Pages

Subscribe:

15 Februari, 2011

[hang nadim] Kaduk dah naik junjung.....Jangan Sirih Kehilangan gagang.....???







PERKASA kesal Pulau Pinang pilih kasih
2011/02/16
SEBAHAGIAN peniaga membuat bantahan selepas gerai mereka di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, dirobohkan, semalam.BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang, kesal dengan sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa tidak bersikap adil melaksanakan penguatkuasaan terutama terhadap peniaga Taman Pelangi, Juru, di sini.

Pemangku Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Yussof Hamid, berkata tindakan merobohkan gerai peniaga di taman itu tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan negeri bersikap adil dalam menjalankan penguatkuasaan ke atas sesuatu kaum.

“Jangan adil kepada satu pihak saja tetapi pada pihak lain, bersikap pilih kasih. Jika mahu robohkan (gerai), perlu roboh semua gerai yang kononnya haram seperti di Jalan Raja Uda, Taman Chai Leng dan sekitar Bukit Mertajam. “Kalau peniaga di sini haram (tidak berlesen), kenapa tidak halalkan mereka dengan memberi lesen, malah saya difahamkan semua penjaja di sini adalah orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa mendengar masalah penjaja Taman Pelangi, di sini, semalam.

Minggu lalu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) melakukan operasi meroboh gerai dan penyambungan haram di kawasan itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.

Ia berikutan ada gerai tidak dirobohkan, malah ada dakwaan berlaku pilih kasih ketika operasi penguatkuasaan dilakukan. Sebanyak 60 peratus peniaga di kawasan itu adalah warga tempatan, manakala 40 peratus lagi warga asing.

Mengulas lanjut, Mohd Yussof berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang niat untuk mencampuri urusan kerajaan negeri, tetapi kebelakangan ini terlalu banyak penindasan kepada orang Melayu hingga menyebabkan kesedihan dan kerugian.
“Jika nak merobohkan gerai mereka sekalipun, perlu beri penempatan baru kerana penjaja juga perlu berniaga bagi menyara keluarga dan anak tetapi keadaan sekarang menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

“Tindakan ini seperti ada agenda tersembunyi yang dilakukan kerajaan negeri apabila mengatakan ia tindakan MPSP,” katanya.

Beliau berkata, PERKASA akan menggerakkan jenteranya untuk menyenaraikan dan menyemak semua lokasi perniagaan haram tanpa mengira bangsa di negeri ini.
“Selepas itu, kami akan bertindak jika kerajaan negeri masih dilihat bersikap pilih kasih,” katanya.

Karpal tak layak cabar Dr M
Oleh Haspaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2011/02/16
Pengerusi DAP dibidas sembunyi bukti kes liwat Anwar pada 1997

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar memberi penjelasan berhubung pertuduhan liwat dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dulu sebelum mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin pembangkang ditemui sebelum Operasi Lalang 1987

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor perlu mendapatkan penjelasan Anwar berhubung peranannya ketika operasi itu. “Karpal perlu mendapatkan penjelasan anak guamnya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat berhubung Operasi Lalang kerana pada masa itu Anwar menteri kanan dan menyokong kuat operasi berkenaan.

“Malah Anwar tidak membela beberapa sahabat baiknya yang ditahan ketika operasi itu. Saya juga cabar Karpal beri penjelasan kes liwat Anwar kerana pada tahun 1997 beliau mendedahkan mempunyai bukti berhubung perkara itu.

“Tapi sekarang beliau pula yang membela Anwar, jadi bagi saya orang ini (Karpal) tidak layak sama sekali untuk mencabar Dr Mahathir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Karpal sebelum ini mempertikai pendedahan Dr Mahathir bahawa beliau bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 bagi meyakinkan kumpulan berkenaan mereka tidak akan ditahan dalam Operasi Lalang.
Sementara itu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata Karpal adalah individu yang tidak mempunyai kredibiliti untuk mencabar bekas Perdana Menteri berhubung Operasi Lalang.

“Karpal menghadapi masalah kredibiliti sebagai seorang peguam dan sebagai ahli politik veteran akibat watak dua alam beliau berhubung pertuduhan kesalahan liwat terhadap Anwar,” katanya.

Zahrain menyifatkan Karpal sebagai Harimau Jelutong yang dayus dan mula melarikan diri daripada kenyataan apabila enggan mendedahkan perkara sebenar berhubung kes liwat Anwar.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau antara pemimpin pembangkang yang bertemu Dr Mahathir sebelum Operasi Lalang 1987 dan mendakwa pertemuan itu tidak pernah diadakan.

Katanya, tidak ada sebab pemimpin pembangkang harus menyembunyikan pertemuan itu kerana ia boleh menjadi sebagai alasan untuk membantah penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Umat Islam perlu pertahan kuasa politik

JELI 15 Feb. - Umat Islam di negara ini perlu mempertahankan kuasa politik yang ada bagi memastikan syiar Islam dapat dikembangkan dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini terbukti dengan kuasa yang ada, kerajaan Barisan Nasional menyediakan pelbagai kemudahan untuk umat Islam di negara ini.

Jelasnya, kewujudan Tabung Haji dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) umpamanya, adalah untuk membela nasib umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu bersatu padu dan mempertahankan kuasa itu tanpa membiarkan mana-mana pihak memecah-belahkan perpaduan yang sedia wujud.

"Dengan kuasa yang ada, kerajaan mengadakan pelbagai kemudahan dan prasarana untuk umat Islam di negara ini dan kita boleh melihatnya sendiri.

