Pages

Subscribe:

13 Februari, 2011

[ hang nadim] Jangan Benci Negara Sendiri.....?????




LHDN digesa siasat Anwar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digesa menyiasat secara terperinci jumlah sebenar kekayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama menjalani kehidupan mewah termasuk hampir keluar negara setiap bulan.

Pada masa sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) juga menggesa LHDN menyiasat jumlah sebenar kos guaman yang dibayar oleh Anwar kepada barisan peguamnya terutama dalam kes liwat.

Sambil tidak menolak andaian bahawa Anwar mempunyai kekayaan hampir setara dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (AS$70 bilion), beliau berkata, ketua pembangkang itu banyak meraih kekayaan semasa memegang jawatan selaku Menteri Kewangan dahulu.

"Memang kita tidak tahu jumlah tepat kekayaan Anwar tetapi melihat pada gaya hidup mewah serta kemampuannya ke luar negara hampir setiap bulan, memiliki banglo mewah, menguruskan sebuah parti serta membayar kos guaman jelas membuktikan beliau sangat kaya.

"Kekayaan ini dipercayai banyak diperoleh semasa beliau menerajui Kementerian Kewangan dan pada masa itulah berlaku penswastaan serta penyenaraian syarikat milik kerajaan di bursa saham secara besar-besaran yang kuasa mengagihkan saham adalah milik mutlak Anwar.

"Mereka yang mendapat saham itu pula rata-rata adalah proksi Anwar dan kalau golongan tersebut memiliki kekayaan yang amat luar biasa sehingga ke hari ini, bayangkan pula kekayaan Anwar," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai kekayaan hampir setara dengan Mubarak, sehingga membolehkan ketua pembangkang tersebut mampu hidup mewah.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau percaya kos guaman yang dibayar oleh Anwar kepada barisan peguamnya terutama membabitkan Karpal Singh, mencecah jutaan ringgit memandangkan kos guaman untuk kes biasa pun sudah berharga puluhan ribu ringgit.

Malah tegasnya, adalah tidak mustahil kos sebenar adalah lebih tinggi memandangkan Anwar mempunyai barisan peguam yang ramai ekoran terlalu banyak kes mahkamah melibatkan beliau selain faktor masa yang berlarutan sekian lama, terutamanya dalam kes liwat.

"Kes Anwar ini sudah berapa lama? Peguam kalau pergi ke mahkamah caj dia berapa? Berapa ramai peguam Anwar? Berapa banyak kes mahkamah membabitkan Anwar. Kalau dia kata semua kos ini percuma, Anwar adalah seorang pembohong paling besar," katanya

Kritik batik retorik Anwar untuk kepentingannya

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan batik tempatan ketika beliau berkunjung ke Indonesia, hanyalah satu retorik yang dilakukan atas kepentingan politik.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, hakikatnya industri batik Malaysia telah lama diiktiraf bernilai tinggi, penuh seni dan berciri antarabangsa.

Malah tegasnya, industri tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM80 juta menerusi jualan batik pada tahun lalu.

"Hanya pemimpin mengkarung dan cicak kubin yang sanggup mengatakan batik kita rendah seninya.

"Anwar belum kenal agaknya pereka fesyen Itali, Jepun, Hong Kong dan lain-lain yang telah sekian lama menghargai tekstil batik kita dari sudut kualiti dan isian seninya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang merendahkan kesenian batik Malaysia seperti yang disiarkan pada ruangan pojok Awang Selamat hari ini.

Kenyataan Anwar itu didedahkan melalui rakaman sebuah video ketika Ketua Pembangkang itu berucap pada Festival Salihara Ketiga di Jakarta, Indonesia tidak berapa lama dulu.

Rais berkata, Ketua Pembangkang itu juga boleh dianggap sebagai seorang pemimpin yang jelek serta tidak mempunyai sifat imbangan seni dan kualiti kerana tidak tahu menilai dan menghormati pakaian nasional.

Bagaimanapun tegasnya, sikap Anwar itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana sudah menjadi sifat semula jadinya yang suka putar alam dan mengadu domba untuk memudarkan imej negara sendiri di negara orang.

Malah katanya, politik 'ikut sedap' yang diamalkan Anwar itu hanya akan menyebabkan kejatuhannya terutama apabila PKR sudah kehilangan sokongan rakyat dewasa ini.

"Mungkin dia beretorik demikian atas desakan politik cicak kubinnya yang sentiasa berubah warna mengikut pokok yang didakap.

"Seperti dulu apabila dia bantai politik Yahudi-Amerika semasa di Kuala Lumpur tetapi apabila di Amerika Syarikat, dia perli Kuala Lumpur dan pemimpin kita.

"Sejarah politiknya seperti dunia ikan sembilang kerana menyegat di sini dan menggelepar di sana.

