Pages

Subscribe:

29 Mac, 2011

[hang nadim] Di mana ketelusan PAS....PKR ?......Pok Nik.....




Pendedahan rakaman video seks menjijikkan: Lim Kit Siang

Peristiwa pendedahan rakaman video seks yang dikata melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China yang dibuat oleh Datuk T dianggap sebagai satu perkara yang menjijikkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau yang turut menghadiri Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati malam tadi berkata, isu terbabit menunjukkan wujud ‘double standard’ dalam negara seolah-olah ianya satu komplot politik.

“Sejak seminggu lalu, televisyen, radio dan surat khabar, lebih focus kepda isu ini sedangkan ianya adalah satu peristwa yang jijik.

“Apa akan berlaku sekiranya fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak.

“Pastinya akan ada Skuad khas yang akan menghalang rakaman tersebut dari ditonton,” katanya.

Turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga turut mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan walaupun “Datuk T” telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut.

“Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat,” katanya.

Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik “kotor dan jijik”.

“Panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO dan persatuan agama untuk kita tamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu dilakukan adalah menangkap Datuk T ini,” katanya.

Azmin kesal sikap polis

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali kesal tindakan polis didakwa menyerbu kediamannya kelmarin semata-mata untuk menyerahkan notis bagi menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah keesokan harinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau tidak dimaklumkan tujuan penyiasatan itu dilakukan dan meminta ditangguhkan kerana beliau perlu hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung semalam.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkeras agar beliau hadir memberi keterangan.

“Saya persoalkan cara polis bertindak seolah-olah saya dan rakan-rakan macam penjenayah. Kenapa perlu serah notis seperti itu? Ini adalah gangguan kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian sidang DUN, semalam.

Azmin berkata, ketika kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam, beliau tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Beliau kesal kerana tidak dimaklumkan tujuan notis itu dihantar dan wujud kesalahan tarikh notis itu dikeluarkan, iaitu pada 26 November.

Menurutnya, notis itu diterima isterinya yang maklumkan bahawa beliau perlu hadir ke IPPD jam 10 pagi.

Beliau berkata, ketika kejadian terbabit, terdapat empat kenderaan polis serta dua kereta di depan rumah beliau.

Sementara itu, Azmin arahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa membuat kecoh ketika Pelancaran Kempen Tolak Kes Fitnah II anjuran PKR di pekarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, Jumaat lalu.

Menurutnya, peguam sedang meneliti dua kes membabitkan pencerobohan ketika majlis itu dan dakwaan pihak polis bertindak di luar kuasa mereka disebabkan kawasan program itu dijalankan di tempat beliau sendiri.

“Perhimpunan aman dan teratur menjadi kecoh kerana polis cuba timbulkan provokasi. Peguam akan hantar notis kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menafikan kenyataan Azmin Ali yang mendakwa lebih 20 anggota polis mengepung rumahnya di Ampang, malam kelmarin.

Menurutnya, hanya sebuah kenderaan MPV polis digunakan untuk menghantar notis hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi tujuan rakaman percakapan.

“Tidak ada kepung. Kita hanya serah satu notis mengikut Seksyen 111 Akta Polis untuk rakam percakapan berhubung siasatan terhadap satu ceramah tanpa permit.

“Siapa pula kira sampai 20 hingga 30 orang anggota polis? Hanya satu kereta digunakan. Kita bukan nak menangkap orang, tetapi hanya untuk menyerahkan notis,” katanya pada sidang media di IPD Serdang, semalam.
Dalam pada itu, wartawan Sinar Harian turut berkampung di IPD Ampang Jaya kerana maklumat awal mengatakan Azmin akan memberi keterangan kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Azmin tidak muncul kerana beliau menghadiri Dewan Sidang DUN Selangor di Shah Alam

Dr Nidzammudin berkata
,meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi reputasinya termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah dan menyarankan beliau untuk berundur daripada kancah politik negara.

