Pages

Subscribe:

06 Mac, 2011

[hang nadim] Hantu Tak Boleh Mengundi.....Tahniah BN

PRK: BN menang besar
Ghosts Can not Voting ..... Congrats BN
鬼魂可以没有投票.....恭喜国阵

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Ai (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.

KUALA LUMPUR 6 Mac – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu hari ini dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.

Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua 22 saluran mengundi di DUN Kerdau, manakala 21 saluran di DUN Merlimau.

Kekalahan yang dialami oleh calon Pas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau merupakan kali keempat berturut-turut sejak pilihan raya kecil DUN Galas, November lalu.

Calon Pas di Merlimau, Yuhaizad memperoleh 2,319 undi manakala calon Pas di Kerdau, Hassanuddin mendapat 2,336 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N27 itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, pada pukul 8.15 malam.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N28 pula diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman pada pukul 8.30 malam di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

Sebanyak 83.2 peratus pengundi DUN Kerdau keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sementara 78.98 peratus keluar mengundi di DUN Merlimau.

Di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, calon BN meraikan kemenangan bersama Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Syed Ibrahim pula meraikan kemenangan bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengumuman kemenangan kedua-dua calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.











Roslan Ahmad (tengah) dirai Muhyiddin Yassin, Mohd. Ali Rustam, Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan M. Kayveas (kanan) selepas kemenangan Barisan Nasional di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka, malam tadi.

Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

JASIN 6 Mac – Kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau membuktikan sokongan rakyat terhadap Pas semakin terhakis.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan itu memberi isyarat bahawa seluruh masyarakat berbilang kaum telah dapat menerima perubahan dari segi dasar-dasar transformasi ekonomi dan sosial yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengucapkan rasa syukur atas kejayaan tersebut, kata beliau, kemenangan yang diraih itu juga memberi mesej paling penting mengenai penolakan oleh penduduk di kedua-dua DUN tersebut terhadap perjuangan Pas yang tidak lagi relevan.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada kedua-dua calon BN yang bukan sahaja menang tetapi meraih majoriti yang cukup besar dan amat membanggakan. Ini adalah satu keputusan yang cukup baik dan meningkat di kedua-dua DUN tersebut berbanding daripada apa yang dicatat pada Pilihan Raya Umum 2008.

“Saya mewakili pucuk pimpinan parti juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat di Merlimau dan Kerdau kerana memberi mandat kepada calon BN untuk menjadi wakil rakyat mereka.

“Ucapan tahniah juga saya berikan buat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kerana mengemudi jentera BN dengan cemerlang termasuk jentera BN serta parti komponen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Politeknik Merlimau di sini malam ini.

Muhyiddin menambah, kemenangan yang diraih di Kerdau dan Merlimau dengan BN menyapu bersih di semua peti undi memberi petanda baik bagi BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada bila-bila masa.

“Kemenangan di Merlimau dan Kerdau meneruskan momentum kejayaan di Galas, Batu Sapi dan Tenang, tetapi ia tidak menggambarkan senario politik menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, BN perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan seluruh rakyat di negara ini akan terus memberikan sokongan terhadap BN.

Mengundi sebelum bersandingOleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

MARAN 6 Mac - Pemenang ketiga Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila tarikh persandingan mereka serentak dengan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dekat sini hari ini.

Tambah meriah apabila pengantin perempuan, Marni Azlina Deraman, 26, yang ditemani pasangannya, Sharul Hisyam Hashim, 27, turut mengundi di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 23, Bandar Jengka di sini kira-kira pukul 11 pagi sebelum majlis persandingan dimulakan.

Katanya, dia tidak menyangka tarikh yang dipilih sama dengan hari pengundian bagi PRK di kawasan tempat tinggalnya itu.

"Saya rasa cukup bertuah dan begitu terharu terutama dengan kunjungan tetamu terdiri daripada orang kenamaan dan juga para pengundi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Jengka 23 di sini hari ini

Turut hadir memeriahkan persandingan pasangan tersebut ialah Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis; Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan para penaja.

