26 Januari, 2011
[hang nadim] AKU, KAU BERBEZA....AKU, KAU ISTIMEWA.....
Renung-renungkan dan selamat beramal....
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lela ki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lela ki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lela ki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lela ki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lela ki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lela ki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lela ki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lela ki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lela ki. Menerima pusaka kurang dari lela ki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana mas alah haid dan nifas yang tak ada
pada lela ki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lela ki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lela ki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lela ki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lela kinya dan
4. saudara lela kinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lela ki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lela ki , tetapi ingatlah wahai lela ki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak mas ing2 lela ki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
JANGAN PUTUS ASA
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri
Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas.. - HAMKA-
Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang mukmin sentiasa di ambang 5 DUGAAN yang susah:
i. Mukmin yang dengki kepadanya.
ii. Munafiq yang benci kepadanya.
iii.Syaitan yang menyesatkan.
iv. Kafir yang memeranginya.
v. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.