"Selepas ini Anwar bolehlah ke Nairobi atau Mozambique dalam adegan putar alamnya dan mula mencerna tekstil kain pelikat pula," sindirnya.

Dalam pada itu, Rais menasihatkan pengusaha batik di negara ini agar tidak perlu luntur semangat walaupun diperlekeh oleh pemimpin yang suatu ketika dahulu sentiasa memakai baju batik tempatan ketika menjadi anggota pentadbiran kerajaan.

Angkat sumpah Khusrin bukan perkara terpenting – Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 13 Feb. – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan majlis angkat sumpah rahsia Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bukan perkara terpenting dan tidak perlu disegerakan.

Menteri Besar Selangor itu berkata, hanya pihak akhbar yang menganggap majlis angkat sumpah rahsia itu sebagai penting sedangkan pada hakikatnya tidak.

Menurut beliau, majlis tersebut akan tetap diadakan tetapi mengikut masa beliau memandangkan dirinya begitu sibuk kerana bertugas setiap hari termasuk hari Ahad.

“Ini pasal kerja, ini bukan perkara terpenting (majlis angkat sumpah SUK)... Itu yang kadang-kadang saudara (pemberita) tidak faham.

“Saya dilatih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kerja saya 24 jam di mana-mama pun saya kerja dan berfikir bagaimana nak bangunkan dan selesaikan banyak perkara termasuk hari ini iaitu hari Ahad.

“Jadi tak payah gaduh, perkara itu akan dilakukan... Tapi akhbar melihat perkara ini sebagai terpenting sedangkan peranan SUK sebagai salah satu daripada ahli pasukan kerana kita bukan main badminton tapi kita main bola sepak,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kursus Pengurusan dan Penggerak Belia Tempatan di Kompleks Belia dan Kebudayaan negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau akan tetap meletakkan Mohammed Khusrin dalam pasukan kerjanya kerana mereka memang perlu bekerjasama tetapi itu semua mengambil masa.

Beliau juga menyalahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai punca kelewatan majlis angkat sumpah rahsia SUK berlaku.

“Adalah lebih baik JPA daripada awal bincangkan peranan Exco dan Menteri Besar dengan peranan JPA daripada awal lagi.

“Hubungan itu mesti dibuat... Kalau buat macam ini, kita buat ikut masa kitalah. Kalau bincang dulu sudah tentu majlis ini dapat dipercepatkan,” ujarnya.

Mengenai format baru mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Abdul Khalid berkata, ia telah siap disusun.

Majlis angkat sumpah rahsia Mohammed Khusrin masih belum diadakan walaupun telah lebih sebulan pelantikannya sebagai SUK.

Ini ekoran bantahan kerajaan negeri yang tidak berpuas hati dengan pelantikan beliau yang didakwa dibuat tanpa pengetahuan Menteri Besar sedangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan baginda.

Bagi menunjukkan bantahan, kerajaan negeri mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri, yang berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Bagaimanapun sidang itu gagal kerana tidak mendapat persetujuan majoriti ahli Dewan.

Selepas kegagalan itu, Abdul Khalid kemudian dilihat mula ‘beralah’ apabila mengadakan pertemuan rasmi pertama dengan Mohammed Khusrin pada Isnin lalu bagi menjelaskan mengenai tugas-tugas SUK dan kemudian membuat sidang akhbar yang majlis angkat sumpah rahsia akan diadakan minggu depan.

Siasat permit konsert

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

















Zulkifli Noordin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penyanyi Iran, Mohsen Namjoo yang bakal mengadakan konsert kerana didakwa menghina Islam di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap pengeluaran permit konsert seorang penyanyi kontroversi dari Iran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 5 petang ini.

Menurut Zulkifli, beliau hairan bagaimana Mohsen Namjoo yang didakwa menghina kesucian agama Islam dan memperlekehkan al- Quran dalam lagunya di Iran, dibenarkan mengadakan konsert di negara ini.

Katanya, malah penyanyi yang difahamkan beragama Islam itu juga telah diperintahkan Mahkamah Iran agar dipenjarakan lima tahun bermula 9 Jun 2009.

Tambahnya, namun hukuman demikian tidak terlaksana kerana Mohsen melarikan diri dan menetap Eropah.

"Saya hairan mengapa ada pihak di sini beri permit untuk menganjurkan konsert penyanyi itu di KLCC ketika sambutan Maulidur Rasul sedang diraikan.

"Saya mendapat panggilan orang ramai berhubung penganjuran itu dan setelah menyiasat mendapati ada kebenaran.

"Pada saya tindakan membenarkan pertunjukan itu jelas satu penghinaan kepada sambutan Maulidur Rasul," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di sini hari ini.

