Pages

Subscribe:

05 Mac, 2011

[hang nadim] Dr M: Malays still need govt help.....

JITRA 5 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu termasuk kontraktor dan ahli perniagaan supaya bersedia membuang 'tongkat' yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama kerana bantuan tersebut tidak akan berkekalan.

Menurutnya, mereka mesti berdikari dan membina kecekapan untuk maju dengan membuang anggapan akan terus mendapat pertolongan daripada kerajaan berdasarkan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata, anggapan sedemikian menyebabkan ramai orang Melayu terus mengharapkan 'tongkat' daripada kerajaan.

Orang Melayu perlu sedia buang tongkat - Tun Mahathir
الملايو مستعدون لرمي العصا -- تون مهاتير
"Kita jangan percaya sangat bantuan yang diterima akan kekal. Kita harus ingat dan bersedia supaya suatu hari nanti apabila tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan tiada lagi kerajaan yang bersimpati kepada kita, orang Melayu masih boleh berjaya kerana sudah menguasai kecekapan dalam bidang yang diceburi.

"Insya-Allah kalau kita sanggup bertungkus-lumus sehingga menjadi cekap, masa depan akan lebih terjamin dan kita tidak akan lagi bergantung kepada 'tongkat sakti' yang diberikan sejak sekian lama," katanya ketika berucap pada majlis jamuan amal anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di Dewan Wawasan Jitra, di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.

Dr. Mahathir bagaimanapun berpendapat bahawa belum tiba masanya bagi kerajaan memberhentikan bantuan kepada golongan itu kerana DEB belum lagi mencapai matlamatnya dalam memastikan orang Melayu boleh bersaing dengan kaum lain.

Katanya, meskipun terdapat usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu dan sebab itu mereka masih memerlukan bantuan serta masa bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Menurut beliau, kontraktor Melayu perlu memberikan perhatian serius dalam meningkatkan kecekapan untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan yang ditawarkan khususnya berhubung cara pengurusan kewangan.

Katanya, aspek itu amat penting jika mereka ingin mencapai kemajuan dan membina reputasi setanding dengan kontraktor lain tanpa perlu lagi mengharapkan bantuan kerajaan.

"Kelemahan orang Melayu ialah dalam bidang pengurusan wang. Apabila memperoleh wang, mereka kadang-kadang membelanjakannya dengan cara yang tidak mendatangkan pulangan sampai berdepan kerugian," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri juga menasihatkan kontraktor Melayu supaya menjadikan tawaran projek sebagai satu amanah dan wajib dilaksanakan mengikut keperluan yang ditetapkan tanpa sebarang unsur penipuan.

"Kalau kita mempunyai nama baik dalam bidang ini, pihak swasta juga akan memberi peluang kepada kita," katanya.
Mahathir Mohamad, Azizan Abdul Razak dan Mokhtar Samad (kiri) berbincang pada Majlis Jamuan Amal 2011 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah di Jitra, semalam. - BERNAMA

Mahathir Mohamad, Azizan Abdul Razak dan Mokhtar Samad (kiri) berbincang pada Majlis Jamuan Amal 2011 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah di Jitra, semalam. - BERNAMA














JITRA: Malays still need government assistance because the New Economic Policy did not achieve its goal, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

Even among the few successful Malay entrepreneurs, most cannot compete with the non-Malays, the former prime minister said.

“It is not the right time for the Government to stop helping the Malays because the existing economic policy has yet to reach its objective,” Dr Mahathir said at the Kedah Malay Contractors Association charity dinner at Dewan Wawasan here on Friday night.

Dr Mahathir said that Malay contractors still depended on the Government because the private sector rarely awarded them projects.

He advised them to clean up their act and eradicate weaknesses in their outfit to gain the trust of non-Malays.

He said that poor financial management was the main weakness of Malay contractors which they must overcome to be successful.

Because of this weakness, even other Malays were reluctant to give them projects, Dr Mahathir said, citing studies.

He said that franchise offered Bumiputra businessmen a chance for easy profit through sale of an established product or service.

They failed when all they needed to do was follow regulations, Dr Mahathir said, and added:

“Those who manage their finances well will reap big profits while those who don’t will get nothing and will in fact lose money.”-Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.