12 Februari, 2011
[hang nadim] Hari Kekasih bertentangan Islam.....
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 12 Feb. - Penolakan kepada sambutan Hari Kekasih bukanlah disebabkan ia berasal dari Barat tetapi kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, sebab itu apa saja sambutan yang bertentangan dengan prinsip Islam maka ia akan ditolak walaupun datang dari Timur.
"Isunya di sini, Jakim bukan menentang Hari Kekasih sebab ia datang dari Barat atau Timur. Kita juga menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa tanpa mengira dari mana ia datang sebab prinsipnya baik dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Bicarawara dan Kempen 'Awas! Jerat Valentine's Day' sempena Hari Kekasih di Auditorium Kompleks D, di sini malam semalam.
Program bicarawara tersebut dipengerusikan oleh Selebriti Riben Merah, Majlis Aids Malaysia (MAM), Fahrin Ahmad.
Panel jemputan program itu terdiri daripada juara program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan; Pengarah Urusan Raudhatul Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil Jakim, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Kekasih, Wan Mohamad berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-71 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
"Ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu dalam Islam untuk meraikannya.
"Roh perayaan Hari Kekasih mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang Islam," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya menunjukkan rasa kasih sayang, sebaliknya menyekat perbuatan maksiat yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang tiada ikatan perkahwinan.
Jelasnya, perbuatan maksiat tersebut paling dibimbangkan akan berlaku terutamanya kepada golongan muda yang begitu ghairah menyambut ketibaan Hari Kekasih.
Beliau berharap, umat Islam negara ini akan bekerjasama untuk menjayakan misi kempen 'Awas! Jerat Valentine's Day' itu.
"Sama ada menggunakan lidah kita untuk memberikan nasihat dan peringatan ataupun melalui laman-laman sosial yang kini menjadi rakan karib golongan muda seperti Facebook dan Twitter," katanya.
Hanya umat Islam perlu elak sambut Hari Kekasih
KUALA LUMPUR - Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day esok hanya ditujukan kepada umat Islam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan kepada kaum lain.
"Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa daripada sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi itu bukan bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain.
"Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga,'' jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Sunday February 13, 2011
DPM: V-Day is not appropriate from Islam’s point of view
KUALA LUMPUR: The anti-Valentine’s Day campaign by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) is meant to guide and advise Muslims to stay away from the celebration, Tan Sri Muhyiddin Yassin said.
The Deputy Prime Minister said the campaign was not to enforce any ruling against those observing the event.
“We only want to advise that, from the perspective of Islam, Valentine’s Day is not appropriate for Muslims,” he told a press conference after a walkabout to look at bus and light rail transit (LRT) services here yesterday.
Jakim launched its campaign in Putrajaya on Friday.
The National Fatwa Council had decreed in 2005 that Muslims should refrain from celebrating Valentine’s Day because it is not part of Islamic teachings.
Muhyiddin said people of other faiths were free to observe the event as it is an old tradition where people express their love for each other.
“We (Muslims) do not want to belittle Valentine’s Day. It is an old tradition but not appropriate from the Islamic perspective,” he reiterated.
Muhyiddin added that the Government did not want to see any misunderstanding or suspicion arising from the Valentine’s Day celebration.
“There should not be any feeling that we do not respect the practices of non-Muslims,” he said.
On PAS Youth’s plan for spot checks on Muslims in Pakatan Rakyat states, Muhyiddin said it was “extreme”.
Muhyiddin took the U82 bus from Wisma UOA Damansara to KL Sentral and switched to the nearby LRT station and got off at Masjid Jamek.
He said Kuala Lumpur’s public transport system was on its way to meeting targets set under the National Key Result Area to boost passenger numbers.
“I asked several passengers and they told me that facilities at LRT and bus stations have improved greatly,” he said.
He said efforts to integrate the bus, LRT and monorail systems would take time as it had to be completed in stages.
Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha, who was also present, said Valentine’s Day was simply a day to strengthen ties among people.
He criticised those who claimed that the celebration had religious connotations.
“To me, it is not limited to young or unmarried people. Valentine’s Day is celebrated by even old married couples,” he said.
Kong said the MCA in his Lumut, Perak, constituency organises Valentine’s Day dinners for families to get together.
“It is celebrated by people from all sorts of organisations and backgrounds and is not related to any religion,” he stressed.
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8903746413616399293
Sambutan Hari Kekasih tidak sesuai diraikan umat Islam
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih tidak sesuai untuk diraikan oleh umat Islam.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Hari Kekasih adalah keraian yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian yang memiliki sejarahnya tersendiri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun membuat penjelasan sewajarnya.
