Pages

Subscribe:

12 Mac, 2011

[hang nadim] Kalau Tak Buat Kenapa Takut.....Anwar?????



Anwar dicabar beri sampel darah
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel darah untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) atas nama hak dan kebenaran bagi merungkai identiti sebenar peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya menjadi pemimpin yang dayus dengan ‘menyorok’ di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh.

Katanya, Anwar sebaliknya perlu menjadi seorang manusia yang berani agar selari dengan cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Jika Anwar enggan memberi sampel darahnya, sudah pasti umat Islam dan rakyat akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang hendak disorok sangat. Sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah demi membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.

“Benarkah seperti yang disebut orang bahawa Anwar ada ‘rahsia besar’ yang mahu disembunyikan di sebalik keengganan memberi DNA,” katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com semalam.

Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar terpaksa memohon perintah agar mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi permohonan tersebut dibantah oleh Karpal.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, tiada sebab untuk Anwar membantah dan mengelak daripada memberi sampel darahnya kerana ia peluang terbaik untuk beliau membuktikan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat sebagaimana yang didakwa.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak perlu menunggu pihak pendakwa membuat permohonan kepada mahkamah untuk menyerahkan sampel berkenaan.

Ini kerana beliau yakin jika terbukti air mani yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful bukan miliknya, Ketua Pembangkang itu akan disanjung oleh rakyat.

“Yakinlah, di hadapan Allah nanti bahawa Karpal tidak akan boleh membantu lagi. Ingatlah di hadapan Allah nanti kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu Allah apa sebenarnya yang berlaku.

“Masa itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dengar, Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan dengar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dengar, N. Gobalakrishnan pun akan dengar. Masa itu, Karpal pun tak sempat nak membela kamu,” katanya.











1,000 wanita UMNO Gopeng desak Anwar serah DNA

BATU GAJAH 12 Mac – Seramai 1,000 ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng mengadakan perhimpunan secara aman hari ini bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) kepada Mahkamah Tinggi.

Perhimpunan tersebut berlangsung selama sejam di Arena Square Batu Gajah di sini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, perhimpunan berkenaan diadakan bagi mendesak Penasihat PKR itu menyelesaikan segera kekeliruan di kalangan rakyat berhubung status DNA lelaki Y yang masih belum dikenal pasti.

Katanya, sekiranya Anwar masih enggan memberikan sampel DNA itu, maka ia bakal mengesahkan andaian masyarakat bahawa DNA lelaki Y tersebut adalah DNA beliau sendiri.

“Jika Anwar adalah anak jantan dan berada di pihak yang benar, beliau perlu secara sukarela menyerahkan sampel DNA. Jika masih berdolak-dalih dan menggunakan mahkamah, masalah ini tidak akan selesai.

“Cukuplah kita melihat lakonan Anwar selama ini. Dia suruh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah dan telah pun melakukannya, kini mengapa pula beliau tidak mahu bersumpah? Mengapa tidak mahu beri kerjasama?,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pemuda cabar kemukakan DNA

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu supaya semua pihak yang terlibat terutama bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendapat keadilan sepenuhnya.

Beliau berkata, Anwar tidak harus takut untuk memberikan profil DNA secara sukarela sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak melakukan perbuatan tersebut.

“Tindakan Pemuda mendesak Anwar memberikan profil DNA adalah semata-mata atas nama keadilan dan kebenaran. Semua pihak termasuk rakyat mahu mengetahui kedudukan sebenar kes ini.

“Oleh itu Anwar harus berani mengemukakan profil DNA secara sukarela. Tambahan pula langkah beliau berbuat demikian akan dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Anwar telah memohon agar Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil DNA.

Ini merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.

Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar

KUALA LUMPUR 12 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali lega dengan pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memoirnya berhubung salah laku seks bekas timbalannya itu.

Menurut Ummi Hafilda, segala yang didedahkannya mengenai Anwar selama ini telah disahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam buku bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, katanya, tulisan Dr. Mahathir itu merupakan satu bentuk pengiktirafan kepadanya yang telah berjuang untuk menentang ‘kemungkaran’ Anwar sama ada di segi politik mahupun peribadi sejak 13 tahun lalu.

