Pages

Subscribe:

11 Februari, 2011

[hang nadim] Anuar.....Azmin.....Pok Nik.....???? PKR PAS DAP......


Saya ada bukti kukuh - Rahimi

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.

Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.

''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.

"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.

"Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.

"Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan,'' katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.

"Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya,'' katanya lagi.

Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya.

"Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya,'' tegas beliau lagi

SPRM diminta buka fail siasat Penasihat PKR

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka fail siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu operasi sebuah pejabat miliknya di Amerika Syarikat (AS).

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari (gambar) berkata, walaupun tiada laporan dibuat, SPRM boleh melakukan siasatan awal apabila seorang lagi bekas Setiausaha Sulitnya, Muhamad Rahimi Osman mendakwa perkara itu berlaku.

"SPRM khususnya boleh menyiasat dari sudut bagaimana Anwar memperoleh wang bagi menanggung kos operasi syarikat dan pejabatnya di AS,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Muhamad Rahimi mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC AS yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Ketika mengadakan ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate itu adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, Muhamad Rahimi mendakwa pejabat itu turut mengambil lima pekerja muda, antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

Anuar berkata, sebagai seorang wakil rakyat Anwar wajar memaklumkan sumber untuk membiayai pejabat yang berada di AS itu.

"Ini kerana Penasihat PKR itu sering memberi alasan tidak dapat menjalankan pembangunan di Permatang Pauh khususnya atas alasan kekangan kewangan,'' ujarnya.

Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera

IPOH 11 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.

Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.

Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

"Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.

"Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.

Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

Perkasa buat laporan polis halang Anwar ke luar negara

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat empat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain di IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

Mewakili Perkasa membuat laporan ialah dua Ketua Wirawatinya, Zaira Jaafar yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Raihan Sulaiman Palestine juga melakukan perkara sama di IPD Shah Alam dan IPD Putrajaya dekat sini.

Satu lagi laporan dibuat oleh Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah di IPD Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang.

Arman Azha ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu mendakwa, Anwar dikatakan sudah merancang sesuatu tindakan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Maklumat yang diterima juga menyatakan, Anwar sepanjang perbicaraan kes mahkamah masih bebas ke luar negara kerana pihak berkuasa tidak menahan pasport miliknya dan perancangan tersusun beliau untuk mendapat simpati politik di luar negara melalui rakan-rakan rapat beliau di beberapa negara," ujarnya.

Menurut Arman Azha, maklumat itu mungkin betul kerana meskipun perbicaraan kes liwatnya akan bersambung pada Isnin depan, namun belum ada tanda-tanda Anwar memohon untuk membuat penangguhan seperti yang sering dilakukan sebelum ini dengan mewujudkan pelbagai alasan.

"Selain menghalang Anwar bebas untuk keluar masuk, laporan polis itu bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu buruk berlaku ke atasnya," kata beliau.

Arman Azha memberitahu sembilan lagi laporan polis dijangka dibuat oleh Perkasa di seluruh negara dalam masa seminggu ini.

"Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya

Dana negeri bukan untuk kepentingan politikOleh Helmi Mohd. Foad

TINDAKAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan keputusan membiayai kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengundang kemarahan rakyat negeri Selangor. Ia merupakan rentetan kepada kemarahan rakyat apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Mengambil pendekatan media baru iaitu laman blog ADUN Sri Muda, Shuhaimi terjerat apabila beliau terlajak menyusun hujahnya sehingga terpacul perkataan yang dianggap menghina Selangor Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira 20 laporan polis dibuat ke atas Shuhaimi kerana kenyataan beliau tersebut. Jumlah laporan polis sudah cukup untuk mengukur betapa besarnya skala kemarahan rakyat. Banyak pihak tersinggung dan marah dengan kenyataan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah bagaimana sikap Abdul Khalid yang sekali lagi bertindak atas dasar politik dalam menangani isu berkaitan pelantikan SUK.

Abdul Khalid tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai kos perundangan ke atas Shuhaimi yang menghadapi pertuduhan menghasut.

Dalam pertuduhan itu, kerajaan negeri langsung tidak terlibat melainkan ia atas dasar peribadi Shuhaimi. Kerana lidahnya yang tidak bertulang itu, rakyat Selangor yang terpaksa menanggung beban.

Bayangkan sebanyak enam peguam dilantik bagi membuat pembelaan ke atas kes Shuhaimi dan semuanya akan ditanggung melalui dana kerajaan negeri.

Abdul Khalid menyatakan ia atas dasar kerajaan negeri mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ dan kerana Shuhaimi menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Soalnya adakah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung sultan itu peranan seorang wakil rakyat?

Adakah selepas ini sekiranya anggota PKR menghadapi pendakwaan di mahkamah atas dasar memperjuangkan dasar kerajaan negeri juga akan diberikan pembelaan sama?

Kata Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mahu membiarkan Shuhaimi keseorangan. Tetapi mengapa sampai mahu menggunakan kantung negeri?

