Pages

Subscribe:

27 Mac, 2011

[hang nadim] Ke mana Anwar?: Penjelasan PKR jadi 'senjata makan tuan'.....














KUALA LUMPUR 27 Mac - Tindakan terdesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan Facebook sebagai bukti alibi, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di hotel ketika rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang berlaku, bertukar menjadi 'senjata makan tuan'.

Ini kerana PKR melalui Pengarah Strateginya, Mohd. Rafizi Ramli, mungkin tidak sedar terdapat perbezaan waktu antara laman sosial Facebook dengan Twitter sebelum 13 Mac lalu, akibat Waktu Musim Panas (DST) yang menyaksikan masa di Facebook sejam lebih awal berbanding Twitter.

Ini kerana Facebook bergantung kepada server (pelayan Internet) di Amerika Syarikat yang mempunyai perbezaan waktu (cepat sejam) akibat DST tetapi server Twitter tidak bergantung kepada Amerika sebaliknya, ia mengikut waktu sebenar sesebuah negara pengguna.

Perbezaan waktu tersebut hanya kembali sepadan di antara Twitter dan Facebook apabila Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu, menambah sebanyak sejam waktu di negara tersebut bagi menyelaras semula perbezaan waktu siang yang lebih panjang ketika musim bunga dan musim panas.

Sebab itu, berlakunya perbezaan masa antara mesej Anwar di Twitter dengan Facebook untuk kandungan yang sama pada 21 Februari lalu, iaitu tarikh di mana rakaman video seks membabitkan seseorang yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah bilik hotel.

Bagaimana mesej di kedua-dua laman sosial tersebut tetap mempunyai persamaan iaitu Anwar didapati 'hilang' lebih dua jam dari pukul 9.20 hingga 11.38 malam (Twitter) dan 8.20-10.40 malam (Facebook) tanpa sebarang penjelasan kukuh daripada Ketua Pembangkang itu sendiri.

Sedangkan, dalam tempoh itulah aksi seks yang mengaitkan seorang pemimpin pembangkang dengan wanita China dirakamkan (10.20-10.41 malam) dan dengan mengambil kira fenomena DST (perlu tambah sejam), waktu sebenar 'kehilangan' Anwar di Facebook adalah dari pukul 9.20 hingga 11.40 malam.

Menurut penulis blog Minda Intelek Melayu (MIM), Dr. Novandri Hasan Basri, akibat tindakan terdesak Mohd. Rafizi itu, semakin banyak rahsia ke mana Anwar 'menghilang' pada waktu aksi seks tersebut dirakamkan kini terbongkar sedikit demi sedikit.

"Sungguh memalukan sebagai Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi cuba mengelirukan rakyat dengan jam di Facebook tetapi hakikatnya, jam di Twitter adalah waktu semasa iaitu waktu ketika mesej ditweet. Jika Anwar tweet pukul 9.20 malam, ia bermaksud pukul 9.20 malam.

"Tetapi Mohd. Rafizi sendiri telah menyulitkan isu Anwar 'hilang'. Disebabkan kenyataan beliau mahu membuktikan kehadiran Anwar, MIM juga dapat tahu bahawa Anwar turut 'hilang' dalam Facebook lebih dua jam (8.20-10.40 malam)," katanya dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Mohd. Rafizi, berdasarkan waktu di Facebook itu (belum ditambah sejam) adalah mustahil 'aktor' yang melakukan hubungan seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak.

Namun semalam, Anwar ketika diajukan soalan ke mana beliau 'menghilang' dalam tempoh lebih dua jam itu langsung tidak mahu menjawab sebaliknya mempersoalkan mengapa mereka yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Sedangkan sebelum ini, ketika menafikan dirinya ialah pemimpin pembangkang dimaksudkan, Anwar dengan tegas memberitahu, dia berada bersama keluarganya dan sedang mengemas kini laman sosial Twitter dan Facebook ketika aksi seks itu berlangsung.

Nalla sedia jumpa pemimpin Pas

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 27 Mac – Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.

“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

Karpal digesa nyatakan pendirian isu video seks

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa menyatakan pendiriannya berhubung pendedahan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China baru-baru ini.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, rakyat mahu melihat sama ada Karpal yang merupakan peguam bela bagi kes liwat kedua melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaungkan kebenaran atau hanya sekadar bersuara demi kepentingan politiknya.

Beliau berkata, pihaknya juga mendesak supaya bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang merupakan salah seorang trio Datuk T agar memberikan satu salinan video seks melibatkan pemimpin pembangkang itu kepada Karpal.