“Antaranya dalam muka surat 649 hingga 689, Dr. Mahathir ada menyebut bagaimana saya menghantar surat pertuduhan terhadap Anwar kepadanya sehinggalah saya menarik balik surat tersebut.

“Melalui buku itu juga, Dr. Mahathir menjelaskan beliau kemudian mengetahui saya telah disoal siasat secara kasar oleh pihak polis dan kerana tidak tahan, saya ambil keputusan untuk tarik balik surat itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, tulisan bekas Perdana Menteri yang menyentuh tentang kes itu turut menafikan tuduhan Anwar sebelum ini bahawa kononnya wujud konspirasi ke atasnya.

Oleh itu, katanya, Anwar diminta tampil menyaman Dr. Mahathir atau dirinya sendiri demi membuktikan segala pendedahan ke atas salah lakunya selama ini adalah tidak benar.

Anwar goes on the defence
Insight
By Joceline Tan
Datuk Seri Anwar Ibrahim is at his lowest ebb since March 2008 and he is turning to the ceramah circuit to defend himself against multi-pronged attacks.

ONE of Datuk Seri Anwar Ibrahim’s oldest and most loyal friends ended his days as a widower on Thursday night.

Tumpat MP Datuk Kamaruddin Jaffar, better known as Datuk KJ, remarried a year after his first wife died of cancer and the guests of honour were Anwar and Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

But the honour of making the speech was given to PAS politician Dr Syed Azman Syed Ahmad of Terengganu. Dr Syed Azman was the matchmaker for Kamaruddin and his Malacca-born wife and he almost brought the house down when he teased the newly-weds: “Last week, we failed to capture the Merlimau seat but, never mind, Datuk Kamaruddin has successfully conquered Malacca.”

It was a relaxing affair for many of the Pakatan Rakyat politicians that evening, and particularly for Anwar who has been increasingly under siege.

The PKR de facto leader is at his lowest point since his post-2008 political comeback. For a couple of years after the March 8 “tsunami”, it seemed like Anwar could walk on water. But very little has gone right for him in recent months, be it his party affairs or the sodomy trial.

PKR people still insist he is Pakatan’s Prime Minister-in-waiting. But most PAS and DAP leaders have stopped talking about the road to Putrajaya. They are more concerned about whether they can hold on to their seats now it is clear they are unable to hold on to the Malay vote.

Anwar has just climbed back from the precipice in the sodomy trial. The trial had been inching towards revealing the identity of Lelaki Y (Male Y), the term investigators used for the mystery man whose DNA was allegedly found in Saiful.

On Tuesday, the courts ruled that several items with the DNA of Lelaki Y could not be tendered as evidence. It was a big win for Anwar’s legal team because the evidence would have tied him to Lelaki Y.

He must have felt great relief because his detractors had begun taunting him as Lelaki Y when he campaigned in Kerdau. He was greeted with banners that said, “Mr Y, selamat datang ke Kerdau” - and that was one of the more polite banners.

On top of that, he had to endure a “joint ceramah” with his female nemesis Ummi Hafilda Ali who was speaking just a stone’s throw away from him. People on his side of the ceramah could hear quite clearly what she was saying about him, and it was not pleasant stuff.

PKR secretary-general and Machang MP Saifuddin Nasution denied that Ummi rattled his boss that night.

“Anwar has been through a lot. It takes more than that to upset him,” said Saifuddin.

But PKR politicians are rather wary of her given the crowds she pulled in Kerdau and Merlimau. Besides, who else apart from Tun Dr Mahathir Mohamad has spoken so explicitly and daringly about Anwar?

Anwar’s detractors would like to think that his downward slide began after he failed to deliver on his Sept 16 claim.

But the real slide started after PKR’s trouble-ridden elections last year and the defections from his party. It gave the impression that he could not control PKR and that his priorities were too wrapped up in his court case.

Some think that Anwar is in the midst of one of those perfect storms.

Apart from the trial, the publication of Dr Mahathir’s memoirs has sort of switched things up. It could not have been worse timing for Anwar. Dr Mahathir has repeated his accusations about Anwar’s sexual exploits, this time in print.