‘‘Mungkin untuk agama lain, ia sesuai tetapi bagi Islam, ia tidak bersesuaian. Saya harap ini dapat difahami oleh semua kerana ini bukanlah perkara baru.
‘‘Penjelasan telah dibuat oleh Jakim. Namun begitu, kalau agama lain sudah biasa mengamalkan (meraikan), itu hak mereka. Kristian atau kaum lain hendak rai, itu hak mereka.
‘‘Kepada umat Islam pula, kita beri nasihat dan ia tidak sesuai (diraikan),’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau perkhidmatan bas dan sistem aliran ringan (LRT) kendalian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai nasihat Jakim terhadap umat Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.
Nasihat oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz antara lain menyebut menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.
Muhyiddin memberitahu, ketika Islam menasihatkan umatnya tidak meraikan Hari Kekasih, beliau mengharapkan agar ia tidak menimbulkan rasa curiga di kalangan orang lain.
‘‘Kita tidak rendah-rendahkan Valentine (Hari Kekasih). Ia tradisi tetapi di sudut agama Islam, ini tidak sesuai,’’ katanya.
Beliau kemudiannya menegur segelintir pihak yang mahu melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.
‘‘Bagi Islam, kita tekankan soal nasihat. Dalam menangani isu ini, janganlah sampai kita menyentuh perasaan mana-mana kaum. Jangan over (berlebih-lebihan) sehingga boleh timbulkan rasa marah dan benci,’’ katanya.
Imam Muda nasihat lupakan Hari Kekasih
Oleh A'isyah Sukaimi
bhnews@bharian.com.my
2011/02/13
Sambutan dorong kelakuan tak bermoral: Asyraf
PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak meraikan Hari Kekasih yang bakal disambut esok kerana selain bercanggah ajaran Islam, ia juga lebih cenderung kepada kegiatan yang mengundang keruntuhan moral di kalangan remaja.
Juara program Imam Muda kelolaan Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan, berkata walaupun agama Islam tidak menghalang umatnya menunjukkan elemen kasih sayang tetapi Islam menyekat kegiatan maksiat yang sering dikaitkan dengan sambutan Hari Kekasih. “Kita menghalang sambutan Hari Kekasih bukan kerana ia dari barat tetapi kerana menyalahi ajaran Islam.
“Lagipun, kita boleh meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu yang juga amalan dari masyarakat barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama kita,” katanya yang menjadi panel jemputan program Bicarawara dan pelancaran ‘Kempen Awasi Jerat Hari Valentine’s,’ di sini, kelmarin.
Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan disiarkan di saluran TV1 jam 11 malam, 18 Februari ini.
Selain Asyraf, program itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Pengarah Urusan Raudhatul Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil JAKIM, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Lebih 1,000 penonton menghadiri program itu yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi tempatan (IPT), pelajar sekolah menengah dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Mengulas lanjut mengenai elemen kasih sayang yang ditampilkan dalam sambutan Hari Kekasih, Muhammad Asyraf berkata, kasih sayang antara dua jantina berbeza bukan hanya menggunakan janji manis tetapi perlu diikat dengan satu akad yang menyimpulkan ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi.
“Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia tetapi ia bermatlamat menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni.
“Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia, kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang dianjurkan oleh Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mahu lebih banyak program pendidikan diadakan bagi menyedarkan golongan muda mengenai percanggahan perbuatan menyambut Hari Kekasih dengan ajaran Islam.
“Program berbentuk pendidikan adalah lebih sesuai berbanding penguatkuasaan undang-undang kerana ia mampu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan lebih baik dari segi jangka panjang,” katanya
Hari Kekasih bukan budaya Melayu
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang, tidak perlu dilakukan pada hari tertentu kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Justeru, bagi segelintir artis tanah air yang dihubungi Mingguan Malaysia hari ini sepakat menyatakan bahawa sambutan Hari Kekasih esok tiada bezanya dengan hari-hari lain dalam menyatakan kasih sayang kepada seseorang.
Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak pernah meraikan atau menyambut Hari Kekasih kerana ia bukan budaya orang Melayu dan agama Islam.
"Bagi saya, untuk menyayangi seseorang itu tidak ada hari tertentu. Setiap hari kita boleh tunjukkan kasih sayang itu. Lagipun meraikan Hari Kekasih bukanlah budaya kita." katanya.
Tiz Zaqyah Abdul Razak yang juga seorang pelakon berkata, sejak kecil dia dididik oleh ayahnya untuk berkongsi kasih sayang pada bila-bila masa sahaja.
"Tiada hari tertentu untuk kita tunjukkan kasih sayang. Sebab itu, saya tidak pernah meraikan Hari Kekasih. Pada saya, setiap hari adalah hari istimewa jika kita bijak menjalaninya." katanya.
