From: Warisan Puteri
Mutiara Cinta :
"Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya. "
Tip : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan.
Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.
Semua orang pasti gagal, pasti menempuh saat-saat luka, kecewa dan berduka. Yang penting, anda boleh bangkit cepat dari segala-gala kedukaan dan kegagalan itu. Lantas tersenyum untuk menghadapi satu pertembungan yang baru, risiko baru...pengalaman baru!
Mutiara Cinta #2 :
"Kepada dunia, anda hanyalah satu manusia biasa, tetapi kepada satu manusia biasa, andalah dunianya."
Tip : Menghargai antara satu sama lain dan saling hormat-menghormati di dalam sesebuah perhubungan akan mempamerkan betapa pentingnya diri orang yang disayangi itu.
Sekiranya dia adalah segala-galanya untuk anda, dialah cinta hati anda, dialah dunia anda, maka biarlah pilihan anda itu juga sama-sama mempunyai niat dan perasaan yang sama seperti anda. Agar, anda tidak terkecewa di kemudian hari. Berpegang kepada keperibadian anda yang menyajunginya, InsyaAllah dia juga akan melakukan perkara yang sama!
Mutiara Cinta #3 :
"Sesungguhnya, cinta itu bukan buta tetapi insan yang bercinta itu hanya mahu melihat orang yang dia cinta."
Tip : Mencintai seseorang dengan membabi-buta adalah salah satu cara untuk anda menempuh kekecewaan di masa hadapan. "Let your options open". Maksud saya, di awal-awal perhubungan itu, biarlah diri anda tidak terikat hanya pada seorang sahaja.
Dengan mempunyai beberapa pilihan, itu tidak semestinya anda jahat. Tetapi anda menghargai diri anda. Anda bersifat berjaga-jaga agar pilihan anda tepat dan tidak akan mengecewakan anda di masa hadapan. Ramai yang memegang kata setia, tetapi akhirnya tersungkur kecewa, semuanya kerana anda tiada pilihan lain, dan terpaksa memilih yang tidak tepat pula. Love yourselves a lot more beb!
Mutiara Cinta #4 :
"Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah, mencintai orang yang mencintai orang lain."
Tip : Ingin saya sarankan untuk berkali-kalinya, apabila anda dapat tahu yang si dia sudah berpunya atau sudah pun bertunang, berkahwin, ANDA TIDAK PERLU BERSEDIH! Inilah masa paling best! Cepat-cepatlah melupakan dirinya dan terus saja memulakan lembaran baru dalam hidup anda. Kenal seramai-ramai teman baru, bina perhubungan baru, percintaan baru dengan orang baru!!...anda sudah tidak perlu lagi nak susah-susah takut ada orang yang nak jealous nanti.
Mutiara Cinta #5 :
"Jangan berkahwin dengan orang yang anda boleh hidup bersamanya, kahwinlah dengan orang yang anda tidak boleh hidup tanpanya."
Tip : Cuba anda jarak-jarakkan pertemuan anda dengan yang tersayang. Sentiasa adakan masa-masa untuk diluangkan bersama kawan atau keluarga yang agak-agak berjauhan dari bersama dengan si dia selalu. Saat inilah anda akan tahu, adakah anda atau si dia boleh menahan rindu atau tidak. Jika perasaan masing-masing macam biasa saja...cari orang lain je lah! TETAPI jika tak boleh duduk diam dan asyik terasa nak call saja...hmm, dia lah tu!
Mutiara Cinta #6 :
"Cinta yang benar-benar cinta, hanya akan lahir setelah segala kecantikan hilang dan musnah. Jika masih cinta, itulah cinta yang sebenar-benarnya. Jika tidak..."
Tip :
Dalam mencari dan mengenali cinta, apa yang anda harus buat ialah mengenali si dia di dalam waktunya yang paling bersahaja. Kalau wanita, biarlah waktu yang tanpa make-up atau tanpa bedak. Kalau lelaki biarlah waktu bangun tidur atau selepas bersukan. kemudian tanya diri anda sendiri, "Nak lagi ke? Suka lagi ke?"
Jika waktu paling buruk, paling busuk, paling kotor anda boleh terima. Maka, di waktu mana, berubah macamana sekalipun rupa dan fizikal, anda tetap cinta. Yang penting...dia pun samalah juga boleh terima. Nanti dia berubah hati, anda tak tahu pun. Berbincang sedari awal beb!
Mutiara Cinta #7 :
"Lebih baik pernah dicintai dan kehilangan cinta itu daripada tidak pernah dicintai langsung."
Tip : Sewaktu anda di dalam kekecewaan, cuba anda bersyukur banyak-banyak dengan nasib yang menimpa anda itu. Kerana, nasib anda tidaklah seburuk nasib mereka yang langsung tidak pernah bercinta dan tidak pernah dicintai...aduuuu. ..frust tau mereka ni...
Pernah juga bro duduk berbual-bual dengan mereka yang begitu susah untuk mempunyai kekasih, jauh sekali untuk bercinta dan jatuh cinta. Kesian.... di dalam diri mereka penuh dengan ketakutan dan keresahan akan perkara yang tak ujud! Risau pada perkara yang langsung tidak ada kena mengena... seumpama orang yang tak pernah keluar dari rumah berpuluh-puluh tahun!
Jadi, sekiranya kita terkecewa, dicurangi, terhina dari perhubungan lalu, relax je lah...ada orang yang lebih teruk dari kita yang langsung tidak pernah merasa bagaimana rasa cinta dan dicintai.
Mutiara Cinta #8 :
"Tiada ubat untuk mereka yang jatuh cinta, kecuali menambahkan lagi perasaan cinta dan sayang kepadanya."
Tip : Di dalam percubaan anda untuk mencapai kebahagiaan yang sempurna, anda kena teruskan momentum anda, JANGAN BERHENTI WALAU SUDAH BERJAYA!.
Maksud saya, walaupun dia sudah terpikat kepada anda...anda mesti teruskan memikat dan terus memberikan sepenuh kasih, sayang dan kehangatan cinta anda itu agar dia benar-benar yakin dengan anda sampai bila-bila. INGAT!...walaupun burung merpati sudah di dalam tangan anda, namun ia masih mampu terbang pergi tau.
Mutiara Cinta #9 :
"Persahabatan selalu juga berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak akan bertukar menjadi persahabatan kerana perasaan cinta akan sentiasa bersemadi di jiwa yang bercinta."
Tip : Sekiranya bekas kekasih anda berkata, "Kini kita hanya sekadar kawan..." Itu hanyalah sekadar mulutnya yang bercakap, bukan datang dari hati nurani. Setiap insan yang pernah bercinta, akan sentiasa merasakan cinta kepada bekas kekasihnya, cuma mereka menyembunyikan perasaan cinta itu dan tidak mahu meneruskan perhubungan itu lagi.
Even walau dia sudah memiliki cinta yang baru, rasa cinta kepada yang lalu masih bergelumang dilubuk sanubari. Apakah anda sendiri dapat melupakan tempat anda jatuh dan terluka? Inikan pula waktu dan ketika anda dilamun cinta...fuuuu. Tapi senyap-senyap je lah, bukan adaapa pun...perasaan tu masih cinta je, tapi cinta yang baru lagi best kan. So lebih baik jangan cakap kat kekasih tu ssshhht!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.