Pages

Subscribe:

02 Januari, 2011

[hang nadim] Actor Faizal Yusof dies after fainting......













Nukilan Hati hang nadim
Semoga Allah Cucuri Rahmat keatas Rohnya
Sunday January 2, 2011

KUALA LUMPUR: Actor Faizal Yusof (pic), star of Malay dramas such as Tiramisu and Manjalara, died at 1.45pm yesterday at Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak here due to heart failure.

When met at the hospital, his elder brother Shaiful Yusof said Faizal, 32, was reported to have fainted at his home in Anjung Villa, Bandar Baru Sentul around 9am before being rushed to the hospital.

The actor, who was a popular feature in local televison shows, leaves behind wife Rosmunira Rashid, 27, who is five months pregnant.

Faizal married Rosmunira last year.

Previously, he was married to popular singer Siti Nordiana and was blessed with a son, three-year-old Mohd Rayyan Nakhaie. — Bernama

'Jangan menangis kalau saya mati'

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, dramatis Allahyarham Faizal Yusop sempat berpesan dalam nada gurauan kepada pelakon veteran Kartina Aziz agar tidak menangis sekiranya dia meninggal dunia.

Menurut Kartina, pesanan itu diucapkan oleh pelakon berusia 33 tahun itu kepadanya ketika mereka menjalani penggambaran drama Pesan Mak beberapa bulan dahulu.

Bagaimanapun kata Kartina, dia tidak mengambil serius kata-kata itu kerana Faizal memang suka berjenaka.

"Tanyalah kepada sesiapa pun yang pernah bekerja dengan arwah, pasti mereka tahu arwah ini seorang yang kelakar dan suka bergurau.

"Arwah pernah tanya saya sama ada saya akan menangis atau tidak sekiranya dia meninggal dunia.

"Saya tidak mengendahkan soalannya itu dan dia terus berpesan agar jangan menangis jika dia sudah tidak ada lagi di dunia ini," cerita Kartina yang bersedih dengan kehilangan Faizal yang sudah dianggapnya sebagai adik kandungnya itu.

Kartina berkata demikian ketika ditemui pada pengebumian Allahyarham Faizal di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Gombak di sini hari ini.

Tambah Kartina, dia masih lagi tidak percaya dengan berita sedih yang diterimanya pada pukul 2 petang semalam dan sehingga ke hari ini, dia masih tidak boleh berhenti menangis.

Semalam, pelakon yang mula mencipta nama menerusi telemovie Blok 404 itu terjatuh di bilik air rumahnya pada pukul 9 pagi dan terus dikejarkan ke Pusat Rawatan Islam (Pusarawi) Kuala Lumpur.

Namun, setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan Faizal meninggal dunia pada pukul 1.45 petang disebabkan serangan jantung.

Dalam pada itu, isteri Allahyarham yang kini mengandung lima bulan, Rosmunira Rashid, 27, tidak mahu ditemu bual pemberita kerana masih terkejut dan bersedih dengan kematian suaminya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 10 pagi dengan kehadiran hampir 1,000 orang.

Selain Kartina dan Siti Nordiana, antara rakan artis yang turut hadir ialah Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Diana Rafar, Puteri Mardiana, Lan Zailan, Din Maidin, Corrie dan pengarah, Mat London.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.