Pages

Subscribe:

12 Januari, 2011

[ hang nadim] majlis makan malam JPJ.....KSU KDN Berang.....



Mahmood berang penyamar guna namanya

PUTRAJAYA 12 Jan. - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam hari ini membuat laporan polis berhubung kegiatan penipuan berkaitan penganjuran majlis makan malam yang menggunakan nama beliau.

Menurutnya, seorang individu yang menyamar sebagai dirinya telah meminta agensi-agensi pekerja asing menaja meja bagi satu jamuan makan malam pada harga antara RM15,000 hingga RM30,000.

Sehubungan itu, kata Mahmood, satu laporan polis telah dibuat pada pukul 7 pagi ini melalui seorang pegawai kanannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

"Saya difahamkan sudah ada tangkapan dibuat oleh pihak polis di Johor dan saya ingin menasihatkan mereka yang telah menjadi mangsa kepada kegiatan penipuan ini agar melaporkan kepada polis serta-merta.

"Saya ingin menegaskan bahawa kementerian ini tidak pernah menganjurkan sebarang majlis makan malam seperti yang dinyatakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

November lalu, enam individu termasuk tiga anggota Jadbatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang sebanyak RM660,000.

Wang tersebut dikutip daripada individu dan syarikat bagi menganjurkan satu program yang dinamakan 'Majlis Mesra JPJ Negeri Sembilan' pada 2 Oktober lalu. Namun majlis tersebut didapati tidak diadakan langsung.

Nukilan hati hang nadim

Sabaqlah Datuk dulu selesai masaalah Persatuan
Bekas Polis yang buat hal terus buat hal guna
Kad Bekas Polis ada lambang KDN konon ada
kebenaran KDN Kini menyamar JPJ Pula Apa dah
Jadi.....Bulan Puasa Lepas Menyamar Persatuan
Bekas Polis nak buat Jamuan Makan Malam
di Pulau Pinang.....ada lapuran Polis
ada tangkapan.....Cuba Renung dan mungkin
sesuatu kesilapan berlaku.....

"Budi Bahasa akan menyelamatkan kita dari fitnah"
Harimau yang mengaum tidak akan membaham mangsa
Jika Kita Garang orang akan mencari Kelemahan kita....
Oleh itu Fikiaq.....Insaf dan Sabaq....."
"kita diberi kuasa bukan kita berkuasa....."
"Orang akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kita"
ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.