Pages

Subscribe:

04 Mac, 2011

[hang nadim] Pok Nik tak faham atau buat tak faham kerana Politik.....



Tindakan menyamar bukti pembangkang tiada kekuatan

KUALA KRAU 4 Mac - Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan pihak yang menyamar sebagai ahli pergerakan itu dan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sebagai kumpulan yang tidak mempunyai kekuatan untuk meraih undi.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya amat kecewa dengan tindakan pembangkang yang sanggup menyamar dan menghasut penduduk agar tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tanda protes.

"Saya kecewa dengan tindakan pembangkang ini terutama jentera wanita mereka dalam meraih simpati penduduk untuk menolak calon BN.

"Tindakan sedemikian amat keterlaluan dan terdesak. Justeru, saya mohon mereka hentikan kerja seperti itu kerana ia amat memalukan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas melancarkan gelombang merah Jentera Jalinan Rakyat BN di padang awam Kampung Badok di sini hari ini.

Hadir sama menyertai gelombang merah itu ialah anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menggesa pengundi agar berhati-hati apabila menerima kunjungan daripada mereka yang mahu merayu undi.

"Saya minta kepada pengundi berhati-hati kerana semua yang menyamar dengan memakai tudung merah itu tidak mempunyai kekuatan dan tidak mempunyai sebarang agenda demi memperjuangkan rakyat.

"Bagaimanapun kami Wanita UMNO mempunyai keikhlasan perjuangan dalam membela nasib rakyat," ujarnya.

Tambahnya, Wanita UMNO dalam berkempen hanya menceritakan bagaimana dan apa yang dilakukan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

"Kita akan ceritakan apa tindakan dan bagaimana cara yang dilakukan kerajaan dalam menentukan pembangunan rakyat," jelasnya.

Pas akan terus guna agama – Nik Aziz

KOTA BHARU 4 Mac – Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya, kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak terutamanya cendekiawan agama sepatutnya sedar bahawa segala perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu bersandar kepada al-Quran dan hadis, termasuk ketika kempen dan mengundi pada pilihan raya.

Justeru, katanya, jika seseorang mufti itu menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga neraka, mereka hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.

Kenyataan MB Selangor undang kritikan
KUALA LUMPUR 4 Mac - Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri mendahului bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengumuman pelantikan Canselor Universiti Selangor (Unisel) sebagai perkara biasa, terus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Antara yang berbuat demikian ialah Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita), Faridah A. Jabbar yang menganggap tindakan biadab itu sebagai sebahagian daripada budaya politik pembangkang untuk menafikan kewujudan institusi beraja di negara ini.

"Salah atau betul, biadab atau tidak, bukan satu dosa bagi mereka. Ia jelas bercanggah dengan kenyataan pihak pembangkang sebelum ini kononnya mereka tetap menghormati dan akan terus mempertahankan institusi beraja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 1 Mac lalu menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan Perlembagaan Unisel yang menetapkan pemilihan dan pelantikan Canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.

Titah baginda, Perlembagaan Unisel dengan nyata menjelaskan bahawa Canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda.

Abdul Khalid dalam sidang akhbar sehari selepas itu bagaimanapun mendakwa, tindakan mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel sebelum majlis penyerahan watikah pelantikan disempurnakan oleh Sultan Selangor merupakan perkara biasa dan satu bentuk ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hassan Mad tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa kerana bukan kali pertama pembangkang bertindak membelakangkan institusi beraja negara.

"Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor serta keberangkatan Permaisuri Agong yang tidak dipedulikan pada Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai tahun lalu menunjukkan seolah-olah tindakan seperti ini sudah menjadi perkara biasa.

"Sebagai ahli politik, Abdul Khalid sanggup memutarbelitkan apa sahaja bagi menampakkan tindakannya tetap betul dari segi undang-undang. Mungkin hanya tindakan tegas diambil pihak istana mampu menghentikan mereka daripada berbuat demikian," ujarnya.

Bagi Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob, tidak kira siapa pun yang diberi mandat mentadbir negeri, setiap keputusan yang dibuat haruslah dirujuk kepada sultan bagi mendapatkan perkenan kerana perkara itu memang sudah diamalkan sejak sekian lama.

"Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila perkara seperti ini terjadi. Kerajaan Selangor tampaknya sering menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat apabila membelakangkan sultan yang menjadi tonggak pemerintahan negeri,'' katanya.

“Kami tidak menghukum tapi berdakwah, kami ini pendakwah dan bukan hakim yang menghukum, Nabi Muhammad SAW berdakwah, jadi kami akan terus dengan pendekatan berdakwah.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad pun orang kata, kerja dakwah ini kerja Nabi Muhammad dan daripada segi demokrasi inilah salurannya.

