Pages

Subscribe:

05 Mac, 2011




1Malaysia masih membara

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengharamkan penggunaan simbol 1Malaysia, hakikatnya rakyat negeri itu tidak menghiraukan larangan tersebut malah tetap menghayati semangat gagasan berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, semangat 1Malaysia masih hidup dan membara di kalangan rakyat walau penggunaan simbolnya telah mendapat tentangan pihak terbabit.

''Walaupun Selangor (kerajaan PKR) kata simbol 1Malaysia tidak boleh dinaikkan (digunakan), ia tidak jadi halangan.

''Yang penting bukan simbol tetapi semangat itu tetap tersemat dan membara di hati rakyat. Mereka cuba halang tetapi rakyat tak hiraukan dan menerimanya dengan baik.

''Gagasan 1Malaysia cukup kuat dan kita memastikan semua rakyat, tidak mengira kaum, bersama mengecap kejayaan. Apabila kita berfikir atas semangat 1Malaysia, kita akan bersama mampu untuk menempuh apa jua cabaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Persatuan Kepolisan Masyarakat Selangor di Puchong, dekat sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor kerana mendakwa logo itu mempunyai unsur politik.

Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam memastikan Malaysia mampu mencapai negara maju, ia akan lebih berjaya jika ada kerjasama antara kaum yang bersandarkan semangat 1Malaysia.

''Sebagai sebuah negara, kita bercita-cita untuk terus meningkatkan kualiti hidup dari segi ekonomi, pendapatan atau peluang perniagaan.

''Kita juga inginkan negara, masyarakat dan kawasan kediaman yang aman, harmoni serta bebas daripada jenayah," ujarnya.

Mengenai usaha memerangi jenayah, katanya, kerajaan telah merangkumkan elemen itu dalam satu daripada enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Tambah Najib, untuk tahun pertama pelaksanaan inisiatif berkenaan, usaha memerangi jenayah telah mencapai kejayaan yang di luar jangkaan dengan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

''Jenayah jalanan pula dapat dikurangkan sebanyak 35 peratus daripada sasaran asal iaitu 20 peratus. Untuk menjayakan usaha tersebut, kita akan menambah sejumlah 14,000 lagi anggota polis.

''Di Selangor sendiri, kadar jenayah dapat kita kurangkan sebanyak 10 peratus dengan jenayah jalanan menurun 35 peratus. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini.

''Namun, usaha ini tidak akan berjaya jika masyarakat tidak bersama-sama dengan polis dan kerajaan. Memerangi jenayah adalah tanggungjawab kita bersama," tegas beliau.

Najib memberitahu, usaha memerangi jenayah adalah melangkaui sempadan politik dan ia memerlukan sokongan semua peringkat masyarakat.

Beliau sebelum itu mengumumkan Balai Polis Puchong Jaya, Puchong sebagai pemenang Liga Balai bagi kategori A atas keberkesanan dalam memerangi jenayah.

Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?
Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.

"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.

Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.

"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya

Rakyat perlu insafkan Anwar
الناس بحاجة إلى أن ندرك أنور
KUALA LUMPUR 5 Mac - Rakyat perlu memainkan peranan menginsafkan pemimpin bongkak dan gila kuasa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung dengan gelaran Ketua Pembangkang sebagai topeng untuk menyalakan api yang boleh menghancurkan negara.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar merupakan pemimpin yang mengamalkan idealisme yang serupa seperti bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, pemimpin Libya, Muammar Ghaddafi dan bekas Presiden Tunisia, Zine El-Abidin Ben Ali.

"Huru-hara dan perang saudara yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan Yemen sesungguhnya amat membingungkan rakyat Malaysia. Rakyat berperang sesama sendiri, keamanan ternoda, ekonomi hancur, negara kucar-kacir.

"Di Malaysia juga kita boleh lihat ada pemimpin yang mengamalkan idealisme yang serupa seperti Gaddafi, Mubarak dan Zine El-Abidin. Apa bezanya Anwar dan diktator dunia Arab itu? Mereka semua serupa," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya jangan bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat.

Timbalan Perdana Menteri juga memohon rakyat supaya jangan benarkan mana-mana pihak menghancurkan negara hanya kerana kepentingan politik sempit demi meraih kemenangan pilihan raya.

Mengulas lanjut, Hamidzun berkata, Anwar perlu bertaubat dan juga menjadi peranan semua rakyat untuk menginsafkan pemimpin yang sentiasa bermain api dan boleh menghancurkan negara.

"Kata-kata Pengerusi DAP, Karpal Singh iaitu 'Anwar perlu bertaubat' merupakan kalimah yang tepat untuknya. Semoga Anwar kembali ke pangkal jalan sebelum menemui Allah, tuhan yang menciptanya," katanya yang juga Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Mengulas perkara sama, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Sd. Johari Md. Yassin berkata, pembangkang amat faham dan yakin bahawa kestabilan negara tidak akan membolehkan mereka mencapai angan-angan untuk berkuasa.

