Pages

Subscribe:

13 Disember, 2010

[hang nadim] Anwar’s lawyers to file complaint in court

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim’s lawyers will be filing a complaint against media reports claiming Singaporean intelligence services believed the former deputy prime minister “did indeed commit the acts for which he is currently indicted”.

His counsel, Sankara Nair, said he would be filing the complaint in court soon as the reports were sub judice and may constitute contempt of court.

“The judge is duty-bound to protect the sanctity of the trial especially from non-participants in the criminal justice system, in this case, the media,” he said in a press statement yesterday.

“Media reports have hit at the heart of the trial. Judges are human, more so, our client is a high-profile politician and the perception of the public is paramount.”

He said it was unfortunate that the local media chose to rely on reports and public matters which were unsubstantiated, based on hearsay and conjecture.

“Our checks with our counterparts and various sources have indicated that no such references were made by WikiLeaks and specific allegations as reportedly published in the Sun Herald, which is purported to have first broken the story,” he said.

Various newspapers ran a story which was said to have first been broken by an Australian newspaper claiming WikiLeaks released exclusively to it a US State Department cable dated November 2008.

The cable stated: “The Australians said that Singapore’s intelligence services and (elder statesman) Lee Kuan Yew had told Australia’s Office of National Assessments (ONA) in their exchanges that opposition leader Anwar ‘did indeed commit the acts for which he is currently indicted’.”

In the newspaper report, it said the document stated the Singaporeans told ONA that they made this assessment on the basis of “technical intelligence”, which was likely to relate to intercepted communications.

Read more: Anwar’s lawyers to file complaint in court http://www.nst.com.my/nst/articles/Anwar__8217_slawyerstofilecomplaintincourt/Article#ixzz182QpENA2

Reformis cabar Penasihat PKR kemukakan saman

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan saman terhadap mana-mana pihak di luar negara yang menuduhnya melakukan liwat.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, Anwar jangan hanya berani menyaman beberapa pihak dalam negara tetapi bila ia melibatkan pihak luar negara, Penasihat PKR itu hanya membiarkannya sahaja.

Beliau berkata, Anwar perlu menyahut cabaran ini kerana kegagalannya berbuat demikian akan mengesahkan lagi pembabitannya di dalam aktiviti liwat.

‘‘Bukan itu sahaja, Anwar juga boleh kita katakan sebagai seorang pemimpin pengecut. Pemimpin yang hanya berani berhadapan dengan musuh-musuhnya dalam negara. Namun apabila melibatkan pihak luar negara beliau sanggup berdiam diri.

‘‘Bagi Reformis perkiraan kami mudah sahaja. Jika Anwar tidak mahu menyaman pihak luar negara yang terlibat seperti mana dilaporkan hari ini, beliau sendiri mengesahkan yang beliau seorang peliwat,’’ katanya.

Beliau mengulas kenyataan agensi perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Ramlan berkata, mahu tidak mahu Anwar perlu mengambil serius terhadap cabaran tersebut kerana jelas laporan yang didedahkan oleh WikiLeaks itu boleh mencalar maruahnya sebagai seorang pemimpin hebat di negara ini.

‘‘Samanlah WikiLeaks ke atau mana-mana pihak luar negara yang terlibat kerana tuduhan tersebut amat berat. Jika Anwar tidak bertindak membersihkan namanya sudah pasti nama baiknya terjejas kerana dikaitkan dengan melakukan liwat.

‘‘Mengenai nilai saman pula Anwar perlu meletakkan satu jumlah yang besar. Jangan hanya berani saman berjuta-juta apabila berlawan dengan pihak kita (dalam negara) tetapi bila dengan pihak luar terus jadi pengecut,’’ katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, Reformis meminta rakyat menilai kes liwat melibatkan mangsa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang kini masih dalam perbicaraan secara rasional dan matang.

Kuan Yew tahu kisah Anwar

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Aktiviti liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah diketahui umum tetapi ada kalangan parti politik yang 'buat- buat tidak tahu' akan hal tersebut.

Sambil mengakui yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengetahui mengenai pembabitan Anwar dalam aktiviti liwat, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:

"Memang saya pun fikir dia tahu... Tapi parti politik yang buat tak tahu," katanya ketika diminta mengulas laporan WikiLeaks mengenai pendedahan agensi perisikan Singapura terhadap kegiatan liwat Anwar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan bertajuk Globalizing Malaysians in 2020 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi, dekat sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan agensi perisikan republik itu mengesahkan aktiviti liwat Anwar berdasarkan bukti risikan teknikal agensi tersebut yang dipercayai melalui pintasan talian komunikasi negara.

