Pages

Subscribe:

16 Februari, 2011

[hang nadim] Mohon derma baca Ayat Quraan.....Lepas dapat Entahlah.....?????


SPRM siasat semula wang Memali

PERTAMANYA saya meminta maaf kepada Utusan Malaysia yang dicela kerana tulisan saya bertajuk Tabung Memali: Saya Fitnahkah? yang disiarkan pada 31 Januari lalu.

Tulisan kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya bertajuk ‘PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali’, telah menuduh Utusan Malaysia dan RTM sebagai lalat dan langau yang menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu.

Tulisannya yang disiarkan Harakah 7 hingga 12 Februari 2011, membuktikan dia tidak faham etika media. Apakah Utusan bersalah hingga diibaratkan seperti serangga yang jijik semata-mata menyiarkan tulisan saya?

Seharusnya saya yang patut dipersalahkan kerana menghantar tulisan itu kepada Utusan. Utusan sekadar melayan isu terutama menyentuh kepentingan umum seperti Tabung Memali.

Apakah selama ini, Utusan tidak pernah menyiarkan isu-isu rasuah, penyelewengan dan pecah amanah membabitkan pimpinan UMNO/BN?

Sekiranya Zulkifli membaca buku saya, Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali dan faham isi kandungannya, tentu ulasannya tidak melalut tak tentu pasal. Persoalan yang ditimbul oleh Zulkifli semuanya telah saya jelaskan dalam buku tersebut.

Seperti diakui Zulkifli, Tabung Memali diwujudkan Badan Perhubungan Pas i Kedah untuk tujuan kebajikan balu-balu, anak yatim dan mangsa Memali. Jelas di sini Pas Kedah adalah pihak pertama bertanggungjawab atas apa-apa penyelewengan yang berlaku.

Tetapi kenapa Pas Kedah tidak membuat siasatan atas laporan yang saya hantar kepada pihak AJK Disiplin Pas Pusat? Hingga memaksa saya membuat laporan polis pada 27 Julai 2000.

Tahukah Zulkifli apa berlaku setelah saya membuat laporan polis? Setiausaha Madrasah Memali ketika itu, Muhamad Yusuf Husin yang diamanahkan mengurus Tabung Memali, mengerahkan beberapa orang jawatankuasa kawasan membantunya siang malam menyiapkan penyata kewangan Tabung Memali.

Akhirnya penyata yang tidak lengkap diserahkan kepada pihak PDRM. Tetapi, kerana keputusan PDRM (kalau benar ada laporan) dalam isu laporan saya ini seolah-olah menyebelahi Pas, maka PDRM dipuji oleh Zulkifli sebagai unit paling profesional dari Bukit Aman. Andainya keputusan itu sebaliknya, PDRM tentunya akan dituduh tali barut kerajaan atau ejen BN/UMNO.

Kalau ada, saya cabar Zulkifli mendedahkan jawatankuasa penuh Tabung Memali dalam kolumnya akan datang. Saya berjanji, semua nama-nama itu akan diserahkan kepada SPRM. Saya yakin mereka boleh beri kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai SPRM dalam soal siasat kelak.

Selepas peristiwa Memali pada tahun 1986 satu ceramah besar-besaran untuk tabung itu telah diadakan di Kg. Kabu Sepuluh, Yan, Kedah. Saya juga hadir malam itu. Kesesakan lalu lintas malam itu memang luar biasa. Sehingga penceramah terakhir Hadi Awang selesai memberi ceramah, berpuluh kereta lagi belum sempat sampai ke tempat ceramah. Kutipan derma malam itu, lebih seratus ribu ringgit. Wang siling tidak sempat dikira kerana terlalu banyak.

Saya ingin bertanya, khususnya mangsa Memali, balu-balu dan anak yatim Memali juga hendak tahu, di mana wang itu? Siapa yang menyimpannya? Apakah kutipan ini ada dalam penyata seperti yang diserahkan pada PDRM?

Insya-Allah demi kebenaran, saya akan minta SPRM teliti semula isu ini, kerana saya belum puas hati dengan laporan saya tahun 2000 yang lalu. Kenapa tidak disiasat secara telus?

