11 Januari, 2011
[ hang nadim] Otak 20 tahun dalam kubur masih elok .....严重脑20年仍是优雅..
Allah Yarham Datuk Haji Hassan Bin Md Noor (74 Tahun)
Bekas Adun Penaga Tinggal dipermatang Rawa,Penaga Seberang
Perai Utara telah Kembali kerahmatullah pada Jam 1.40pm
11/1/11 di Hospital Pulau Pinang,dan dikebumika di Tanah Perkuburan
Permatang Rawa....Semoga Allah cucuri Rahmat Keatas Rohnya.....
Allah Yarham Mohd Saad Bin Omar(50 Tahun)
Pekerja LPP Bukit Mertajam Tinggal Di Jalan Pantai Pasir Gebu,
Penaga Seberang Perai....Meninggal Dunia pada 10.30 Pagi
11/1/2011.....
Otak 20 tahun dalam kubur masih elok
Brain 20 years in the grave is still elegant
الدماغ 20 سنة في القبر ما زال أنيقة
SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.
Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.
“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.
“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.
“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.
Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
Bilal maut terkena renjatan elektrik
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
bhnews@bharian.com.my
2011/01/13
Galah besi diguna mangsa terkena kabel ketika kait kelapa
NIBONG TEBAL: Seorang bilal masjid meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi berhampiran rumahnya di Kampung Tengah, Sungai Setar Besar, di sini, semalam Mayat Arsyad Awang, 61, ditemui dalam keadaan terbaring oleh adiknya, Ramli, 55, pada jam 10.40 pagi. Malah, Ramli yang terkejut setelah abangnya terbaring dengan tangan kiri berasap, turut terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah sepanjang kira-kira lapan meter yang terkena lengan kiri. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana bertindak cepat melepaskan galah itu.
Galah besi itu kebiasaannya digunakan untuk mengait buah kelapa sawit.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Nahas dikatakan berlaku apabila sebiji kelapa tersangkut di hujung sabit yang menyebabkan galah berkenaan gagal dikawal oleh mangsa sebelum terkena kabel elektrik. Walaupun kabel itu mempunyai penebat, tetapi terkoyak akibat terkena mata sabit.
Ini menyebabkan berlaku aliran elektrik ke seluruh galah besi yang mengakibatkan Arsyad yang memegangnya terkena rencatan sebelum dia terjatuh.
Arsyad adalah Bilal Masjid Al-Falah Kampung Tengah dan Allahyarham dijadualkan menerima tauliah untuk sambungan perkhidmatan sebagai bilal daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) hari ini.
Mangsa adalah anak sulung daripada lapan beradik, dan menduda sejak beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Teh Salleh, 84.
Ramli berkata, kira-kira sejam sebelum kejadian itu, dia yang dalam perjalanan ke kedai, melihat abangnya sedang mengait kelapa di tepi rumah.
Apabila kembali kira-kira jam 10.30 pagi, Ramli tidak nampak kelibat abangnya lalu mencari di sekitar rumah dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring.
Dia yang nampak asap masih keluar daripada tangan kiri abangnya dan galah besi terkena lengan, mengalihkan galah berkenaan.
“Saya segera mendapatkan abang dan mengubah galah yang menghalang sebelum separuh badan sebelah kiri saya terkena renjatan elektrik. Mujurlah saya sempat melepaskan galah itu.
“Saya memanggil namanya tapi abang tak bergerak dan saya agak abang sudah meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik. Tangannya juga berasap dan saya segera memanggil ahli keluarga dan jiran sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.