Pages

Subscribe:

12 Mac, 2011

[hang nadim] Pulau Pinang oh Pulau Pinang.....

Ghani hantar hadiah keranda kepada ADUN Komtar

GEORGE TOWN - Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik.

Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.

Lori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.

"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di sini, hari ini.

"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.

Sebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.

Pengerusi kumpulan itu, Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata, mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini petang ini.

"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya. - Bernama

Karpal ada muslihat tersembunyi: Zulkifli

SHAH ALAM - Orang ramai termasuk pengikut DAP mula menimbulkan tanda tanya terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana enggan menasihatkan anak guamnya berhubung pemberian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada polis.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifki Nordin berkata, jika benar Karpal ingin membuktikan Anwar tidak bersalah beliau perlu menasihatkan Anwar memberikan profil DNA bagi membuat perbandingan dengan DNA sperma yang dijumpai di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Karpal tidak membuat sebarang cadangan atau nasihat Anwar. Ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai termasuk ahli DAP sendiri kerana sikap Karpal begitu berlainan semasa menjadi peguam kepada kes berkenaan.

“Banyak pihak juga keliru dengan kepimpinan DAP sekarang terutama Karpal yang masih boleh bersama dengan Anwar berhubung penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu yang hanya menjadi angan kosong kepada pembangkang,” katanya.

Menurutnya, pada 22 Oktober 1997 Karpal merupakan orang pertama mendesak Anwar dipecat daripada kerajaan ketika mendedahkan Anwar terbabit dalam amalan homoseks dan liwat, tetapi kini beliau menjadi peguam bela kepada Ketua Pembangkang.

'Jumpa Nik Aziz jika tidak puas hati isu loteri'

KUALA TERENGGANU – Pemimpin bukan Islam yang tidak berpuas hati berhubung larangan penjualan loteri di Kelantan perlu mengadakan perbincangan dan perundingan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, pertemuan itu penting sebagai usaha untuk meleraikan segala persoalan dan ketidakpuasan hati.

“Ia perlu kepada perbincangan dan perlu dijelaskan apakah tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat dan biar mereka faham kedudukan sebenar berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

PKR's Sivarasa barred from Sarawak, again

PETALING JAYA: PKR’s Subang MP R. Sivarasa was put on a flight back to Kuala Lumpur after being barred from entry into Sarawak, again.

Sivarasa confirmed that he had been barred from entering Malaysia’s biggest state after arriving at 10.10am on Saturday.

“Yes, I have been barred. I was put in an AirAsia flight back to Kuala Lumpur,” he said.

Sivarasa, a PKR vice-president, arrived with Selangor exco member Xavier Jayakumar to attend the state PKR convention.

Xavier was allowed in.

This is the second time he is barred from entering Sarawak after being previously disallowed in 2009.

In Kuching, PKR Sarawak chief Baru Bian said he would bring the matter up to courts because there were no valid reasons why Sivarasa was denied entry, thus disrupting the party’s convention.

“I think this is a blatant disregard of the express provision of the Immigration Act.

“The last time Sivarasa came, they also barred him. This time, we have all the documents and paper work as well as police permits, and I ensured that he had received an invitation letter to our party’s convention. Yet they do not allow him to come in,” he told reporters Saturday.

Sarawak is expected to hold its state polls soon.

Abu Bakar bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan itu menjelaskan bahawa zoteri adalah satu bentuk perjudian yang secara jelas diharamkan agama.

Beliau berkata, orang bukan Islam di negeri ini memberi maklum balas yang baik berhubung perkara itu ketika Terengganu diperintah oleh Pas pada 1999 hingga 2004.

“Masa itu kita tidak perbaharui premis judi dan melalui orang bukan Islam, kita mendapat pandangan mereka bahawa mereka juga tidak setuju dengan judi dan ia bukan budaya mereka,,” katanya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas dilaporkan bersedia bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh bagi berbincang dan menjelaskan isu larangan menjual loteri di Kelantan.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Bunut Payung) dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri mengharamkan segala bentuk perjudian, manakala aktiviti penjualan arak dikawal dan lesen untuk premis dan aktiviti perjudian tidak dikeluarkan di negeri itu.

Pemimpin PKR tipu kelayakan akademik?

BUKIT MERTAJAM 12 Mac - Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kini sedang disiasat parti itu kerana didakwa menipu mengenai kelayakan akademiknya di laman web sosial Facebook.