Itu baru kutipan satu malam ceramah. Apakah Pas ada rekod berapa siri kutipan derma yang mereka adakan mulai tahun 1986 ketika tabung itu ditubuhkan hingga tahun 2002 ketika tabung ditutup.

Saya harap Zulkifli jangan mudah menyebut isu Tabung Memali ini telah selesai, lapuk dan berkubur.

Jika saudara mengibaratkan Utusan sebagai lalat dan langau yang berkeliaran di tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk, sedarlah bahawa secara tidak langsung saudara mengakui dalam parti kesayangan saudara pun telah ada bahan busuk yang sedang dihidu oleh lalat dan langau.

Awas jangan tunggu sampai lalat hijau yang datang. Tolong bersihkan segera.

C.N Al-AFGHANI

Memali, Baling












SEORANG penduduk Gaza yang berusaha menjayakan tanam semula pokok zaitun yang dimusnahkan oleh tentera Zionis dalam tragedi Disember 2008.

Ingat roti ingat GAZAOleh
SITI AINIZA KAMSARI
Gambar ISMAIL KAMADIN

AKHIR minggu lalu, seluruh dunia menyaksikan satu lagi peristiwa paling bersejarah iaitu Saqata Mubarak (Mubarak Tumbang). Ia merujuk kepada berakhirnya era kezaliman sekutu Israel, Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang tidak sahaja 30 tahun memerintah menyebabkan rakyat sendiri menderita

Begitu juga dengan rakyat Palestin yang turut menerima kesan tragedi kemanusiaan yang teruk.

Ia akibat pemerintahan Mubarak yang terlalu tunduk kepada kehendak rejim fasis Zionis Israel, supaya jangan sesekali pintu sempadan Mesir-Gaza, bolos.

Bertahun-tahun lamanya sejak Perjanjian Kem David pada September 1978 dimeterai antara Presiden Mesir ketika itu, iaitu Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, maka kedua-dua rejim akan sentiasa memastikan Bandar Gaza terkepung.

Mereka menyekat dan memutuskan seluruh bantuan elektrik (sehingga kini bekalan tersebut hanya dibenarkan selama enam sehingga lapan jam sahaja sehari), makanan, air, ubat-ubatan dan sebarang pengangkutan dan perhubungan terutamanya melibatkan Semenanjung Gaza dan Bandar Gaza itu sendiri.

Maka bandar itu boleh disifatkan sehingga kini sebagai penjara paling besar pernah wujud di muka bumi ini. (Bandar tersebut menyamai keluasan separuh negara Singapura, terbesar di Semenanjung Gaza).

Namun seolah-olah bagaikan satu ‘perjanjian’ juga, apabila pada tahun termeterainya perjanjian Kem David itu, telah lahir seorang pemuda yang diamanahkan kepadanya untuk membela nasib seluruh rakyat Palestin.

Maka secara kebetulan pada hari ini, ia bukan satu rahsia lagi bagi seorang pemuda, iaitu Ir. Abdelrahim M. Shehab 33, yang mengerah seluruh tenaga usia mudanya untuk memastikan saudara mara seagamanya yang tertindas di bumi kelahirannya Palestin dapat dibela.

Beliau merupakan Pengerusi sebuah pertubuhan sosial terbesar di Bandar Gaza, iaitu The Islamic Society of Jabalia (ISJ), yang baru-baru ini ditemui di Kuala Lumpur dalam misi beliau untuk mendapatkan sokongan dari rakyat negara untuk kita sama-sama membela nasib saudara seagama yang tertindas itu.

Dalam pertemuan itu, terlebih dahulu kami menyentuh mengenai situasi yang berlaku di Mesir dan kesannya kepada pintu sempadan di Gaza yang satu-satunya menghubungkan rakyat Palestin dengan dunia luar.

Mungkinkah perubahan yang berlaku di Mesir itu akan membolehkan pintu sempadan dibuka atau sekurang-kurangnya dilonggarkan sedikit pergerakan di sana.

Dalam hal ini kata Abdelrahim, tidak banyak yang boleh diharapkan terutama untuk pintu sempadan itu di buka.

“Israel semakin tidak senang duduk. Mereka langsung tidak dapat memejamkan mata dan keselamatan di sempadan mereka tingkatkan berpuluh kali ganda berbanding sebelum ini.

