Pages

Subscribe:

09 April, 2011

[hang nadim] Bangun.....Selamat pagi cikgu! Terima kasih cikgu!....


HARI ini sesi persekolahan di seluruh negara bermula sepenuhnya selepas Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakannya semalam.

Riuh rendah di sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan dan buat kali pertama mengucapkan 'Selamat pagi cikgu' atau 'Assalamualaikum cikgu'.

Semoga sesi persekolahan kali ini tidak berlaku sebarang 'kekecohan' seperti yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Jika diselak penggal persekolahan lalu, kecoh satu Malaya mengenai yuran atau bayaran yang membebankan. Ada yuran tambahan dan ada juga yuran tandas! Ini membebankan ibu bapa.

Tetapi kali ini, segalanya diharapkan berjalan lancar lebih-lebih lagi bantuan buku teks untuk semua tanpa mengira darjat sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Khabarnya RM180 juta diperuntukkan bagi bantuan buku teks untuk 6.4 juta murid/pelajar tahun ini.

Maka jika ada pun rungutan mungkin isu tambang bas sekolah yang juga tidak sepatutnya berlaku kerana harga minyak sudah diturunkan.

Janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pengurangan beban ibu bapa dalam menyediakan buku teks untuk 'mencuri' duit dalam bentuk lain sama ada tambang bas atau menaikkan harga makanan di kantin.

Apa pun sebagai ibu bapa, kita perlu bersyukur kerana sistem pendidikan kita terus diperbaiki bagi menyediakan kemudahan di sekolah serta mengurangkan bebanan kos ibu bapa.

Bertuahnya rakyat negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain, lebih-lebih lagi jika kita mengenangkan kanak-kanak Palestin yang kini berdepan dengan pelbagai musibah.

Minggu lalu, ketika anak-anak kita menyambut Tahun Baru 2009 dengan menyaksikan percikan bunga api yang mengasyikkan, kanak-kanak Palestin pula bertempiaran lari semasa mendengar letupan dan menyaksikan percikan api yang membakar, membunuh keluarga dan memusnahkan kediaman mereka.

Ketika anak-anak kita selesa di bilik darjah menimba ilmu, berlari-lari di padang bermain, anak-anak Palestin pula berlari ke sana sini dalam ketakutan bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Kita yang berada di sini hanya mampu mengadakan solat hajat dan berdoa walaupun pada Jumaat lalu, penulis mendapati ada pihak yang ketika jemaah lain sedang mengadakan solat hajat diikuti berdoa memohon agar Allah memberi kekuatan kepada rakyat Palestin, di luar masjid pula mereka berpidato mengecam Israel.

Jika hendak berpidato atau berteriak menyokong 'Hidup Palestin', apa salahnya tunggulah sehingga imam selesai berdoa. Biarlah Tuhan mendengar doa yang kita lafazkan dengan tenang, bukannya terjerit-jerit yang hanya dipandang sinis oleh para pelancong yang berada di luar masjid.

Apakah teriakan kita didengari oleh Zionis? Apa pun, mungkin itu lumrah atau pendekatan mereka yang berdemonstrasi itu.

Kembali ke alam persekolahan, jelaslah, betapa bertuahnya kita di bumi ini. Justeru, insaflah bahawa dalam sesetengah kita mengeluh dengan satu dua masalah atau kekurangan, masih ada yang hidup mereka bukan sekadar melontar keluhan tetapi lebih daripada itu.

Maka dalam menghadapi musim persekolahan ini, ibu bapa perlulah bersikap rasional dalam menghadapi satu dua perkara yang mungkin menimbulkan keresahan mereka. Pasti ada sedikit sebanyak kekurangan pada peringkat awal ini. Mungkin ada kekurangan yang belum dapat diatasi oleh Kementerian Pelajaran.

Masalah kekurangan bilik darjah, kerusi meja, buku dan sebagainya sudah lumrah pada awal persekolahan. Bersabarlah!

Mengenai yuran tambahan, eloklah ibu bapa yang terlibat dapat sama-sama menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang akan diadakan di sekolah masing-masing.

Peranan ibu bapa penting untuk mencadangkan jumlah yuran yang bakal dikenakan. Jangan menjadi rumah siap pahat berbunyi. Bila disuruh hadir mesyuarat, banyak alasan diberi tetapi apabila mesyuarat membuat keputusan dan mahu dilaksanakan, ada saja yang tidak kena.

Akhirnya yang menjadi mangsa kesalahan ialah kerajaan atau menteri berkenaan.

Di sesetengah sekolah pula, ada PIBG yang memohon bantuan ibu bapa untuk menyediakan suasana atau persekitaran yang lebih baik demi keselesaan anak-anak. Antaranya melengkapkan kemudahan perpustakaan atau pusat sumber, menyediakan tempat menunggu bas berbumbung, kos mengadakan kelas tambahan, membina surau atau dewan sekolah, menyediakan peralatan mengajar dan sukan, membaiki kemudahan tandas dan bermacam-macam lagi bagi menceriakan sekolah.

