Pages

Subscribe:

26 Mac, 2013

[hang nadim] Perginya mereka yang berjasa.....Al Fatehah.....


Jenazah Dr. Uthman El-Muhammady selamat dikebumi

KUALA LUMPUR 26 Mac - Jenazah cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, selepas solat zuhur hari ini.
Antara yang hadir dalam majlis pengkebumian itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga, Datuk Dr. Hasan Ali.
Yang hadir sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Pemergian Allahyarham dianggap sebagai kehilangan besar kepada negara berdasarkan jasa-jasanya sebagai ilmuwan dan ulama tersohor yang membantu mempertahankan agama Islam.
Menurut anak ketiga Allahyarham, Ahmad El-Muhammady, 35, sehingga ke saat-saat terakhir, bapanya masih setia bersama buku sebelum tiba-tiba mengadu berasa penat.
"Ahad lalu, semasa keluarga berkumpul meraikan kejayaan cucu-cucu dalam peperiksaan, ayah ada mengingatkan supaya kita teruskan usahanya iaitu mempertahankan ajaran Ahli Sunah Wal-Jamaah di negara ini dan mempertahankan daripada pelbagai cabaran pemikiran.
"Allahyarham sihat, cuma akhir-akhir ini nampak penat. Beliau juga ada menterjemah dua buah buku yang belum sempat disiarkan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Islamisasi UIAM, Prof. Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan menyifatkan Allahyarham seorang sarjana, intelektual dan ulama Islam yang seluruh kehidupannya adalah untuk ilmu pengetahuan.
"Beliau faham cabaran dunia moden dalam Islam iaitu cabaran mazhab Syiah, fahaman pluralisme dan liberalisme yang cuba disebar dan dikembangkan dengan meluas.
"Selain itu beliau sedar situasi dunia hari ini, cabaran intelektual, usaha mempertahankan identiti Islam, tradisi ilmu mengikut Ahli Sunah Wal-Jamaah dan memahami dunia ilmu barat serta ilmu Islam tradisonal hingga kitab klasik," katanya yang telah bersahabat sejak kecil lagi.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengenali rapat Allahyarham sejak zaman belajar pula berkata, Allahyarham sering dijadikan sebagai tempat rujukan dalam siasah politik Islam.
"Beliau sentiasa berpesan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu amanah dan jujur kepada rakyat yang menjadi asas.
"Saya melihat Allahyarham adalah intelek Islam setanding dengan sarjana antarabangsa dan ulama tersohor dunia yang tidak menonjolkan diri serta bersikap sederhana. Beza sifatnya dengan sesetengah ulama yang ada," ujarnya. - UTUSAN

Dia akan pergi dahulu sebelum saya'

IMAM 1 Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Ghazali Mohd. Noor (duduk, kanan) mengetuai bacaan doa di pengebumian Allahyarham Dr. Ali Abul Hassan Sulaiman di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 26 Mac - Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Ali Abul Hassan Sulaiman yang meninggal dunia semalam akibat kanser prostat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail di sini pada 3 petang ini.
Sebelum itu, jenazah dimandikan di kediamannya di Kemensah Heights dan disembahyangkan di masjid berdekatan rumahnya.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Jameela Ali Abul Hassan yang ditemui berkata, Allahyarham terlalu mengambil berat terhadap keluarganya, pemurah dan tidak mudah marah.
"Dia selalu cakap yang dia akan 'pergi' dahulu sebelum saya," katanya.
Allahyarham, 71, meninggalkan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.
Allahyarham adalah gabenor keenam Bank Negara dari 1998 hingga 2000.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu menyertai perkhidmatan awam pada 1965 di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjadi setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 1985. - BERNAMA

Artikel Penuh:
 http://www.utusan.com.my
Pemergian Dr Uthman El-Muhammady Kehilangan Besar Buat Negara - PM

Dr Uthman El-Muhammady
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian tokoh ilmuan Islam, Dr Uthman El-Muhammady pada malam Isnin sebagai kehilangan besar kepada negara dan umat Islam.
Perdana Menteri berkata sumbangan Allahyarham dalam dunia intelektual Islam begitu tinggi apabila menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam yang tersebar di seluruh dunia.
"Antara jasa semasa hayatnya, Allahyarham begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan isu-isu semasa berkaitan fahaman sesat termasuk pluralisme," kata Najib dalam kenyataan malam Selasa.
"Saya mengucapkan takziah (buat keluarga) atas pemergian Dr Uthman El-Muhammady...Saya sekeluarga berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada, solihin, sahabat dan para anbiya," katanya.
Uthman,70, yang juga Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, meninggal dunia malam Isnin di kediamannya di Persiaran Duta di sini. BERNAMA


Former Bank Negara governor dies



KUALA LUMPUR: Former Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman, 71, died at his residence at No 3, Jalan 3, Kemensah Heights, here, at 4.45pm yesterday due to heart and lung complications.
Ali will be buried at the Kemensah Heights Muslim cemetery after the Zohor prayers today.
His son-in-law, Mohamed Faruk Rahmatullah, said Ali leaves wife Puan Sri Jamilah Ali Abul Hassan and three children -- a son and two daughters.
Ali, who was born in Penang, served as the director-general of the Economic Planning Unit in the Prime Minister's Department for seven years until Sept 5, 1998 and also served as secretary to the National Economic Action Council from September 1998.
He was the sixth governor of Bank Negara Malaysia from 1998 to 2000.
Ali retired on May 1, 2000 and was succeeded by Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
On April 17, 2001, he was appointed special economic adviser to former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad. Bernama

Read more: Former Bank Negara governor dies - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/former-bank-negara-governor-dies-1.241873#ixzz2Ogyidpgd





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.