Pages

Subscribe:

08 April, 2011

[hang nadim] Renung sejenak.....Rasuah.....Rasuah ????

Bersubahat terima rasuah

oleh SUWARNI MOKHTAR
dan SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd. Noor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung penganugerahan 'Dato' Diraja' daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lalu.

Mohammad Agos, 52, yang berkopiah putih dan berjaket hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Dia didakwa bersubahat dengan Nor Azimah Jamaludin, 31, untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd. bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010 daripada Izuldin Hani Mohd. Noor di Restoran McDonald's, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati di sini pada 8 Disember tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Long Yunus Negeri Kelantan.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' padahal ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010 kira-kira pukul 5 petang pada tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan pilihan ditawarkan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Sementara itu, Nor Azimah turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin bagi tuduhan menerima rasuah dan menipu mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 16(a)(A) akta tersebut dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohammad Agos yang diwakili peguam Wan Helmi Wan Hassan dan Nor Azimah, masing-masing diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nor Azimah yang tidak diwakili peguam bela mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) akta tersebut iaitu menerima rasuah RM150,000 daripada ahli perniagaan, Salleh Jahaya bagi tujuan yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, Nor Azimah didakwa menerima cek CIMB Bank bernilai RM75,000 bertarikh 12 November 2010 daripada Salleh Jahaya di Brass Cafe, Hotel Crystal Crown, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, dekat sini pada 13 November tahun lalu.

Dia turut didakwa menerima cek bernilai RM75,000 bertarikh 30 November 2010 daripada ahli perniagaan itu di lokasi yang sama antara 20 dan 30 November 2010

BERSUBAHAT RASUAH ANUGERAH ‘DATO’ DIRAJA’
















KES melibatkan penerima darjah kebesaran menerusi saluran didakwa tidak diiktiraf sering kali menimbulkan masalah sekali gus mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Justeru, ia menyaksikan kes terbaru Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd. Noor (gambar) didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam atas tuduhan bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung penganugerahan ‘Dato' Diraja’ daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula semalam, ibu tunggal terbabit Nor Azimah Jamaludin mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM150,000 daripada seorang ahli perniagaan bagi tujuan yang sama pada 12 November serta antara 20 dan 30 November 2010. – utusan/ZAINI HUSIN & Mohd. Shaharani Saibi


Customs officer's death: Injuries consistent with fall, says KL police chief
By AUSTIN CAMOENS

KUALA LUMPUR: Initial investigations into the death of state Customs assistant director Ahmad Sarbani Mohamed show that his injuries were consistent with a fall, city police chief Deputy Comm Datuk Zulkifli Abdullah said Friday.

DCP Zulkifli said the police had already received the post mortem report and sent the findings to the crime lab for further analysis.

"The lab should conclude its analysis before the end of next week.

"We have also recorded statements from six Malaysian Anti-Corruption Commission officers to facilitate investigations," he told pressmen during a press conference at the city police headquarters.

DCP Zulkifli also said CCTV cameras from the MACC headquarters in Jalan Cochrane where Ahmad Sarbani was found dead have been collected by police for investigations.

Meanwhile, DCP Zulkifli also clarified that only one post mortem was carried out on Ahmad Sarbani.

He said the findings of the post mortem conducted Wednesday night were re-examined by the Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre forensic unit Thursday.

Full report in The Star on Saturday
Related Stories:
Calls grow louder for inquiry into second death
Second autopsy done with police present
PM: Get to the bottom of Customs officer's death
MACC duo failed to ensure Ahmad Sarbani's safety
MACC graft probe takes tragic turn with fatal plunge
Body of senior Customs officer found in badminton court

Kabinet arah polis siasat siapa pelaku video seks
PADANG RENGAS 8 April - Jemaah Menteri hari ini mengarahkan polis memperluaskan skop siasatan bagi mengenal pasti pelaku atau individu di dalam rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, hanya selepas identiti pelaku terbabit dipastikan, barulah kerajaan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

"Itupun jika hasil siasatan polis mengenai pelaku atau individu dalam rakaman video seks berkenaan dipertikaikan oleh orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian Parlimen Padang Rengas di Dewan Rancangan Perumahan Awam (RPA) Datuk Mior Aris, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohamed Nazri berkata, beliau akan mengemukakan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Cadangan itu dibangkitkan bagi membersihkan nama kerajaan dan Barisan Nasional (BN) yang dituduh menjadi dalang dalam rakaman video berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, siasatan pakar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu adalah tulen.

Mohamed Nazri berkata, suruhanjaya itu hanya akan ditubuhkan jika wujudnya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis.

