Pages

Subscribe:

15 Februari, 2011

[hang nadim] Teen wins Maulidur Rasul award.....




2011/02/15
By Sean Augustin
sean@nst.com.my

PUTRAJAYA: Wee Soo Yen stood out like a sore thumb among the rest of the Maulidur Rasul award recipients.
The 16-year-old Kelantanese was not only the youngest in the crowd, but is also a Buddhist.

Her background, though, did not stop her from mastering Arabic, an achievement which won her the award, whose other five recipients comprised individuals with distinguished titles.

Wee became the first non-Muslim student in the country to win the coveted award. A feat, the Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok student said she was able to accomplish with the help of her friends and her teacher.

"I wanted the challenge and I eventually became interested in the language.

"My parents were initially apprehensive as they were afraid I would fail the subject, but I promised I would try my best," she said, referring to the Penilaian Menengah Rendah examinations, in which she scored straight As, including for Arabic language, last year.

Wee admitted that it was a little tough at first as she could not practise speaking the language at home, but she grabbed any opportunity to do so at school and always referred to her teachers and friends.

She was also surprised when she was shortlisted for the award as she did not think that she did that well.

The Form Four student said she was honoured and happy to receive the award, even more so as it was presented to her by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"This is a meaningful recognition which is going to encourage me to strive for more success in the future," she said, adding that one day she hoped to become a lecturer and emulate the success of her idol, Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

National Fatwa council member Dr Abdul Hayei Abdul Sukor received the premier Maulidur Rasul award and RM50,000 for his contributions to Islam.

The former Universiti Malaya Islamic studies lecturer from Kelantan said he saw the award as a sign that good still prevailed among Muslims.

"I never gave up, with the gifts and blessings from Allah," he said.

In Kuantan, former Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh headmaster Ismail Nihat, 60, and state Welfare Department director Datuk Shamsiah Husin, 56, were this year's recipients of the Tokoh Maulidur Rasul Award.

In Alor Star, Insaniah Syariah and Islamic Law Faculty dean Associate Prof Dr Abdul Aziz Hanif, 63, was named "Tokoh Pendakwah".

Kampung Ulu Tawar mosque imam, Abdul Wahab Che Li, 60, was awarded the "Tokoh Imam".

Both award recipients received a scroll and RM2,000 each from the sultan of Kedah.

In Penang, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 27, the inaugural winner of Islamic reality TV show Imam Muda, and halal product researcher Prof Zhari Ismail, 61, from Universiti Sains Malaysia received the state's Maulidur Rasul special awards.

Asyraf was recognised for his efforts in carrying out evangelism, while Prof Zhari was recognised for his efforts in the research of halal products.

Read more: Teen wins Maulidur Rasul award http://www.nst.com.my/nst/articles/3sawe4/Article#ixzz1E4Vag2nQ

Wee Soo Yen terkejut terima anugerah Maulidur Rasul

PUTRAJAYA 15 Feb. - Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina tunggal yang mendapat A bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR) lalu dan mendapat liputan muka depan Utusan Malaysia menerima satu kejutan hari ini di atas kecemerlangan tersebut.

Dia dipilih sebagai salah seorang daripada tujuh penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Mengakui dirinya masih terkejut, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan itu memberitahu, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk mempelajari bahasa itu sebelum meraih gred A subjek itu dalam kesemua lapan matapelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas.

Mengimbas cabaran yang dihadapinya pada peringkat awal, Soo Yen yang mengenakan tudung litup berwarna jingga ketika ditemui di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini berkata, keluarga membantah pada mulanya kerana tidak percaya kemampuannya mendalami bahasa tersebut.

Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi membuatkan ibu bapanya mengalah sebaliknya memberi semangat kepadanya mempelajari bahasa itu bermula tingkatan satu.

"Ibu tidak setuju kerana dia takut saya tidak boleh buat tetapi saya janji kepadanya bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan kertas bahasa Arab.

"Jadi, ibu benarkan. Sebenarnya saya mahukan cabaran pada diri saya dan tidak sangka dapat anugerah ini, terima kasih kepada semua yang mengiktiraf diri ini," kata Soo Yen yang fasih berbahasa Melayu itu.

Pelajar itu menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini.

Beliau menerima wang tunai RM20,000, sebuah plak, sijil penghargaan serta Kitab Terjemahan Fi Zilal Al-Quran (17 Jilid) bernilai RM3,000.

Soo Yen memberitahu, walaupun mengalami kesukaran untuk mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian, dorongan kuat ahli keluarga serta guru di sekolah membolehkannya berjaya menguasai bahasa itu.

"Ahli keluarga dan adik beradik merupakan sumber inspirasi saya termasuk cikgu-cikgu yang bagi dorongan untuk berjaya.

"Saya memang tidak boleh komunikasi bahasa ini di rumah, jadi saya gunakan sepenuhya peluang di sekolah untuk bincang dengan kawan dan guru," katanya yang mengenakan baju kurung bercorak bunga.

