Pages

Subscribe:

10 Februari, 2011

[hang nadim] Kenyataan 'ramai seperti Hosni Mubarak', Anwar rujuk kepada diri sendiri.....



Anwar perlu dedah pembiaya kos operasi pejabatnya di Washington

SHAH ALAM 10 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.

"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

"Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzaman Johari dan Ummi Hafilda Ali.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika berucap turut mencabar kerajaan negeri pimpinan PKR yang mana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor supaya mendedahkan perbelanjaan yang dilakukan dalam melantik dua perunding luar untuk merangka draf pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebelum ini.

Katanya, pindaan itu yang dibuat menerusi sidang Dewan Undangan Negeri pada Januari lalu adalah satu tindakan sia-sia.

Menurutnya, pelantikan pengamal undang-undang, Datuk Param Cumaraswamy dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk merangka draf pindaan itu hanyalah satu pembaziran kewangan kerajaan negeri.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sepatutnya hanya merujuk pindaan tersebut kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk menentukan sama ada perkara itu boleh dilakukan atau sebaliknya.

"Jadi kita mahu kerajaan negeri dedahkan berapa wang rakyat digunakan untuk bayar kepada kedua-dua perunding tersebut.

"Pindaan Perlembagaan negeri tidak menjadi kenyataan kerana tidak cukup syarat yang ditetapkan, maka ia adalah satu tindakan membuang masa dan pembaziran wang rakyat," katanya.

Kenyataan 'ramai seperti Hosni Mubarak', Anwar rujuk kepada diri sendiri

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.

Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.

"Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.

"Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar 'empat budak hitam' mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.

"Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah," katanya.

Hilang kepercayaan, 100 ahli PKR Merbok sertai UMNO














TAJUL Urus Md. Zain (kanan) menerima borang permohonan ahli-ahli PKR yang menyertai UMNO daripada Alang Kasturi di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

SUNGAI PETANI 10 Feb. - Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri ini dilihat semakin merosot apabila kira-kira 100 ahli parti itu bertindak menyertai UMNO semalam.

Ia melibatkan ahli PKR Ranting Paya Nahu dalam Cabang Merbok yang diketuai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) ranting berkenaan, Alang Kasturi yang telah hampir 10 tahun menyertai parti itu.

Menurut Alang, tindakan tersebut diambil bersama ahli yang lain ekoran hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti terutamanya Penasihat PKR dan kepemimpinan kerajaan negeri.

"Kami sekarang sudah muak dengan perangai dan tindakan pemimpin PKR yang bertindak untuk kepentingan peribadi dan bukannya berjuang mengikut kehendak asal parti.

"Lebih kesal, PKR dan pemimpinnya hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya walaupun kami memberikan mandat kepada mereka memimpin kerajaan negeri tiga tahun lalu," katanya

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 100 borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

Alang memberitahu, para penyokong PKR juga makin tawar hati dengan wakil rakyat pakatan pembangkang kerana gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Sudahlah masalah tidak dapat diselesaikan, wakil rakyat PKR yang dipilih kami entah hilang ke mana, muka pun jarang nampak," dakwanya.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyertai UMNO sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kami akan berjuang habis-habisan untuk merampas kembali Merbok daripada pembangkang dan saya menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak kami meninggalkan PKR ," katanya.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Alang dan rakan-rakannya untuk menyertai UMNO.

Beliau berkata, UMNO menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka keluar PKR .

"Kini mereka boleh menilai sendiri sama ada perjuangan PKR benar atau sebaliknya. Kita berharap, rakyat khususnya di Parlimen Merbok dapat mengambil iktibar daripada perkara ini," katanya.

Beliau berharap, dengan penyertaan ahli baru tersebut akan memperkasakan lagi UMNO Bahagian untuk merampas kembali Parlimen Merbok daripada PKR dalam PRU13



RPK liable over defamatory articles in portal

KUALA LUMPUR: The High Court ruled that blogger Raja Petra Kamarudin was liable over three articles posted on his Malaysia Today website and that they were defamatory of lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Judge Justice John Louis O’Hara held that all offending words in the articles were defamatory to Muhammad Shafee and ruled that Raja Petra was liable for defamation and ordered for damages to be assessed by a registrar.

The judge also ordered Raja Petra, who is popularly referred to as RPK, to pay RM5,000 to Muhammad Shafee in litigation costs.

“It is clear to the court that the defendant admits that the articles were published but (fell) short in admitting that he had published the articles. The articles were false and malicious,” he said.

In his judgment, Justice O’Hara said although the commentaries posted on the online portal were defamatory of Shafee, the court could not determine whether Raja Petra was liable for the publication of the commentaries.

Earlier, Muhammad Shafee’s lawyer S. Ravindran applied for RM10,000 in costs but Raja Petra’s counsel Jadadish Chandra requested that each party bear the costs saying that his client was currently a bankrupt and not in the country.

In an immediate response, Muhammad Shafee said that he was very happy over the court ruling.

“The court finds it completely unnecessary to have a full trial because from their defence, they have shown no defence,” he said.

Muhammad Shafee said he would definitely go for the assessment of damages due to the disposal of the defamation suit.

He applied to the court to get a judgment under Order 14A of the Rules of the High Court 1980, claiming that the words in three articles and the commentaries posted on the Malaysia Today online portal were defamatory to him.

Muhammad Shafee had sued Raja Petra over the articles published on Aug 6, 7 and 11, 2008.

