Pages

Subscribe:

27 Mac, 2013

[hang nadim] Editor Perunding The Sun meninggal dunia.....




Oleh ROSMIZAN RESDI
KOTA BHARU 27 Mac - Editor Perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad, 68, meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati di Wad Temenggong (HDW) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya pada pukul 2.35 petang setelah dimasukkan ke Wad Mahsuri, hospital tersebut kira-kira pukul 2 pagi semalam selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumah anaknya di sini.
Menurut anak bongsunya, Mohd. Zahazan Zainun,37, berkata bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius Oktober tahun lepas.
"Sebelum ini ayah menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di HRPZ II di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.