Pages

Subscribe:

04 Januari, 2011

[ hang nadim] Do not repeat the history of the people of Prophet Lut.....

عدم تكرار التاريخ من قوم لوط النبي
Seks songsang: Jangan ulangi sejarah umat Nabi Lut
الجنس معكوس : لا يكرر التاريخ لوط
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Semua pihak berkuasa termasuk orang ramai harus menyekat dan memulau golongan gay jika tidak mahu mengundang malapetaka ke atas negara ini gara-gara bersubahat dengan pengamal seks songsang itu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, gay yang merujuk kepada homoseksual atau daya tarikan seksual terhadap anggota jantina yang sama adalah perbuatan orang jahiliah.

Nooh berkata, jika kerajaan, penguat kuasa undang-undang dan agama serta para ilmuwan tidak bertindak segera menghentikan kegiatan tersebut, beliau bimbang sejarah zaman Nabi Lut akan berulang yang mana pengamal kegiatan itu diturun bala oleh Allah.
HOMOSEKS MENURUT PANDANGAN ISLAMby Ustaz Hashim al-Maranji on Monday, December 27, 2010 at 7:17pm
Hukum adalah sistem penting dalam menjalankan sebuah aturan di bawah kekuasaan lembaga tertentu. Hukum pengatur segala bentuk penyelewengan, di bidang politik, ekonomi, dan sosial masyarakat dalam bertindak. Salah satu dari kategori hukum adalah hukum agama yang akan menjadi pembahasan dalam artikel ini, khususnya agama Islam. Hukum agama adalah hukum yang diajarkan dari kitab suci yang menjadi pegangan agama masing-masing.

Salah satu hukum agama Islam yang akan dibahas kali ini adalah mengenai homoseksual.
Zaman yang sudah carut marut dan hingar bingar dengan budaya asing, terutama budaya barat, telah mengubah paradigma masyarakat kita, terutama anak muda, dalam memandang hubungan sesama jenis (homoseksual), iaitu gay untuk laki-laki dan lesbian untuk wanita. Di zaman sekarang, perbuatan terlaknat itu telah dianggap biasa dan sebahagian dari hak asasi manusia.

Remaja-remaja perkotaan malah menganggap homoseks adalah sebahagian dari trend anak muda. Atas dasar hak asasi manusia mereka menganggap perbuatan homoseks itu dibenarkan, tentunya berdasarkan hukum sosial masyarakat yang selalu berubah berdasarkan konvensi dari masyarakat tersebut. Apa ini tanda-tanda bahawa kiamat sudah dekat?

Bahkan menurut survey yang saya lakukan di internet dan mewawancari “para pelaku” homoseksual, dapat disimpulkan bahwa gay di kota-kota besar sudah lebih dari 60% dari populasi laki-laki yang ada. Hal ini terbukti dari mudahnya mereka mencari pasangan gay. Melalui media internet, chatting dan browsing mereka mulai berburu mencari laki-laki yang mereka sukai. Setelah itu, mereka berdating dan saling melupakan. Kata mereka, mencari laki-laki untuk diajak bercinta jauh lebih mudah daripada mencari perempuan untuk diajak bercinta.

Islam memandang homoseks

Dalam sebuah hadist diriwayatkan oleh Ibnu Al Qayyim al Jawab Alkahfi, tentang perbuatan homoseks.

Dalam riwayatnya diceritakan ada seorang laki-laki yang jatuh cinta pada seorang pemuda tampan bernama Aslam. Cintanya itu begitu besar dan mendalam. Akan tetapi, pemuda itu tidak mau menerima cintanya, dia malah menjauh. Laki-laki tersebut akhirnya jatuh sakit. Dia terbaring dan tidak dapat bangkit dari tidurnya.

Orang-orang menjadi kasihan melihat laki-laki itu yang sakit kerana cinta. Mereka mencuba untuk mendatangkan Aslam dan membujuknya agar mau menengoknya. Mendengar berita itu, si laki-laki yang sedang kasmaran tersebut mendadak senang, hilang kegelisahan dan kesedihannya. Ketika dia sedang dalam kegembiraan menanti Aslan yang yang tampan, datanglah seseorang yang mengabarkan bahwa Aslan sebenarnya sudah pergi ingin menemuimu namun dia tidak mau memperlihakan dirinya kepadamu. Ketika dia mendengar berita tersebut, sakitnya mendadak kambuh, hingga tampak tanda-tanda sarakatul maut. Kemudian dia bersyair

Wahai Aslam sang penyejuk hati
Wahai Aslam sang penyembuh sakit
Keridhaanmu lebih aku sukai pada diriku
Daripada rahmat Sang Pencipta

Yang Mahamulia.
Kemudian dia mati. Mati dalam kekafiran. Apakah ini yang dimanakan cinta? Tak ada pembenaran apa pun dari cinta laki-laki kepada laki-laki. Itu adalah perbuatan yang dilaknat Tuhan. Lihatlah contoh pemuda itu. Dia tidak melakukan hubungan seks, dia hanya punya perasaan cinta, tetapi Allah melaknatnya, apalagi melakukan hubungan seks hanya berdasarkan kesenangan. Semoga kita dijauhkan dari perbutan itu.

Dalil yang mendukung dilarangnya perbutaan homoseks

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. ‘Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? ‘Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas” [QS Al-A’raf: 80-81]

Ayat tersebut menjelaskan bahwa perbuatan kaum Luth (homoseks) adalah perbuatan yang melampai batas. Luth mengatakan bahwa perbuatan mereka belum dilakukan orang dari sebelumnya dan penyimpangan dari fitrah.