“Menjadikan lebih teruk, bekalan minyak dan gas langsung tidak dapat dibawa masuk,” kata Abdelrahim.

Begitupun, sebagaimana yang diharapkan seluruh warga dunia yang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin, perubahan kepimpinan di Mesir diharapkan memberikan senario yang lebih positif demi mengembalikan maruah kemanusiaan yang tercemar oleh perlakuan-perlakuan kejam kedua-dua rejim Mesir dan Israel.

Maka dalam menantikan apa juga bentuk perubahan yang bakal berlaku kepada soal polisi terhadap kawalan terhadap sempadan itu sehingga ada yang menyifatkan bahawa tahun 2012 adalah tahun Pembebasan Palestin, maka masing-masing terus berusaha untuk menunduk dan mengalahkan rejim dan sekutu-sekutu Israel.

Aktivis seperti Abdelrahim sendiri perlu meneruskan visi dan misi untuk membantu penduduk Gaza bagi kembali pulih dari kesan tragedi terkutuk, serangan Israel terhadap bandar itu pada Disember 2008.

“Walaupun sudah beberapa tahun berlalu sejak tragedi itu berlaku, keindahan Gaza masih belum lagi dapat dikembalikan.

“Ramai rakyat kami masih menanggung derita kesan perang ketika dunia Barat terutama pemimpin dan media terus melihat Gaza sebagai bandar yang ‘kembali tenang’.

“Tanpa menggerakkan sebarang tangan ataupun kaki mereka untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa akibat dari perbuatan terkutuk sekutu mereka,” kata Abdelrahim.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana badan dunia yang berusaha untuk membayar sebarang pampasan perang terhadap penduduk Gaza, jauh sekali dari pihak Israel.

“Sedangkan tahukah anda setiap rumah (kalau sesuai dipanggil rumah) dan khemah-khemah sementara kepada lebih dari 5,000 penduduk Gaza jika diketuk, maka akan dapati sesuatu yang amat menyayatkan hati.

“Jika anda mengetuk mana-mana pintu rumah orang di Gaza, Insya Allah anda akan dapati di dalam rumah tersebut satu hingga lima jenis penghuninya, terdiri daripada anak yatim, yang hafiz Qur‘an, yang cacat anggota, mujahid atau ahli keluarga yang tiada dirumah kerana berada di penjara Israel,” kata Abdelrahim.

Kesemua mereka itu tetap mempunyai semangat perjuangan yang sangat tinggi tetapi pada tahap kualiti kehidupan adalah yang paling rendah.

Lalu Abdelrahim sama sekali tidak menoleh kebelakang apatah lagi bimbangkan soal keselamatan kerana di pundak bahunya terpikul pelbagai tanggungjawab bagi kelangsungan hidup penduduk Gaza.

Jika pemuda lain memilih untuk menggalas senjata sebagai pejuang tetapi beliau memilih jihad ekonomi supaya rakyat Palestin dapat terus bangun membebaskan negara dari cengkaman Israel dan yang penting, Masjid Al Aqsa tidak jatuh ke tangan Israel itu.

“Siapa yang tidak sedih mengenai nasib yang menimpa lebih-lebih lagi terhadap kesucian agama sendiri. Jarak yang memisahkan antara bandar kelahiran saya, Jabalia dengan Masjid al Aqsa di Baitul Maqdis hanyalah sejauh 74 kilometer sahaja.

“Tetapi rasanya, saya lebih mudah keluar masuk ke Malaysia dan lain-lain negara berbanding untuk masuk ke Masjid tersebut,” katanya.

Pelbagai projek yang ISJ telah jayakan bagi mengisi keperluan penduduk Gaza.

Ikan sebagai keperluan protein utama misalnya adalah sangat terhad bekalannya di Gaza.

“Para nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan dari jarak tiga kilometer sahaja dari pantai, lebih dari itu mereka akan ditembak. Ini menyebabkan kami terpaksa menjayakan sistem penternakan ikan didarat bagi memastikan bekalan cukup,” katanya.

Projek ternak ikan penting terutama untuk diberi kepada ibu-ibu yang hamil bagi memastikan si ibu dan bayi yang dikandung memperolehi bekalan dan khasiat yang mencukupi.

