Pages

Subscribe:

16 Februari, 2011

[hang nadim] Pulau Pinang Oh Pulau Pinang.....

My Balik Pulau: Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia serah bukti












MOHAMED Ghani Abd. Jiman (kanan) menunjukkan sampul surat yang mengandungi bukti pembabitan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam penerbitan risalah My Balik Pulau di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 16 Feb. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan dokumen yang didakwa bukti menunjukkan pembabitan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam penerbitan risalah My Balik Pulau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia itu menyerahkan bukti tersebut dalam tiga sampul surat berasingan kepada Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob kira-kira pukul 1 petang.

Ketiga-tiga sampul berkenaan ditujukan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara.

Pengerusi pertubuhan itu, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, bukti tersebut diperolehinya hasil kajian dan pemerhatian teliti pihaknya terhadap risalah berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut.

"Selepas dikaji dan diselidik, kita dapat bukti-bukti kukuh bahawa kerajaan negeri memang terlibat dalam penerbitan risalah ini.

"Kita ambil keputusan untuk serahkan kepada polis kerana sebagai rakyat, kita perlu bantu polis dalam hal-hal sebegini," katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan dokumen itu di IPK Pulau Pinang di sini hari ini.

Sejak sebulan lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa mengedar risalah My Balik Pulau yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah.

Tertera pada risalah yang mengandungi 12 muka surat itu adalah Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang sebagai penerbit dan ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan syarikat telekomunikasi, Digi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dipetik akhbar baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatan mana-mana agensi kerajaan negeri dalam penerbitan risalah berkenaan.

Mohamad Ghani memberitahu, tindakan Guan Eng memutar-belitkan fakta memperlihatkan kelakuan seperti seorang pengkhianat negara.

Empat lagi buat laporan polis berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau

BUKIT MERTAJAM 16 Feb. – Sebanyak empat lagi laporan polis dibuat hari ini berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.

Mereka yang membuat laporan itu terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang (PSSGPP), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Persatuan Belia 4B Permatang Pauh dan seorang individu, Johari Ahmad.

Laporan dibuat di Balai Polis Bukit Mertajam kira-kira pukul 10.30 pagi oleh Timbalan Pengerusi PSSGPP, Zulkefli Bakar; wakil Perkasa Pulau Pinang, Norhalim Abdul; Pengerusi Belia 4B Permatang Pauh, Mohd. Amirruddin Abd. Hamid dan Johari.

Menurut Zulkefli yang mewakili kumpulan berkenaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan terhadap penulis dan penerbit risalah terbabit.

“Ia perlu kerana risalah itu memaparkan fakta sejarah yang tidak tepat serta mengelirukan mengenai sejarah Balik Pulau.

“Selain itu, ia juga boleh mengelirukan kanak-kanak kerana diedarkan secara percuma di kalangan para pelajar dam murid sekolah,” katanya.

Turut hadir memberi sokongan adalah Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Risalah My Balik Pulau yang didakwa mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya diedarkan di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu.

Ia didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Tambah Zulkefli, mereka merasa tidak puas hati, kecewa serta diperbodohkan dengan fakta-fakta yang didakwa mengelirukan dalam risalah itu.

“Antaranya dakwaan bahawa orang Melayu adalah pendatang serta bangsa lain seperti Cina dan India turut dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.

“Risalah tersebut juga memaparkan gambar orang Melayu terpaksa menggadai tanah dengan ceti untuk menjalankan kenduri kahwin serta gambar seorang penduduk asal iaitu orang Melayu yang memanjat pokok kelapa sambil diarah seekor monyet,” katanya

Penang sets up exco for non-Islamic affairs

PETALING JAYA: A state executive council portfolio for non-Islamic Affairs has been established by the Penang state government.

Chief Minister Lim Guan Eng told a press statement Wednesday that it would handle religious matters relating to Buddhism, Christianity, Sikhism, Taoism and Hinduism.

"This is the first time that a state executive council portfolio has been formed in Penang and the exco member in charge will be the Chief Minister," he added.

He added that the position was presented by Deputy Chief Minister II Prof Dr P. Ramasamy to the weekly state exco meeting and approved last week.

