah air sendiri.

Sinaran laser lemah tidak jejas pandangan - Pakar mata

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr. Zahimi Chik berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dr. Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaan ringgit untuk dimiliki.

"Mustahil untuk para penonton bola sepak membawa masuk alat pemancar laser yang boleh menjejaskan pandangan mata ke dalam stadium," katanya.

Menurut Dr. Zahimi, sinaran laser itu mungkin mengakibatkan kesan penglihatan sementara jika disasarkan secara tetap selama beberapa minit di hadapan mata seseorang.

"Ketika perlawanan Malaysia dan Indonesia semalam, agak sukar untuk menyasarkan mata pemain dalam perlawanan kerana mereka sentiasa bergerak pantas sepanjang perlawanan," katanya.

Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan itu sekaligus membawa bekalan selesa sebelum bertandang untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia Rabu depan. - BERNAMA.

nukilan hati hang nadim
Penyokong Bola sepak Malaysia Jaga Disiplin Diri jangan buat kerja bodoh
membuat huruhara terima hakikat beryukur kepada Allah dan menerima Takdir
Bersabar menghadapi cabaran....Tahniah kerana sikap Penyokong Malaysia
walaupun bermain di gelanggang sendiri tetapi tetap berdisiplin.....Tidak
menghina mereka yang kalah.....Inilah sikap rakyat Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.