Oleh RASMI ABDULLLAH
pengarang@utusan.com.my
Hamidzun Khairuddin (kiri) menunjukkan laporan yang dibuat di balai polis seksyen 6, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 3 Jan. – Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang disifatkan menderhaka kepada sultan.
Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, kenyataan ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berunsurkan fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada institusi raja di negeri ini.
Menurut beliau, laporan polis itu dibuat adalah untuk menggesa pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap ADUN tersebut.
“GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan.
“Perlakuan itu tidak boleh dibiarkan, apa lagi bertolak ansur dengannya kerana ia amat biadab dan kurang ajar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hamizun berkata, GAPS mencadangkan pertuduhan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap Shuhaimi kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini yang dihadiri kira-kira 20 ahli GAPS, Perkasa dan 4Justice. Turut hadir Timbalan Pengerusi GAPS, Wan Indera Putra Ahmad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan laporan yang dibuat oleh GAPS.
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini menyebut gesaan UMNO Selangor supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Shuhaimi ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.
Pada 31 Disember lalu, Shuhaimi menerusi laman blognya, http://srimuda.blogspot.com didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Menurut Shuhaimi, pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan di dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”.
Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat PKR itu turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan “Beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh “raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja”.
Tuesday January 4, 2011
Two NGOs lodge police report against Sri Muda rep
SHAH ALAM: Two non-governmental organisations have lodged police reports against Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei, accusing him of insulting the Sultan of Selangor through the PKR man’s blog
Selangor Anti-Irregularities Federation (GAPS) chairman Hamidzun Khairuddin and Selangor Perkasa chairman Abdullah Mansor lodged the reports at about 3pm at the Shah Alam police headquarters yesterday.
They claimed that Shuhaimi had insulted and committed treason against Sultan Sharafuddin Idris Shah in a statement regarding the appointment of Datuk Mohd Khusrin Munawi as state secretary.
They urged the police to investigate the matter under Section 121 of the Penal Code for waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
In his blog post dated Dec 30, Shuhaimi disputed the appointment of Mohd Khusrin by the Sultan.
Updated: Tuesday January 4, 2011 MYT 7:07:48 PM
Khusrin's appointment: Palace hits out at S'gor leaders over misleading, inaccurate and treacherous statements
PETALING JAYA: The Selangor palace has hit out at state leaders, who had made inaccurate, misleading and treacherous statements over the appointment of new state secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi.
The palace singled out statements made by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei, state speaker Datuk Teng Chang Khim, and Kampung Tunku assemblyman Lau Weng San.
It described as inaccurate the statement made by Khalid that the Sultan of Selangor did not have the power to accept or reject candidates nominated by the Public Service Commission.
The Sultan’s private secretary Datuk Mohamad Munir Bani also lambasted Seri Muda assemblyman Shuhaimi for making an offensive remark in his blog on Dec 30 describing the Sultan as “beraja di mata, bersultan di hati (King in the eye, Sultan at heart)”.
He said such a statement could be construed as warning the Sultan, and inciting the rakyat to hate the Sultan.
He also pointed out a news article on Dec 29 quoting Lau as saying that the appointment of the state secretary need not be made by PSC.
Munir clarified that for Selangor, the appointment was under the purview of the Federal civil service commission.
He also pointed out that Teng could not convene an emergency state assembly meeting without the consent of the Sultan.
He said this in response to Teng’s claim on Tuesday that an emergency state assembly meeting could be convened without the consent of the Sultan.
Panggil Karpal beri keterangan - Zahrain
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jabatan Peguam Negara didesak memanggil Karpal Singh bagi membolehkan peguam veteran itu memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan berani itu perlu diambil memandangkan Karpal mempunyai maklumat penting berhubung salah laku seks Anwar, sebagaimana didedahkan Pengerusi DAP tersebut pada tahun 1997.
"Karpal harus diperintah memberi keterangan di mahkamah tentang pengetahuan beliau berhubung perilaku seks Anwar. Ini amat bertepatan kerana Karpal sendiri telah membuat pengakuan (bahawa dia mempunyai bukti) tanpa apa-apa paksaan.
"Pihak Peguam Negara harus lebih berani dalam perkara ini dan bukannya membiarkan sistem perundangan serta kehakiman kita diperkotak-katik oleh pihak berkepentingan," katanya dalam blognya http://www.zahrainmp.blogspot.com, hari ini.
Mengulas lanjut, Zahrain berkata, Jabatan Peguam Negara harus lebih serius dalam meneliti dan bertindak terhadap perkembangan terbaru itu kerana tegasnya, pengakuan Karpal membawa pelbagai implikasi ke atas perjalanan kes liwat Anwar yang telah beberapa kali tertangguh.
Namun jelasnya, beliau yakin, sebagai warganegara bertanggungjawab selain peguam yang berpengalaman, Karpal pasti akan tampil memberi keterangan bila diperlukan tetapi langkah tersebut haruslah bermula daripada pihak Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu.
