Pages

Subscribe:

10 April, 2011

[hang nadim] Anuar.....Azizah.....berang.....Karpal beri senyuman Monalisa.....Khalid Sugul......dlm sidang Akhbar.....























Anwar berang

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my
KUCHING 10 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut.

Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.

“Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ katanya.

Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.

Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.

Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.

‘‘Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat,” katanya

Dedah segera siasatan video seks

BUKIT MERTAJAM 10 April - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak polis menyelesaikan dan mendedahkan segera hasil siasatan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang bagi meredakan segala spekulasi negatif dalam kalangan masyarakat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin menegaskan, siasatan yang terlalu lama hanya akan menimbulkan pelbagai persepsi dan perkembangan itu dikhuatiri mengakibatkan rakyat lebih mempercayai spekulasi berbanding kebenaran dalam isu tersebut.

"Bila ia (siasatan) berlarutan, maka spekulasi timbul dan ia mempengaruhi persepsi rakyat. Kita tidak mahu bila keputusan siasatan diumumkan kelak, orang sudah tidak kisah kerana kadang-kadang persepsi menjadi lebih penting berbanding kebenaran.

"Sepatutnya dalam kes ini, kebenaran perlu diutamakan demi memberi keadilan kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Konvoi Jom Jelajah 1Malaysia di Kampung Machang Bubok, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Shaik Hussein Mydin.

Langkah mempercepatkan siasatan kes itu juga, kata beliau, mustahak bagi memulihkan imej dan nama Malaysia di luar negara yang terpalit ekoran pendedahan skandal berkenaa
Wan Azizah patut buktikan simpan jam

KUALA LUMPUR 10 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya tampil dengan bukti yang beliau menyimpan jam tangan jenama Omega milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bagi menjernihkan keadaan ekoran isu video seks yang mengaitkan pemimpin pembangkang itu baru-baru ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sikap Wan Azizah yang berdolak-dalik mengenai kewujudan jam tangan itu menyebabkan ahli parti dan pengikutnya meragui beliau.

"Saya sendiri hairan dengan sikapnya itu. Beliau sepatutnya membuat tindakan supaya penyokongnya tidak meraguinya.

"Banyak pihak meminta secara baik agar menunjukkan jam tangan itu. Jadi beliau tidak perlu menolak jika jam itu benar-benar ada padanya," katanya.

ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Azizah baru-baru ini pada sidang akhbar yang menyatakan beliau menyimpan jam tangan milik Anwar itu namun mengelak daripada menunjukkannya apabila diminta berbuat demikian oleh wartawan yang hadir.

Trio Datuk T sebelum ini mendakwa jam tangan milik Anwar itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung isu video seks itu.

Keengganan Wan Azizah menunjukkan jam tangan yang didakwa ada dalam simpanannya itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak yang sangsi dengan kenyataan beliau.

Saturday April 9, 2011

Woman and PKR man plead not guilty in title-for-sale case

By NURBAITI HAMDAN
nurbaiti@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: A Kelantan PKR division leader and a single mother have pleaded not guilty to graft charges involving RM50,000 as an inducement to obtain a Datukship for a third person.

Self-employed Nor Azimah Jamaludin, 31, pleaded not guilty before Sessions Court judge Rosbiahanin Arifin to receiving a RM50,000 cheque from one Izuldin Hani Mohd Noor as an inducement to obtain for him a Datuk di-Raja title from Persatuan Kerabat Di-Raja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus in Kelantan.

Nor Azimah, who was unrepresented, also claimed trial to an alternative charge of cheating Izuldin into handing over the cheque.

Both offences were allegedly committed at a fast-food restaurant in Taman Melati on Dec 8, 2010.

In a separate Sessions Court, Rantau Panjang PKR chief Datuk Mohammad Agos Mohd Noor, 52, pleaded not guilty before judge Rozilah Salleh to abetting Nor Azimah in both the main and alternative charges.

Both Nor Azimah and Mohammad Agos were granted RM30,000 bail each with one surety and their cases fixed for mention on May 9.

For the main charge under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, they face up to 20 years in jail and a fine of five times the bribe amount or RM10,000, whichever is higher.

They can also be sentenced up to 10 years in jail and be whipped and fined for the alternative charge under the Penal Code.

In Shah Alam, Nor Azimah also claimed trial in the Sessions Court to two charges of accepting RM150,000 from a businessman, with two alternative charges of deceiving, to secure a similar title last year.

