Pages

Subscribe:

07 April, 2011

[hang nadim] Wan Azizah tiada jam tangan?.....beli baru tunjuk ....bohong jangan bohong....























Suruhanjaya diraja ke Kabinet
Sehubungan itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung penayangan video tersebut di Internet sejak beberapa hari lalu.

"Saya tak nak komen (isu video seks ini) sebab saya dari mula lagi berkata, perkara ini adalah sesuatu yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat," tegas beliau ketika ditanya oleh wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 4 April lalu.

Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Thepowerman'.

Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya soalan lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan masih mengkaji saranan sesetengah ibu bapa agar mata pelajaran Sains dan Matematik dibenarkan diajar dalam bahasa Inggeris di beberapa sekolah terpilih.

"Kami masih menilai cadangan tersebut dengan mendapatkan pendapat serta reaksi ibu bapa, selain melihat sama ada kita boleh wujudkan fleksibiliti. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan mengenai hal ini," jelasnya.

Beliau turut menolak kemungkinan mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, sebagaimana yang dicadangkan oleh satu pihak yang mengumpulkan tandatangan bagi mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

"Kita sedar ia menjadi satu masalah yang besar di Sabah dan kami sudah pun mengambil tindakan termasuk mewujudkan satu jawatankuasa Kabinet khusus terhadap masalah tersebut, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri," tambahnya. - Utusan

Wan Azizah tiada jam tangan?
KUALA LUMPUR 6 April - Dua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sangsi dengan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau menyimpan jam tangan Omega milik suaminya berikutan kegagalannya menunjukkan jam itu apabila diminta berbuat demikian.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, jika benar ia berada dalam simpanan Wan Azizah, beliau perlu menunjukkannya bagi membuktikan jam tangan yang diserahkan trio 'Datuk T' kepada polis bagi membantu siasatan kes rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang adalah tidak tulen.

Menurutnya, kegagalan Wan Azizah membuktikan jam tangan itu berada dalam simpanannya adalah pelengkap kepada penafian beliau bahawa individu yang dirakam dalam video tersebut bukan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar semalam.

"Pada sidang akhbar semalam, saya perhatikan emosi dan bahasa tubuh Wan Azizah dan Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah kelihatan seperti mereka terpaksa meluahkan sesuatu yang bukan dari hati mereka. Emosi mereka seperti terganggu menerusi sikap tidak profesional terhadap wartawan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Nurul Izzah turut memperlekeh wartawan yang bertanyakan tentang jam tangan tersebut apabila menyatakan wartawan tersebut bukan pendakwaraya dan tidak layak melihat jam tangan itu.

Jelas Azwanddin, tidak sukar untuk menunjukkan jam tangan tersebut kepada wartawan jika benar Wan Azizah memilikinya kerana dengan berbuat demikian sudah cukup untuk menamatkan kontroversi berkaitan isu itu.

Perkara sama turut disuarakan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang tidak yakin dengan segala percakapan Wan Azizah apabila gagal menunjukkan bukti yang diminta.

Menurutnya, Wan Azizah dan Nurul Izzah kelihatan panik apabila wartawan meminta supaya ditunjukkan jam tangan Omega milik Anwar yang kononnya berada dalam simpanan mereka.

"Saya tahu mereka sembunyikan kebenaran bagi melindungi Anwar. Sudah-sudahlah menipu rakyat, kami bukannya bodoh untuk bezakan antara kebenaran dan penipuan," katanya.

'Serah DNA, Omega'
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempunyai peluang terbaik untuk menebus maruah suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga dengan melakukan dua perkara penting.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, dua perkara itu adalah menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Anwar dan jam tangan Omega yang disimpan untuk memudahkan siasatan polis berhubung kes video seks dan dakwaan-dakwaan lain.

Menurut beliau, dengan pendedahan itu, jika terbukti memihak kepadanya dan Anwar, ia bukan sahaja dapat menebus maruah malah, menjadi 'jalan pintas' untuk mereka dan pembangkang 'menjejakkan kaki' ke Putrajaya.

''Kenyataan Wan Azizah dalam sidang akhbar semalam cukup tidak matang kerana polis belum habis siasat pun.

''Dia kena ingat bahawa yang buat laporan polis berhubung isu itu adalah suaminya. Oleh itu, kenyataannya itu tak hormati polis. Saya tak salahkan Wan Azizah untuk memilih kesetiaan daripada kebenaran sebab kebenaran itu pahit.

''Sidang akhbar semalam oleh Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain bukannya menyelesaikan masalah tetapi menambahkan lagi persepsi negatif terhadap mereka.

''Siapa yang kenal Wan Azizah, mereka akan tahu. Saya tengok pun saya sedih sebab dia wanita yang baik. Tetapi, sampai berapa lama nak bertahan?. Cukuplah," katanya di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Beliau meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara membenarkan pemimpin pembangkang menonton video seks terbabit bagi mereka membuat penilaian sama ada suruhanjaya diraja perlu diwujudkan.

