Pages

Subscribe:

30 Mac, 2011

[hang nadim] PM jumpa rakan online di P. Pinang.....















KUALA LUMPUR 29 Mac - Selepas bertemu dengan rakan online di Johor, Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneruskan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" (MBMB) di Pulau Pinang, Sabtu ini.

"Seronok apabila dapat berjumpa rakan-rakan online Sabtu lepas di Johor. Tidak sabar untuk MBMB Penang Sabtu ini," katanya dalam laman Facebook beliau.

Program MBMB merupakan program terbaru yang digariskan oleh Perdana Menteri bagi membolehkan beliau bersemuka dan berinteraksi dengan rakan online.

Sebelum ini, Najib telah mengadakan sesi MBMB di tiga lokasi iaitu Seri Perdana, Putrajaya, Sarawak dan Johor. — BERNAMA

Usaha murni Nalla selamat rakyat daripada Anwar

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kesediaan Datuk S. Nallakaruppan untuk berjumpa dengan pimpinan Pas bagi mendedahkan siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan usaha murni bagi menyelamatkan rakyat daripada pemimpin 'putar alam' seperti Ketua Pembangkang itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau bagaimanapun tidak yakin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima tawaran Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar itu.

"Nik Abdul Aziz kini sedang terlalu taksub dengan nafsu politik yang memungkinkan Pas tidak memperolehi sebarang manfaat, malah akan timbul kebenaran jika pertemuan dengan Nallakaruppan menjadi kenyataan.

"Saya juga optimis Mursyidul Am Pas itu akan menentang usaha ini termasuk jika ada inisiatif daripada ahli parti itu sendiri kerana tiada keuntungan politik bagi dirinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Nallakaruppan untuk berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagi mendedahkan kepada mereka siapa sebenarnya Anwar.

Anuar berkata, Pas kini jauh berbeza daripada zaman bekas Presiden parti itu, Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi yang mana akhlak, moral dan iman jauh lebih penting daripada memperolehi sokongan dan mendapat undi.

"Pas kini lebih terikat dengan 'kemanisan' kuasa hingga sanggup memutarbelitkan fatwa dan isu demi kepentingan politik," katanya.

SK Sijangkang sambut ulang tahun ke-100 bersama TPM

KUALA LANGAT 29 Mac - Para guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang di sini begitu terharu apabila meraikan sambutan ulang tahun ke-100 sekolah tersebut bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pemimpin negara.

Guru Besarnya, Tomiran Kasimon berkata, warga sekolah tersebut juga begitu gembira apabila Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sudi menyalurkan peruntukan sejumlah RM500,000 bagi menyenggarakan bangunan sekolah kedua tertua di daerah ini.

''Saya bersyukur dan berbangga kerana Timbalan Perdana Menteri sudi meluangkan masa datang ke sekolah kami dan bersama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun ke-100 SK Sijangkang.

''Majlis hari ini menjadi memori yang akan diingati selama-selamanya dan dengan peruntukan itu, kami akan berusaha untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi seperti yang diharapkan oleh Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri memulakan program lawatan sehari ke negeri ini hari ini dengan majlis Sarapan 1Malaysia bersama para pemimpin setempat dan warga pendidik dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Telok Datuk dan Dengkil di pekarangan sekolah tersebut.

Sebagai tanda kesyukuran, Muhyiddin diberi penghormatan memotong kek sempena sambutan tersebut.

Tomiran berkata, SK Sijangkang yang ditubuhkan pada 1911 dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang telah menaburkan jasa besar dalam memberi pendidikan kepada penduduk kawasan tersebut.

''Sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai pemimpin antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Datuk Abdul Fatah Iskandar yang juga bekas Exco kerajaan negeri; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kuala Langat, Datin Paduka Fatimah Suhaimi dan ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi," katanya.

Katanya, sehingga kini SK Sijangkang telah diterajui oleh 24 guru besar termasuk beliau yang mula bertugas di sekolah tersebut mulai awal tahun ini.

''Sebagai guru besar yang baru, visi saya adalah untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar terutamanya mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris.