Gema selawat seluruh negara

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW bergema di seluruh pelosok tanah air bersempena sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Sambutan peringkat kebangsaan di Putrajaya bermula dengan perarakan sejauh 2.4 kilometer dari Dataran Putra sehingga ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai 10,315 peserta daripada 114 kontinjen.

Ia diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke perhimpunan Maulidur Rasul bertemakan '1Malaysia 1Ummah' di masjid tersebut.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa menteri Kabinet.

Di MELAKA, sambutan bermula pada pukul 8 pagi apabila 11,180 peserta daripada 199 kontinjen mewakili jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, persatuan belia, mahasiswa, pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela berarak sejauh 3.5 kilometer sambil berselawat.

Di SARAWAK, hujan lebat seawal pukul 7 pagi tidak sedikit pun merencatkan kemeriahan sambutan apabila 7,669 peserta perarakan tidak langsung berganjak dari lapangan perbarisan di Dewan Suarah Samarahan.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan bersama 9,000 rakyat menyertai perarakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Di JOHOR, Lebih 5,000 umat Islam menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli berangkat menghadiri acara sambutan tahunan yang bermula kira-kira pukul 9 pagi diiringi Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan kerabat-kerabat diraja yang lain.

DI PAHANG, kira-kira 2,000 orang melibatkan 40 kontinjen menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, Kuantan.

DI KEDAH, sambutan diadakan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Alor Setar dengan keberangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Sultanah Haminah Hamidun serta Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan barisan Exco kerajaan negeri.

Di TERENGGANU, Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Seri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman Sultan Ismail hadir menyempurnakan upacara perasmian di Stadium Negeri.

Tidak kurang hebatnya di KOTA KINABALU apabila Yang Dipertua Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berarak dari Padang Merdeka ke Wisma Majlis Ugama Islam (MUIS) bermula pukul 7.40 pagi.

Di SELANGOR, sambutan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam bertemakan 'Rasulullah SAW Ikutan Sepanjang Zaman' dengan dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Di PERAK, sambutan menjadi lebih bermakna apabila Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hadir bersama kira-kira 2,300 umat Islam ke Dewan Sri Pinang untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Di KELANTAN pula, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri diadakan malam tadi dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menunaikan solat maghrib berjemaah bersama kira-kira 3,000 umat Islam di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Di PERLIS, walaupun tiada sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri diadakan, lebih 100 penduduk Kampung Ulu Pauh di Kangar bergotong royong memasak tiga kawah bubur Perlis dan sekawah wajik.

1Malaysia 1Ummah mampu jadi jambatan pupuk perpaduan











Tuanku Mizan Zainal Abidin, Najib Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman serta Jamil Khir Baharom membaca selawat pada majlis sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 15 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah mampu menjadi jambatan dalam memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahu pun sesama masyarakat.

Dalam mengorak langkah ke arah itu, titah Seri Paduka, setiap rakyat Malaysia haruslah menghakis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain.

Titah Seri Paduka, sentimen perkauman yang sempit mestilah dibanteras dari awal sebelum ia membarah dalam masyarakat.

"Bersamalah kita membina negara yang tercinta ini dengan nilai kasih sayang dan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina, janganlah kita runtuhkan hanya kerana mencari keuntungan sementara.

"Sesungguhnya, nilai-nilai murni yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW mampu menyatukan seluruh umat manusia sekiranya kita ikhlas untuk berbuat demikian, sebagai umat Islam marilah kita berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan Sunnah," titah Tuanku Mizan.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H/2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin berserta isteri masing-masing, Datin Seri Rosmah Mansor dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan lebih 4,000 hadirin.

Tuanku Mizan bertitah, keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah memberi panduan kehidupan yang baik untuk diikuti.

Contohnya, dalam kepimpinan keluarga yang mana baginda merupakan contoh teladan yang terbaik.

"Baginda mampu memperlihatkan akhlak yang sangat terpuji, hatta sebelum diangkat menjadi Rasul. Akhlak baginda bukan sahaja cemerlang dalam hubungan dengan Allah tapi juga amat indah dalam hubungan sesama manusia.

"Keputeraan Junjungan Besar kekasih Allah ini juga telah membawa cahaya tauhid yang mampu merubah kehidupan insan dan juga merubah kehidupan manusia yang berada dalam kegelapan jahiliah kepada cahaya keamanan yang hakiki," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, jasa dan sumbangan Rasulullah itu sewajarnya dihargai oleh seluruh umat Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh.

Dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan menghasilkan natijah terbaik sama ada di dunia mahu pun akhirat.

"Hanya dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan landasan Tauhid sebagai panduan, kita akan menjadi umat yang terbaik. Hal ini bertepatan dengan hadis baginda yang bermaksud;

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah," titah Seri Paduka.

Seri Paduka turut menyeru kepada seluruh umat Islam agar terus berusaha mempertingkatkan pencapaian yang mereka miliki sekarang supaya umat dan negara terus cemerlang.

"Marilah kita merealisasikan keindahan Islam dalam kehidupan, moga-moga hidup kita diberkati dan diredai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Insya-Allah," titah Yang di-Pertuan Agong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.