Pendedahan itu dibuat oleh laman web tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak, ia terpulang kepada sistem kehakiman negara.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas melancarkan cawangan terbaru The Loaf di Bangsar Village II di sini, Dr. Mahathir yang ditanya mengenai diplomat republik itu mengutuk Malaysia sebagai antara negara Asia yang korup, tidak cekap dan bodoh, berkata, diplomat republik itu terlalu terikat dengan pandangan Kuan Yew.

"Kita juga mempunyai pandangan tersendiri mengenai mereka. Kita rasa mereka terlalu rigid sehingga tidak boleh melihat selain daripada apa yang Kuan Yew katakan," katanya

WikiLeaks: Dedah isu liwat Anwar

Oleh raja syahrir abu bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti homoseksual bukan diperoleh daripada maklumat Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru pihaknya enggan memperakukan sama ada maklumat yang diperoleh WikiLeaks tersebut adalah benar atau sebaliknya.

Namun katanya, kementerian sedang meneliti kesemua maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks berhubung negara ini bagi menentukan kesahihannya.

''Kita rasakan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan (WikiLeaks) adalah diperoleh daripada sumber tidak rasmi dan Kementerian Pertahanan tidak dapat memperakukan maklumat yang terkeluar itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan WikiLeaks mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti seks songsang yang mana kes liwatnya sedang dibicarakan di mahkamah.

Pendedahan itu dibuat WikiLeaks berdasarkan maklumat daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut WikiLeaks, dalam laporan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat itu, pegawai-pegawai perisikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Maklumat risikan itu dikukuhkan lagi apabila WikiLeaks juga mendedahkan bahawa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.

Ahmad Zahid menambah, pihaknya sering memantau serta mengemaskinikan rahsia besar dan maklumat sulit negara bagi memastikan tidak berlaku kebocoran ke atas perkara-perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Singapura serta negara-negara ASEAN lain masih belum menghubungi Malaysia untuk bekerjasama dalam hal perkongsian maklumat itu.

Nik Abdul Aziz masih dirawat di HUSM

KOTA BHARU 13 Dis. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin kerana sakit pada bahagian belakang.

Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi Derahman berkata, setakat ini keputusan pemeriksaan doktor mengenai penyakit yang dialami oleh Mursyidul Am Pas itu masih belum diketahui.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak pasti bila Nik Abdul Aziz akan dibenarkan keluar daripada hospital berkenaan.

"Bila beliau boleh keluar, bergantung kepada doktor. Bagaimanapun, Menteri Besar akan membuat pengumuman mengenai kesihatannya selepas dibenarkan keluar hospital nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Nik Abdul Aziz, 79, kelihatan sihat di kediamannya selepas khabar angin menyatakan beliau berada dalam keadaan tenat di hospital.

Khabar angin itu tersebar melalui laman blog dan laman sosial sehingga menyebabkan petugas media berkampung di kediamannya di Pulau Melaka di sini sejak awal pagi tersebut.

Semalam, anak kedua Nik Abdul Aziz, Nik Omar, 45, dilaporkan berkata, doktor telah meminta bapanya supaya 'berehat' di wad selepas menghadiri temu janji untuk pemeriksaan di hospital berkenaan ekoran daripada sakit tulang belakang yang dialaminya sebelum ini.

Nik Omar berkata, berdasarkan keterangan doktor, masalah tulang belakang tersebut berpunca daripada kecederaan lama.

"Ia sebab ayah jatuh kuda dulu, kecederaan belakang memberikan kesan sehingga sekarang. Sehingga kini kita tidak tahu bila ayah dapat keluar wad, mungkin selepas mendapat keputusan imbasan itu," katanya.

Zaid set to helm new party

KUALA LUMPUR: All signs point to Datuk Zaid Ibrahim becoming the president of Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tomorrow where 300 delegates at its emergency general meeting are expected to endorse the move.
Akim president Zakaria Salleh, who was elected last December, said this was possible if all delegates consented.

"We do not believe in the concept of having party elections. Instead, we prefer the musyawarah (consultation) process in making decisions.

"I am willing to let go of my post if that is the wish of the delegates and Zaid is agreeable to lead Akim," said Zakaria when contacted.

