Pages

Subscribe:

20 Januari, 2011

[ hang nadim] ADUN Merlimau meninggal dunia.....



















Published: Thursday January 20, 2011 MYT 3:57:00 PM
Updated: Thursday January 20, 2011 MYT 11:21:28 PM

Merlimau assemblyman passes away

MALACCA: Merlimau assemblyman Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, passed away at Hospital Putra here at 8.10pm on Thursday.

The state Rural Development and Agriculture Committee chairman and state Umno deputy secretary had undergone an emergency operation last week to clear a blocked artery.

He subsequently suffered successive heart attacks on Saturday, Monday and early Thursday.

His death was announced by the hospital’s chief executive officer Radhuana Salleh.
She said Mohamad Hidhir suffered a heart attack on Saturday at around 2pm, a second one at around noon on Monday and a third at 6.45am Thursday.

Earlier in the day, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam denied reports that Mohamad Hidhir had passed away.

Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam escorting Mohamad Hidhir's remains out of Hospital Putra on Thursday. Mohamad Hidhir (inset) passed away at 8.10pm on Thursday.

State Election Commission director Wan Mohamad Salleh admitted later that the earlier information given to his superiors in Putrajaya about Mohamad Hidhir’s death was inaccurate.

ADUN Merlimau meninggal dunia
2011/01/21

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra, di sini, jam 8.10 malam tadi, akibat masalah jantung selepas seminggu dirawat.

Ketika menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) hospital, isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali, 52, dan empat anak mereka, Mohamad Fairuz Afiq, 25, Sharafina Adila, 23, Sharafina Adzizah, 23, dan Nurul Hazira, 19, berada di sisinya.
Turut sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh serta pakar perubatan dalaman hospital berkenaan, Datuk Dr Suhaimi Mat Uda Tenang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan kematian Mohamad Hidhir secara rasmi pada jam 8.50 malam, di ruang legar ICU Putra Specialist Hospital, sejurus melawat jenazah Allahyarham.

Mohamad Hidhir, 54, yang memegang portfolio Pembangunan Desa dan Pertanian negeri mewakili DUN Merlimau sejak pilihan raya umum 2004. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,087 undi selepas memperoleh 6,332, menewaskan calon Keadilan, S Jayathas. Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Jasin mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,154 undi, mengetepikan calon PAS, Jasme Tompang.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, di sini jam 9.15 malam tadi, diiringi Mohd Ali, Othman dan beberapa Exco, ADUN serta ahli keluarga.

Jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chin Chin Tengah selepas selesai solat Jumaat hari ini dan dimandi serta dikafankan di Masjid Kampung Sempang Kerayong, Jasin.
Terdahulu, laporan mengenai keadaan kesihatan Allahyarham yang kritikal mula tersebar di negeri ini sejak tengah hari semalam. Susulan itu, ramai pemimpin negeri dan orang ramai hadir di Hospital Pakar Putra bagi melawat Allahyarham.

Sepanjang seminggu dirawat di hospital itu, Allahyarham tiga kali diserang sakit jantung termasuk terakhir pada jam 6.45 pagi kelmarin. Beliau mula dirawat sejak 13 Januari lalu akibat sakit perut sebelum disahkan menghidap sakit jantung.

Dalam pada itu, Mohd Ali menyifatkan pemergian Mohamad Hidhir sebagai kehilangan besar kepada negeri, khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana beliau seorang yang rajin bekerja.

Sementara itu, Othman berkata, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan DUN Merlimau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang esok, selepas pengebumian jenazah Allahyarham.

Abang wartawan Utusan Malaysia maut nahas

PUTRAJAYA 20 Jan. - Amrey Faizal Alaui, 29, abang kepada wartawan Utusan Malaysia cawangan Terengganu, Siti Airunnisa meninggal dunia dalam satu kemalangan di Presint 11 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, motosikal ditunggangi Allahyarham dipercayai terlanggar sebuah lori penyelenggaraan landskap yang berhenti di bahu jalan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Ketika kejadian, Allahyarham yang bertugas sebagai juruteknik di sini dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Seri Kembangan ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi berkata, kemalangan berpunca daripada kegagalan mangsa untuk mengelak sebuah lori yang berhenti di susur keluar ke Lebuh Sentosa dari arah Presint 11 ke Presint 9.

''Kemalangan berlaku di Jalan Persiaran Utara menuju ke susur keluar di Lebuh Sentosa di Presint 11, motosikal Allahyarham terlanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan.

''Siasatan menunjukkan dada mangsa terhentam lori di depan dan menyebabkan Allahyarham terpelanting dari motosikal lalu menyebabkan kematian," katanya.

Menurut Abdul Razak, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Putrajaya menunjukkan terdapat kesan hentaman yang kuat pada dada Allahyarham selain kesan calar di tangan, muka dan kepala.

''Pihak polis telah membawa lori yang terlibat dalam kemalangan itu ke balai untuk siasatan lanjut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.