Lebih 2,000 tetamu hadir termasuk kaum keluarga dan sahabat-handai pengantin serta penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, Utusan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada penaja dan penduduk kampung yang terlibat dalam menjayakan persandingan tersebut.

"Ia merupakan kali pertama Peraduan Gerbang Cinta mengadakan majlis persandingan di kawasan Felda.

"Saya berbangga kerana majlis yang dirancang berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama serta komitmen tinggi daripada pihak penaja dan penduduk kampung," jelasnya.

Kata beliau, peraduan itu akan diteruskan pada masa akan datang berikutan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh pihak penaja sangat memberangsangkan.

Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim kedua menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM300,000 termasuk wang tunai dan pakej perkahwinan meliputi sajian makanan oleh Master Catering dan Kampung Pengantin, Precious Moment (pelamin dan hiasan dewan), dan Afidah Khamis Make Up and Stuff (solekan dan andaman).

Sementara itu, Dios Astana Bridal menaja busana pengantin dan cenderahati; D'Sayang Entertainment (sistem pembesar suara dan fotografi), Motion Pictures (video), CJ Print (kad kahwin) dan Sri Sutera Travel (pakej bulan madu).

Penaja lain ialah Avon Cosmetics sebagai penaja utama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Syokkahwin.com dan Utusan Online.












JAMALUDIN Jarjis (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada Sharul Hisham Hashim dan Marni Azlina Deraman sambil diperhatikan bapa pengantin lelaki (kiri) dan bapa pengantin perempuan (dua dari kanan) serta Ahmad Abdul Hamid pada majlis persandingan pemenang ketiga Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia di Felda Jengka 23, Maran, Pahang, semalam.

BN increases majority in both by-elections

Reports by FOONG PEK YEE, SA’ODAH ELIAS, MARTIN CARVALHO, R.S.N. MURALI, ROSLINA MOHAMAD, ONG HAN SEAN, CHRISTINA TAN, YUEN MEIKENG and KHAIRUL ASHRAF KAMMED Pictures by A. MALEX YAHYA, NIK NAIZI HUSIN, SAMUEL ONG and M. AZHAR ARIFF

BARISAN Nasional swept to victory with bigger majorities in both the Kerdau and Merlimau by-elections.

Its candidate in Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad stormed home with a 2,724 majority, an increase of 1,109 compared to that garnered in the 2008 general election. He defeated PAS’ Hassanuddin Salim.

In Merlimau, Barisan’s Roslan Ahmad beat PAS’ Yuhaizad Abdullah with a majority of 3,643 votes. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak thanked the voters, saying the big wins were significant.

His deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin said the coalition’s convincing wins by larger majorities were an endorsement of the coalition’s leadership and rejection of the Opposition.

Nik Aziz perlu belajar terima hakikat

KOTA BHARU 6 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa bukan semua pandangan politiknya yang menggunakan agama Islam, sentiasa betul.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang pandangan politik yang menggunakan agama, kerana ia boleh mengundang perpecahan di kalangan umat Islam.

"Kita bukan maksum seperti Nabi. Jadi kita kena ingat, sebagai manusia kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesilapan dan kita ada kelemahan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilihat mengelirukan umat Islam terutama setiap kali menjelang pilihan raya kecil.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas itu pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwa ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor dengan menyatakan pengundi yang menolak Pas adalah golongan jahiliah.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kesan tindakan pemimpin Pas terutama Nik Abdul Aziz mengeluarkan 'fatwa songsang' dapat dilihat dengan jelas di peringkat bawah seperti wujud solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di Kerdau, baru-baru ini.

"Ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau baru-baru ini, saya telah menunaikan solat di sebuah masjid dalam kawasan itu, amat mengejutkan apabila berlaku solat dua imam, satu pihak bersolat mengikut imam Pas dan satu pihak bersembahyang mengikut imam yang dilantik kerajaan negeri Pahang.

