object width="425" height="344">
begitulah aku
Datuk Sudirman Haji Arshad (part 2) - Milik Siapakah Gadis IniJuly 26, 2009 at 2:37 am · Filed under Music
Milik Siapakah Gadis Ini, lagu popular dendangan Datuk Sudirman Hj. Arshad dicipta melodinya oleh M.Nasir, manakala liriknya oleh Usop. Lagu Milik dicipta khas untuk satu episod drama Hambali Seorang Jeneral yang waktu tu didendangkan oleh Kazarudin Saisi (dukun Degawa aka Memburu Impian tu). Makanya lagu Milik bukanlah dinyanyikan oleh Sudirman pada mulanya. M.Nasir menceritakan, entah macam mana secara tak sengaja Sudirman dapat tau mengenai lagu ni, lagu mengapproach M.Nasir untuk meminta lagu Milik.
Lagu Milik dimuatkan dalam album Kul It! (1986), mencatat sejarah sebagai kolaborasi pertama M.Nasir & Sudirman. Album Kul It! mencatat sejarah kerana hampir kesemua lagu di dalam album ni popular & lagu-lagu Sudirman bersaing sesama sendiri di dalam carta radio untuk menjadi juara (Merisik Khabar vs. Milik). Sudirman juga begitu cool kerana mengimport Ramli Sarip sebagai komposer untuk lagu Warna Asmara & Selagi Hayatku Ada, Fauzi Marzuki & Adnan Abu Hassan untuk Kul It!, Gadisku & Pesan Abang, juga Manan Ngah & Habsah Hassan seperti biasa untuk Merisik Khabar, nukilan penyair istimewa J.M Aziz melalui Penyu Menangis, selain sentuhan peribadi Sudirman melalui Bapak, Penyu Menangis & macam-macam lagi lah. Hillary Ang yang tengah popular dengan riff yang sedap-sedap dalam album Langit & Bumi tu pun dikebasnya jugak!
Setelah lagu Milik popular, Sudirman pernah bertemu M.Nasir & mengatakan kepadanya “Nasir, thanks for Milik”. Milik apa benda pulak ni, fikir M.Nasir. Barulah dia teringat, lagu Milik Siapakah Gadis Ini rupanya.
Begitulah kisah di sebalik sebuah lagu. Lagu Milik lah menjadi pencetus rasa minat aku terhadap lagu-lagu dendangan Datuk Sudirman Hj. Arshad. Justeru lagu Milik Siapakah Gadis Ini begitu istimewa di hati aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.