Dan kebiasaannya ibu bapa akan memberi kerjasama tetapi tidak kurang juga yang merungut, begitu liat untuk menghulurkan RM yang tujuannya bagi menyediakan kemudahan demi keselesaan anak-anak.

Kenapa kita terlalu berkira dalam soal 'membeli' ilmu ini? Sedangkan ada pembaziran lain tidak dipedulikan. Apakah semuanya mahu percuma dan bergantung kepada kerajaan? Kerajaan boleh memberi semuanya itu tetapi ia mengambil masa untuk diluluskan.

Mohonlah peruntukan tetapi entah bila akan sampai ke sekolah. Dan yang menjadi mangsa kepada keadaan serba kekurangan itu ialah anak-anak kita.

Maka adalah lebih baik, ibu bapa bekerjasama menghulurkan sumbangan yang hasilnya untuk anak-anak kita. Ingatlah sekolah bukan sekadar untuk mendidik anak-anak menuntut ilmu tetapi lebih daripada itu.

Satu perkara lagi peranan ibu bapa juga untuk mendidik anak-anak mereka supaya lebih berdisiplin menjaga harta benda sekolah atau kemudahan yang disediakan.

Misalnya menghargai bantuan buku teks. Jagalah buku itu baik-baik, jangan sampai lunyai, lusuh, koyak dan diconteng di sana sini. Buku sebegini juga mendorong anak- anak malas nak selak buku dan mula mendesak ibu bapa membeli buku baru.

Begitu juga dengan kemudahan seperti tandas. Tidak hairanlah jika ada sekolah mahu mengenakan bayaran masuk tandas! Bukan mudah untuk menjaga kanak-kanak yang pelbagai ragam di sekolah.

Maka didiklah anak-anak menjaga tandas sekolah seperti mereka menjaga bilik air di rumah. Jangan sampai guru terpaksa menyelak pintu tandas kerana disiplin buruk murid-murid. Tahap kesabaran guru ada batasnya.

Terima kasih cikgu!





































































































Cik Gu Aziz
Berat rasa aku meninggalkan rumah guruku aku lihat lambaian longlai dari tangannya yang biasa menulis di papan hitam rajin baca buku.....semoga Ilmu penuh didada sebagai bekalan hidup.....kamu akan di hormati......jika kamu berilmu....lambain tangannya bererti kepada ku.....tanda sayang kepada muridnya betapa murninya hati seorang guru.....tetapi kini.....guru di sanggah.....

Ab Majid Othman on Friday, April 8, 2011 at 8:31am
Gambar hingusan FB ini (1953) aku telah melawat cikguku Aziz Bin Hussain di Sg Bakap SPS (guru Darjah 4 1953 Sek Melayu Pasir Gebu) aku di peluk erat dengan deraian air mata dan iringan doa murid ku yang mengenang jasa dan bahagialah hidupnya......amin berat kaki untuk meninggalkanya dengan lambain tangan yang longlai hingga hilang pandangan.....jasa mu tiada dapat aku balas hanya tuhan saja yang membalas.....jasa mu menjadikan aku manusia yang berjaya dan dihormati......

1996
Aku cuba mengesan Cikgu Ismail Hassan di Jalan Sempadan Parit Buntar.....tiba di rumahnya aku bagaikan terkulai lemah apabila dimaklumkan oleh Isterinya dia telah kembali kerahmatullah hanya ku iringi doa dan linangan air mata aku tidak dapat menyampaikan rasa terhutang budi atas jasanya yang tidak ternilai.....aku kagum dengan pendirianya kerana dia pernah bertugas dalam pasukan Force 136 menentang penjajahan Jepun rakan seperjuanganya ialah Ismail Bin Bakar dari Pasir Gebu.....
Betapa hebat guruku membina bangsa dan negara aku juga di maklumkan anaknya Ahmad Kamal Berkhidmat dalam pasukan Polis ketika itu berada di Kajang.....

1995
Aku menjejak kaki kesebuah rumah berhampiran Sek Kebangsaan Permatang Bertam
aku dapat bertemu dengan guruku Yahya Din (Masa Darjah 5) dan Isterinya Cik Gu Salmah Othman (masa darjah 2)cik gu menyebut nama ku dengan nada yang tenang bagai menegor seorang anak yang tersayang.....betapa hebatnya guruku yang dapat mengenal aku aku bangga aku yakin guruku masih sayang muridnya.....hanya tuhan saja yang akan membalas jasanya.....amin betapa hebatnya guruku.....dalam gurauan aku bertanya cik gu bagaimana mengajar saya mengenal huruf dan angka.....jawapan guruku dengan tenang
dan bergurau.....hang rajin.....dan mungkin hang takut rotan bulu ayam.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.