Oleh itu, katanya, pembangkang menjadikan agenda menghuru-harakan negara dengan menyerang secara agresif semua institusi penting yang menjadi paksi kekuatan negara agar rakyat bangkit memberontak.

"Serangan terhadap institusi kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), institusi ulama dan institusi diraja bukan secara kebetulan tetapi ia sengaja dilakukan dengan terancang untuk meruntuhkan keyakinan rakyat.

"Apabila setiap paksi kekuatan negara itu runtuh, maka di situ mereka melihat adanya peluang untuk berkuasa," tegasnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, percubaan menghuru-harakan negara adalah perbuatan khianat terhadap agama, bangsa dan negara serta amat bertentangan dengan Rukun Negara yang perlu dihormati semua pihak.

Tindakan itu juga katanya, adalah amalan 'demo-kerusi' pihak pembangkang yang enggan menerima hakikat kerajaan hari ini dipilih secara sah daripada sistem demokrasi berparlimen.

"Gerakan menghuru-harakan negara ini merupakan gerakan yang terancang serta tersusun dan tidak mustahil adanya penglibatan pihak luar sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Saya menyokong amaran pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan tegas dalam hal ini kerana mengambil kira majoriti hak rakyat Malaysia yang ingin hidup dalam negara yang aman dan bertoleransi," katanya.

Dr M: Malays still need govt help

JITRA: Malays still need government assistance because the New Economic Policy did not achieve its goal, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

Even among the few successful Malay entrepreneurs, most cannot compete with the non-Malays, the former prime minister said.

“It is not the right time for the Government to stop helping the Malays because the existing economic policy has yet to reach its objective,” Dr Mahathir said at the Kedah Malay Contractors Association charity dinner at Dewan Wawasan here on Friday night.

Dr Mahathir said that Malay contractors still depended on the Government because the private sector rarely awarded them projects.

He advised them to clean up their act and eradicate weaknesses in their outfit to gain the trust of non-Malays.

He said that poor financial management was the main weakness of Malay contractors which they must overcome to be successful.

Because of this weakness, even other Malays were reluctant to give them projects, Dr Mahathir said, citing studies.

He said that franchise offered Bumiputra businessmen a chance for easy profit through sale of an established product or service.

They failed when all they needed to do was follow regulations, Dr Mahathir said, and added:

“Those who manage their finances well will reap big profits while those who don’t will get nothing and will in fact lose money.”-Bernama

Najib to gauge the people’s mood in Sarawak election
نجيب لقياس مزاج الشعب في الانتخابات ساراواك

MELBOURNE: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has not ruled out an early election and says he does not need a mandate at the polls to proceed with key reforms, such as the introduction of a goods and services tax (GST).

Najib has pledged to restore investor confidence by pursuing reforms, including introducing the twice-delayed tax.

In an interview with Reuters here, he said a good showing in the upcoming Sarawak state election would help assess the public mood and, perhaps, provide a pointer to calling an early general election before one is due in 2013. The Barisan Nasional, which he leads, holds 63 of the 71 state seats in Sarawak
It’s a question of the assessment on the ground, how people are feeling towards the Government, whether we can have a feel-good factor and the people’s confidence in the Government and the position of the Opposition,” he said.

“I would not rule out anything. It could be early or it could be later. I am still assessing the situation. Sarawak will be part of the assessment, certainly,” added Najib, who is making his first official visit to Australia as Prime Minister.

Since taking office in the aftermath of the Barisan’s 2008 general election losses, Najib has delivered measures such as approving new bank licences and cutting Malaysia’s budget deficit, which hit a 20-year high of 7% in 2009.

Analysts say Najib may be willing to push through reforms, such as the GST, if he obtains a strong mandate at the next general election, which could be held on the back of economic growth following a contraction of 1.7% in 2009.

Najib said the GST, aimed at widening Malaysia’s narrow tax base, could be introduced “slightly later” than this year. The GST would replace the sales tax from 2011 and generate about RM8.8bil in revenue annually.

“So far, the reports on the ground are quite encouraging but we cannot take the threat lightly that the Opposition will be more determined this time to try to make inroads in Sarawak.”

Honoured: Najib receiving the honorary doctorate of letters from Monash University Chancellor Dr Alan Finkel in Melbourne yesterday. — Bernama





Nukilan hati hang nadim
Untuk orang Merlimau dan Kerdau berikan satu keputusan yang
baik dan membawa kemakmuran hari ini hantu tidak keluar
mengundi kerana Tiada dalam senarai, Tiada Kad Pengenalan
Tiada Alamat Tetap.....yang kalah tu jangan tuduh hantu
Ingat Orang Tak suka kat kita.....BN akan berjaya kerana
Allah menyertai orang yang Iklas dalam perjuangan
Insya Allah .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.