"Parti KITA Kedah meminta supaya Karpal menilai sendiri sejauh mana tahap moral rakan pemimpin pembangkangnya itu melalui isu video seks tersebut.

"Adakah Karpal akan bersikap seperti harimau Jelutong atau berdiam diri seperti tikus Jelutong dalam isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zamil turut mencabar Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap trio Datuk T sekiranya apa yang didakwa oleh kumpulan itu bahawa beliau meminta wang pelincir selepas menyaksikan video seks tersebut adalah tidak benar.

Selain Abdul Rahim, trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks pemimpin pembangkang itu ialah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim.

"Jika kenyataan Datuk T tidak betul maka Johari boleh saman di mahkamah. Selagi dia (Johari) tidak berbuat demikian maka kita anggap apa yang Datuk T katakan itu adalah benar," katanya.

Wan Azizah tak pernah menyesal

Teringat antara ayat yang keluar dari mulutnya kali terakhir bertentang mata pada September 1998 dulu; "Ini kerja Allah. Ujian dari Allah. Kami perlu kuat."

Petang Jumaat 25 Mac, sewaktu melangkah di muka pintu rumahnya, kelibat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat kami lihat di sebalik cermin yang tertutup rapat.

Melihat saja kehadiran kami, beliau semakin menghampir. Membuka pintu bercermin lebar yang berkunci dari dalam.

Kami berjabat tangan. Bertanya khabar dan kemudian dipersilakan duduk.

Terbayang ketika bertemu dengannya semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu.

Ketika itu, apabila ditanya bagaimana dia menghadapi situasi, gerak tubuhnya memberi jawapan sedih, matanya menunjukkan riak perih.

Hari ini soalan sama dipantulkan semula. Segera menanti reaksi tubuh dan matanya. Tapi jawapan yang diterima jauh berbeza.

Di tubuhnya... tiada tanda gerak lesu. Di matanya... tiada genang hati hiba.

Mungkin ini kesan pelbagai palitan hitam dalam kehidupannya sepanjang lebih 12 tahun selepas suami tidak memegang teraju kepimpinan negara.

Tapi apa yang nyata, ungkapan 12 tahun lalu dilontarkan kembali: "Ini kerja Allah. Ujian dari Allah. Kami perlu kuat."

Dapatkan berita selanjutnya di Sinar Harian hari ini.

Serah salinan video seks kepada Karpal: Kita

KUALA LUMPUR - Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

"Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.

"Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut. - Bernama

Ahli Parlimen PKR sedia beri keterangan

2011/03/28
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, yang dibawa menonton rakaman video seks didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita muda warga asing, mengaku belum dipanggil memberi keterangan kepada polis bagi membantu penyiasatan kes berkenaan.

Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk tampil memberikan keterangan pada bila-bila masa sekiranya dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan. “Saya tidak dipanggil (memberi keterangan) dan tak dihubungi (polis). Tak ada masalah (sekiranya dipanggil)... sebagai rakyat Malaysia dan Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, saya sedia pada bila-bila masa.

Bukan saya terbitkan (video seks berkenaan)... (jadi) saya tiada kena mengena. Bukan saya seorang tengok video itu, ramai lagi termasuk pengarang dan wakil media, tapi saya tak ada masalah kalau dipanggil,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Johari turut mengesahkan Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu berhubung rakaman video berkenaan, juga belum dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis.

Rabu lalu, Johari pada sidang medianya mendakwa beliau dibawa menonton rakaman video seks itu di sebuah hotel di sini oleh bapa saudaranya yang juga Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Nukilan hati hang nadim
Azizah Oh Azizah Tolong Nasihat Anuwar supaya:-
1. Sumpah Mubahalah (kenapa takut kalau tak buat)
2. Tidak buat Road Show sebelum perkara itu pasti
3. Mana-mana pihak Tidak memberi Tekanan kepada Polis
4. Supaya Anwar tidak menyalahkan mana-mana pihak
5. Jangan mengheret Rakyat /orang ramai kerana kes peribadi
6. Tegaskan kepada Anwar Berani buat berani tanggung
7. Jangan banyak bohong makin banyak bohong makin banyak kebenaran dapat di bukti
8. Belum apa-apa dah nafi misalnya kata anwar dlm video lelaki perut buncit tapi kata belum tengok lagi???
9. Ingat sumpah Saiful kembali kepada siapa???
10.Tidak ada orang nak buat fitnah kita fikir fitnah yang kita lakukan (ada Pembalasan)
11.Azizah bagitahu Anwar ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.