Mengapa tidak gunakan sahaja dana parti sendiri. Ini kerana cukuplah sebelum ini banyak dana negeri terpaksa digunakan tanpa rakyat mendapat manfaat.

Pertamanya, perbelanjaan sidang Dewan Undangan Rakyat (DUN) pada 24 Januari lalu yang disifatkan sebagai membuang masa dan membazir wang rakyat. Ini kerana pakatan pembangkang hanya menjadikan sidang itu sebagai platform membelasah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO dan medan tuduh menuduh siapa sebenarnya penderhaka raja.

Selain itu, dana negeri juga digunakan bagi pelantikan dua pakar undang-undang yang meneliti draf pindaan perlembagaan negeri. Kita bayangkan draf itu membabitkan perubahan besar, sebaliknya ia cuma mengembalikan perenggan yang sama sebelum pindaan 1993. Jadi, mengapa tidak gunakan saja pegawai undang-undang negeri?

Jika pentadbiran kerajaan PKR asyik menggunakan dana negeri untuk kepentingan politik, kita bakal menerima padah apabila kebajikan rakyat terpinggir. Masalahnya, adakah kewangan kerajaan negeri memberangsangkan sehinggakan banyak perbelanjaan bersifat politik boleh disalur sesuka hati.

Apakah punca
Popular blogger ‘logs off’ from PKR
By ROSLINA MOHAMAD
roslina@thestar.com.my

KUANTAN: After much hesitation in recent years to leave the PKR, popular blogger cucumat­kilau has finally decided to call it quits in the party.

“I slogged for the party and believed in its struggles to take care of the people.

“I have been arrested, interrogated, my house was ransacked and there were times my family’s well-being was neglected. All this was in the name of upholding the party’s principles.

“But during my troubled times, the party failed me,” said Mohd Shukri Mohd Ramli, 40, who also writes for news portal Pahang Daily.

He had written several times in his blog and the portal that he was leaving the party.

As recently as last November, Mohd Shukri said he could no longer tolerate the hypocrisy in the party and had lost all respect for and confidence in its leaders.

Yesterday, however, he said at a press conference here that his decision was “for real” this time.

“The truth is, I am tired with all the politicking and want to have a break from politics.

“I want to spend more time with my wife and three children and focus on my event management company,’’ added Mohd Shukri, who was Pahang PKR Youth information chief until he lost the post at last year’s party election.

Mohd Shukri, who joined PKR in 1999, said he would submit his resignation within the next few days and would upload the letter in his blog.

To a question, he admitted he had been approached by both Umno and PAS and did not rule out the possibility of joining one of the parties.

He said some PKR officials had offered him a “good post” in the party when they learned he was quitting.

“But I have made up my mind and will not budge.”

Pas terperangkap atau diperangkap?
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

PADA mulanya, ada ura-ura Pas akan memberi laluan kepada rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Perkiraan itu dibuat kerana selepas kalah dua kali berturut-turut dalam PRK sebelum ini iaitu di Galas dan Tenang, Pas tidak mahu imej mereka terus tercemar kalau tewas pula di Merlimau.

Oleh itu, mereka mesti mencari alasan terbaik supaya tidak perlu mewakili pakatan pembangkang bertanding di DUN tersebut. Bagaimanapun, keputusan mesyuarat pakatan pembangkang tetap menyerahkan kerusi berkenaan kepada Pas atas alasan mahu mengekalkan status quo. Namun keputusan berkenaan dikatakan tidak memuaskan hati sesetengah pemimpin dan ahli Pas yang melihat parti itu masih belum selesai 'merawat luka' akibat tewas di Galas dan Tenang.

''Soal... itu kerusi tradisi Pas atau tidak, ia bukanlah persoalan kerana buat masa ini, Pas harus menumpukan perhatian bagi mengembalikan kekuatannya.

''Kegagalan mempertahankan kerusi DUN Galas dan melakukan kejutan di Tenang banyak menjejaskan moral jentera pilihan raya Pas. Oleh itu, kita perlu berfikir semasak-masaknya sama ada hendak bertanding di Merlimau atau tidak,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Untuk rekod daripada 14 PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Pas bertanding tujuh kali dan menang empat kali. Empat kemenangan yang dicapai Pas adalah dua kerusi Parlimen iaitu Bukit Gantang dan Kuala Terengganu serta dua kerusi DUN iaitu Manek Urai dan Permatang Pasir.

Walaupun di Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir, Pas nampak agak selesa mencapai kemenangan tetapi di DUN Manek Urai, petanda awal kemerosotan sokongan terhadap parti itu semakin ketara. Pas hanya mampu mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti tidak sampai 100 undi. Sejak itu, sokongan Pas dalam PRK semakin merosot termasuklah kehilangan kerusi DUN Galas dan gagal merobek kubu BN di Tenang.

Semua ini meresahkan penyokong Pas yang mahu kepimpinan parti menilai kewajaran bertanding di DUN Merlimau. Mereka amat memahami DUN tersebut sejak dulu lagi tidak pernah mampu dicerobohi pembangkang.