At the book launch, a mischievous Dr Mahathir said he was “trembling” at the thought of being sued. Of course, he was telling Anwar to “bring it on, man, bring it on”.

The people around Anwar are furious about the book.

“I’m not buying the book. It’s a story we have heard before,” said Muaz Omar, an aide of Azmin’s.

At the PKR political bureau meeting two nights after the book launch, several party leaders felt that Anwar should not let Dr Mahathir get away with what he has written.

“Anwar’s stand is that he had long ago decided to move on where Dr Mahathir was concerned. He said he’s not interested in challenging an old script and he doesn’t want to be stuck in another court case,” said Saifuddin.

Anwar prefers the court of public opinion rather than the court of law. He has been on a ceramah blitz ostensibly to promote the Pakatan manifesto, the Buku Jingga, but also to counter the renewed attacks against him.

Dr Mahathir has become a central target of his attacks the last few days. He does not rebut what Dr Mahathir is saying about his sexuality but he has hit out at the former premier’s cronies and his children’s businesses and wealth. He seems to be steering clear of Ummi, though.

Anwar also suffered a setback when a hoped-for meeting with US Secretary of State Hillary Clinton did not materialise. Shortly before Clinton’s visit, a news portal reported that a meeting was being lined up. It was a rather strange report because the meeting was apparently never on the cards.

There has been a cooling on the part of the US administration towards Anwar’s cause and Clinton’s stance during her recent visit was in sharp contrast to that of Vice-President Al Gore at the height of Sodomy 1.

Moreover, Clinton’s visit follows improved ties between the United States and Malaysia. The Obama administration sees Datuk Seri Najib Tun Razak as a Muslim leader with whom they can sit down and have a dialogue.

In that sense, Anwar’s crusade against Apco may have more to do with Apco’s role in presenting Anwar’s sodomy case to US lawmakers than Apco’s so-called Jewish connections.

The lobby group has explained the trial in a way that Americans can relate to, that it is an alleged sexual harassment involving an employer and a subordinate and the trial is a result of a report lodged by a complainant, unlike the first trial where the Government was the main initiator.

But the most damaging strike has been the Wikileaks report quoting Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew as saying that Anwar knowingly walked into a trap. Singapore has played down the report but has not denied its contents.

The success of Najib’s visit to Turkey was another blow to Anwar who counts Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan as a friend and supporter.

Erdogan had welcomed Najib in Ankara, saying, “this is my brother Najib and I am happy to have him here.”

Their scheduled 10-minute four-eyed meeting over-ran into 45 minutes and Erdogan insisted on a joint press conference. The Turkish Premier also eschewed protocol and insisted that Najib ride in the same car as him. It was a political coup of sorts for Najib.

All these events add up to a challenging time ahead for Anwar and his party.

“I can’t blame Anwar if he feels he is all alone. He has been consumed by successive crises and there are now less people whom he can count on to defend him and do the attacking. To him, the trial is to stop his political ambitions and his goal of power, and it is taking a lot out of him,” said Merdeka Centre director Ibrahim Suffian.

Reporters covering his trial said he seems to be holding up well and is still able to see the lighter side of things. For instance, when a witness was asked to identify him, Anwar, who was sitting in the dock, playfully dodged as though trying to hide.

He is reportedly upset that PKR members have not been turning up in court to show him their support.

Recently, party members received the following SMS from PKR Tanjung Karang chief Yahaya Sahri: “Salam, sokongan DSAI di mahkamah amat merosot hampir tiada. Saya ingin mencadangkan agar kita atur kawan-kawan kita drp cabang turun beri sokongan moral, klu kita bergilir pun ok, satu cabang klu hantar 20 org pun dah ok. Jadual mahkamah akan saya sms.”

Yahaya was urging PKR divisions to send members whether in rotation or groups of 20 to show moral support for Anwar because the number of supporters in court had dwindled to almost nil.

Anwar is the ultimate political animal. A lesser person would have cracked under the pressure. He told Saifuddin that when he goes on the ground and sees a big crowd, he feels motivated.