Kaum ulama sepakat bahawa kebencian Allah terhadap kaum homoseksual itu lebih daripada kebencian Allah terhadap laki-laki yang berzina dengan perempuan. Jika zina laki-laki dan perempuan hanya menyalahi syariat, lain halnya dengan homoseksual yang menyalahi syariat, tabiat, dan kodrat, sungguh dosa yang berlipat ganda.

Rasulullah Saw. bersabda, “Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad]

Dari Jabir r.a. dia berkata bahwa Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya, yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” [HR Ibnu Majah : 2563, 1457. Tirmidzi berkata : Hadits ini hasan Gharib, Hakim berkata, Hadits shahih isnad]

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah Saw bersabda, “Allah tidak mau melihat kepada laki-laki yang menyetubuhi laki-laki atau menyetubuhi wanita pada duburnya” (HR Tirmidzi, Nasa’i, dan Ibnu Hibban)

Mujtahid berkata, “Orang yang melakukan perbuatan homoseksual meskipun dia mandi dengan setiap tetesan air dari langit dan bumi masih tetap najis.”

Fudhail Ibnu Iyadh berkata, “Andaikan pelaku homoseksual mandi dengan setiap tetesan air langit maka dia akan menjumpai Allah dalam keadaan tidak suci.”

Ertinya, air tersebut tidak bisa menghilangkan dosa homoseksual yang sangat besar yang menjauhkan antara dia dengan Rabbnya. Hal ini menunjukkan betapa mengerikannya dosa perbuatan tersebut.
sumber: http://www.anneahira.com/hukum-agama.

"Sudah termaktub dalam al-Quran dan Hadis, perbuatan gay menyimpang daripada norma kehidupan manusia yang akalnya sihat. Kalau tidak disekat segera, ia boleh menjadi satu penyakit di kalangan manusia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, barang siapa yang melihat satu maksiat, wajib di atas individu itu memperbetul atau menasihati orang berkenaan melalui kuasa yang ada sama ada menerusi kata-kata atau tindakan undang-undang.

Menurut Nooh, jika menerusi nasihat tidak berkesan, masyarakat harus memulau individu (gay) berkenaan sebagai satu cara pengajaran.

"Memulau gay itu adalah sebagai cara untuk membantu orang berkenaan kembali ke jalan Allah kerana kita tidak mahu mereka mati dalam kesesatan.

"Kesedaran juga boleh dipupuk menerusi khutbah Jumaat atau program-program agama yang disiarkan di saluran televisyen. Selagi orang berfikiran sihat tidak bertindak, selagi itulah kita dianggap bersubahat," katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan orang kenamaan (VIP) atau sesiapa sahaja yang 'waras' supaya tidak bertindak seperti gunting dalam lipatan atau harapkan pagar, pagar makan padi.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, dakwaan yang mengatakan golongan gay dilindungi oleh VIP adalah satu alasan yang sengaja direka untuk membolos diri daripada ditahan.

Katanya, jika benar VIP tersebut marah dengan tindakan pihak penguat kuasa yang sering menyerbu premis-premis kelab gay, kenapa VIP berkenaan tidak tampil.

"Saya yakin pihak berkuasa tidak gentar untuk menahan VIP atau VVIP jika mereka didapati bersalah. Bagi saya, ini hanyalah penyamaran atau jual nama VIP sahaja bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) Muhd. Razak Idris berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan merasa dukacita sekiranya ada VIP yang sengaja melindungi kegiatan gejala seks songsang.

Sehubungan itu, beliau meminta agar VIP tersebut bertaubat dan jangan menggunakan pengaruh bagi melindungi perbuatan terkutuk di sisi agama itu.

"Seharusnya VIP sama-sama membantu masyarakat mengekang gejala terkutuk daripada berkembang dalam kehidupan masyarakat terutama golongan muda kerana ia amat berbahaya dari sudut agama dan kesihatan," katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa mengenal pasti dan menangani VIP berkenaan dengan tindakan undang-undang.

Jakim dedah ada NGO pertahan gay

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mendedahkan wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi golongan gay di negara ini.

Menurutnya, agensi-agensi penguat kuasa di negara ini telah lama bertindak membanteras 'budaya import' berkenaan bagaimanapun usaha mereka mendapat bantahan NGO terbabit.

"NGO berkenaan cuba nak jadi 'juara' mempertahankan perlakuan tidak bermoral golongan gay dan cuba menghalang aktiviti penguatkuasaan.

"Sedangkan isu gay bukan masalah bagi orang Islam sahaja tetapi masalah global. Mana-mana pemimpin agama di dunia termasuk Kristian dan Buddha tidak menyokong aktiviti gay.

"Ini kerana, ia memberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang mengakui kelab gay sudah lama bertapak di negara ini, percaya ia hasil pengaruh daripada sebuah kelab gay terbesar di rantau Asia iaitu di Singapura.

"Mungkin kerana Malaysia sebuah negara Islam, pelbagai usaha puak anti-Islam dilakukan termasuk menerapkan budaya gay ke negara kita.

"Ada segelintir pelajar di luar negara yang terjebak dengan gay telah membawa masuk budaya itu ke dalam negara.

"Keadaan semakin tidak terkawal dan mudah merebak dengan adanya jaringan komunikasi tanpa sempadan iaitu laman sosial dan blog-blog khusus untuk golongan gay," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai sama ada undang-undang yang sedia mencukupi untuk mengekang aktiviti gay, beliau enggan memberi sebarang komen mengenainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.