“Kempen nak jadi Presiden atau nak jadi wakil rakyat, semuanya guna kaedah kempen. Kempen diambil dari ayat bahasa Inggeris dan dalam bahasa Arabnya dakwah, dalam Melayu dipanggil ajak.

“Bila mufti kata kempen orang tidak boleh guna hukum, ertinya dia sudah berlainan daripada Nabi Muhammad. Macam mana orang nak undi A atau B tanpa kita dakwah? Hatta sembahyang, kita nak ajak orang sembahyang serupa dengan yang Allah nak, macam mana kalau kita tidak guna hukum dalam al-Quran dan hadis?” soalnya

Lenggeng assemblyman Mustafa Salim found guilty of corruption
By SARBAN SINGH

SEREMBAN: Lenggeng assemblyman Mustafa Salim (pix) was found guilty Friday of accepting a RM2,000 bribe from a contractor as an inducement to issue a supporting letter to mine sand, more than two years ago.
Sessions Court Judge Amran Jantan fixed April 1 for sentencing.
The 51-year-old, first-term assemblyman from Barisan Nasional was, however, acquitted of two counts of soliciting bribes from one M. Manimaran for the same purpose.

Mustafa was charged under Section 10(a)(aa) of the Anti-Corruption Act 1997 with accepting the money at a restaurant in Mantin on Aug 31, 2008.

The charge carries a jail sentence of between 14 days and 20 years, and fine of five times the bribe amount or a minimum of RM10,000.

Sodomy II: Witness statement altered, Anwar implies

KUALA LUMPUR: The witness statement served on his lawyer and the one presented in court Friday "look quite different", Datuk Seri Anwar Ibrahim told the High Court Friday.

Testifying after he was recalled to the witness stand, Anwar looked through both copies and then told the court that he had to conclude they were two different statements.

"In the original (the one produced in court), there is the 'Sulit' stamp, but the one served on us, there is no stamp," he said.

He added that the original had DSP Jude Blacious Pereira's signature, his name and his designation, listed as 'Pegawai Perakam' (Recording Officer) but in the copy served on the defence, there was only a signature, which "looks clearly different".

"Clearly to my mind, Yang Arif, we are talking about two different copies," he said during the trial-within-a-trial.

Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden then asked for a copy to be provided to the prosecution so that they could examine both copies.

Later, Supt Ahmad Taufik Abdullah, the police officer who arrested Anwar on July 16, 2008, also testified that he had direct instructions from Bukit Aman CID director Datuk Seri Bakri Zinin for the arrest and that he did not have a warrant when he arrested Anwar.

"The warrant of arrest was served on Anwar later at the IPK KL," he said.

Anwar, 63, has claimed trial to performing carnal intercourse against the order of nature on Mohd Saiful Bukhari Azlan at a condominium unit in Bukit Damansara, Kuala Lumpur, between 3.15pm and 4pm on June 26, 2008.

Hearing continues before Justice Mohd Zabidin Mohd Diah on Monday.

Kelantan ban on sale of lottery tickets causes a row

KOTA BARU: The PAS-led Kelantan Government’s decision to extend its ban on gambling in the state to the Big Sweep lottery tickets as well has kicked up a storm.

Sale of lottery tickets is a “no-no”, says the Kota Baru Municipal Council which raided two bookshops, seized the tickets and issued summonses to the owners.

Chinese community leaders have reacted strongly, saying the action was tantamount to infringing on the rights of non-Muslims in the state.

The issue is set to become explosive, with some questioning why the state government had not acted much earlier if it had deemed gambling offensive.

A senior MCA leader in the state pointed out that the Social Welfare Lottery was governed by Federal laws and as such, the action of the municipal council was illegal.

He challenged Pakatan Rakyat to implement a similar ban in the other states they control — Selangor, Penang and Kedah.

Nik Aziz tidak faham

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak faham mengenai teguran berunsurkan nasihat sebagai peringatan sesama Islam yang dinyatakannya sebelum ini.

Beliau berkata, dalam soal mengundi atau memilih parti politik, kita tidak boleh menggunakan hukum sewenang-wenangnya termasuk dijanjikan syurga atau neraka.

“Ini kerana soal syurga dan neraka bukan hak kita kerana ia kuasa Allah SWT untuk menentukan siapa lebih berhak bergantung kepada amalan mereka.

“Bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Nik Aziz undi Pas masuk syurga, undi UMNO masuk neraka,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan balas Nik Aziz semalam, yang melahirkan rasa kesal terhadap tegurannya supaya jangan menggunakan agama untuk tarik pengundi.