Mingguan Malaysia menerusi ruangan Siti Jarum hari ini turut mempertikaikan kemunculan Mohsen di negara ini, kerana lagu-lagu penyanyi yang menjadi kebanggaan Barat itu penuh dengan elemen cabul, seks, mengejek Islam dan mempermain-mainkan al-Quran

Dalam laman web rasmi penyanyi yang digelar Bob Dylan Iran itu turut menghebahkan tentang konsert Namjoo in A Minor Live in Malaysia.

Tambah Zulkifli, sehingga kini beliau tidak mengetahui penganjur konsert terbabit.

"Oleh itu, saya meminta pihak polis melakukan siasatan. Mungkin jika tiada sebarang tindakan dalam masa 48 jam selepas laporan polis ini dibuat, kita akan lakukan sesuatu termasuklah bantahan terhadap konsert itu," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, beliau turut menghantar nota bantahan kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) untuk tindakan lanjut

Kerajaan Pas Kelantan tidak bersih - Mustapa

KOTA BHARU 13 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan tidak bersih!
Itulah reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengulas pendedahan Utusan Malaysia mengenai loteri big sweep dan juga aktiviti pelacuran di Kampung Limau Manis di sini yang didedahkan oleh laman blog Kickdefella.

Beliau berkata, cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini telah lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

"Kita sudah dengar berita ini (sebelum ini) tetapi sekarang sudah keluar dalam surat khabar dan media online. Maka rakyat nak tahu ada atau tidak pelacuran dan perjudian, kita nak kerajaan negeri bertindak dengan segera.

"Kerajaan Pas Kelantan jangan dabik dada kata kita bersih segala-galanya. Kata ini negeri Serambi Mekah, walhal benda macam ini pun ada di Kelantan.

"Cakap tak serupa bikin. Cakap seolah-olah bersih belaka tetapi ada kemungkaran dan maksiat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gelombang Merah peringkat Parlimen Kubang Kerian di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Fauzi Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian.

Beliau mengulas penjualan loteri big sweep dan empat nombor ekor secara berleluasa di negeri ini biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan judi sejak parti itu memerintah negeri ini.

Pada masa sama, laman blog Kickdefella mendedahkan aktiviti pelacuran di Kampung Limau Manis, kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan, Kota Darulnaim.

Kickdefella mendakwa, adalah mustahil sekiranya Kerajaan Pas Kelantan tidak mengetahui aktiviti itu kerana lokasinya yang begitu hampir dengan kompleks pentadbiran yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exconya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan memberi maklum balas secepat mungkin sebaik sahaja berita tersebut disiarkan kerana rakyat mahu mengetahui kebenarannya.

"Patutnya apabila keluar berita macam itu, ada respons serta-merta tetapi sehingga sekarang saya belum dengar apa-apa padahal setiap apa yang dilaporkan oleh media perlu dijawab serta-merta,'' katanya.

Monday February 14, 2011
Name the leaders, Karpal dares Dr M

PETALING JAYA: DAP national chairman Karpal Singh has dared Tun Dr Mahathir Mohamad to give the names of opposition leaders the former prime minister met before the Ops Lalang crackdown in 1987.

“If Dr Mahathir does not respond to my challenge within seven days, it must be presumed that he is not telling the truth.

“It is a very serious matter for a former prime minister to lie,” Karpal said in a statement here yesterday.

Dr Mahathir had claimed in a recent book that he had met opposition leaders before Ops Lalang and had assured them that they would not be arrested.

He commented in the book, Dr M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad, that the 1987 crackdown was a police decision.

The comment drew flak from DAP stalwart Lim Kit Siang, who denied that Dr Mahathir had met him and other opposition leaders.

Speaking to reporters on Saturday, Dr Mahathir stood his ground and said he had no reason to make the claim unless the meeting had taken place.

Karpal said the former prime minister’s claim that the arrest was a police decision could not be true because Dr Mahathir, who was also Home Minister then, had signed the detention orders after the police made their recommendations.

PAS Youth starts drive against V-Day
By SIRA HABIBU
sira@thestar.com.my

PETALING JAYA: Despite fierce criticism from various quarters, PAS Youth has started its campaign against Valentine’s Day.

The anti-Valentine’s Day campaign started on the eve of the event at lovers’ haunts around the country last night.

Taman Tasik Titiwangsa in Kuala Lumpur, Teluk Chempedak and Taman Esplanade in Pahang and Dataran Shah Alam in Selangor were among the hotspots visited by the anti-vice squads of PAS Youth.

Movement chief Nasrudin Hassan said PAS Youth was not acting as “moral police” but educating youngsters on moral values and self-respect.

For this reason, he said, the movement was against any form of celebration that encouraged youths to mingle freely. This included the New Year and National Day countdown celebrations, he added.