Pemimpin tersebut dikatakan menulis dalam akaun Facebook bahawa dia merupakan pemegang ijazah sarjana muda dengan kepujian dari salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan walaupun tidak memilikinya.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas didedahkan di laman Facebook termasuk di akaun milik beberapa pemimpin PKR negeri baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Mansor Othman yang ditemui pemberita hari ini mengesahkan bahawa siasatan tersebut dilakukan selepas pihaknya dimaklumkan mengenai pendedahan itu Rabu lalu.

Mansor berkata, pihaknya akan menemui pemimpin tersebut dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan.

''Tapi saya belum berjumpa dengannya lagi," katanya ketika ditemui selepas perasmian Bengkel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, hari ini.

Mansor yang juga Naib Presiden PKR diminta mengulas pendedahan mengenai dakwaan tersebut yang tersebar di laman web termasuk di akaun Facebook miliknya baru-baru ini .

Carian di akaun Facebook milik Mansor mendapati, terdapat rakan dalam web sosial itu turut membuat dakwaan yang sama sambil menyifatkan ia sebagai perbuatan munafik.

Difahamkan, pemimpin berkenaan memegang jawatan kanan salah satu kepimpinan sayap PKR negeri selain menganggotai jawatankuasa PKR di peringkat pusat.

Selain mengisi salah satu daripada dua kuota PKR bagi keanggotaan ahli majlis MPPP, pemimpin tersebut juga dipilih mengetuai salah satu jawatankuasa pengurusan pihak berkuasa tempatan itu.
Dapat 'hadiah' keranda pula

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan di hadapan keranda yang dihadiahkan kepada Ng Wei Aik semasa demonstrasi aman di pekarangan Komtar, Pulau Pinang, semalam. - mingguan/Sazali Che Din

PULAU PINANG 12 Mac - Sempena tiga tahun pentadbirannya, kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini 'dihadiahkan' keranda oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Bagaimanapun, 'upacara' penyerahan keranda yang ditempah khusus untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri sedikit kecoh apabila dihalang oleh polis.

Keranda tersebut telah dirampas oleh polis ketika kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman cuba menurunkannya di pintu masuk utama Komtar pada kira-kira pukul 9 pagi.

Berikutan tindakan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya menempah sebuah lagi keranda dengan harga hampir RM2,000 dan menukar lokasi 'majlis' ke Komtar Walk, iaitu pintu masuk yang lain kira-kira pukul 3 petang.

Pada badan lori yang membawa keranda itu turut tertera kain rentang tertulis perkataan-perkataan yang mengecam sikap Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar seperti 'diktator', 'berlagak besar', 'suka balas dendam', 'angkuh' dan 'sombong'.

Kumpulan tersebut cuba membawa turun keranda itu untuk diarak mengelilingi Komtar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak meneruskan tindakan mereka.

Sebagai mematuhi arahan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya memandu sendiri lori yang membawa keranda berkenaan menuju ke rumah Wei Aik yang terletak di Air Itam.

Kesemua mereka sebelum itu menyertai Perhimpunan Aman Bangkit bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam di Komtar Walk yang dihadiri kira-kira 200 ahli daripada beberapa NGO Melayu.

NGO-NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjung, Persatuan Silat Gegaran Petani Pulau Pinang dan Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia.

Turut serta Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Nelayan Jelutong dan Gelugor, Majlis Belia Daerah Barat Daya, Pertubuhan Belia 4B Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Pada perhimpunan berkenaan, Pengerusi Majlis Gabungan NGO-NGO Melayu Islam, Anwar Khan Ali Azqar Khan membacakan memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas setebal lapan muka surat.

Kandungan memorandum itu antara lain menyatakan kekhuatiran rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan-tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepanjang tiga tahun mentadbir negeri.

Antaranya menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, merampas tanah rakyat untuk mendirikan universiti, merobohkan gerai-gerai peniaga kecil, menubuhkan portfolio bukan Islam, membatalkan perarakan Maulidur Rasul dan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab hiburan.

Menurut Anwar Khan Ali, sepanjang tiga tahun lalu, kerajaan negeri sebenarnya dikuasai oleh DAP dan berjaya menggunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk mentadbir.

"Terlalu banyak yang telah mereka laksanakan sehingga mengguris perasaan orang Melayu dan agama Islam.

"Justeru, memorandum ini dihantar untuk diperhatikan dan dipanjangkan masalah serta tuntutan umat Islam Pulau Pinang ke dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu," katanya di sini hari ini.

Memorandum berkenaan kemudiannya dihantar ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 5 petang

Nukilan hati hangnadim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.