Pages

Subscribe:

13 Februari, 2011

[hang nadim] Jenazah ibu mentua Zahid selamat disemadi .....Alfatihah



2011/02/14
MASJID TANAH: Jenazah Salmah Yahya, ibu mentua Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Empang Batu dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Allahyarhamah, 74, meninggal dunia di Hospital Tentera Kem Terendak, Sungai Udang kira-kira jam 1.45 pagi semalam akibat kegagalan organ dalaman

Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, Salmah yang juga seorang pesara polis dimasukkan ke hospital terbabit sejak awal bulan lalu kerana sakit tua dan mengalami masalah di bahagian paru-paru. “Saya dan isteri, serta ahli keluarga lain sempat berada di sisi arwah, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Bagi saya, arwah seorang ibu mentua yang baik serta berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya,” katanya.

Anak ketiga Salmah, Kamaruzaman Khamis, 52, berkata isteri Ahmad Zahid, Hamidah anak kedua daripada enam beradik kepada Allahyarhamah.

“Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga kepada semua doktor yang merawat ibu saya termasuk Pegawai Pemerintah Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Brig Jen Datuk Dr Chia Lip Meng.

“Tidak dilupakan kepada Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jen Datuk Razali Ahmad, anggota tentera serta penduduk kampung yang bersama-sama menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Antara kenamaan yang menziarahi jenazah, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.