Nasrudin slammed for speaking on behalf of state govt

By A. RUBAN and SIRA HABIBU
newsdesk@thestar.com.my
KLANG: Several Pakatan Rakyat po­­liticians in the state have distanced themselves from PAS Youth chief Nasrudin Hasan Tantawi’s controversial comments on Valentine’s Day.

Shah Alam MP Khalid Samad slammed Nasrudin for speaking on behalf of the state government.

“I do not know where he (Nasru-din) got his facts from. I still feel that it is improper for him to speak on behalf of the state as he does not represent the government,” Khalid said yesterday.

He pointed out that several NGOs and the Selangor Islamic Religious Department (Jais) would be carrying out their usual checks.

Nasrudin reportedly said the state governments in Kedah, Kelantan and Selangor had directed the local authorities to work closely with the police and Rela to check immoral activities on Feb 14.

He had also said that the movement is working closely with the Islamic Religious Department in Penang to monitor sinful activities.

Jakim said it did not need PAS Youth’s help to check “sinful” activities at favourite lovers’ spots on Valentine’s Day, saying its presence may cause unnecessary tension.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Jamil Khir Baharom said: “They should leave it to the relevant authorities to carry out their duties.”

Jamil also said the National Fatwa Council had (in 2005) decreed that Muslims should refrain from celebrating Valentine’s Day, as it was not part of Islamic practices.

Khusrin akan ikut semua arahan MB


2011/02/11
SUK Selangor hanya mahu laksana tugas diamanahkan

SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi, berkata beliau akan mengikut segala arahan dan bidang tugas yang ditetapkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil berharap kontroversi di antara beliau dan Abdul Khalid tidak dipanjangkan, beliau berkata, harapannya ketika ini adalah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

“Terima kasih Berita Harian sebab sering beri publisiti besar-besaran kepada saya dan hari ini (semalam) pun wajah saya terpampang di muka depan Berita Harian sampai malu saya sebab semua orang sudah kenal. “Cukuplah publisiti yang saya dapat selama ini dan biarlah saya buat kerja dulu. Menteri Besar pun beri banyak kerja dan semuanya kerja yang penting,” katanya sambil berseloroh ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pegawai daerah mengenai isu pasir di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, semalam.

Mohd Khusrin diminta mengulas pengumuman Menteri Besar kelmarin yang beliau dibenarkan mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapannya minggu depan, tetapi tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat tertentu walaupun sudah berbuat demikian.

Mohd Khusrin perlu mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar sebelum dibenarkan menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Selepas lebih sebulan isu pelantikan SUK Selangor diperkatakan, Abdul Khalid akhirnya mengadakan pertemuan sulung dengan Mohd Khusrin di pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Isnin lalu.
Menteri Besar memberitahu Mohd Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan hartanah milik kerajaan Selangor dijaga dengan baik.

Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohd Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohd Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohd Khusrin yang memulakan tugas rasmi 3 Januari lalu sudah mengangkat Sumpah Taat Setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 6 Januari lalu.

Ditanya berhubung majlis angkat sumpah pada minggu depan, katanya, beliau belum dimaklumkan mengenainya.

“Tunggulah Menteri Besar cakap nanti dan pihak media harap bersabar dan sama-sama tunggu supaya semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Tiga artikel Raja Petra memfitnah peguam’
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
2011/02/11

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam, memutuskan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin bertanggungjawab terhadap tiga artikel disiarkan dalam laman web Malaysia Today kerana ia mengandungi pernyataan yang memfitnah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatkan penghakiman berhubung saman fitnah dikemukakannya terhadap penulis blog berkenaan.
Katanya, perkataan yang digunakan dalam tiga artikel itu dan ulasan orang ramai terhadap artikel berkenaan adalah bersifat memfitnah. Beliau berkata, jumlah bayaran ganti rugi akan dinilai Timbalan Pendaftar kelak dan membenarkan kos guaman RM5,000 kepada peguam S Ravindran, yang mewakili Muhammad Shafee.

O’Hara berkata, sama ada Ravindran akan berjaya mendapatkan jumlah berkenaan bukanlah urusannya kerana Raja Petra diisytiharkan muflis.

Terdahulu, peguam Raja Petra, J Chandra membantah cadangan Ravindran supaya kos ditetapkan pada RM10,000, berasaskan kepada kedudukan anak guamnya kini seorang yang muflis dan tidak berada dalam negara.

Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menanggung kos mereka sendiri seperti diperintahkan Mahkamah Rayuan berhubung hal-hal berkaitan saman itu. Permohonan peguam itu dibuat mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi memutuskan isu berhubung fakta bahawa perkataan dan komen dalam tiga artikel didakwanya disiarkan Raja Petra di laman web Malaysia Today mengandungi unsur memfitnah.

Muhammad Shafee menyaman Raja Petra pada Ogos 2008 kerana mendakwa menyiarkan tiga artikel yang memfitnahnya pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008 bertajuk ‘Shafee Abdullah: Extraordinaire Sodomologis’, ‘Wang, Kuasa Dan Seks: Apa Yang Memberi Kuasa Kepada Lelaki’ dan ‘Dalang Sebenar Di Sebalik Tuduhan Liwat Anwar,’ yang didakwa memfitnahnya.

Pada 13 Ogos 2008, Muhammad Shafee memperoleh injunksi sebelah pihak daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Raja Petra mengeluarkan artikel itu serta komen mengenainya daripada laman web berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.