Pages

Subscribe:

21 Januari, 2011

Karpal, DAP perguna kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 21 Jan. - DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh didakwa menggunakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai komoditi politik untuk 'mencucuk hidung' Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama di Selangor dan Pulau Pinang.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, Karpal juga sebenarnya mengetahui beliau tidak mampu membela Anwar lalu menggunakan taktik dengan melakukan penangguhan ke atas perbicaraan kes liwat anak guamnya itu.

"Ini suatu tindakan yang tidak bermoral dan tidak beretika dan memang wajar bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menggelarkan Karpal sebagai 'harimau penakut' kerana tidak berani mempertahankan prinsip mengenai bukti perlakuan seks songsang Anwar.

"Karpal juga sesuai digelar 'Pusingan U Poo Singh' apabila mengeluarkan kenyataan seolah-olah 'bersetuju' dengan pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (pada 1997) yang menolak desakannya supaya Anwar disiasat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) semalam yang menyifatkan Anwar sebagai boneka yang menurut segala arahan dan rancangan diatur oleh DAP dalam usaha parti tersebut menguasai politik negara.

Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata, DAP menyimpan terlalu banyak rahsia peribadi Anwar sehingga menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa akur dengan segala perancangan yang diatur kerana takut segala rahsia tersebut didedahkan.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau bersyukur kerana telah keluar dari PKR kerana parti itu kini sedang dipergunakan oleh DAP, Karpal dan Penasihatnya, Lim Kit Siang.

"Anwar syok sendiri sedangkan pada hakikatnya Kit Siang adalah ketua pembangkang sebenar. Lebih baik Anwar pergi bercuti ke Turki," katanya.

SPR terima notis rasmi Speaker DUN Selangor
PUTRAJAYA 21 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima notis rasmi pemakluman pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang daripada Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak sempat meneliti kandungan notis berkenaan kerana berada di Labis, Johor atas urusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai saya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya tentang surat (notis) yang baru diterima sekitar pukul 12 tengah hari ini.

"Bagaimanapun, saya hanya masuk pejabat Isnin ini dan akan meneliti keseluruhan isi kandungan notis berkenaan sebelum boleh membuat kenyataan.

"Apa pun, isu berkaitan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang masih di peringkat urusan di antara Speaker DUN Selangor dan ADUN tersebut (Badrul Hisham Abdullah)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Rabu lalu, Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Perisytiharan itu dibuat berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.

Bagaimanapun Badrul Hisham berkata, beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN bebas berpihak kepada BN pada 2009.

Seterusnya beliau menyertai UMNO pada Mei tahun lepas.

Anwar ‘raja putar alam’ – TPM

LABIS 21 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘raja putar alam’ kerana dakwa beliau, ketua pembangkang itu adalah penipu paling besar dalam sejarah politik Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, gelaran itu sewajarnya ‘dikalungkan’ kepada Anwar kerana terlalu banyak pembohongan dan putar belit dilakukan ketua pembangkang itu termasuk mengkhianat kepada negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan segala janji-janji manis yang cuba ditawarkan oleh Anwar dan pembangkang.

“Anwar ini adalah ‘raja putar alam’ kerana segala kejayaan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan tidak pernah dihargai sebaliknya dia lebih suka memaki-hamun dan memutar-belit isu bagi menimbulkan kebencian.

“Sebab itu saya berkali-kali memberitahu bahawa Anwar ini adalah pengkhianat, dia sanggup melakukan apa sahaja dan berbohong apa sahaja demi kepentingan politik,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kampung Bukit Mambai, di sini malam ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut menempelak janji pembangkang melalui ‘buku jingga’ yang antara lain mahu melupuskan tol dan menyerah kembali tanah Felda kepada peneroka.

Kata beliau, pembangkang hanya berani menjanjikan 10 perkara tidak berpijak di alam yang nyata tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini sejak 53 tahun sudah melaksanakan ribuan janji kepada rakyat.

“Jangan ada di kalangan kita terpedaya dengan hanya 10 janji kosong sedangkan manifesto pada 2008 pun masih banyak yang mereka belum tunaikan. Hanya kerajaan BN yang terbukti dan sentiasa komited untuk membangunkan negara,” katanya.

Sementara itu, sempena majlis bersama rakyat tersebut, Muhyiddin meluluskan peruntukan RM300,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Penduduk Kampung Mambai.

Jelasnya, peruntukan itu bakal digunakan untuk pelbagai pembangunan Kampung Mambai antaranya bagi membeli perkakasan dewan, membina pagar dan menaik taraf Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas.

DAP suatu hari akan sedar - Zaid
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyifatkan pakatan pembangkang hasil gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan ke mana sekiranya masih di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua parti itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau juga yakin bahawa DAP pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang tidak mempunyai hala tuju sekiranya masih diterajui oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

"DAP pun pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang pimpinan Anwar tidak akan ke mana-mana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang berkata, Zaid akan menempuh satu perjalanan yang sukar melalui partinya, KITA dalam mendapatkan sokongan rakyat setelah keluar dari pakatan pembangkang.

Karpal berkata, Zaid perlu menerima realiti politik di mana bukan mudah untuknya bergerak secara bersendirian bagi membina dan mendapatkan sokongan rakyat ke atas parti barunya itu.

KITA diperkenalkan secara rasmi pada 19 Januari lalu. KITA pada asalnya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) namun Muktamar Agung Tahunan AKIM pada 15 Disember lalu menyaksikan pertukaran nama itu serta melantik Zaid sebagai ketuanya.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau mengakui buat permulaan ini, KITA akan melalui perjalanan yang sukar terutama dalam mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi saya yakin rakyat mahu memilih parti yang dapat mengemukakan cadangan yang membina serta menyediakan calon terbaik untuk berkhidmat kepada mereka. Bukannya sebuah parti yang hanya mahu berperang dan tiada hala tuju," tegasnya

DAP tries to play down hudud issue

LABIS: DAP is playing down the Islamic state and hudud issues that have been used by the MCA in its fight for Chinese votes in the Tenang by-election, saying that the party is also against it.

DAP adviser Lim Kit Siang said the party’s stand on the matter was clear as it opposed both issues, which were being pushed by PAS.

“The Federal Constitution is very clear that Islam is only the official religion and Malaysia is not an Islamic state,” he said, urging Barisan Nasional not to resort to such scare tactics to fish for votes.

Lim said it was former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad who had declared Malaysia to be an “Islamic country” in 2001.

On the Tenang by-election, Lim acknowledged that it was a difficult contest for Pakatan Rakyat but that it was working hard towards reducing the vote majority.

In the 2008 general election, Barisan won the seat with a 2,492 majority.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.