She is alleged to have received a cheque for RM75,000, as an inducement to secure the title, at a cafe in a hotel at Persiaran Raja Muda Musa, Port Klang, on Nov 13 last year.

Alternatively, she is alleged to have deceived Salleh into believing that she could obtain the award whereas it was unlawful under the Kelantan Constitution.

On the second charge, Nor Azimah is alleged to have accepted a cheque for RM75,000 from Salleh as an inducement to do the same thing and at the same place, between Nov 20 and 30 last year.

DPP Muhammad Sinti of MACC, who appeared for the prosecution, applied for the cases to be transferred to the Kuala Lumpur Sessions Court to be heard with Nor Azimah’s other charges.

Judge M. Bakri ordered the cases to be transferred to the Kuala Lumpur Sessions Court.

Sertai komuniti myMetro
Isnin, 11 April 2011

PKR dijangka pecat 12 ahli

KUCHING: Sembilan daripada daripada 12 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang dikatakan kecewa selepas tidak disenaraikan dalam pilihan raya negeri ke-10, sehingga sanggup bertanding di atas tiket Bebas dijangka menghadapi pemecatan oleh kepemimpinan parti itu dalam tempoh terdekat.

Selain mereka, tiga lagi dijangka menghadapi tindakan sama selepas dikesan membantu secara terang terangan parti lawan. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa itu sudah mencadangkan nama-nama itu kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk tindakan dipecat.

Beliau berkata, sembilan yang bertanding sebagai calon Bebas adalah Soo Lina bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, Cobbold anak Lusai (Balai Ringin); Kiprawi Suhaili (Belawai); George anak Lagong (Pelagus); Michael Jok (Belaga); Kenneth Adan Silek (Belaga); Liam anak Rengga (Kemena); Michael Ding Tuah (Marudi) dan Jok Ding (Telang Usan).

Selain itu, tiga ahli lain yang dikenal pasti membantu parti lawan secara terbuka adalah Paul Kadang anak Dinggat, Hasrul Muhaimin Hasbi dan bekas pengarah komunikasi parti, Jonson Chong.

“Tindakan bertanding sebagai calon Bebas dan membantu parti lawan adalah perbuatan khianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

“Keputusan ini diambil selaras dengan Fasal 18, perlembagaan parti dan keputusan ini penting bagi mempertahankan kepentingan dan imej parti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Isu video seks: Kontroversi jam Omega buat Anwar naik angin
Oleh Haspaizi Mohd Zain

Enggan jawab soalan wartawan

KUCHING: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila diajukan soalan mengenai jam tangan Omega yang kini menjadi kontroversi berikutan klip video seks didakwa membabitkan dirinya.

Ketika sidang akhbar mengenai pilihan raya negeri di sebuah hotel di sini, Anwar pada awalnya enggan menjawab soalan berkisar isu jam tangan terbabit yang beliau dakwa tidak ada kena mengena dengannya serta tidak perlu memberi jawapan.

Sambil cuba mengelak menjawab soalan wartawan beberapa kali, Anwar berkata, isu video seks yang didedahkan 'Datuk T' serta misteri jam tangan Omega sudah dijawab isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR sebelum ini.
“Apa kena mengena dengan jam Omega... sebab apa saya kena jawab? Azizah sudah jawab sebelum ini. Soalan awak itu membantu (akhbar) Utusan. Nanti Utusan tulis Anwar gagal jawab.

"Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? Bila yang polis minta? You kata kenapa tidak serahkan kepada pihak polis. Soalannya, bila polis minta?... jawapannya polis tidak minta," katanya.

Anwar yang sebelum itu enggan menjawab soalan wartawan mengenai isu jam terbabit sebaliknya menyoal kembali wartawan mengapa beliau perlu menjawab soalan berkenaan.

Beliau juga mencabar wartawan sama ada mereka berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Adakah anda berani tanya Najib berhubung pembunuhan Altantuya. Adakah anda bertanya? Media sepatutnya jujur, tidak hipokrit dan menjadi alat untuk mereka yang kejam dan memfitnah,” katanya.

Di Kuala Lumpur sebelum ini Wan Azizah pada sidang media di kediamannya bagi menafikan lelaki dalam video kontroversi berkenaan adalah suaminya turut kurang senang apabila ditanya wartawan mengenai jam berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.