"Ada orang kata kerajaan yang ada ini kerajaan jahiliah tetapi kerajaan jahiliah inilah yang buat Tabung Haji untuk memudahkan umat Islam melakukan ibadah, kita bina Bank Islam dan masjid," katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Masyarakat Kelantan di Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden), di sini hari ini.

Majlis tersebut bermula pukul 10 pagi serta berakhir pada 4 petang dan antara pengisiannya adalah pembentangan kertas kerja oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Islam menganjurkan perpaduan dan bukannya melabelkan perkara buruk kepada pihak tertentu sehingga menghuru-harakan masyarakat.

"Perkara seperti ini tidak harus berlaku. Ini tujuan sambutan hari ini, kita elakkan prasangka dan benci membenci, kita harus bina perpaduan di kalangan umat Islam.

"Sebab itu, saya kata, ulama tidak maksum, tak boleh bongkak, harus terima kritikan dengan fikiran terbuka. Saya tak tuju pada sesiapa, saya tuju kepada ulama dalam Malaysia khususnya ulama politik Pas," katanya.

Beliau berkata, sekiranya UMNO memerintah Kelantan, usaha untuk memartabatkan Islam akan diteruskan dan ia sejajar dengan hasrat perjuangan parti itu.

Kerajaan digesa dakwa, saman Tony Pua

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kerajaan didesak supaya mendakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di bawah Akta Hasutan kerana memfitnah Kementerian Pertahanan dalam isu pembelian Kapal Tempur Pesisir (LCS) sehingga menimbulkan perasaan benci di kalangan rakyat kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Kementerian Pertahanan dan ATM memfailkan saman fitnah terhadap wakil rakyat DAP itu kerana sudah jelas segala tuduhan yang dilemparkan dalam isu LCS adalah satu pembohongan.

Katanya, tindakan tegas itu perlu diambil memandangkan peluang sudah diberi kepada Tony untuk mendedahkan bukti penyelewengan seperti yang didakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi sehingga kini beliau gagal tampil dengan sebarang bukti.

Sambil menyifatkan Tony contoh pemimpin DAP yang pengecut kerana hanya berani menabur fitnah, beliau mahu pihak yang cuba mempolitikkan isu pertahanan berdasarkan fakta yang salah tidak dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Kerja DAP dan Tony Pua inilah...mengkritik dan memfitnah tanpa sebarang bukti. Bila dicabar kemukakan bukti penyelewengan kepada SPRM tiba-tiba menyembunyikan diri, tetapi sebelum ini bukan main lantang bersuara seolah-olah dia jaguh dalam aspek pertahanan tetapi hakikat sebenar cukup memalukan.

“Ini soal keselamatan, dedahkanlah kepada SPRM jika benar kapal itu mahal 870 peratus daripada kapal negara asing kalau benar dia patriotik dan bukan sekadar menjadi jurucakap kepada pihak tertentu bagi membongkar rahsia kekuatan pertahanan kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Tony mempunyai agenda tersembunyi ekoran keengganannya melaporkan kepada SPRM berhubung dakwaannya bahawa kos membina enam buah kapal LCS lebih mahal daripada yang dibayar negara lain.
Dakwaan wakil rakyat DAP itu ekoran keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 bilion bagi membolehkan impian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengoperasikan kapal perang termoden bagi mengawasi keselamatan perairan negara terutama di Laut China Selatan menjadi kenyataan.

Apabila siap kelak, LCS akan menjadi aset tempur tercanggih dalam inventori TLDM kerana dilengkapi sistem pengurusan tempur termoden, sistem peperangan elektronik, radar tiga dimensi, sonar penjejak kapal selam, peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana, peluru berpandu anti kapal jarak jauh serta torpedo.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Tony perlu berani mengemukakan bukti terhadap segala tuduhan jahatnya itu dan bukan hanya sekadar berani ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila mengetahui langkahnya sudah tersilap.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan individu pertama mencabar Tony supaya mengemukakan bukti penyelewengan kepada SPRM percaya wakil rakyat DAP itu tidak memiliki sebarang bukti bagi menyokong tuduhannya selain mendakwa pengetahuannya dalam bidang pertahanan negara juga lemah.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas Tony agar ia menjadi ingatan kepada semua pihak supaya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan, apatah lagi ini bukan kali pertama dia memfitnah Kementerian Pertahanan dan ATM. Ini perbuatan jahat yang dibuat secara bersiri.

“Saya lihat dia ada agenda tersembunyi apabila berterusan memburukkan ATM dan Kementerian Pertahanan. Mungkin dia cuba menggagalkan usaha kerajaan membangunkan kekuatan pertahanan

Minda Pondok selar Nik Aziz
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.

Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.

"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.

"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.

Mohd. Saifuddin berkata, berdasarkan pandangan ulama, sambutan Maulidur Rasul bukan suatu amalan yang bidaah kerana ia jelas memberikan manfaat dari banyak aspek politik serta jati diri umat Islam.

"Kami merasa amat dukacita dengan kenyataan Nik Abdul Aziz ini ia seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai untuk kepentingan politik.

"Maulidur Rasul sewajarnya disambut dengan meriah di negeri ini untuk mengingatkan umat Islam terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah," katanya.

nukilan hati hang nadim
Bangsaku jangan berpecah,berdengki dan mengkhianati bangsa sendiri
Faham Politik jangan Fanatik dalam Politik.....Faham Fikir dan sedar
bertindak jangan melanggar Undang-undang patuh kepada Ajaran Agama.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.