"Suruhanjaya boleh dibentuk bagi menyiasat perkara yang melibatkan kepentingan awam setelah dipersetujui Kabinet dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, Mohamed Nazri berkata, ia akan ditubuhkan jika kematian itu tidak dapat dipastikan.

"Sistem kita adalah selepas polis menyiasat dan mendapati kematian tidak dapat dipastikan, barulah penyiasatan secara inkues dalam Mahkamah Koroner boleh dijalankan.

"Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan kes tersebut dan kita tunggu hasil siasatan polis dahulu," ujarnya

Dua bot tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia
KUALA LUMPUR 8 April - Dua bot nelayan tempatan kelas C dari Hutan Melintang Perak telah ditahan oleh pihak Jabatan Pengawasan Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia di Selat Melaka kira-kira 25 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan 45 batu nautika barat daya Pulau Pinang semalam.

Seramai 12 krew berasal dari Thailand, berusia lingkungan 30 an dari kedua-dua bot dengan nombor pendaftaran KH 5195 dan KH 5325 itu dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia yang menaiki bot mereka dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut satu kenyataan yaang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar empat helikopter dan dua buah kapal peronda ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

"Dua helikopter yang terlibat ialah jenis AW139 dari APMM, manakala dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec dari TLDM.

"APMM telah menghubungi bot Indonesia melalui radio bagaimanapun tiada maklum balas yang menyebabkan satu arahan menggunakan pembesar suara dibuat agar kedua-dua bot tersebut dilepaskan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, usaha untuk membebaskan semula krew kedua-dua bot tempatan itu tidak berjaya kerana krew bot pihak berkuasa Indonesia itu mengacukan pistol ke arah helikopter APMM.

"Tindakan pihak berkuasa (Malaysia) tidak menggunakan kekerasan adalah untuk mengelakkan sebarang ketegangan terhadap tindakan provokasi bot negara jiran itu," katanya.

Menurut sumber, tindakan provokasi dari bot Indonesia masih berterusan dan dalam kejadian terbaru hari ini pula, cubaan sebuah kapal Navy 826 Indonesia untuk menahan sebuah bot tempatan di selatan Pulau Jarak berjaya dipatahkan pihak berkuasa.




TERKINI! DR WAN AZIZAH TERKANTOI…TIDAK BOLEH JAWAB DI MANA JAM OMEGA DS ANUAR?. SEBALIKNYA BELIAU TIBA-TIBA BEREMOSI DAN MEMARAHI WARTAWAN YANG BERTANYA…

Salam semua…
Amat melucu dan memalukan bila Dr Wan Azizah gagal mengawal emosi beliau bila ditanya oleh wartawan di manakah jam Omega suaminya sekarang? Beliau tiba-tiba menunjukkan keresahan beliau (dengan menoleh kiri dan kanan) sambil berkata sesuatu yang gagal difahami oleh para wartawan (umum sedia maklum bahawa jam berkenaan telahpun diserahkan oleh Datuk Eskay kepada Polis ). Sebaliknya beliau secara spontan bertindak balas memarahi wartawan yang bertanya sambil dibantu oleh anaknya, Nurul Izzah.
Suasana kembali tenang bila Datuk Khalid Ibrahim masuk campur dan menjawab soalan-soalan wartawan dengan lebih tenang dan bersopan. Semua babak-babak lucu dan memalukan ini telah ditayangkan oleh TV 3 dalam siaran berita jam 8.00 malam tadi.
Penulis rasa Dr Wan Azizah tidak menduga soalan maut itu boleh terkeluar di dalam sidang media beliau yang diadakan semata-mata sebagai tindak balas beliau dan keluarga bagi menafikan keterlibatan suaminya di dalam video seks yang tersebar meluas di blog-blog dan di laman Youtube.
Di dalam perkara yang berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata “ polis sudah menyelesaikan siasatan mereka berhubung video ini dan akan memanjangkan perkara ini kepada Peguam Negara”.
Sama-samalah kita memberikan kepercayaan yang penuh kepada polis dalam merungkaikan kisah sebenar di sebalik kes video seks ini yang hangat ini….
Salam Semua...

Salam Semua Mengajak Anda Semua Berfikir Dan Menentang Kemungkaran Yang Dilakukan Oleh Parti-Parti Pembangkang. Jati Diri Yang Teguh Akan Memastikan Parti Pembangkang Tidak Akan Mengambil Alih Pemerintahan Di Malaysia. (http://salamsemua2010.blogspot.com/)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.