Pages

Subscribe:

20 Disember, 2010

[hang nadim]



Guan Eng perlu tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak menarik balik tuduhannya bahawa pendokong dan peminat akhbar ini bukan rakyat Malaysia selain dakwaan yang Utusan Malaysia mengamalkan fahaman ekstremis.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia merupakan kenyataan paling teruk berbanding semua kenyataan DAP sebelum ini, malah, ia tidak menunjukkan bahawa beliau seorang ahli politik yang profesional.

Katanya, Guan Eng tidak sedar bahawa kenyataan itu menunjukkan pakatan pembangkang kini dalam keadaan yang amat kecewa berikutan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat dalam tempoh singkat benar-benar terlaksana.

''Guan Eng nampaknya terlalu emosi dan geram dengan pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) apatah lagi negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

''Bagaimanapun, saya tahu ia bukan kenyataan Guan Eng seorang, sebaliknya, ia mewakili pemimpin tertinggi DAP lain dan pemimpin parti 'bateri 3A' atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerana itu ia lebih beremosi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng ketika berucap pada pembukaan Konvensyen Pakatan Rakyat kedua menuduh Utusan Malaysia adalah akhbar fahaman ekstremis, justeru peminat akhbar itu disifatkan sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana hanya tahu memperalatkan 3R iaitu bangsa, agama dan raja.

Mohd. Hilmi meminta kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Guan Eng termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap rakyat dan negara.

Sementara itu, Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail turut mendesak Guan Eng menarik balik kenyataan yang bertujuan melaga-lagakan semua kaum di negara ini.

Menurut beliau, tidak wajar dan tidak adil untuk Guan Eng mencampuradukkan antara politik kepentingan pihak mereka dengan perjuangan sesebuah akhbar.

Jelasnya, Utusan Malaysia dari dahulu telah memperjuangkan bangsa, agama dan raja, malah, tiga perkara itu juga termaktub dalam Perlembagaan yang perlu dipertahankan.

Kata beliau, Guan Eng dan pihak pembangkang harus sedar bahawa perjuangan mereka dengan BN sangat berbeza kerana kerajaan BN tidak menggunakan rakyat untuk meraih sokongan sebaliknya memberi keselesaan kepada mereka.

''Bolehkah pihak pembangkang memerintah Malaysia tanpa memberi manfaat kepada rakyat, sedangkan negeri mereka dilanda banjir pun tidak mampu membantu, inikan pula membantu seluruh negara,'' ujar beliau.

Bagi Bendahari Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Mohamed Aziz, Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan mengaitkan nama Utusan Malaysia kerana beliau tahu akhbar itu sentiasa diperjuangkan oleh orang Melayu.

Sehubungan itu, katanya, Guan Eng cuba mempengaruhi pihak-pihak lain khususnya peminat Utusan Malaysia bagi menjatuhkan akhbar yang paling banyak berjasa kepada negara itu.

''Guan Eng sepatutnya cermin muka dia dulu, lihat siapa dia sebenarnya sebelum mengecam orang lain. Janganlah cuba untuk memutarbelitkan fakta kerana rakyat juga tahu ini adalah taktik mereka menjatuhkan BN,'' kata beliau.

Pensyarah Kanan Jabatan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Zulkeflee Yaacob berpendapat, tindakan Guan Eng mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan hak orang Melayu jelas menunjukkan beliau anti-Melayu.

Dalam hal ini kata beliau, orang Melayu perlu sedar dan segera menolak perjuangan DAP kerana kebiadapan dan celaan Guan Eng itu sudah sampai ke tahap emosi dan amat sukar dimaafkan

DAP tiru strategi parti PAP

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

"Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,'' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam, yang antara lain menyentuh mengenai nasib masyarakat Melayu Islam di Singapura yang semakin terpinggir selepas Kuan Yew dan PAP berkuasa.

Menurut Awang, keadaan itu berlaku selepas orang Melayu menjadi alat kepada Kuan Yew dan PAP mendapatkan kuasa pada awal pemerintahan mereka.

Kini menurut Awang, DAP menggunakan strategi yang sama seperti PAP bagi menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Mengulas lanjut mengenai Singapura, Zulkifli berkata, sejarah Sang Nila Utama kemudian dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles manakala nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore.

Ekoran apa yang berlaku di Singapura, beliau berkata, tidak hairan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu.

"Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,'' tulisnya lagi.

Sehubungan itu beliau berharap umat Islam dan umat Melayu di negara ini merenung kembali sejarah yang berlaku di Singapura.

"Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan untuk berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu,'' katanya lagi

Pakatan's ‘new politics’ meaningless without success in its states

Read more: Pakatan's ‘new politics’ meaningless without success in its states http://www.nst.com.my/nst/articles/Pakatan__8216_newpolitics__8217_meaninglesswithoutsuccessinitsstates/Article#ixzz18hKbzcHf
KEPALA BATAS: Pas spoke yesterday of Pakatan Rakyat being afflicted by weaknesses, thus distracting it from outdoing Barisan Nasional by better governing the states under its rule.
This straight talk by Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang came in the wake of rare blustery directed at Pakatan by fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin for not honouring its campaign promises.

Addressing the Second Pakatan Rakyat convention here, Hadi made references to the much vaunted “new politics” espoused by the loose grouping.


He said the credo would prove meaningless if Pakatan failed to provide a superior administration in Pakatan-ruled states.


“This is the biggest challenge if we are to become a force to be reckoned with.”

Hadi cited “constant attacks” by BN as a reason for Pakatan losing sight of the bigger goal.


“We own up to our weaknesses,” said Hadi, who indicated to this gathering that BN was doing a better job at managing its problems.

“As such, I appeal to those working to bring changes to the country to do so more meaningfully for the benefit of the future generation.”

Present were Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Also present were the menteris besar of Pakatan-led states.

Dr Wan Azizah was in a defiant mood when addressing the media later, saying the convention proved that Pakatan parties were not on the verge of splitting up due to internal problems.

“Such claims are not true. Contrary to that, we are united and this convention proved we are still strong.”

The mood at the one-day convention, which attracted some 2,000 delegates at Dewan Millenium here,was set when Lim took to the stage first and warned Umno against hijacking the Federal Constitution and playing up relations between DAP and Pas.

He called on Pakatan parties to stand united.

Raja Petra had earlier this month reiterated his disappointment at Pakatan’s lack of commitment towards reforms.

After reprimanding his most recognisable political ally, Anwar, at a London forum on Oct 2 for not honouring campaign promises, the fugitive blogger wrote recently: “But what is Pakatan Rakyat’s excuse? “Pakatan Rakyat talks about reforms. But what reforms are they themselves introducing?”

Keeping up the pressure last week, Raja Petra wrote that Pakatan was not fit to govern the country.

He said he was in a position where when delivering a “small slap” to Pakatan, it would “scream that I have been bought over by Umno or Najib (Prime Minister Datuk Seri Najib Razak)”.

“Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah? (is this how you want to govern the country?)”

Read more: Pakatan's ‘new politics’ meaningless without success in its states http://www.nst.com.my/nst/articles/Pakatan__8216_newpolitics
__8217_meaninglesswithoutsuccessinitsstates/Article#ixzz18hHUNLqm


Pakatan calls for unity

KEPALA BATAS: Pakatan Rakyat leaders have appealed for unity, telling their supporters to work hard in order to celebrate the next convention in Putrajaya.

They made the call at the second Pakatan convention at Dewan Millennium here, with reminders to delegates to be aware of obstacles in their quest to form the next federal government.

Firing the first salvo, DAP secretary-general Lim Guan Eng warned there would be many tricks by opponents to divide them.

“We must not be trapped in political games but remain focused on vital economic issues that affect the rakyat,” he said, adding that the government the Pakatan hoped to form is “for real Malaysians and not pseudo-Malaysians”.

He described the so-called Malaysia celup people as those who were extremists, greedy, selfish and who spread lies and discriminated against others.

PAS president Datuk Seri Hadi Awang added more bite to the call when he said Pakatan could not afford to make mistakes like the Barisan Nasional.

“One small mistake by us and they make it look like a mountain of problems,” he said, adding that Pakatan must show it could govern the country better than Barisan with common policies that could be translated into action.

He called on component parties to field honest, sincere candidates for the next general election.

PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said Malaysia needed a “true political transformation” to put the country on the right track.

Using the analogy of robots changing into cars and back to robots, she said: “Let us (the three parties that make up the alliance) bring the changes together for a better Malaysia.

“We don’t want transformation such as in the movie Trans­formers.”

She also said Pakatan could bring back the “soul of fairness” into the system, country and society, adding that abbreviations such as NKRA, GTP and ETP confused people.

“People don’t want flowery language and extreme rhetoric but want, among others, fair prices for petrol and basic necessities, wider education opportunities, effective transportation and a civil service that is not bureaucratic.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.