Read more: Zaid set to helm new party http://www.nst.com.my/nst/articles/5sena/Article#ixzz182RU9vo6

Nukilan Hati Hang Nadim

Anuar Azizah Azmin.....Kembalilah kepangkal Jalan untu kebaikan Negara
Bangsa dan Agama...Lupakan saja untuk jadi perdana Menteri dengan segala
Pembohongan...kalau kita benar mengapa takut ke mahkamah kenapa buat kecoh
kenapa mengalih perhatian rakyat kepada pembohongan....berjuanglah dengan Iklas
dan jujur....Kerana Allah bukan Pembohongan....Setiap Insan Tidak sunyi
melakukan kesalahan...kembalilah ke pangkala jalan.....Insya Allah kita akan
berjaya.....Ahli-ahli PKR tinggalkan PKR....jika tiada penyokong...Anuar tidak akan melenting..selamatkan dia dengan tinggalkan dia....







Anwar tuduh PDRM bocorkan maklumat WikiLeaks
2010/12/14
PUTRAJAYA: Puteri UMNO menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sumber pendedahan WikiLeaks, hanya helah untuk mengelak isu sebenar pembabitannya dalam aktiviti liwat.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata Ketua Pembangkang itu juga tidak menafikan terbabit dalam aktiviti liwat seperti yang didedahkan WikiLeaks sebaliknya hanya mendakwa Unit Cawangan Khas, PDRM sebagai sumber pendedahan WikiLeaks. "Puteri UMNO hairan mengapa Anwar tidak menafikan terbabit dalam aktiviti liwat. Setakat ini Anwar dalam twitternya semalam (kelmarin) hanya berkata 'bukti tak ada' selain mendakwa Unit Cawangan Khas, PDRM sebagai sumber pendedahan WikiLeaks.
Reaksi ringkas Anwar itu langsung tidak bersifat penafian sebaliknya cubaan untuk mengelak daripada isu sebenar iaitu terbabit dalam aktiviti liwat dengan meletakkan PDRM sebagai pihak yang membocorkan maklumat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

WikiLeaks melalui kenyataan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada November 2008 mendedahkan perkhidmatan perisikan Singapura dan menteri mentor republik itu, Lee Kuan Yew percaya Anwar 'sebenarnya ada melakukan aksi yang beliau kini sedang dituduh."

Rosnah berkata, Puteri UMNO juga kesal kerana Anwar merumuskan pendedahan WikiLeaks itu sebagai 'tiada bukti' sedangkan beliau melengah-lengahkan kes mahkamah yang menunggu segala bukti dan keterangan berkaitan kes liwat dibentangkan.

“Amat jelas Anwar terlalu bijak bermain dengan kata-kata dan bermuka-muka. Di satu sudut beliau membangkitkan perihal 'tiada bukti' dan di satu sudut yang lain beliau mempermainkan mahkamah bagi mengelak bukti dikemuka dan didedahkan kepada umum," katanya.
Beliau berkata, Puteri UMNO percaya Anwar akan terjerat dengan lakonan sendiri apabila semakin banyak pihak termasuk dari luar seperti WikiLeaks tampil membuat pendedahan berhubung pembabitan beliau dalam kes liwat.

Lebih dikesalkan, katanya lagi, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa pendedahan Wikileaks yang memetik sumber perisikan Singapura itu adalah kerana kerajaan republik itu lebih rela berjiran dengan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) yang mudah tunduk kepada republik itu berbanding kerajaan khayalan pakatan pembangkang.

"Puteri UMNO percaya jika pakatan pembangkang menguasai negara ini dan Anwar menjadi Perdana Menteri, bukan saja mereka akan tunduk kepada Singapura malah tidak mustahil menggadai Malaysia kepada kuasa barat," katanya.

Kuan Yew tahu hal Anwar: Dr M
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/12/14

Bekas Perdana Menteri anggap Menteri Mentor Singapura sengaja buat tak tahu

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tahu mengenai tuduhan berkaitan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan dalam WikiLeaks. “Saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi ahli politik kadang-kadang mereka sengaja buat tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mengglobalisasikan Malaysia Pada 2020’ di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini, semalam.
Perkhidmatan perisikan Singapura dan Lee dilaporkan percaya Anwar ada melakukan aksi yang beliau kini sedang dituduh di mahkamah.

Perkara ini didedah WikiLeaks melalui kenyataan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada November 2008.