Ini menjelaskan kepada kita betapa ibu-ibu yang mengandung umpama ‘permaisuri anai-anai’ yang dijaga sepenuhnya di Gaza.

Ini kerana mereka bakal melahirkan pelapis pejuang-pejuang yang sedia mati mempertahankan Palestin

Pas Dibidas Peralat Peristiwa Memali
Oleh : Ku Azman Ku Abas

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pas hari ini dibidas kerana memperalat peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985 dengan tujuan untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti itu tanpa memikirkan kesannya kepada ummah di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama’ Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata tindakan mereka yang memperalat pristiwa berkenaan adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kerana ianya merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan kehendak syarak.

Tegas beliau memperalat perkara yang diragui kesahihannya adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah parti yang kononnya ditunjangi oleh cendekiawan agama dan tokoh ulama lain yang terbilang.


“Mereka mengatakan mangsa yang terbunuh pada peristiwa hitam itu adalah syahid kerana menentang kerajaan yang dianggap bukan negara Islam sedangkan Majlis fatwa pula mengatakan ianya bukan syahid.

“Apakah benar penentangan daripada Ibrahim Mahmud atau dikenali Ibrahim Libya dan pengikutnya terhadap kerajaan pada waktu itu benar-benar penentangan “Fisabilillah”. Inilah pemimpin Pas yang perlu tahu dan bukannya menjaja peristiwa berkenaan untuk kepentingan politik.

“Malah apa yang lebih menyedihkankan, wujud pula Tabung Memali yang sehingga hari ini tidak tahu ke mana menghilang hasil sumbangan orang ramai. Yang mereka tahu hanya jaja peristiwa Memali dan cuba tonjolkan kezaliman pihak berkuasa,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pas telah mengadakan Majlis memperingati 25 tahun Memali yang mana majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung Memali pula dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.

Datuk Ghazali seterusnya melahirkan kehairanan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup memutarbelit dan memanipulasi peristiwa berkenaan semata-mata untuk kepentingan politik sempit.

“Sepatutnya ilmu agama yang ada di dada mereka digunakan untuk pembangunan ummah dan bukannya mencetuskan perbalahan dan syak wasangka berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Pas, Harakah.....????? Kemana Duit Tabung Memali!

Tragedi Berdarah Memali tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu – 15 tahun. Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu – 15 tahun. Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh.

Oleh kerana PAS memfatwakan yang terbunuh dalam tragedi Memali itu sebagai syuhada atau ‘mati syahid’, maka pihak kerajaan tersisih dari sebarang urusan hidup mereka. Demi kesejahteraan umat Melayu Islam, segalanya dibiarkan kepada pihak PAS memikul tanggungjawab.

Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar resmi PAS, Harakah. Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai. Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.

Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan. Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan.

Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.

Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya ‘bom jangka’ yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa. Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.

Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.

Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.

Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.

Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS.

Anehnya, dalam dalam kata-kata tidak ada kena-mengena dengan PAS’ itu, Datuk Fadzil mengadakan pertemuan dan dialog dengan 25 orang waris dan mangsa tragedi pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali. Majlis itu diadakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Memali bagi memberi penerangan mengenai perkembangan Tabung Mangsa Memali yang ditubuhkan selepas berlaku tragedi Memali.

Majlis dialog dengan Datuk Fadzil itu bertukar menjadi kecoh apabila kesemua mangsa terbabit dihalang untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan mereka bahawa berlaku penyelewengan dalam pengurusan tabung berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu pihak jawatankuasa majlis itu hampir bergaduh dengan mangsa dan balu-balu tragedi Memali selepas berlaku cabar mencabar antara kedua belah pihak. Kesemua mangsa tidak puas hati dengan cara pihak jawatankuasa penganjur majlis itu serta sikap Datuk F’adzil Noor yang dianggap tidak professional dalam menyelesaikan masalah pengurusan tabung berkenaan.

Kekecohan terjadi ketika Datuk Fadzil sedang mendengar penjelasan daripada Ahli Jawatankuasa cawangan Memali berhubung tabung berkenaan sebelum seorang wakil yang dilantik oleh mangsa dan balu tragedi tersebut, Zainon Ismail, 40, bangun untuk berucap bagi melahirkan rasa tidak rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan tabung itu.Bagaimanapun dia dihalang atas alasan beliau bukan ahli PAS

Datuk Fadzil Noor dan ahli jawatankuasa majlis itu tergamam apabila Zainon berjaya membuktikan dirinya sebagai ahli parti itu dengan menunjukkan kad keahlian seumur hidup.

