Pages

Subscribe:

23 Mac, 2011

[hang nadim] Datuk T kumpulan 3 sahabat....Datuk T Group 3 friends



Datuk T kumpulan 3 sahabat
拿督T组3位朋友
ダトゥクのTグループ3人の友人

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my












Abdul Rahim Thamby Chik (duduk kiri) dan Shazryl Eskay Abdullah ketika sidang media mengenai pendedahan sebuah klip video membabitkan aksi seks

MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam.

Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.

Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.

SIAPA Datuk T (Trio)?

Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk T sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Apa peranan mereka?

Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.

Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.

“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.

Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.

Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.

Mengapa pendedahan dibuat?

Shazryl Eskay: “Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.”

Rahim Tamby Chik: “Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.

Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?

Rahim Tamby Chik: “Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan.”

Shazryl Eskay: “Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.”

Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Shazryl Eskay: “Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab ‘tidak!’ oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah.”

Mengenai penglibatan Johari Abdul?

Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.

Abdul Rahim: “Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.

Mengapa dedahkan sekarang?

Shazryl Eskay: “Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu.”

Mengapa tidak dedahkan kepada polis?

Shazryl Eskay: “Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.

Siapa lagi terlibat?

Shazryl Eskay: “Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio

Tidak mahu serah video seks kepada polis

SHAH ALAM – Ketua kumpu­lan yang mendedahkan rakaman video seks seorang pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur kelmarin, tidak akan menyerahkan salinan asal rakaman itu kepada polis.

Individu itu yang hanya dikenali sebagai 'Datuk T' berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana tidak mahu pembangkang menuduh polis dan kerajaan berpakat dalam pembikinan rakaman video itu.

"Ini mungkin akan berlaku jika hasil siasatan polis tidak berpihak kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) (yang sudah pun menafikan individu dalam video itu adalah dirinya)," katanya.

Kata Datuk T, langkah yang lebih wajar dilakukan untuk menyiasat ketulenan video itu adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Awam Bebas yang dianggotai pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

"Jika ini yang berlaku (penubuhan suruhanjaya), saya akan serahkan salinan asal video itu kepada mereka. Selepas itu, terpulanglah kepada mereka untuk dihantar ke negara mana untuk dianalisa ketulenannya," katanya dipetik daripada laporan portal berita The Malaysian Insider, semalam.

Datuk T berkata, selain video, jam tangan jenama Omega yang dikatakan milik Anwar dan diserahkan kepadanya oleh wanita pasangan kepada pemimpin pembangkang dalam video seks itu juga akan diserahkan kepada suruhanjaya agar ujian pengecaman DNA dapat dilakukan.

“Biarlah orang awam dan dunia menjadi hakim dalam kes ini,” katanya.Datuk T berkata, tindakan Anwar membuat laporan polis pagi semalam berhubung pendedahan video seks itu, sekali gus dianggapnya sebagai reaksi ‘tidak berminat’ atas kesediaannya menyerah­kan salinan rakaman adegan lucah itu kepada tokoh pembangkang berkenaan Isnin minggu depan.

"Saya sudah beritahu akan serah video itu dalam masa seminggu. Saya akan serahkan video itu kepada Anwar dan isterinya, (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tapi apabila buat laporan polis, saya anggap dia tak berminatlah," katanya.
Syor Suruhanjaya Diraja siasat kesahihan rakaman video

Datuk T’ dedah identiti
Oleh Nazura Ngah dan Nor Fazlina Abdul Rahim
2011/03/24

Syor Suruhanjaya Diraja siasat kesahihan rakaman video

KUALA LUMPUR: Selepas heboh dengan pendedahan sebuah klip video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu, semalam lelaki misteri yang menggelar dirinya Datuk T mendedahkan bahawa T itu bermaksud trio yang merujuk kepada tiga individu termasuk dirinya.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengakui beliau yang menunjukkan klip video hitam putih itu kepada media manakala dua lagi ialah Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Shazryl Eskay bersama Rahim yang mengadakan sidang akhbar di sini, turut mengakui beliau adalah antara tiga individu yang dilihat dalam rakaman video itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Saya mengesahkan turut berada dalam video itu... saya akan berikan maklumat kepada polis... saya akan ceritakan secara keseluruhan mengenai video itu... saya jamin video itu tidak akan tersebar kerana ia hanya berada di tangan saya,” katanya.

Beliau juga mendakwa dihubungi lelaki yang mengaku rakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kelmarin yang mahu mengambil video berkenaan untuk memastikan kesahihannya.

Bagaimanapun beliau enggan melayan permintaan itu kerana mahu mengatur pertemuan bagi mempertontonkan rakaman berkenaan, bukannya menyerahkan video itu kepada mana-mana pihak untuk mengelak rakaman itu tersebar luas.

Ditanya mengenai tindakannya yang tidak membuat laporan polis, Shazryl Eskay berkata, beliau yakin jika polis dibabitkan dalam isu berkenaan, ada pihak mengaitkannya dengan konspirasi dan kepentingan politik.
Katanya, walaupun menjadi kawan baik Anwar sejak 1996, dia terpaksa mendedahkan rakaman video berkenaan kerana tidak mahu lagi dipergunakan ketua pembangkang itu.

“Saya mendedahkan kepada media kerana ingin tunjukkan kebenaran, kalau tidak, saya akan terus pergi kepada Anwar... saya tidak mahu benda ini diputar-belitkan sedangkan ini adalah kebenaran.

“Sudah tentu saya bimbangkan keselamatan diri, saya harap polis turut membantu dan saya akan rujuk kepada polis,” katanya.

