Pages

Subscribe:

14 Disember, 2010

[hang nadim]Fahaman pluralisme wajar ditentang

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick.

Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.

“Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia.

“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka.

Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.

“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia.

Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.

“Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.

“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.

Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.

“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.

Anwar sering bawa mesej fahaman pluralisme agama

P










Pengasas Muafakat, Ismail Mina Ahmad (tengah) mempengerusikan perbincangan bertajuk 'Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah' bersama pembentang kertas kerja, Dr. Syamsuddin Arif (kiri) dan Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

''IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur (Eastern Graduate Centre) di bawah IKD.

''Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal' dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.

''Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah.

''Bagi saya penerbitan buku-buku ini amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini kerana isu berkaitan dengan fahaman pluralisme agama amat berkaitan dengan soal akidah,"katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya oleh seorang peserta mengenai seriusnya penglibatan Anwar di dalam fahaman itu beliau berkata, berdasarkan fakta-fakta tersebut kecenderungan Anwar terhadap fahaman berkenaan nampak jelas.

''Anwar juga jika kita lihat ketika memberi komen dalam isu-isu tertentu seperti penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam begitu konsisten membenarkan mereka berbuat demikian," katanya.

Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam.

''Dalam perkara ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya.

''Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan," tambahnya.


Bapa mohon perkenan Seri Paduka cepatkan proses bicara Saiful-Anwar
Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyerahkan surat kepada Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Surat itu bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk mempercepatkan proses perbicaraan anaknya dengan Anwar setelah banyak penangguhan terhadap kes itu sebelum ini.

Prosiding perbicaraan kes liwat itu sering kali ‘terganggu’ ekoran pelbagai permohonan yang dikemukakan oleh peguam bela Anwar, Karpal Singh.

Disebabkan ‘permohonan yang bertimpa-timpa’ itu, kronologi perbicaraan menjadi tidak lancar sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati dan kecewa banyak pihak termasuk keluarga Mohd. Saiful Bukhari.

Berikut kenyataan akhbar Azlan mengenai perkara tersebut:

“Saya, Azlan bin Mohd Lazim, bapa kepada pengadu di dalam kes yang membabitkan anak saya yang bernama Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan yang mengaku diliwat YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

“Sebagai rakyat yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan Malaysia, saya telah memohon perkenan menyampaikan suara hati saya kepada Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan perkara yang mana di dalam tempoh menghampiri 3 tahun ini saya sekeluarga terpaksa melalui pelbagai tekanan dan kesulitan, malah keselamatan saya sekeluarga terancam, kerana kami terpaksa melalui proses perbicaraan yang belum selesai oleh kerana banyak penangguhan yang berkali-kali yang mana amat membebankan dan memberi tekanan kepada saya sekeluarga kerana kes ini mendapat liputan meluas dan membabitkan seorang ahli Dewan Rakyat. Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan.

“Saya sayangkan anak saya, Mohd. Saiful Bukhari dan kami sekeluarga hanya mahu mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi diri kami sekeluarga sebagai rakyat di bumi Malaysia ini.”

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Warga Kementerian Pertahanan diingatkan supaya tidak mendaulatkan pengkhianat negara sebagai ‘hero’ dan menganggap penjenayah sebagai ‘pahlawan’ kerana perbuatan itu akan menggagalkan usaha mentransformasikan kementerian melalui inovasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, setiap warga kementerian perlu melihat dan menjadikan budaya inovasi sebagai faktor pencabar diri untuk berfikir di luar kotak dan mesti ‘teruja’ untuk melakukannya.

“Warga Kementerian Pertahanan perlu ada kekuatan suara. Kita tidak mahu pengkhianat didaulatkan sebagai hero dan penjenayah dianggap sebagai pahlawan. Jangan hanya ada kerbau seekor atau nila setitik, hasrat yang ingin kita capai tidak dapat direncanakan.

“Inilah inovasi yang seharusnya kita ubah terlebih dahulu sebelum usaha mentransformasi bukan sahaja Kementerian Pertahanan malah negara akan dapat direalisasikan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Hari Inovasi Kementerian Pertahanan dengan tema ‘Transformasi Melalui Inovasi’ adalah pertama kali disambut sebagai menggantikan Hari Kualiti bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu seluruh rakyat menggunakan inovasi untuk melonjakkan kekayaan dan memacu perubahan negara menjelang 2020.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tema ‘Transformasi Melalui Inovasi’ dipilih kerana kementerian begitu komited untuk merealisasikan aspirasi Perdana Menteri yang ingin melihat inovasi sebagai tonggak utama ke arah pembangunan ekonomi mampan.

“Sebenarnya kementerian sedang dalam perjalanan ke arah kecemerlangan dan berhasrat menjadikan Kementerian Pertahanan sebagai sebuah organisasi bertaraf lima bintang dan bertaraf dunia,” katanya.