Apabila Zainon (lebih popular dengan panggilan Cikgu Non) dihalang dari berucap, sebahagian besar mangsa yang terdiri daripada kaum wanita menjerit-jerit di luar dewan meminta Datuk Fadzil Noor memberikan keadilan kepada mereka.

Keadaan itu menyebabkan beberapa ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut meluru keluar dan berlakulah cabar mencabar antara kedua-dua pihak sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.Bagaimanapun ketegangan berjaya dikendurkan selepas beberapa pihak campur tangan.

Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.

Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.

Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.

Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu.

Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri ‘bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan’.

Selepas Datuk Fadzil Nor gagal menyelesaikan pertelingkahan antara mangsa tragedi Memali dengan pihak pengurusan Tabung Mangsa Memali, PAS menghantar pula ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu bagi mengendurkan ketegangan.

Ketika berceramah di Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali, Mohamad Sabu mengimbas kembali Tragedi Memaii bagi mencetuskan semangat para pendengar dan mengalihkan tumpuan dengan mendakwa bahawa isu Tabung Mangsa Memali yang dihebohkan itu adalah hasutan musuh-musuh PAS. Dengan suara lantang beliau menyalahkan semua akhbar harian.

“Kalau ada TV, akhbar-akhbar yang cuba membela mangsa Memali, ini adalah adalah hipokrit dan munafik nombor satu,” ucapnya.

Mohamad Sabu juga mengajak balu dan mangsa kembali kepada parti dan hidup sebagai satu masyarakat serta kumpulan yang terpaksa menghadapi segala cabaran bersama. Beliau turut menggesa mangsa dan balu agar berwaspada dengan golongan ‘tumpang kasih’.

”Kasihan mereka sebenarnya sementara sahaja sedangkan kasihan kita (PAS) berpanjangan”, katanya.

Mohamad Sabu juga turut merayu kepada mereka yang terlibat supaya jangan mengadu kepada pihak ‘musuh’ sekiranya berlaku sebarang masalah.

Sementara itu, beberapa balu yang menghadiri ceramah ‘penjelasan’ itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, yang disifatkan oleh mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan.

Wakil balu dan mangsa tragedi Memali, Zainon Ismail menjelaskan, dia tidak menyangka sama sekali dengan tindakan pihaknya membuat laporan kepada polis yang akhirnya diketahui oleh pihak media sebagai mengadu kepada musuh.

“Saya tidak mengadu kepada musuh tetapi mengadu kepada pihak yang diiktiraf PAS iaitu polis dan dianggap mengadu kepada musuh”, katanya.

Menurut Zainon, balu dan mangsa tiada jalan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis setelah usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.

Tambahnya, pihaknya sebelum ini telah mengadakan perbincangan sebagai sebuah keluarga tetapi masih tidak dilayan.

Sehubungan itu, Zainon berkata, kehadiran kalangan pemimpin PAS terutama melalui ceramah di kampung itu juga bukanlah jalan penyelesaiannya.

“Kami anggap kehadiran mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan sedia ada dan bukannya menyelesaikan,” tegasnya yang bersetuju dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan isu itu diserahkan kepada pihak berkuasa polis.

Katanya, pemimpin PAS sendiri perlu memenuhi syarat penyelesaian melalui kaedah Islam iaitu mendengar kedua-dua belah pihak, menyiasat dan kaji selidik, bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.

Beliau juga mengakui bahawa dalam kes ini dan mangsa tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti itu untuk mendapat maklumat tepat mengenai kes ini.

Sementara itu, balu dan ahli keluarga mangsa tragedi Memali terus menerima cercaan daripada pihak tertentu termasuk mendakwa mereka ‘bersandiwara’ apabila mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Mangsa Memali.

Salah seorang anak mangsa tragedi Memali, Abdul Rahim Lah, 35, berkata, beberapa hari selepas pecah berita laporan polis ada pihak tertentu menelefonnya sambil menyifatkan dakwaan balu-balu terbabit hanyalah rekaan dan ‘sandiwara’.