Dalam perkembangan berkaitan, Zahrain berkata, sukar diterima akal apabila Karpal sudi menjadi peguam bela Anwar sedangkan pada 1997, Pengerusi DAP itulah yang mengkritik kerajaan, kononnya lambat bertindak terhadap salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
"Perkembangan terbaru berhubung kait kes liwat Anwar amat menarik dan pelik. Ini kerana Karpal sendiri mengaku bahawa beliau pernah ditemui oleh mangsa dan individu yang membuat dakwaan liwat ke atas Anwar pada ketika itu (1997).
"Oleh itu, tidak dapat diterima akal jika Karpal yang pada ketika itu mendesak siasatan dan mengkritik kerajaan di Parlimen kerana kononnya lambat bertindak, kini sanggup pula menjadi peguam bela Anwar," katanya.
Jeffrey sah keluar PKR
Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my
KOTA KINABALU 3 Jan. – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan keluar dari parti tersebut dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.
Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, Jeffrey menegaskan, walaupun beliau berhasrat untuk mengumumkan pengunduran berkenaan pada Khamis ini namun ia terpaksa dipercepatkan berikutan pelbagai khabar angin oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan dirinya.
“Pada mulanya saya hanya ingin membuat pengumuman pengunduran daripada PKR selepas semua orang seronok menyambut perayaan Tahun Baru. Bagaimanapun, tindakan penyebar khabar angin tersebut telah melangkaui batasan.
“Kumpulan tersebut langsung tidak memberi peluang kepada saya dan keluarga menikmati sepenuhnya sambutan Tahun Baru bersama rakan dengan sebaik-baiknya. Ia satu yang mengecewakan dan dilakukan tanpa adab,” katanya.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, bagaimanapun perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, sejak menceburi kerjaya politik, beliau telah menyertai banyak parti dan setiap masa, parti yang disertainya itu berhadapan masalah dan menyimpang daripada perancangan dirinya.
“Saya menyedari bahawa politik di Malaysia pada akhirnya, tidak akan memberi perhatian kepada kepentingan di Borneo. Sebagai ahli politik, kamu harus memilih parti yang boleh mengembangkan agenda kamu yakini.
“Ia satu perkara yang sukar untuk saya memilih mana-mana parti kerana agenda Borneo seakan-akan tidak benar-benar menjadi keutamaan. Apa sahaja yang orang ramai akan perkatakan, saya amat yakin untuk meninggalkan PKR adalah perkara yang perlu saya lakukan,” katanya.
Tambahnya, beliau perlu fokus terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini iaitu menerusi Barisan Bersatu Borneo (UBF).
Pada 16 Disember lalu, Jeffrey mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali UBF yang merupakan satu platform untuk membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Jeffrey berkata, sebagai pemimpin kumpulan pendesak tersebut, beliau akan memastikan bahawa agenda Borneo dapat dilaksanakan dan menjadikan Sabah serta Sarawak sebagai setaraf dengan Kerajaan Pusat.
Katanya, biarpun beliau sudah tidak lagi aktif berpolitik suatu hari nanti, UBF akan kekal sebagai kumpulan pendesak daripada golongan bukan parti politik untuk membentuk model politik baru.
Cemuhan, hinaan yang tidak boleh dimaafkan
KOTA BHARU 3 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan bertindak cepat dan tegas ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang dilihat membuat kenyataan berunsur hasutan dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu perlu memandangkan kemuliaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah dipertikai dan dihina oleh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan.
“Cemuhan dan penghinaan yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda itu tidak boleh dimaafkan dan dibiarkan tanpa tindakan undang-undang.
“Kalau di Thailand, lima minit selepas buat angkara terhadap Raja Thailand, tindakan terus diambil. Begitu juga di Jepun, apatah lagi di negara-negara beraja Asia Barat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak yang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Shuhaimi ekoran kenyataannya yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di Selangor.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kerajaan boleh mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap wakil rakyat tersebut.
Pelik dengan sikap Azizan
ALOR SETAR 3 Jan. – Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah hairan dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa beliau ‘tidak tahu apa-apa’ mengenai peletakan jawatan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn. Bhd. (Kedah Sato).
Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, sebagai menteri besar, isu penting itu sepatutnya berada dalam pengetahuan Azizan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kedah mendakwa, sudah acap kali Azizan memberi jawapan tidak tahu apabila ditanya mengenai pelbagai isu melibatkan kerajaan negeri.
“Kami pelik bagaimana seorang menteri besar tidak tahu tentang krisis yang berlaku dalam sebuah syarikat milik kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.
Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pas Kedah belum mempunyai butiran penuh mengenai peletakan jawatan Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas itu.
Azizan dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada Bina Darulaman Berhad (BDB) yang merupakan syarikat induk kepada Kedah Sato untuk meneliti dan membincangkan perkara berkenaan.
Mahfuz pada 29 Disember lalu mengesahkan telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato tetapi enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya itu.
Menurut Badrol Hisham, mesti ada sesuatu perkara yang besar berlaku dalam pengurusan Kedah Sato sehingga menyebabkan Mahfuz meletakkan jawatan.
“Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Mesti ada sebab kenapa Mahfuz berbuat demikian, itu yang rakyat nak tahu,” ujarnya.
Sehubungan itu katanya, Azizan perlu tampil memberi penjelasan mengenai isu berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.