Hidup mati saya di tangan Allah: Anwar Ibrahim

Ketua Umum Pakatan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terbaru berkaitan dengan skandal seks terhadap dirinya dan akan terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

Beliau yang turut menyifatkan pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk
memecahbelahkan keluarganya berkata, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati bukan mati karier politik. Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . Malah, belum tentu UMNO-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia.

“Ujian ini tidak akan melemahkan semangat saya,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung dakwaan terbabit Selasa lalu.

Anwar berkata, tuduhan tersebut berlaku kerana Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengambil pemerintahan negara.

“Jadi UMNO-BN sanggup lakukan apa sahaja cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

“Tetapi mereka harus ingat, rakyat yang mahu menuntut Putrajaya, dan PKR memperjuangkan hak itu” katanya semasa Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Beliau turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” UMNO-BN dalam usaha untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Dia jaguh baru, tokoh akhlak baru yang ditonjolkan UMNO. Tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

Dalam ucapannya, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Di mana ketelusan Pas?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

















Para pemimpin NGO sekitar Pulau Pinang mengadakan perhimpunan mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kesahihan video seks melibatkan pemimpin pembangkang di Pulau Pinang, kelmarin.

KITA tidak harus melupakan bahawa dalam kamus politik Pas, ada dua tindakan mereka yang cukup sinonim dengan parti itu, pertamanya solat hajat dan kedua menggesa ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada isu.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Pas tidak lagi bersikap demikian termasuklah dalam isu terbaru berhubung rakaman video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Pas bukan sahaja awal-awal lagi menganggap ia konspirasi politik malah menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu. Malahan Pas juga tidak kedengaran untuk mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Allah berikutan isu terbaru yang timbul.

Ia berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1998, apabila Pas beria-ia menganjurkan solat hajat di pusat tarbiyahnya di Taman Melewar dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.

Entah mengapa kali ini, Pas tidak lagi bersikap telus, sebaliknya tindakan Pas dilihat lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Sebab itulah pemimpin Pas boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan suruhanjaya diraja hanyalah mengarut selagi situasi sebenar tidak diketahui.

Apa yang anehnya, Pas sendiri sebelum ini begitu beria-ia benar bersetuju mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock kononnya atas alasan mencari kebenaran.

Namun kenapa dalam isu terbaru ini desakan penubuhan suruhanjaya tersebut dianggap 'mengarut'? Sedangkan kita masih ingat suatu ketika dulu apabila timbul isu, Pas bukan sahaja membuat desakan melalui kenyataan akhbar atau di dalam Dewan Rakyat malah mengadakan siri ceramah.

Namun kini segalanya sudah berubah. Ternyata ikatan setiakawan yang diwujudkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah 'mengunci langkah' Pas untuk menyatakan kebenaran.

Pas tidak mahu membuat tindakan yang dilihat akan menjejaskan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan yang sudah 'membuaikan' Pas dengan impian ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pas tidak mahu peluang politik tersebut terjejas jika apa yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kenyataan.

Justeru pemimpin-pemimpin Pas di peringkat pusat 'bersilat lidah' bagi menafikan sebarang usaha yang memungkinkan kebenaran boleh dicapai tetapi dilihat tidak akan menyebelahi mereka.

Semua ini sebenarnya merugikan politik Pas itu sendiri. Sudah pasti ramai yang akan melihat Pas bukan lagi memperjuangkan sesuatu perkara berlandaskan kepada kebenaran tetapi lebih kepada keuntungan politik.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sepatutnya Pas bertegas dalam soal melibatkan moral mana-mana pemimpin sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Ramai tertanya-tanya bagaimana jika video seks itu dikaitkan dengan pemimpin kerajaan atau tepat lagi Barisan Nasional (BN), apakah Pas akan mendiamkan diri dan membantah sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja?

Sudah pastilah Pas tidak akan membantah sebaliknya akan berterusan bersama-sama dengan PKR dan DAP melakukan desakan kerana percaya ia akan menguntungkan politik pembangkang.

Ia sudah dibuktikan dalam beberapa kes sebelum ini termasuklah berhujah, Islam membenarkan kita mendedahkan peribadi seseorang demi mencari pemimpin yang baik tetapi apabila tercetus isu video seks terbaru ini, Pas seolah-olah menghapuskan sikap telusnya. Soal mencari kebenaran tidak diperkatakan sebaliknya di kalangan mereka menganggap ia taktik politik yang cukup menjijikkan.