Harussani berkata, memang benar sebagaimana yang diperintah menyokong atau membantu umat Islam adalah wajib tetapi bagaimana pula keadaannya bila sanggup bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum-hakam agama.

Katanya, sebagai orang mukmin sudah menjadi tanggungjawab untuk menegur sesama umat supaya beliau sedar akan kesilapan berkenaan.

“Lagipun, buat apa saya mahu pertahankan mana-mana parti, selagi ia salah dan terpesong sudah tentulah perlu diperbetulkan.

“Jika dibiarkan begitu, ia akan terus mengelirukan rakyat dalam hal-ehwal hukum-hakam agama,” katanya

Anwar dakwa seolah-olah diheret ke balai polis

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau seolah-olah ‘diheret’ ke balai setelah ditahan secara besar-besaran tanpa diberitahu alasan pada 16 Julai 2008.

Anwar, 63, memberi keterangan ketika perbicaraan dalam perbicaraan berhubung tangkapannya yang berkaitan dengan rampasan empat barang, kononnya bukti kes beliau meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pembangkang berkata, polis tidak menyatakan alasan ditahan ketika itu sedangkan peguamnya, Sankara Nair sudah menyatakan kepada pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Jude Blacious Pereira bahawa beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPK) selepas kembali daripada Putrajaya.

Anwar berkata, pada hari itu, beliau dalam perjalanan ke rumahnya di Segambut untuk menunaikan solat Zohor dan tiba-tiba dipintas oleh beberapa kenderaan polis, antara 10 hingga 15 pegawai komando beserta unit tindakan khas (UTK) bertopeng yang lengkap membawa mesing-gun.

Katanya, ketika itu beliau berada di belakang kereta bersama Sankara yang duduk di bahagian hadapan.

Menurutnya, Sankara tidak dibenarkan keluar daripada kereta dan mendengar seorang pegawai memberitahu Sankara mengenai arahan supaya menahannya untuk dibawa ke IPK dengan menaiki kenderaan polis.

“Saya tanya pegawai itu: apasal buat kat saya macam ni? Saya dah nak pergi dah (ke balai) dan dah bagi tahu DSP Jude.

“Dia jawab: saya terima arahan,” kata Anwar.

Beliau kelihatan tenang ketika memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah disoal Karpal Singh.

Menurutnya, beliau kemudian ke IPK bersama pegawai berkenaan.

Anwar berkata, sebaik tiba di IPK, beliau kemudian diarah ke bilik mesyuarat barulah Sankara dan seorang lagi peguamnya, R Sivarasa tiba.

Kemudian Anwar memberitahu, rakaman percakapannya diambil antara jam 2.30 hingga 5.30 petang dan selepas itu beliau bertanya polis sama ada boleh pulang ke rumah.

Tetapi menurut Anwar, beliau kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam.

Anwar memberitahu, di hospital itu dua doktor memeriksa zakar dan duburnya.

Kemudian beliau dibawa semula ke IPK dan bertanyakan sekali lagi sama ada semuanya sudah selesai bagaimanapun katanya, beliau dimasukkan ke lokap sekitar jam 11.30 malam.

Menurut Anwar, dalam lokap yang serba daif itu, beliau tidak boleh tidur di atas lantai simen kerana terlalu sejuk dan kerana beliau mempunyai masalah kesihatan.

Anwar ketika disoal Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sama ada beliau didera secara fizikal, beliau berkata, tiada penderaan fizikal dilakukan polis ketika itu.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak diberitahu mengenai penahanan itu dan menurutnya, pegawai penyiasat mempunyai laporan polis berkaitan beliau bagaimanapun laporan itu tidak dikemukakan ketika itu.

Semalam, Sankara juga menjadi saksi perbicaraan dalam perbicaraan itu dan memberitahu bahawa Anwar diserbu polis yang lengkap bersenjata ketika penahanan itu tetapi pegawai yang menahannya tidak memberitahu sebarang alasan.

Perbicaraan bersambung pagi ini.

Nukilan hati hang nadim
Lihat fikir dan sedar wahai bangsaku.....Jangan persenda Agama.....
Amaran Jangan mempersenda Bangsa Melayu.....Bersatu Bina Negara
Jangan kita diperbodohkan oleh Ulamak songsang.....Tidak ada
Sokongan Politik Boleh masuk Syurga hentikan fatwa begini
Dimana Rukun Islam 5 dan Rukun Iman 6 tidak ada dalamnya sokong
Politik masuk Syuraga tak ada.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.