The crowds at his ceramah have indeed been growing and a lot of it has to do with his trial approaching a critical stage and the sensational evidence coming out.

Anwar, said academic Prof James Chin, is in “distraction mode”.

“He cannot devote his full time to Pakatan or PKR. The trial is taking away his attention and focus. But everything hinges on the next general election. If Najib does not get his two-thirds majority, he is in trouble. If Pakatan does badly then they are in trouble,” said Chin of Monash University Sunway Campus.

The attacks by Dr Mahathir, said Chin, has impact among rural Malays but less so among the urban crowd.

Anwar’s supporters also bristle at the suggestion that he has become a liability for Pakatan. But privately, PAS and DAP leaders are frustrated that Anwar has overwhelmed their political agenda.

Anwar, said blogger Syed Azizi Syed Aziz who is better known as Kickdafella, has image problems in the rural Malays areas and that becomes a problem for PAS. Outwardly, DAP and PAS still stand by him but, privately, they are riddled with doubts about the trial and his ability to hold things together.

Moreover, Generation Y, the youth cohort born between the mid 1970s and 2000, is not rallying around Anwar the way Generation X took to the streets to support him during his first trial. Generation Y is neither loyal to Anwar’s politics nor affiliated with the ruling coalition. They are as critical of Pakatan politicians as they are of those in Barisan.

As such, Pakatan’s claim that young voters are with them is not exactly true. The young voters are still out there and their vote will go to the party that can offer them a better future - and that means education, jobs, homes and a lifestyle of their choice.

Anwar is in a difficult political situation and he will be fighting many fronts in the months ahead.

Mahkamah diminta arah Anwar jalani ujian DNA

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintah Ketua Umum PKR itu memberikan sampel DNA untuk dianalisis.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan berkata, ujian itu perlu untuk menentukan DNA siapa yang ditemui di saluran dubur bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohamed Yusof berkata, permohonan itu berdasarkan peruntukan Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950, ekoran keterangan saksi terutamanya ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah mengesahkan kehadiran beberapa profil DNA di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Menerusi ujian itu, kita akan mendapat bukti yang tepat,” katanya.

Bagaimanapun, peguam bela, Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membantah permohonan itu.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Mohamed Yusof turut memohon agar membuat semakan semula terhadap keputusan perbicaraan dalam perbicaraan kerana terdapat perkembangan terbaru dalam keterangan.

“Semakan itu perlu dilakukan kerana berdasarkan keterangan Superintendan Ahmad Taufik Abdullah yang mengesahkan proses penahanan Anwar dibuat secara betul.

“Jadi kita mahu semakan penghakiman dibuat terhadap penolakan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar tidak menerima tiga barang kes, iaitu sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi sebagai bahan bukti kerana diperoleh secara tidak sah, ketika penahanannya, 16 Julai 2008.

Sebelum itu, Pegawai Penyiasat, Superintendan Jude Blacious Pereira, dalam keterangannya, mengakui beliau mengambil keterangan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung kejadian liwat itu, 17 Julai 2008.

Disoal balas Karpal, Jude bersetuju dengan peguam itu yang mempertikaikan kredibilitinya kerana keterangannya sebelum ini dalam perbicaraan kes lain tidak diterima pakai.

Mohamad Zabidin menetapkan Isnin ini untuk berhujah berhubung permohonan itu

Nukilan hati hang nadim
Anwar kalau hang tak buat salah kenapa takut nak buat ujian DNA.....kerana
DNA susah nak Bohong hang selalu bohong tapi DNA hang kantoi macam mana
nak bohong.....yang kedua hang takut azizah tahu perkara ini benar hang selalu
bohong dia.....dia tahu.....Tolong bagi DNA untuk hang tak teranianya tapi
kalau hang buat.....Insya Allah.....terima lah hukuman jangan kata orang
buat aniaya seperti hang selalu kata.....ini bukan aniaya.....hanya hang
selalu buat bohong hingga pengikut hang teraniaya.....Sabaq jangan suruh
pengikut buat tunjuk perasaan.....salah sendiri tanggung sendiri.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.