Mengulas tuduhan itu, Zainon berkata ada yang menganggap isu ini sebagai ‘Sandiwara UMNO’.

“Isu ini bukannya sandiwara UMNO tetapi akibat penyelesaian yang tidak dilakukan mengikut kehendak Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu mereka ygng terbabit dalam pendedahan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali ini juga akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu tidak menarik balik kata-kata ucapannya yang dianggap celupar dan menghina balu-balu serta mangsa tragedi Memali.

Menurut mereka, ucapan Mohamad Sabu itu adalah satu penghinaan besar dan mencemarkan maruah semua balu dan keluarga mangsa tragedi Memali yang kini terpaksa berjuang sendiri membela nasib mereka.

Mereka amat tersinggung dengan ucapan Mohamad Sabu yang mendakwa bahawa mereka yang laporan polis dan mendedahkan penyelewengan Tabung Mangsa Memali sama dengan perbuatan kaum Nabi Noh dan Nabi Lut yang dilaknati Allah dan bakal menjadi ahli neraka.

Demikian senario yang tersurat mengenai isu Tabung Mangsa Memali yang meletup pada masa para pemimpin PAS sedang ghairah mendakwa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan kerajaan adalah sandiwara semata-mata.

fantrealika.tripod.com

“Inilah masalahnya apabila politik dijadikan “menu” utama dalam perjuangan dan bukannya perpaduan ummah dijadikan teras. Mereka seolah-olah gela gelita dan tidak menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah untuk manfaat dan kepentingan bersama,” katanya. -MediaUMNO

Pas Ingat Peristiwa Tapi Buat-buat Lupa Tabung Memali

KOTA BHARU, 23 Nov – Pemimpin Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran “bertaubat” kerana telah menyalahguna ilmu agamanya untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini sepertimana peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985.

Bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata tindakan Hadi yang mengeluarkan “fatwa“ bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam menyebabkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikutnya bangkit memberontak menentang kerajaan pada waktu berkenaan.

Menurut beliau, ekoran itu maka tercetuslah peristiwa berdarah yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Saya sendiri pada waktu itu terpengaruh dengan “fatwa” Hadi itu dan berjuang bersama-sama di dalam Pas menentang kerajaan. Malah saya dan pengikut Pas yang lain turut menghulurkan sumbangan menerusi Tabung Memali yang ditubuhkan oleh parti berkenaan.

“Namun apa yang menghairankan, saya tidak tahu ke mana menghilangnya tabung berkenaan. Mungkin ada penyelewengan dalam soal ini atau sebaliknya saya tidak pasti. Tetapi sehingga ke hari ini, kewujudan tabung Memali terus menjadi misteri,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pas telah mengadakan Majlis memperingati 25 tahun Memali selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung Memali dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.

Mohd Nor Deris seterusnya menambah, Pas perlu telus memberikan penjelasan berhubung tabung berkenaan dan bukannya sekadar mengadakan majlis memperingati peristiwa berkenaan.

“Takkan sekadar buat majlis memperingati pristiwa Memali sahaja. Tabung Memali yang dilancarkan dahulu apa cerita dan berapakah jumlah sumbangan yang telah diterima dan berapakah jumlah sumbangan yang telah dihulur kepada keluarga mangsa.

“Itu adalah sumbangan rakyat khususnya penyokong Pas termasuk saya sendiri. Saya pun nak tahu dengan jelas ke mana perginya wang sumbangan berkenaan. Kalau betul dihulurkan Alhamdulillah…..tetapi masalahnya sampai sekarang tidak ada sebarang penjelasan. Sunyi sepi,“ katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan pemimpin Pas khususnya Hadi dan Mursydiul Amnya, Datuk nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pembalasan Allah di hari akhirat kelak jika tidak jujur dan amanah.

“Bercakap dalam ceramah berapi-api. Kata itu haram, ini haram dan sebagainya. Tetapi dalam soal ini tidak pula mereka bercakap sedemikian rupa. Jadi saya mintalah penjelasan sebaik mungkin dan jangan hanya sekadar buat majlis memperingati peristiwa Memali. Wang sumbangan Tabung Memali pun kena ingat juga, “ katanya. -MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.