''Untuk itu, kami telah mewujudkan dana kecemerlangan bagi pelajar yang keciciran dalam mata pelajaran bahasa Inggeris," katanya.

Bermuamalat dengan bukan Islam

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN

Islam adalah merupakan agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh alam. Apabila Nabi SAW dibangkitkan, baginda mengajar umatnya berakhlak mulia kepada semua manusia.

Dalam sejarah Islam, banyak situasi di mana Muslim mendapatkan khidmat bukan Islam dalam urusan mereka dan tidak kurang juga yang dilantik memegang jawatan tertentu kerajaan.

Secara asasnya, Islam membenarkan umatnya berurusan dengan orang bukan Islam khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan muamalat. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Mumtahanah: 8)

Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan orang yang bukan Islam dalam keadaan prinsip-prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam.

Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyakiti zimmi, maka dia telah menyakitiku. (riwayat Bukhari)

Sekiranya kita selusuri sirah nabi SAW, kita akan dapati baginda bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam urusan harian. Termasuk dalam hal ini apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah dan menjadi pemimpin utama negara Islam itu, antara dasar yang diperkenalkan ialah piagam Madinah atau lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah.

Antara kandungan piagam itu adalah kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi masyarakat sama ada Muslim atau bukan Muslim selagi mereka mematuhi Perlembagaan.

Jelas di sini bahawa nabi SAW mengiktiraf peranan orang bukan Islam dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Demi menjaga keharmonian kaum dan agama, Nabi SAW bersikap toleransi dengan mendahulukan diplomasi terlebih dahulu dari peperangan.

Dalam menjayakan Hijrah baginda SAW, peranan orang bukan Islam telah digunakan untuk melancarkan perjalanan baginda dan Abu Bakar r.a. Beliau adalah Abdullah bin Uraiqith.

Nabi SAW menggunakan khidmat beliau sebagai penunjuk jalan kerana jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan biasa yang dilalui oleh masyarakat Mekah untuk bermusafir ke Madinah.

Tindakan Nabi SAW yang bekerjasama dengan Abdullah bin Uraiqith walaupun beliau tidak memeluk agama Islam dilihat penting untuk menjayakan cita-cita Hijrah. Berdasarkan peristiwa ini, Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buty berpandangan, harus umat Islam meminta bantuan orang bukan Islam jika terdapat keperluan tertentu. (Dr. Said Ramadan al Buty, Fiqh Al Sirah, ms. 134).

Sistem kewangan Islam adalah bersifat universal yang merentasi sempadan agama. Ia bukan semata-mata untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam. Ini bertepatan dengan tujuan Nabi SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. (rujuk al-Anbiya':107)

Dalam aspek muamalat, Nabi Muhammad SAW pernah berurusan dengan orang bukan Islam semasa hayatnya.Contohnya, nabi SAW bermuamalah dengan seorang Yahudi sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (riwayat Bukhari)

Wednesday March 30, 2011
Pahang PKR deputy chief quits to join Kita

PETALING JAYA: PKR has lost another leader with the resignation of the party’s Pahang deputy chief (I) Mohd Nor Jaafar, who is joining the newly-formed Kese­jahteraan Insan Tanah Air (Kita) party.

Mohd Nor said Kita had already accepted his application while his resignation letter to the PKR headquarters would be sent this week.

Mohd Nor, who is also the Jerantut PKR division chief, said he no longer wished to be in PKR because of the constant in-fighting and “blind attacks” against the government for the sake of opposing.

“How can the country progress if we keep attacking and politicising everything without focusing on issues that really affect the rakyat?” he asked.

However, he clarified he was not quitting because of the sex video implicating “a certain Pakatan Rakyat leader”.

“I have not seen the video but I know he (the person implicated in the video) is not a saint,’’ said Mohd Nor, a former PAS member who claimed to be “a liberal thinker” and not a “yes man”.

Kita central committee member Muhammad Firdaus Chris­topher confirmed the party has accepted Mohd Nor’s application.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.