“We are distributing flyers in parks as part of our campaign to promote a sin-free lifestyle,’’ he said.

'Bersuara ikut Perlembagaan tak dianggap rasis'
2011/02/14

LABUAN: Rakyat pelbagai kaum yang menyuarakan pandangan masing-masing berlandaskan Perlembagaan tidak boleh dianggap bersifat perkauman atau rasis kerana mereka berhak menyuarakan keperluan masyarakat yang diwakili.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata setiap bangsa berhak mengemukakan suara hati mereka demi kepentingan kaum masing-masing asalkan ia dilakukan secara berhemah serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Kita boleh luahkan tetapi janganlah sampai memecah-belahkan masyarakat dalam jangka panjang,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Sukan sempena program Juara Rakyat di Padang Perbadanan Labuan di sini, semalam. Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal; Pemangku Ketua UMNO Labuan, Datuk Yunus Kurus; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata, orang Melayu ketika ini berdepan dilema besar kerana tidak boleh lagi berbincang mengenai bangsa sendiri berikutan akan dilabel sebagai rasis.

Mohd Shafie berkata, dilema itu berpunca daripada orang Melayu sendiri kerana tidak mampu mempertahankan diri dan sentiasa mengalah serta mengundur apabila berlaku krisis.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, apabila orang Melayu menyuarakan keperluan mereka, tidak bermakna sistem yang kita amalkan berpihak kepada satu kaum saja.
Mengenai sesi perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama 118 ketua bahagian UMNO kelmarin, beliau berkata, ia adalah isyarat supaya semua pihak mengenal pasti masalah di kawasan masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, pendekatan Perdana Menteri itu adalah pembaharuan dalam sistem politik dan sosial negara yang dilihat berupaya mengukuhkan kerangka persediaan BN memasuki gelanggang pilihan raya.

“Hanya Perdana Menteri mengetahui bila pilihan raya umum akan dilaksanakan. Sehingga tarikh itu, kita mesti bekerja kuat dan memastikan gerakan peringkat bahagian dimantapkan.

“Justeru, pemimpin akar umbi harus menggerakkan kerja tidak kira masa. Tingkatkan usaha mendampingi rakyat dan selepas masalah mereka dikenal pasti, kita perlu mencari jalan mengatasinya,” katanya.

'Kenyataan polemik Nik Aziz untuk raih perhatian'

2011/02/14
IPOH: Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, terus mengeluarkan kenyataan berunsur polemik hanya bertujuan mendapatkan perhatian di pentas politik nasional, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, sebagai orang politik yang mengetahui kedudukan sudah hampir tenggelam dan tidak lagi dijadikan bahan polemik, beliau (Nik Aziz) perlu menimbulkan sesuatu isu baru bagi mendapatkan perhatian yang pada akhirnya ada kalangan tertentu yang akan membahaskannya supaya namanya terus menjadi sebutan.

Umpamanya isu ditimbulkan, iaitu mereka (PAS) Islam, UMNO parti nasionalisme, sedangkan isu itu sudah diselesaikan sejak zaman PAS berada dalam konflik antara agama dan nasionalisme. Ia diselesaikan tokoh utama mereka seperti Zulkifli Muhammad (Timbalan Presiden PAS pertama) dan Dr Burhanuddin al-Helmy (Presiden PAS pertama) dan Datuk Asri Muda (Bekas Presiden PAS dan Menteri Besar Kelantan). “Tetapi sengajalah, dia (Nik Aziz) nak pertahankan supaya (sentiasa) ada sokongan kepada PAS, jadi dia main (isu) terus, sebab itu isu ini perlu ditangani secara ilmiah dan bukan dijawab secara tempelan, sesuka hati dan hentam keromo bagi dapatkan laba politik,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MCA Perak di sini, semalam.

Beliau mengulas pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang mempertahankan kenyataannya bahawa nasionalisme diamal UMNO di Malaysia menjadi perpecahan orang Melayu berbanding dengan asas Islam oleh PAS.

Zambry berkata, pemimpin PAS sepatutnya membaca buku terbaru bekas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Kamaruddin Jaafar, yang mengulas pemikiran Burhanuddin al-Helmy berhubung isu nasionalisme, bukan asyik memperkata perkara itu seolah-olah orang lain tidak tahu mengenai sejarah.

Mengenai kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, dalam akhbar Cina baru-baru ini, bahawa Barisan Nasional (BN) boleh mengekalkan pemerintahan di Perak, Zambry mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas pemerhatian itu kerana ia memberi keyakinan kepada BN untuk terus bekerja demi rakyat.
“Apapun, kita akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat kerana yang lebih penting ialah penyampaian dan kemampuan kita untuk mengembalikan keyakinan mereka,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.