Pelakon Julia Ziegler yang mengaku tidak pernah menyambut Hari Kekasih berharap orang Melayu tidak mudah terikut-ikut dengan budaya Barat.
"Setiap hari saya berkongsi kasih sayang dengan orang tersayang. Kenapa mesti tunggu 14 Februari baru tunjuk kasih sayang itu. Saya memang tidak pernah menyambut Hari Kekasih kerana hari tersebut tidak ada dalam kalendar Islam. Biarlah bangsa lain rai, kita tidak perlu terikut-ikut dengan budaya Barat itu." jelasnya.
Penyanyi lagu Sofea Jane, Black Mentor, 24, berkata, tiada salahnya jika seseorang itu mahu menunjukkan kasih sayang yang berlebihan kepada orang lain setiap hari, bukannya pada Hari Kekasih sahaja.
"Ada ketikanya saya tidak ingat bahawa 14 Februari adalah Hari Kekasih. Kita boleh beri hadiah sebagai tanda kasih sayang tanpa perlu menunggu hari tertentu. Besar atau kecil hadiah itu bergantung kepada niat kita.
"Pada saya tidak perlu nak tunjuk rasa kasih yang berlebihan pada hari berkenaan kerana seolah-olah pada hari lain kita tidak sayang orang itu," katanya.
Kata Black atau nama penuhnya Hanifah Md. Hanafiah, Islam tidak menyatakan bahawa umatnya patut meraikan hari tersebut melainkan generasi sekarang sahaja yang beria-ia menyambutnya.
Sementara itu, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 28, atau Intan Ladyana berkata, dia tidak meraikan Hari Kekasih bukan kerana sibuk bekerja tetapi atas sebab ia bukan budaya tempatan.
Dia yang kini hangat bercinta dengan pelakon Kamal Adli berkata, ia juga bertentangan dengan ajaran Islam.
"Daripada sibuk meraikan Hari Kekasih, baik kita beri perhatian kepada sambutan Maulidur Rasul yang disambut sehari kemudian. Kalau hari itu, memang digalakkan untuk kita menyambutnya," katanya.
Dalam pada itu, pelakon siri Awan Dania, Jehan Miskin, 32, mengaku yang dia sering meraikan hari tersebut suatu ketika dahulu, tetapi kini tidak lagi melakukannya.
Katanya, dia sedar harga barang yang sering dijadikan hadiah sempena hari tersebut akan naik berlipat kali ganda berbanding hari biasa.
"Kini bagi saya setiap hari adalah istimewa dan kalau nak bagi hadiah pun tidak perlu tunggu hari tersebut. Hari biasa pun kita boleh beri kerana hadiahnya lebih murah berbanding ketika Hari Kekasih," katanya.
Sunday February 13, 2011
Azmin: Celebrate Valentine’s Day but know your limits
PETALING JAYA: It is not wrong for Muslims to celebrate Valentine’s Day as long as they are aware of religious boundaries, said PKR deputy president Azmin Ali.
“It is not a Christian thing but you need to know your limitations as a Muslim, not only on Valentine’s Day but any other day,” he told reporters after launching a seminar organised by Yayasan Selangor.
Azmin said it was more important to create a thorough understanding of Islam to prevent confusion.
“It is an education process that cannot be done overnight. Maybe we need to engage young Muslims more instead of coming down hard on them so they understand the principles more clearly,” he said.
Azmin was commenting on the move by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) to launch an anti-Valentine’s Day campaign, with Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom saying the National Fatwa Council had, in 2005, decreed that Muslims should refrain from celebrating Valentine’s Day, as it was not part of Islamic practice.
In George Town, DAP chairman Karpal Singh described PAS Youth’s criticism of Valentine’s Day and New Year celebrations as “disturbing”.
He said Valentine’s Day was celebrated by everyone, not only Christians and Jan 1 was “a common new year” even though various cultures had their own new year.
Karpal was speaking at a Chinese New Year open house at the Taman Free School flats hosted by his son Datuk Keramat assemblyman Jagdeep Singh Deo yesterday.
The event was attended by Chief Minister Lim Guan Eng, Deputy Chief Minister I Mansor Othman, state executive councillors Chow Kon Yeow, Danny Law and Abdul Malik Abul Kassim and Jelutong MP Jeff Ooi.
Nukilan hati hang nadim
Azmin dah rujuk kepada Pok Nik ka atau Azmin dan kaji dan
rujuk kepada kitab mana KITAB politik atau Agama Islam
"Allah Melihat Apa yang Anda Buat" Taubat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.