Kita tidak faham kenapakah apabila timbul sahaja perkara berkaitan dengan pembangkang ia dianggap konspirasi, fitnah dan berniat jahat, sedangkan kalau sesuatu isu itu melibatkan kerajaan maka pembangkang akan menerimanya sebagai satu fakta biarpun ada antaranya hanyalah fitnah.

Berikutan sikap Pas yang dilihat semakin menenggelamkan sikap telusnya sebagai sebuah parti Islam itulah yang menyebabkan ada desakan supaya Pas menyatakan pendirian secara terus-terang dalam isu terbaru ini.

Mereka tidak mahu Pas yang melaungkan slogan-slogan Islam seolah-olah tidak mahu mencari sebuah kebenaran tidak kira sama ada ia memihak kepada politik pembangkang atau tidak.

Sebenarnya, berdasarkan kepada maklumat yang diterima di peringkat akar umbi Pas, mereka semakin tawar untuk menyokong langkah parti itu terus bekerjasama dengan PKR. Ia disebabkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku melibatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan ia turut menjejaskan imej Pas.

Pas masih belum mahu melihat bagaimana tindakan mereka terlalu bersekongkol dengan PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu tewas dalam empat pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.

Dan kini Pas akan menerima padahnya lagi jika mereka terus tidak konsisten dalam isu-isu berkaitan menegakkan kebenaran.

Kalau benar Pas jujur, sudah pastilah parti itu tidak akan awal-awal lagi menganggap apa yang terjadi konspirasi sebaliknya akan berusaha menggesa supaya segala langkah dilakukan bagi membuktikan apa yang berlaku satu konspirasi atau kebenaran.

Pada masa ini, Pas mengambil jalan selamat dengan meminta polis menjalankan siasatan terperinci tetapi soalnya jika siasatan polis tidak menyebelahi pembangkang adakah Pas akan menerima keputusan berkenaan. Adakah ketika ini Pas akan menyebelahi PKR atau bersetuju dengan siasatan polis biarpun mereka tahu ia tidak akan menguntungkan pembangkang?

Justeru adalah wajar jika Pas berhenti daripada terus berdolak-dalih dalam isu terbaru ini. Keadilan dan kebenaran bukan hanya berhak dikuasai oleh pembangkang sahaja tetapi juga pihak-pihak lain di luar lingkungan parti itu.

Nukilan hati han nadim
Anwar kalau dah pandai sebut mati di tangan Allah.....Al Hamdulillah pandailah nak bertaubat hapuskan pembohongan ,Putar Alam, sampai Azmin pun dah pandai megatakan Polis Hantar notis 20 hingga 30 Orang.....Polis ada catit pergerakan anggota tak pernah tipu yang putar Alam ialah penjenayah atau orang yang melakukan kesalahan untuk elak dan mengatakan dia baik.....sudahlah anwar aku faham sikap hang macam mana bukan nak burukan hang nak bagi hang nasihat tak payah tambah osa.....balikalah kampung.....(Cerok Tok Kun} buat Ibadat Pergi Mekah....kalau nak bersih diri buat sumpah muhabalah.....selesai masaalah apa hang nak cari lagi tinggalkan Azizah dan Izah dalam Politik hang buat perniagaan dan tulis buku jual buku tajuk pertama Buku " Bohong bukan cara untuk jadi pemimpin" tanya saya kalau nak buat buku saya bagi tajuk.....kalau hang terus macam ni malu kami....malu.....malu.....dulu kami sokong hang berjuang untuk agama dan bangsa.....?????Ikhlaska.....Aku Sahabat Ibrahim Libya(Man Walad) aku sedih pemergiannya tanpa pembelaan sahabatnya kemana pergi wang yayasan Ibrahim Libya.......????begitu juga hang.....sahabat akan tinggalkan hang kerana keegoan hang tu anwar percayalah.....hang bertanggun jawab diatas perpecahan melayu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.