''Kalau selepas menonton mereka mengakui kebenaran, tak perlulah tubuh suruhanjaya dan mereka perlu ambil langkah hormat dengan menyuruh Anwar letak jawatan. Bagi yang menolak penubuhan suruhanjaya, mereka ini bukan sahaja pilih bulu malah hipokrit," tegas beliau.

Sementara itu, Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, pembangkang sepatutnya menyokong cadangan itu atas prinsip keadilan dan kebenaran yang dilaung-laungkan sebelum ini.

"Jika mereka menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja itu, bermakna mereka sudah tahu kebenarannya," kata beliau

Suruhanjaya diraja ke Kabinet
KUALA LUMPUR 6 April - Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau sendiri akan membangkitkan hal itu bagi membersihkan nama kerajaan serta Barisan Nasional (BN) yang dituduh sebagai dalang dalam rakaman video terbabit.

Katanya, ia susulan daripada penafian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan individu dalam rakaman video berkenaan.

"Saya bercadang membawanya (penubuhan suruhanjaya diraja) dalam mesyuarat Kabinet akan datang (Jumaat ini). Saya berasakan perlu diadakan suruhanjaya itu memandangkan kenyataan Wan Azizah semalam bahawa 'pelakon' itu bukan suaminya.

"Saya berpendapat bahawa Wan Azizah bukanlah pihak yang layak untuk mengesahkan individu itu bukan suaminya kerana ia melibatkan kepentingan dirinya.

"Apabila dia menafikan, saya rasa perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja. Kalau tidak dijawab (diselesaikan) maka rakyat akan percaya kata-kata Wan Azizah dan berasakan kerajaan di belakang ini semua," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, walaupun BN sedari awal menafikan pembabitan dalam isu itu, adalah penting suruhanjaya tersebut ditubuhkan sebagai pihak yang neutral untuk menyelesaikan isu tersebut.

Mohamed Nazri berkata, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar atau tidak dan ia perlu disahkan menerusi siasatan suruhanjaya diraja.

Mengenai sikap pembangkang yang menolak penubuhan suruhanjaya tersebut, Mohamed Nazri berkata, mereka yang sebelum ini lantang mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock tidak sepatutnya mengamalkan sikap 'pilih bulu'.

"Apa yang nak takut sangat? Jika keputusan siasatan menunjukkan lelaki itu bukannya ketua pembangkang, maka itu satu kelebihan untuk dia. BN pun ambil risiko, kita mahu membersihkan nama BN. Oleh itu, biarlah suruhanjaya itu jalankan siasatan dan selesaikan perkara ini," tambahnya.

Datuk T nafi terbabit sebar video seks di internet

Suruhanjaya diraja ke Kabinet
2011/04/07
KUALA LUMPUR: Kumpulan Datuk T, yang mengaku bertanggungjawab membawa wartawan menonton aksi klip video seks di Carcosa Seri Negara baru-baru ini menafikan pembabitan mereka dalam penyebaran petikan video klip melalui laman YouTube yang tersebar sejak Isnin lalu dan mahukan siasatan dilakukan berhubung penyiarannya.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang juga seorang daripada trio berkenaan berkata, adalah sukar untuk mereka melakukan urusan muat naik klip berkenaan kerana salinan asal sudah diberikan kepada polis untuk disiasat.

Saya tidak mempunyai salinan video berkenaan dan tidak tahu bagaimana ia boleh muncul di YouTube. Saya minta polis siasatan kerana saya juga ingin tahu bagaimana ia boleh tersiar di YouTube,” katanya. Beliau bagaimanapun mengesahkan gambar yang disiarkan di beberapa akhbar yang didakwa sebagai klip video seorang pemimpin pembangkang adalah sama dengan video yang diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Dalam pada itu, Shazryl Eskay turut membidas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa mereka langsung tidak ditahan polis selepas menayangkan video berkenaan kepada pemberita di Carcosa Seri Negara.

“Siapa kata kami tidak ditahan polis, kami ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menjelaskan penahanan dibuat pada malam 24 Mac ketika pergi ke Bukit Aman untuk dirakamkan kenyataan.

Katanya, Datuk Shuaib Lazim, ditahan pada pada 25 Mac, ketika hadir memberikan kenyataan kepada polis.
“Kami bekerjasama dengan polis bila mereka memberitahu kami akan ditahan dan selepas disoal siasat kami dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang,” katanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika sidang media di kediaman Datin Seri Dr Wan Azizah, kelmarin berkata, trio Datuk T boleh ditangkap oleh orang awam jika polis tidak mengambil sebarang tindakan meskipun sudah melakukan kesalahan kerana menayangkan video lucah kepada awam.

Wan Azizah didesak tidak berlakon, alih perhatian isu video

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didesak untuk tidak cuba berdolak dalih atau mengalihkan tumpuan, sebaliknya tampil menunjukkan jam Omega milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti jam itu berada dalam simpanannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.