Ditanya sama ada pendedahan WikiLeaks itu membuktikan Anwar terbabit kes liwat, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada keputusan hakim.

Sementara itu dalam ceramahnya, Dr Mahathir mengingatkan pemimpin negara supaya berhati-hati terhadap interpretasi globalisasi kerana ia adalah idea dicetuskan negara maju untuk melabur atau berdagang tanpa sebarang sekatan ke mana-mana negara.
Dr Mahathir berkata, pemimpin negara perlu bijak, berfikiran kritis dan pantas bertindak balas terhadap sebarang perubahan interpretasi globalisasi yang mungkin dimanipulasi negara maju untuk menjajah negara sedang membangun.

Katanya, apa yang penting dasar atau peraturan yang digubal kerajaan dalam era globalisasi perlu mengutamakan kepentingan negara dan rakyat supaya tidak menjejaskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

“Ahli politik kita perlu lebih berhati-hati dalam menerima interpretasi globalisasi. Anda perlu ingat idea ini bukannya datang dari kita tetapi datang dari luar iaitu negara kaya.

“Apabila mereka (negara kaya) melontarkan idea globalisasi, mereka hanya fikir bagaimana ia akan menguntungkan mereka dan bukan memberi manfaat kepada kita.

“Sebaliknya, kita perlu membuat interpretasi sendiri yang dapat menguntungkan kita dan tidak menerima bulat-bulat interpretasi yang dibuat mereka,” katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata, kerajaan tidak boleh memisahkan negara dengan proses globalisasi jika mahu memastikan pertumbuhan ekonomi terus mantap iaitu sekitar tujuh atau lapan peratus setahun menjelang 2020.

Katanya, globalisasi membantu Malaysia memperluaskan pasaran eksport terutama di negara sedang membangun di samping membantu meneroka pasaran baru.

Beliau berkata, Malaysia perlu menggunakan globalisasi untuk membawa masuk lebih banyak teknologi tinggi baru yang dapat membantu negara mengeluarkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran eksport.

Dr Mahathir turut mengingatkan golongan muda supaya berpegang kuat kepada nilai murni dalam kepercayaan agama masing-masing bagi menghadapi ledakan globalisasi.

Isu WikiLeaks: Anwar didesak letak jawatan

SHAH ALAM – Konsensus Bebas mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera meletakkan jawatan berikutan pendedahan laman web WikiLeaks bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada Agensi Perisikan Singapura.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, reputasi Anwar sebagai pemimpin pastinya tercalar dan adalah lebih baik beliau mengundurkan diri.

Beliau yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin bermasalah berkata, sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) bagaimana mungkin Anwar dapat menjalankan tugasnya dan dalam masa yang sama menghadapi perbicaraan di mahkamah.

“Bagaimana beliau mahu menguruskan permasalahan parti dan rakyat sedangkan dirinya juga terlibat dengan pelbagai dakwaan. Hal ini pastinya akan menjejaskan reputasi beliau sekaligus memberi kesan kepada PR.

“Adalah lebih baik Pas dan DAP tidak mengambil sikap berdiam diri dan terus bersekongkol bersama Anwar dan beliau perlu didesak meletakkan jawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wee berkata, sekiranya perkara yang sama berlaku pada pemimpin lain pastinya PR sudah lantang bersuara agar meletakkan jawatan kerana melibatkan nama baik parti.

Kelmarin, Agensi Perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.:

Pendedahan itu dibuat, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan terbongkar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, dua perkara perlu dipertimbangkan iaitu siapa yang memerangkap Anwar dan kebenaran beliau memang melakukannya.

“Kalau kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) boleh menangkap siapa memerangkap dan Anwar juga dapat dihukum, rakyat mungkin akan merasa keadilan dicapai dan percaya kepada Barisan Nasional (BN).

“Seterusnya Pas tidak akan percaya dengan PKR dan DAP pun tak dapat mempergunakan nama atau pengaruhan Anwar,” katanya.

Menurut Tan, kalau Anwar sahaja dihukum, tindak balas rakyat didakwa akan memberikan kemenangan lebih besar kepada PR.

Menurut The Sydney Morning Herald, Anwar memang sedar bahawa beliau bakal masuk perangkap iaitu akan didakwa buat kali kedua berhubung pertuduhan salah laku seksnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat Mohd Saiful serta bukti klinikal yang lengkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.