Tambahan pula, pada PRU 2008, calon BN, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan BN bukan sahaja di DUN Merlimau tetapi juga Melaka secara keseluruhannya di bawah kepimpinan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, ia akan menyukarkan lagi Pas untuk melakukan kejutan dalam PRK pada 6 Mac ini. Oleh itu, penyokong Pas tidak mahu kecewa buat kali ketiga berturut-turut, sebab itulah ada pendapat supaya Pas tidak bertanding.

Mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya bukanlah tradisi Pas. Kali terakhir mereka berbuat demikian adalah dalam PRK DUN Batu Talam pada 2007. Tetapi selepas itu, Pas bukan sahaja bertanding dalam PRK, malah bertungkus-lumus membantu rakan-rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP.

Bagaimanapun, situasi politik sekarang boleh dikatakan bukan sahaja tidak menyebelahi Pas malahan pakatan pembangkang. Justeru, ada pandangan dalam kalangan anggota jentera pilihan raya Pas agar parti itu menumpukan sahaja perhatian kepada PRU yang mereka ramal bakal diadakan pada tahun ini.

Tambahan pula, dengan kekalahan dalam dua PRK berturut-turut di Galas dan Tenang, Pas sepatutnya berusaha memperbaiki kelemahan dalam parti itu terlebih dahulu.

''Pas sekarang ibarat masih berdarah akibat kalah dalam pertempuran. Adalah lebih baik ubati dulu luka berkenaan, sebelum berhasrat menyertai pertempuran seterusnya,"demikian kiasan yang diberikan oleh seorang ahli veteran parti itu kepada penulis ketika kami berbual di sebuah restoran di Shah Alam, kelmarin.

Walaupun ahli veteran ini adalah penyokong tegar Pas, namun dia beranggapan pemimpin dan ahli Pas perlu bersikap objektif serta berfikiran terbuka untuk mengkaji sejauh mana kekuatan yang masih ada bagi menghadapi BN dalam pilihan raya.

''Jangan kerana ada sahaja PRK, Pas harus bertanding. Kita kena akui banyak kesilapan yang berlaku dalam dua PRK sebelum ini belum diperbaiki.

''Bak kata orang... demam pun belum kebah akibat kalah di Tenang, tak kan hendak tambah lagi dengan tewas pula di Merlimau,'' kata ahli veteran itu dengan nada agak tegas.

Sememangnya hujah ahli veteran ini ada benarnya. Mungkin Pas bimbang pelbagai tafsiran jika tidak bertanding tetapi soalnya sudahkah Pas memperbaiki kelemahan yang memungkinkan mereka gagal dalam PRK sebelum ini. Janganlah beri alasan kalah kerana demokrasi berat sebelah, sedangkan kelemahan yang dimiliki tidak mahu diperbaiki. Turut menjadi teka-teki dalam kalangan penyokong Pas ialah sejauh mana keikhlasan PKR memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di Merlimau. Apakah ia satu 'perangkap' atau Pas sudah terperangkap dengan status quo?

Ia disebabkan sebelum ini, ada ura-ura bahawa PKR berhasrat bertanding di DUN itu. Namun hasrat berkenaan akhirnya dibatalkan atas dasar 'status quo'. PKR mungkin menyedari laluan sukar yang bakal ditempuhinya memandangkan momentum sokongan politik sekarang banyak menyebelahi BN. Justeru, parti itu tidak berhasrat mencalarkan imejnya dengan membiarkan mereka tewas di Merlimau.

PKR sudah tewas dua kali dalam PRK sebelum ini iaitu di Parlimen Hulu Selangor pada April 2010 dan Parlimen Batu Sapi pada November tahun yang sama. Oleh itu, PKR tidak mahu mencatatkan 'hatrik' tewas dalam PRK dengan bertanding di Merlimau pula, apatah lagi dengan pelbagai kemelut yang sedang melanda parti itu.

Kepimpinan PKR cuba menjaga imej mereka sebaik mungkin dan bagi mereka biarlah Pas tewas kerana kononnya kesan lebih kecil berbanding jika PKR tewas kerana ia melibatkan maruah Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi keputusan muktamad sudah dibuat, Pas akan bertanding di Merlimau dan mereka juga perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah mencatatkan 'hatrik' kalah dalam tiga PRK berturut-turut.

Jika itu berlaku, maka jangan salahkan sesiapa, sebaliknya Pas perlu menyalahkan diri sendiri kerana terus ingin memasuki medan pertempuran dalam keadaan 'penuh

Nukilan hati hang nadim
Pok Anuar Langgar Fakta Sejarah.....Pok Nik Langgar/Ubah Hukum.....Wan Azizah Ikut Arahan Annuar /Azmin.....Tak apalah kerana nak menang....kalau petua Agama tanya Pk Nik kalau temberang Tanya Anuar.....Kalau nak belajar menundukan orang Azmin ada Ilmunya.....Aziazah pengikut yang setia.....apa-apa pun boleh.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.