Untuk itu, katanya, minda berkualiti akan menghasilkan idea-idea kreatif yang akan mencetuskan inovasi seterusnya mampu memberi impak positif kepada keseluruhan sistem penyampaian Kementerian Pertahanan.

Beliau dalam pada itu berkata, proses membudayakan inovasi tidak hanya memfokuskan kepada ruang sempit yang melibatkan penghasilan kerja semata-mata, malah perlu dilihat daripada pelbagai aspek budaya kerja.

“Dengan membudayakan inovasi, saya amat yakin warga Kementerian Pertahanan akan dapat meningkatkan lagi daya saing dan tambah nilai terhadap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan,” katanya.

Jangan daulat pengkhianat sebagai ‘hero’
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Warga Kementerian Pertahanan diingatkan supaya tidak mendaulatkan pengkhianat negara sebagai ‘hero’ dan menganggap penjenayah sebagai ‘pahlawan’ kerana perbuatan itu akan menggagalkan usaha mentransformasikan kementerian melalui inovasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, setiap warga kementerian perlu melihat dan menjadikan budaya inovasi sebagai faktor pencabar diri untuk berfikir di luar kotak dan mesti ‘teruja’ untuk melakukannya.

“Warga Kementerian Pertahanan perlu ada kekuatan suara. Kita tidak mahu pengkhianat didaulatkan sebagai hero dan penjenayah dianggap sebagai pahlawan. Jangan hanya ada kerbau seekor atau nila setitik, hasrat yang ingin kita capai tidak dapat direncanakan.

“Inilah inovasi yang seharusnya kita ubah terlebih dahulu sebelum usaha mentransformasi bukan sahaja Kementerian Pertahanan malah negara akan dapat direalisasikan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Hari Inovasi Kementerian Pertahanan dengan tema ‘Transformasi Melalui Inovasi’ adalah pertama kali disambut sebagai menggantikan Hari Kualiti bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu seluruh rakyat menggunakan inovasi untuk melonjakkan kekayaan dan memacu perubahan negara menjelang 2020.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tema ‘Transformasi Melalui Inovasi’ dipilih kerana kementerian begitu komited untuk merealisasikan aspirasi Perdana Menteri yang ingin melihat inovasi sebagai tonggak utama ke arah pembangunan ekonomi mampan.

“Sebenarnya kementerian sedang dalam perjalanan ke arah kecemerlangan dan berhasrat menjadikan Kementerian Pertahanan sebagai sebuah organisasi bertaraf lima bintang dan bertaraf dunia,” katanya.

Untuk itu, katanya, minda berkualiti akan menghasilkan idea-idea kreatif yang akan mencetuskan inovasi seterusnya mampu memberi impak positif kepada keseluruhan sistem penyampaian Kementerian Pertahanan.

Beliau dalam pada itu berkata, proses membudayakan inovasi tidak hanya memfokuskan kepada ruang sempit yang melibatkan penghasilan kerja semata-mata, malah perlu dilihat daripada pelbagai aspek budaya kerja.

“Dengan membudayakan inovasi, saya amat yakin warga Kementerian Pertahanan akan dapat meningkatkan lagi daya saing dan tambah nilai terhadap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan,” katanya



Anwar mahu tuntut mohon maaf Dr M
2010/12/15

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan surat bagi menuntut permohonan maaf daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa akhbar berhubung pendedahan WikiLeaks mengenai tuduhan liwat membabitkannya.

Peguam Anwar, SN Nair ketika dihubungi berkata, beliau menerima arahan daripada anak guamnya semalam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Dr Mahathir kelmarin. Beliau berkata, selain permohonan maaf, pihaknya juga menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataannya

Sebelum mengemukakan writ saman, kami akan menghantar surat tuntutan terlebih dulu. Sebarang tindakan lanjut sama ada memfailkan saman atau tidak bergantung kepada reaksi terhadap surat tuntutan berkenaan.

“Pada peringkat ini kami masih lagi dalam proses perbincangan dan mengumpulkan maklumat dikemukakan sebagai bukti, ” katanya.

WikiLeaks: Anwar plans to sue Dr Mahathir, media

KUALA LUMPUR: Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will file a suit against former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad for his comments on the WikiLeaks cable controversy.

When contacted Tuesday, Anwar's lawyer Sankara Nair confirmed that Anwar would be filing a suit against Dr Mahathir and that they were still gathering further information for "possible suits against several other individuals and certain newspapers.

"There are no further details at the moment.

"We are checking the authenticity of The Sun-Herald story which was published in Australia as our initial investigations show that their story was not based on any WikiLeaks story," he said Tuesday.

When asked if Anwar would also be filing a suit against Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew, he replied: "Until now, there have been no instructions from my client to sue Lee Kuan Yew."

However, he added that he was checking on certain facts in Australia, and would then advice his client accordingly.

He also said that they had contacted the Singaporean Deputy High Commissioner, and were still awaiting a response.

"I will be writing in officially tomorrow (Wednesday) asking for a response," he said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.