"Perbuatan ini masih berlaku, ia bukti perpecahan kerana penggunaan agama demi ideologi politik kepartian," katanya.

Sementara itu, beliau meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan dakwaan sebuah laman web mengenai penjualan tanah Ladang Rakyat kepada syarikat bukan bumiputera bernilai lebih RM12 juta, sedangkan projek itu dikatakan untuk membantu rakyat miskin melalui pertanian.

"Jika Pas adil dan melaksanakan pemerintahan secara Islam, mereka perlu jelaskan perkara ini, apakah mereka tidak selidiki dahulu kemampuan syarikat ini. Kalau tanah di Hulu Kelantan terlepas kepada orang lain, maka saya tidak hairan jika tanah di Kota Bharu semuanya tergadai,'' katanya.

"Rakyat Kelantan belum mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung penjualan itu. Tanah berkenaan telah diberikan kerajaan negeri kepada dua individu yang dipercayai adik-beradik," katanya.

Sebuah laman blog kelatekito.net mendakwa, wujud perjanjian 'ali baba' dalam pemberian tanah seluas 1,185.2 hektar kepada sebuah syarikat milik bumiputera yang dimiliki dua beradik pada tahun 2006 untuk fasa kedua pembangunan Ladang Rakyat di Mukim Kandek, Dabong.

Perjanjian pemberian tanah tersebut dibuat pada 23 Mac 2006 dengan Menteri Besar mewakili Kerajaan Pas Kelantan, manakala pasangan dua beradik itu mewakili sebuah syarikat perladangan dan ternakan.

Bagaimanapun, kira-kira tiga tahun selepas itu, syarikat tersebut telah diambil oleh sebuah syarikat bukan bumiputera membabitkan penjualan saham sebanyak RM12.75 juta.

Najib vows to do his best for Merlimau and Kerdau

Reports by FOONG PEK YEE, SA’ODAH ELIAS, MARTIN CARVALHO, R.S.N. MURALI, ROSLINA MOHAMAD, ONG HAN SEAN, CHRISTINA TAN, YUEN MEIKENG and KHAIRUL ASHRAF KAMMED Pictures by A. MALEX YAHYA, NIK NAIZI HUSIN, SAMUEL ONG and M. AZHAR ARIFF
JASIN: Prime Minister and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak thanked voters in both constituencies for the overwhelming support for the coalition.

“I would like to thank the voters in Merlimau and Kerdau for supporting Barisan,” he said in a tweet after the results were announced last night.

“The big wins are very significant. We will do our best for them,” he added.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Barisan’s impressive victories were an endorsement of the economic and social programmes initiated by the Government under Najib’s leadership.

“It looks like the Prime Minister’s transformation programme has been well received by the voters in both places,” he said.

At the same time, Muhyiddin said the voters had clearly rejected PAS. “This is an indication that the party’s struggles are not accepted by the Malays,” said the Barisan deputy chairman.

“This is not the first time,” he pointed out. “They have been defeated in Galas and Batu Sapi, and today in Merlimau and Kerdau.

“It is a signal that PAS has been rejected not only by the Malays but also by the other races who showed their protest at today’s polls,” he said after the Barisan candidates were declared the winners






















Nukilan hati hang nadim
أشباح لا يمكن التصويت..... تهاني باريسان ناسيونال
Adakah Hantu keluar mengundi di Melaka dan Kerdau.....?
hantu tidak keluar mengundi di Melaka dan Kerdau.....Kerana
Tiada Dalam Senarai.....Tiada Kad Pengenalan.....Tiada Alamat
tempat tinggal.....Orang mati tak boleh mengundi kerana
Kad Pengenalan telah di Potong penjuru dan diserah kepada
Pejabat Pendaftaran Negara, jangan Tuduh hantu mengalahkan
PAS Pok Nik kata Pilihanraya ni sebagai latihan.....
bagi hantu lebih faham kalah kerana orang tak suka
banyak sangat bercakap fitnah dan bohong.....maaf
ya hanya untuk bagi faham saja.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.