Hati-hati 'lakonan' Kit Siang, Karpal Singh

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.

"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.

"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.

Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.

Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.

"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.

Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.

Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.

"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.

Portfolio baru cuba tonjolkan Islam agama berkonfrontasi?

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya menjaga hal ehwal dan kebajikan penganut agama lain dan bukannya dilihat seperti cuba berkonfrontasi dengan Islam.

Pemerhati undang-undang, Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, meskipun penubuhan portfolio itu tidak menyalahi undang-undang, namun objektifnya perlu mencerminkan semangat kerjasama dan saling menghormati antara penganut Islam dan bukan Islam.

Beliau yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menambah, objektif portfolio itu bagaimanapun seolah-olah menggambarkan bahawa agama Islam sedang berkonfrontasi dengan agama-agama lain.

"Jika betul mahu menjaga hal ehwal bukan Islam, maka tidak perlu disebut mengenai konfrontasi sebab Islam tidak berkonfrontasi dengan agama lain. Mungkin setakat itu sahaja pandangan portfolio tersebut terhadap agama Islam," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang seperti yang diumumkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng hari ini.

Portfolio yang dipengerusikan sendiri oleh Guan Eng itu akan memberi tumpuan terhadap hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu dan merupakan portfolio majlis eksekutif negeri yang pertama.

Sham Rahayu menambah, portfolio itu perlu jelas kepada rakyat agar tidak dilihat cuba meletakkan agama lain setaraf dengan Islam yang merupakan agama rasmi negara.

Lebih utama jelasnya, portfolio itu juga bukan satu usaha untuk menghidupkan semula Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditolak kerajaan sebelum ini menggunakan nama lain.

Apa yang menjadi kebimbangan juga kata beliau, sekiranya portfolio itu akan mengurangkan bajet yang diperuntukkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjelaskan apakah pengisian dan masalah yang cuba diselesaikan menerusi portfolio ini supaya objektifnya sesuai dengan matlamat penubuhannya," kata beliau.

Sementara itu pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, portfolio baru itu sebenarnya tidak lebih daripada strategi politik kerajaan negeri untuk mendapatkan sokongan terutamanya di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu itu, tidak ada keperluan yang mendesak kepada penubuhan portfolio seumpamanya.

"Kewujudan portfolio ini seolah-olah menunjukkan kerajaan mengekang kebebasan penganut agama lain untuk mempraktikkan kepercayaan masing-masing sedangkan hakikatnya mereka diberikan kebebasan beragama sepenuhnya.

"Justeru, apa sebenarnya motif penubuhan portfolio seperti ini?" soalnya.

Beliau menambah, Kerajaan DAP Pulau Pinang barangkali cuba membandingkan penubuhan badan khas mengenai agama Islam yang ada di setiap negeri menerusi portfolio baru tersebut.

Namun kata beliau, badan khas mengenai agama Islam itu tidak boleh dipertikaikan kerana agama Islam adalah agama rasmi negara selain merupakan agama kaum Melayu yang merupakan majoriti.

"Justeru, badan khusus bagi penganut Islam itu perlu bagi menyelaras usaha-usaha kerajaan negeri dan Pusat berkaitan dengan hal ehwal agama Islam," kata beliau.

Che Hamdan turut melontarkan persoalan adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang berharap negeri-negeri lain mengikut jejak langkah mereka menubuhkan portfolio berkenaan sedangkan perkara itu bukannya satu keperluan.

"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.

"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.

"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk," katanya.

Dr Ramasamy will be deputy in this non-Islamic Affairs exco portfolio.

Lim added that the state was willing to work with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who last year said at the United Nations’ 65th general assembly that he did not want extremist or militant groups threatening the country’s unity and security.

"The Penang state government is concerned over the existence of extremist groups who seek to racialise every event for their own selfish interests," said Lim.

"The Penang state government calls on the people to embrace the future by embracing every Malay, Indian, Chinese, Kadazan and Iban, as Malaysian brothers and sisters, Malaysian sons and daughters. Then only can we grow together, learn together and enjoy the success together."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.