Rahim dan Shazryl Eskay juga mendakwa Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut menyaksikan rakaman itu dan mengaku kepada mereka ba- hawa individu yang dilihatnya dalam video itu adalah Anwar.

Bagaimanapun menurut Rahim, Johari kemudiannya menghubungi Shuib yang juga bapa saudaranya meminta wang sebanyak RM100,000 sebagai ‘pelincir’ untuk mempercepatkan tindakan lanjut.

Johari juga didakwa meminta RM1 juta dibayar kepada setiap enam atau tujuh pemimpin PKR yang berjaya dibawanya.

“Apabila saya mendengar ada pembabitan wang, saya kata hentikan kerana pendedahan ini bertujuan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan dan mahu rakyat menjadi hakim. Walaupun semalam Johari membawa tujuh pemimpin PKR yang lain, kita tolak kerana misi sebenar dalam kes ini adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran,” kata Rahim.

Sehubungan itu, mereka mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kesahihan rakaman video berkenaan, sekali gus meredakan spekulasi, perbalahan, serta menghentikan penafian daripada mana-mana pihak yang terbabit.

Mereka mencadangkan suruhanjaya itu dianggotai pemimpin tertinggi pembangkang termasuk Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; pemimpin DAP, wakil kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), media serta wakil negara luar seperti Singapura, Australia dan India.

“Mereka akan tentukan kebenaran mengenai (kesahihan) video ini... kami mengambil tanggungjawab apa yang kami cadangkan... kebenaran ini dijadikan isu politik sehinggakan kelabu, putih sudah jadi hitam dan dahsyat... semua ini perlu dihentikan.

“Sesiapa saja boleh dilantik dalam suruhanjaya ini asalkan sesuai... kami minta mereka buat keputusan dengan cepat... sebagai rakyat Malaysia, saya nak lihat kebenaran menjadi asas kepada perjuangan bukannya putar belit dan fitnah.

“Kita berani kerana benar, kita ingin media menjadi barisan pertama mengetahui mengenai rakaman video seks ini... sebagai pemimpin tertinggi yang bercita-cita menjadi pemimpin negara, kita perlu lihat akhlak mereka kerana bagi rakyat Malaysia terutama umat Islam, kita tidak boleh menerima individu rosak akhlak,” latanya.

Sementara itu Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka mahu Anwar mengikut contohnya yang melepaskan jawatan apabila diminta berbuat demikian atas alasan menjadi liabiliti kepada parti dan negara sedangkan mahkamah mendapati beliau tidak bersalah atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur.


KDN timbang saman Anwar

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menyaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pendedahan video seks oleh individu misteri bergelar 'Datuk T' kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan yang mungkin diambil itu bukan demi kepentingan dirinya tetapi bagi menjaga nama baik kementerian dan PDRM.

Ia juga, katanya, sebagai bukti bahawa kementerian mahu 'menggali' perkara itu sedalam-dalamnya bagi mencari kebenaran selain mengenal pasti sama ada ia sengaja direka oleh pihak tertentu.

"Dalam kes ini mereka menuduh saya, kementerian dan PDRM terlibat dalam konspirasi. Kalau ada fakta, saya tiada masalah untuk failkan saman kerana tiada apa untuk disembunyikan.

"Perkara ini sedang dikaji oleh peguam-peguam saya. Kali ini kami tidak akan duduk saja dan biarkan mereka bermain politik. Kami hanya menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Anwar berkata, tindakan mempertontonkan video itu tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis.

Malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, ketiadaan sebarang tindakan polis bagi menghalang penayangan video tersebut menjadi bukti penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Hishammuddin dalam pada itu turut mencabar mana-mana pihak yang menuding jari terhadapnya dan polis dalam isu berkenaan agar tampil dengan bukti.

"Semua dakwaan kononnya diputar belit dan konspirasi hanyalah untuk lari daripada kebenaran. Apa jua tuduhan sila buktikan.

"Mereka laungkan keadilan tetapi sebelum perkara ini diadili, mereka sudah putar belit sehingga segalanya menjadi tunggang terbalik untuk mengaburi orang ramai," ujarnya.

Ditanya kemungkinan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, beliau menjelaskan, keputusan mengenainya bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

"Saya ingin tegaskan, jika suruhanjaya itu ditubuhkan sekali pun, ia tidak menghalang polis daripada meneruskan siasatan mereka. Perkara ini sudah pun berada di tangan polis berdasarkan laporan dibuat Anwar sendiri dan pastinya kita mahukan kebenaran ditegakkan," katanya.

Nukilan hati hang nadim

Anwar hang amatlah teruk selalu memfitnah Polis masa hang jadi timbalan Perdana Menteri hang ampu Polis masa hang kena tangkap hang fitnah Polis....macam-macam
tapi bila hang kena macam ni pandai cari Polis....Ingat Polis Tidak Pernah menganiaya orang.....hanya orang yang melakukan kesalahan saja yang takut kepada Polis dan memfitnah Polis.....saya dah nasihat hang dan azizah jangan duk bohong sangat nanti bala akan turun lebih banyak.....Taubat Anwar.....Ketepikan hasrat berkelibar dalam Politik letak jawatan pergi Mekah Taubat.....kemudian balik dari Mekah tulis sebuah buku bertajuk Pembohongan Tidak akan mencapai cita-cita atau
Banyak Bohong Cita-cita Tergantung atau Kebahagian tidak akan dicapai dengan Wang
atau PUTAR ALAM buku terakhir Taubat sebelum Mati,Sumpah Laknat memakan Diri,mana satu Antara Wathi, Liwat dan Zina.ang jual buku ni pun tak habis makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.